Ads

Showing posts with label Janda Baik. Show all posts
Showing posts with label Janda Baik. Show all posts

January 13, 2012

Day 3 - Weekend Getaway @ Saujana Janda Baik, Pahang



Hari Ketiga kami di Saujana Janda Baik. Pagi ni aku bangun lambat skit...hehehe. Nyenyak betul tidur di sini...sejukkkk. Pagi tu aktiviti kami selepas sarapan ialah mengutip durian wehuuuuu. Sekali lagi aku bgtau di sini...durian-durian yang kami makan di sini adalah PERCUMA. Aku dah terangkan dalam entry sebelum ni..tetapi masih ada yang tanya pasal durian ni free atau berbayar. Haishhhhhhh.

My bro Izuan and Idham duk mengerjakan buah durian tu. Kopek semua durian dan masukkan ke dalam bekas. Sebabnya tengahari tu kami dah nak check out. Kejap ajerkan...rasa tak puas. Itupun kami stay 2 malam...kalau satu malam? Hmmmm...memang tak cukup uolsssss. Aku suggest korang duk sini 2 malam.


 pagi tu dengan berbaju tidur belum mandi....aku dah merayau naik atas pokok. What??? naik atas pokok? Yea....aku naik atas rumah pokok sebab nak snap gambar. Kat sini ada rumah pokok tau. Leh lepak-lepak.

 pandangan sungai dari atas rumah pokok.....



 segar mata memandang pabila melihat air yg mengalir ini....deruan air mengalir sungguh mendamaikan

 sakan mereka berdua mengopek durian. Ada lebih kurang 10 biji kami jumpa durian yg gugur pagi tu....wehuuuuuu.



 sebahagian isi durian yang telah berjaya dikeluarkan...aummmmmm!!!!

 habis durian ni kami kerjakan....muahahahaha

 ketika orang lain sakan mengerjakan durian....2 orang budak ini sibuk nak mandi. Bila dah masuk dalam sungai...terus senyap.

 check out time ialah 12 tengahari. Kalau lambat kena charges RM200 hokay. So, by 11.30 am kami dah standby berkemas untuk pulang ke ibukota.

tadaaa.....barulah gambar aku ada.....sebelum ni duk amik pic orang lain jerkkk

Byeeeee....kami semua nak pulang. We really had fun and enjoy with this trip. Highly recommended.


Yeahhhhhaaaaaa......sukanya mereka-mereka itiewwww. Kalau sesiapa yang dah jatuh cinta dengan tempat ini...bolehlah singgah ke link ini. Segala urusan booking boleh ke link itu yea. So, jangan lah pulak ada yang tanya aku banyak kali. Hehehe....

Byee semua....aku dah nak berangkat ke satu tempat ini untuk sessi lempas otak. Ashooooo......


January 11, 2012

Day 2 - Weekend Getaway @ Saujana Janda Baik, Pahang





Hari kedua kami di Saujana Janda Baik. Malam tadi tidur dalam keadaan kesejukan dan sangat nyenyak. Kebetulan pulak hujan lebat malam tu. So, pagi kami bangun sangat segar bugar. Aku bangun jer.....my mum bagitau 2 orang maid adik aku dah gi dusun petik buah. Whattt???? sejuk-sejuk mcm ni? Lepas suboh masih gelap 2 orang maid adik aku tu siap mandi sungai lagi tu. Siap berkemban hahaha. Sib baik kami semua masih ketiduran selepas suboh.  

Mereka berdua naik ke atas bukit belakang villa ni untuk memetik buah rambutan. Kat sana ada 2 pohon rambutan yang sangat lebat berbuah. Siap panjat pokok rambutan tu jangan tak tau. Bawak guni sekali untuk kutip durian yang gugur. Dapatlah lebih kurang 10 biji durian yang agak besar saiznya. Disebabkan semalam hujan lebat...so rumput agak licin. Maid adik aku tergelongsor jatuh ke bawah...sian dia. Kalau aku yang jatuh...apa jadi??? Ohh...tidak!!!



Nampak tak pohon rambutan dan durian di sebalik bukit belah kiri pada gambar di atas? Agak tinggi jugak bukit tu. Kalau aku turun naik bukit tu setiap hari...agak2 boleh kurus tak?? ahaksss.....

seguni rambutan yang berjaya dibawa turun ke bawah oleh 2 orang maid adik aku. Ya Allah sedapnya rambutan ni....rupa rambutan ni dah mcm buah pulasan. Rasanya manis dan tidak berair. Best giler!!!!

inilah sebahagian rambutan yang juga berjaya dibawa turun ke bawah. Sedap nak mampus durian ni...tetapi amatlah payah nak kopek sebab baru jer gugur.....kulit masih bergetah.


