Ads

Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts

January 7, 2011

Jalan-Jalan to Kuala Selangor-Shah Alam : i-City Shah Alam


Ketika ini selepas kami pulang dari melihat kelip-kelip di Kuala Selangor sudah menunjukkan ke jam 12.00 malam. Weehuuuuu...takpa esok cuti beb!! Kami meneruskan lagi perjalanan kami ke i-City Shah Alam. Alang-alang dah berada area sana kan. So, selamba ajerlah pergi sekali.

Sampai di federal highway yg nak masuk ke simpang Uitm tu.....tetiba jammed teruk sangat. Apahal hah??? Ketika itu dah menunjukkan jam 1 pagi weiiiii.....apahal jammed ni???? Aku kalau bab-bab mcm ni memang cepat bosan...susah nak tahan sabar. Tapi kami teruskan juga perjalanan itu. Ghopa-ghopanya semua nya nak gi tengok i-city mak esah oiii!!!! Aku tengok plat number kebanyakannya dari luar KL/Selangor.....penuh sarat dalam kereta bawak anak-anak sedara mara tengok i-City. Adoyaii...apahal ler korang gi malam-malam buta ni. Ayohhhh...ingatkan pergi lewat orang dah kurang sikit...ghopa-ghopanya....hampeh!!!.

Sekali kami sampai i-city tu... kena tutup jalan lah pulakkkkk. Geram mak tau..ehhh ehhh mcm lah mak yg memandu..ahaks!! Terpaksalah parking jauh. So akhirnya mak dan kawan-kawan mak dengan penuh semangat membuat program 10,000 langkah menuju ke atas puncak i-city itieww. Habis mandi peluh kami. Orang yg ramai lagi....ooooo mak tak selesa tau. Mak mmg allergic gi tempat-tempat yg ramai mcm ni. Dah sampaikan.....belasah ajerlah.

Anyway...jom layan gambar-gambar yg diambil. Mood nak bergambar kureng skitlah....so gambar mak ada 2-3 keping ajer. Yg lain semuanya gambar lampu-lampu yg menarik, berkilau, bersinar, berkelip, berpinau.....semuanya lahhhhh.















ni dgn pokok warna merah....

then gi pokok warna hijau plak..huhuhu




kami bertiga....auwwww....taichi tukang amik gambar

cantikkannn...aku suka pic ini..









Kesimpulannya...aku berbangga dgn terciptanya i-City ini sebagai tarikan pelancongan bukan sajer kepada rakyat tempatan malah juga tarikan kepada pelancongan luar negara. Cuma aku nak tegur sikit pasal kemudahan berjalan kaki yg tidak effisien kepada kami sebagai pengunjung. Dengan segala batu-batan bersepah susah nak berjalan...mcm belum siap sepenuhnya. Kami juga kena melalui satu laluan kecil pagar rumput yg sempit nak memasuki hutan lampu-lampu yg paling heaven bahagian last sekali tu (pic kat atas). So, harap pihak pentadbiran i-city alert tentang perkara ini. Make sure kemudahan kepada kami pengunjung diberi perhatian terlebuh dahulu.

Sampai rumah lebih kurang jam 3 pagi jugakkk....pecah rekod lagi aku jadi burung hantu 2 malam berturut-turut. Takpalah....bukan selalu. Sesekali ajerrrr!!!!..Kan mak esahhh!!!



p/ s - dah tak sabar nak jalan jauhhhhhhhh tak lama lagi...weehaaaaaaaa


January 6, 2011

Jalan-Jalan to Kuala Selangor-Shah Alam : Kelip-Kelip @ Kg Kuantan


Sambung lagi....
Seterusnya kami semua bergerak ke Kampung Kuantan untuk melihat kelip-kelip. First time aku gi tempat ni. Jarak dari tempat makan kami di Pantai Remis ke sini ialah lebih kurang 15-20 minit gitu. Tempat ni di kawasan Pasir Penambang. Ketika ini kami sampai lebih kurang jam 9.00 malam...orang dah ramai...almaklum malam minggu cuti perayaan plak tu.