Pagi tu mama masak nasi lemak. Sambal, ikan bilis, telur timun dah siap bawak dari rumah. Cuma tinggal masak nasi ajer kat sini. So, pagi tu kami breakfast nasi lemak serta lauk-pauk semalam yang masih berbaki.  Panaskan di microwave ajer. Tengahari kami tak masak apa....sebab boleh ulang makan nasi lemak yang mama ku masak tu. 

Lepas lepas tu ialah acara memakan durian dan rambutan pulak. Slurrpppppp...sedap giler uolssssss!!. Then acara yang seterusnya ialah mandi sungaiiiiiii!!. Anak buah aku yang 2 orang tu dah sabar-sabar nak terjun dalam sungai tu....ishhhh sejukkk. Apa dorang kisah....yang penting dapat main air...hehehe.


yeaaaaaaaaaaa.....dah siap pakai baju mandi.....jom kita mandi sungai.

masa ni aku tak mandi lagi...duk sakan snap gambar depa...

kena jalan hujung sikit.....baru nampak air terjun yang comel ini. Aku tengok dari atas jerrkkkk....mak sejuk tau!!!!


Anak-anak dan bapak-bapak sakan mandi air sungai. Villa ini juga menyediakan pelampung tapi kena bayar iaitu RM10 seunit.

 wehuuuuuuuuu......naik atas pelampung dan dibawa arus hingga ke tebing sungai depan villa kami tu. My bro izuan dan anaknya Daniel.

 My bro izam dan anaknya Danish...yang kecik Rayyan tak bawak sebab masih kecil lagi.

 my bro Idham solo ajer sebab anaknya Zarief masih kecil lagi.....lagi satu dia takut air sejuk hehehe

 mereke terus dibawa arus hingga ke hujung...best giler!!!



Selepas mandi sakan dan bersiap dengan pakaian...kami get ready pula untuk BBQ. Kami sengaja memilih wat BBQ waktu petang jam 3 kerana kalau malam agak gelap sikit kat sini. Kesian kat budak-budak tak bebas. So, petang tu kami ramai-ramai membuat acara membakar-bakar. Di antara yang kami bawa dari rumah ialah ayam, daging kambing, daging lembu dan hotdog. Aku juga menyediakan makanan sampingan lain seperti coselaw, potato salad dan nasi minyak. Nasi minyak ni masak di sini ajer.

Sedang asyik membakar...hujan turun dengan lebatnya di sini. Sejuknya masa ni. Air sungai yang jernih menjadi keroh dan sangat deras mengalir. Selang beberapa minit...ia jernih kembali. Lepas habis membakar, acara makan-makan pula. Bestnya makan kat verandah villa ni. Kami makan dalam jam 4.30 petang gitiewwww dan diselangi dengan makan durian lagi. Durian baru gugur uolssss....



tempat BBQ betul-betul di tepi sungai ini.....masa ni cuaca mendung tanda nak hujan.

aummmmmm.......ayam sedang dibakar.....tetiba jadi lapaqq.

coselaw ini aku yang buat...sedappppppppp!!!

potato salad ini kurang menjadi sebab kentang direbus terlalu lama..huhuhuhu. Tetapi tetap sodappppp.

yeahaaaaa ayam dan kambing dah siap dibakar............sodap hingga menjilat jari.

hotdog ini sangat menggoda. Sebabnya dalam tu ada cheese.....auummmmmmm!!!!

permandangan di sekeliling taman villa.....pandangan di bahagian depan. Luas kawasan di sini.

inilah kolam ikan talapia yang aku kata tu. 

sambil berehat dan menikmati keindahan kampung dan kehijauan pohon sekeliling...sangat tenang jiwa dan hati ini.

petang tu dorang pi cari durian di dusun. Tengok tu kena mendaki untuk sampai ke dusun. Petang tu dapat 12 biji durian...auummmmmm!!!!

aku kat bawah ajer...duk kutip durian yang dibaling dari atas bukit. Bestnya pengalaman ini....maklumlah org bandar tak pernah ada pengalaman kutip durian hehehe.



Selepas maghrib sambil melepak dalam villa, kami adakan acara memotong cake pulak. Kebetulan hari sebelumnya ialah besday my sis in law Azam dan Nor. Same date uolsssss. Aku yang belikan cake ni. Cheese and choc cake beli kat Secret Recipe. My bro suruh buat cake......hmmm aku tak sempat nak buat.

As usual tiap kali ada cake...my two nephews tu yang akan duduk di depan cake untuk tiup lilin. Dah mcm depa punya besday kan hehehe. Malam tu sakan masing-masing makan cake. 


muka ceria di depan cake.....





Gambar di atas bersama family tersayang pada malam tu. Lepas makan cake ialah acara bergumpal atas tilam. Siapa mangsanya?? Ahkak lah!!!! Percaya tak keempat-empat anak buah menghempap mak sedara ni beramai-ramai. Sib baik masih bernafas sampai sekarang. Kelemasan ahkak dik non hoiiiii. Budak kecik yang 2 orang tu pun sama joint.....hahahah memang sangat lawak masa tu.

After acara bergumpal dengan anak sedara....kami lepak tengok tv. Malam tu ialah malam tahun baru. Uhukk uhukkk takda bunga api kat dalam hutan ni. Tapi kedengaran gak letupan bunga api dari arah Genting Higland....cumanya tak nampak. Nampaknya kami celebrate new year di dalam suasana kampung. Hehehe...best apa.

Esok sambung lagi......ada acara lain pulak...tungguuuuuuu!!!!!!!



January 10, 2012

Day 1 - Weekend Getaway @ Saujana Janda Baik, Pahang


Berjumpa lagi di dunia alam maya. Ingat tak aku ada buat intro sikit pasal percutian ku di satu tempat tu...siap ada teka lagi. Hehehe....nampaknya ramai yang pandai meneka. Percutian ini merupakan year end family gathering. Pada mulanya kami plan nak ke Awana Genting...last minit punya pasal semua bilik penuh sudah. So, aku cadangkan pada my bro....why not kita gi Janda Baik memandangkan kami belum pernah ke sana lagi. Ok fine...google info pasal Janda Baik kat internet.....search mana yang best. Finally my bro memilih tempat ini iaitu Saujana Janda Baik. Tengok gambar pada internet terus jatuh cinta. Esoknya my bro terus bayar.....sib baik masih kosong.

Tempat ini terdapat 2 villa sahaja dan dikelilingi oleh taman, dusun, kolam ikan dan sungai yang sangat jernih. Ratenya RM600 untuk villa pada gambar diatas - Chemperoh Villa. Di dalam villa ini boleh muat lebih kurang 10 orang. Di dalam villa ni tiada bilik...hanya ada satu katil dan 8 buah tilam. Lagi satu villa pula ratenya ialah RM400 - Meranti Villa boleh muat seramai 6 orang - ada satu katil queen, satu katil double decker dan tilam.

So 2 hari selepas kami booking iaitu pada tengahari 30 Disember lepas kami semua berangkat dari rumah. Cuma my bro Idham and wife datang lambat sikit bcoz dorang bekerja pada hari tersebut. Malam barulah dorang sampai. Alaaaa...kejap ajer dari KL...lebih kurang sejam perjalanan. Kami angkut anak depa sekali....pandai dia bawak diri bila mak ayahnya takda hehee.


ini adalah pandangan sisi Chemperoh Villa.....cantik dan sangat selesa. Parking kereta depan ni ajer. Kawasan sekeliling villa ini sangat luas. Verandah tu sangat sesuai untuk anak buah aku bermain bola...boleh? 

inilah katil yang terdapat dalam Chemperoh Villa. Dah macam katil pengantin kannn.....best betul lepak atas katil tu. 

 ini pula ruangan menonton TV. Di sini juga disediakan Astro B-yond...kelassss!!! Juga terdapat wifi uolssssss. Best tak? Memang aku tak boring di sini...sebab apa yang korang ada di dalam rumah...di sini pun ada.

dapur yang terdapat di sini....tetapi hanya di dalam Chemperoh Villa dan manakala di Meranti Villa hanya terdapat peti ais sahaja. Di disini tidak dibenarkan memasak. So, kami bawak sendiri periuk nasi untuk masak nasi. Lauk pauk pula kami bawa dari rumah dan boleh dipanaskan dalam microwave yang disediakan.

nampak tak gambar di atas? Dekatkan dengan sungai.....kelassss. Tu yang menariknya tempat ini. Turun ajer tangga villa dan jalan sedikit terus dah jumpa sungai yang sangat jernih dan sejuk. Tempat ini sangat best dan eksklusif sebab hanya kami sahaja yang berada di dalam kawasan villa ini. Privacy gitiewww!!!!

cuba tengok anak sungai yang mengalir ini......sure tak sabar nak terjun kan hehehe.