Kawasan kelip-kelip ini dibuka pada jam 7.30 malam dan tutup pada jam 10.30 malam. Jangan sesapa yg nak dtg tempat ni lewat malam pulak. Aku ada tanya brother yg bawak sampan tu....dia kata kelip-kelip ini hanya aktif mengeluarkan cahaya hingga jam 10.30 malam sahaja. Selepas waktu itu.... makin lama makin kurang kelip-kelip yg mengeluarkan cahaya. Asal habitatnya di tanah dan hidup selama 3 bulan. Selepas itu ia bergerak hinggap ke pokok berembang yg banyak tumbuh di Sungai Selangor dan mengeluarkan cahaya hingga boleh hidup selama 2 minggu sahaja. Gitulah ceritanya.



dah ramai yg beratur panjang......beli ticket di kaunter utk harga sebuah sampan yg memuatkan 4 orang sahaja dikenakan RM40. Kami split kepada 2 dan sebuah sampan kami naik 3 orang sahaja


beratur dgn penuh kesabaran



Bagi aku dengan harga RM40 utk sebuah sampan adalah sangat mahal. Kami juga dibekalkan air mineral....tak payah pun takpa. Ia mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja di dalam sampan utk melihat kelip-kelip itu. Patutnya dikurangkan sedikit harganya utk pelancong tempatan. Utk org luar takpalah dgn harga tu. Hmmm...jawabnya sekali ajerlah aku pi tempat ni.

Bila tengok kelip-kelip ni di pokok-pokok tepian sungai ni memang nampak cantik sangat seperti pokok krismas yg berlampu-lampu. Impressed lah jugak. Tapi aku still tak puashati dgn harga yg dikenakan. So, kesimpulannya aku pergi sekali ajerlah yea...huhuhu.





Buzu dan Zul dgn penuh kesabaran menanti giliran...


begitu juga aku dan qis......


tu dia...dah bersiap dengan pakaian keselamatan utk menaiki sampan......


juga ada papan tanda yg melarang membawa balik keli-kelip ini,.....satu kesalahan


amboih buzu...semangat gitu dgn pakaian life jacketnya...hehehe


mereka bertiga di belakang kami......

masa ni dalam sampan.....aku naik satu sampan dgn buzu dan zul


frust juga sebab tak dapat amik pic kelip2 tu walaupun dah off flash....kalau pakai flash kelip2 tu akan berhenti mengelip selama 5 minit....


pic ini dari kamera qis.....melambai2 pada mereka


jeti yg sangat sibuk dgn pelancong.....pelancong dari luar negara pun ramai.


menurut bro yg bawak sampan...mereka kena ikut giliran satu persatu mengambil penumpang. Lebih kurang 5-6 pusingan mengambil penumpang utk satu malam


dah sampai di daratan.....jom balik


singgah jap kat kedai souvenir .....


ada FM tp mcm menyesal plak tak beli sebab aku rasa harganya RM8 mcm mahal ajer....tak berapa cantik pun..



Then, selesai sudah aktiviti bersampan melihat kelip-kelip di Kuala Selangor. Buzu dan Zul terus balik sebab dah hampir lewat malam pun. Kami yg berempat ni plak meneruskan perjalanan ke I-City di Shah Alam pulak. Tunggguuuuuuuuuuu next entry!!!!





January 5, 2011

Jalan-Jalan to Kuala Selangor-Shah Alam : Pantai Remis & Seafood


Selamat Datang ke Pantai Remis, Kuala Selangor.
Di petang yg mendamaikan aku bersama-sama dengan teman-teman tersayang telah meredah segala ceruk daerah di negeri Selangor ini dan akhirnya terdampar kami di daerah Kuala Selangor. Selalunya aku hanya lalu lalang ajer tak sempat nak singgah. Kali ni memang niat di hari nak menyinggah dan mencari kedamaian di tepian pantai. Tetapi malangnya....lautnya idok ler cantik pun. Bau hanyir laut semacam. Orang yang datang pulak....fulamak ramainya. Almaklumlah masa ni cuti perayaan Krismas. So, ramai yg bawak family dan berkelah di tepian pantai.