anak sungai ini betul-betul terletak di sebelah Chemperoh Villa. Airnya sejuk mengigil-gigil bila mandi. Tapi sekali dah berendam badan dalam sungai ni...terus tak nak balik hehehe. Sorry gambar aku takda sebab aku yang tukang snap...biasalah dah jadi tugasan tetap.

sebelum mandi kami lunch dulu di sini.....masing-masing sibuk mencari makanan di dapur. Aku pulak sibuk snap gambar anak buah sambil melihat telatah mereka...seronok plak. Yang ni plak my nephew Rayyan sedang asyik menonton TV......kusyuknya dia. Daddy dia pasangkan citer Upin Ipin.
lagi satu nephew Zarieff yang sangat comot sebab makan spaghettie. Tokma suapkan dia makan.... terus jadi budak comot hehehe. Sangat baik bawak diri sendiri sebab daddy dan mummy dia belum sampai masa ni.

my nephew Danish sedang asyik makan spaghetti...his favourite food. Candid camera...dia tak sedar gambarnya diambil. Inilah kerja aku...snap gambar anak buah buat koleksi peribadi.

nephew yang sorang lagi Daniel...alamak dia perasan pulak gambarnya diambil. 



Lepas perut masing-masing sudah kenyang...apalagi aktiviti seterusnya ialah bermandi-mandi di sungai. Tengoklah gelagat anak buah aku yang dua orang tu....suka sangat dan tak reti sejuk. Maid my bro terpaksa jaga keselamatan mereka berdua. Aku rendam kejap.....pastu naik semula sebab terlalu sejuk uolssss. Memang bestlah tempat ni....tak rugi kami check-in di sini. Highly recommmended.

Satu keistimewaan di sini ialah terdapat dusun dibelakang Meranti Villa. Dusun tu terletak di lereng-lereng bukit...cumanya kena mendaki sikit kalau nak petik buah. Buah apa yang ada? Buah durian, rambutan dan cempedak. Sakan kami makan buah-buahan di sini. Semuanya free ok....cumanya kena ambil sendiri di pokok. Durian pulak kena tunggu dia gugur. Kebetulan plak ketika ni musim buah...makanya kami sangat kekenyangan dengan buah2an tersebut. Durian pulak banyak yang gugur...aduhhhh meriahnya.

Selain daripada tu....terdapat juga kolam ikan di sini. Masa kami pergi ni ikan talapia masih kecil dan tidak dibenarkan memancing. Rasanya kena bayar kot kalau nak memancing. Nak main outdoor aktiviti pun ada.....boleh main bola di laman depan villa, main badminton, bola jaring (ada jaring) dan volley ball. Kalau ada sesiapa nak tidur di dalam khemah pun boleh...ada disediakan khemah untuk disewa. Tapi......larat ke nak tidur malam dalam khemah? Sebabnyaaa...cuaca di sini sangatlah sejuk di waktu malam.


anak dan bapak sakan merendam di dalam air sungai....

budak kecik ni takut air sejuk. Berendam sikit dah menjerit ketakutan hehehehe. Akhirnya tokma terpaksa jaga dia di tepi sungai tu...hehehe.

tadaaaaaaaaaaa.... inilah dia durian yang terdapat di dusun tersebut. Naik muntah makan durian kami dibuatnya sebab terlalu banyak. Ni baru hari pertama kami di sini.


my bro Izam sakan membuka durian dengan parang. Disebabkan durian ni baru jer gugur....so agak sukar nak mengopeknya. Sampai 2 orang nak bukak sebijik durian. Tengok tu my nephew dah tak sabar tunggu daddy kopek buah durian. Rayyan memang peminat durian.

isi durian di sini sangat sedappppppppppp....memang terbaik!!!!!!

seorang lagi budak comot yang sedang makan durian. Dah makan seulas...dia mintak lagi. 

inilah dia Meranti Villa......ia terletak di belakang Chemperoh Villa iaitu jaraknya 50 meter sahaja.

pondok untuk melepak di tepi sungai. Kami kopek dan makan durian di sini sambil chit chat. 



Ok...sekian dulu entry pertama berkenaan percutian keluarga di Janda Baik. Esok aku sambung lagi apa aktiviti kami di hari kedua di sini. Kalau korang nak stay di sini aku cadangkan stay 2 malam barulah puas. Kalau satu malam....rasanya mcm tak cukup...kejap sangat.

Malam tu kami makan malam dengan makanan yang kami bawak dari rumah. Cuma kena masak nasi ajer. Malam tu hujan turun dengan lebatnya....so kami tidur selubung dengan selimut tebal.Sejukkkkkkkkkkkkkk!!!!!!


p/s- this weekend aku gi outstation lagi. Ke mana? tungguuuuuu.....