Apa lagi...kami meneruskan misi untuk mencari segala jenis binatang cengkerang utk dijadikan lauk. Apa yang korang nak...semua ada. Ada kerang....mentarang....siput sedut....kepah...ala-ala...satu lagi ni entah apa namanya...lupa dah. Aku beli sikit semua di atas tu utk dibawa pulang ke rumah.



pelbagai jenis layang-layang pun ada....angin kuat sesuai sgt nak main layang2

jom beli....tgh tu ramai duk membeli...


inilah dia mentarang....sedap aku suka...rasanya lemak-lemak manis bila di masak..1 kg = RM5

kerang ni 1 kg = RM2


ini plak kepah....


ala-ala......sedap gak tapi comel sgt lah...lambat kenyang. 1 kg = RM2


siput sedut ni besar tau... harganya 1 kg = RM10


lupa plak apa namanya ni.... tak beli pun





ikan masin pn banyak di jual..


sayur-sayur kampung pun banyak....




Di kawasan Pantai Remis ini jugak kami makan malam. Menu utama sudah semestinya seafood dan binatang-binatang cengkerang tadi. Untuk pengetahuan semua binatang-binatang cengkerang yg aku capture tadi sangat terkenal di kawasan Kuala Selangor ini....memang fofular lah. Korang tak dapat ler nak cari kat tempat lain. Kerang kat sini gemuk- gemuk tetapi sedihnya masa aku nak beli...udah habis ler. So, aku beli yg sedang-sedang ajer.

Malam tu kami makan sakan....jangan terkezut kami makan sebanyak 8 jenis lauk semuanya. Adohai...teruknya nafsu makan kami. Kami makan di Restoran Nur Cahaya Seafood which is recommended by Kak Yan rakan blogger. Makanan di sini boleh tahan murah dan rasanya oklah. Ada yg sedap dan ada yg kureng.

Bila dah malam restoran ni memang penuh dengan orang yg dtg nak makan. Sib baik kami tercepat sikit....oklah tak lambat sangat. Kami sengaja pilih banyak lauk sebab nak bagi rakan pelancong dari Jepun, Taichi merasa makanan laut di sini. Dia makan dgn kusyuknya sampai berpeluh-peluh. Sedap dan pedas katanya...hahahaha. Sebenarnya idok ler pedas pun. Sengaja kami tak order makanan yg pedas-pedas.


restoran ni terletak betul-betul di tepi laut....permandangan memang cantik lah walaupun air lautnya keruh..huhuhu


bagi ahkak posing sat naaaa......


banyak menu di sini.....dan juga segala jenis fresh seafood ada....pilih ajer.








tengok tu... Qistina bersama sotongnya yg besorrrr......


aku dan qistina ditugaskan utk memilih seafood mengikut lauk yg sesuai....


kami posing sat sambil menunggu makanan di masak...masa ni Buzu and Zul still on the way utk joint kami makan-makan...


Burn dan Taichi dgn penuh kesabaran menunggu makanan sampai...huhuhu


udang goreng kunyit...... ikut menu kak yan....udangnya besar dan sedap....puashatilahhhhhh


kailan ikan masin


tomyam...rasanya biasa-biasa ajer....


ala-ala masak tiga rasa....hmmmm kureng skit


ketam masak sweet sour...boleh tahan sedap


sotong goreng tepung ni sedap tapi mcm tawar plak rasanya


mentarang masak halia.....yg ni sedap aku suka


ikan siakap bakar...alahai dah jadi hitam ler tapi aku tak suka takat bakar mcm ni....kalau dibakar masak pais....memang aku suka


sebahagian lauk-pauk kami


dan ini lagi...


meriah tak lauk kami utk dimakan seramai 6 orang....harga semuanya RM159.00. Lebih kurang seorang dikenakan RM26.50 . Dengan 8 jenis lauk....harganya memang murah!!!!


akhirnya...semua licin kecuali ala-ala yg ada lebih..... terlalu byk plak kami order......


tolongggg...perut kami sudah kenyang!!!! burn, taichi and zul.....


tersenyum kami bertiga sebab dah kenyang...yeaahhhaaaaa...... buzu, me and qistina.


Perut kami semua dah kenyang. Then, kami meneruskan perjalanan lagi untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Tungguuuuuuuuuuuu....next entry plak!!!!!