Ads

Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

August 27, 2015

Day 1 - Raya @ Johor Bahru & Singapore


Salam semua pembaca blog yg disayangi.
Tuan tanah sekarang ni bersemangat nak update blog..... sebabnya nak habiskan story raya bersusun. Almaklum kami tahun ni raya sakan. Kalau lambat update alamat cerita pun dah basi..huhuhu. 

Selepas kami balik dari Terengganu...esoknya aku dah start kerja iaitu jatuh hari Jumaat. So esoknya Sabtu dan Ahad ramai dah bgtau nak singgah beraya di rumah kami. Hari Sabtu plak family aku akan datang rumah kami beraya. So acara masak memasak pun bermula. Dari pagi aku dah start memasak untuk tetamu kami. Menu untuk family aku ialah :
1. Spaghetti Blognese
2. Fettucine Carbonara
3. Satay dan Nasi Impit
4. Moist choc cake
5. Goreng pisang cheese

Esoknya hari Ahad pun ada ramai lagi tetamu nak datang. Cousins aku 3 family datang serentak ke rumah kami. Aku masak mee kari seafood percubaan pertama aku. Hmmmm...sedap menjilat jari semuanya. Alhamdulillah cukup semua makanan kami. Malam tu aku singgah rumah my mum pulak. My mum masak mcm2 sebab ramai juga tetamu datang. Ada nasi arab dan laksa Penang. 


 family aku datang beraya.....baru selesai makan.

 kat carpet tu tempat lepak anak saudara aku tuk main game dan charge ipad. 




 aku sengaja asingkan food di meja lain....supaya tetamu kami makan dengan selesa di meja makan.


 esoknya pulak hari Isnin ada jamuan makan2 raya dengan ofismate aku. Kami buat potluck. Masing-masing bawa makanan. Aku bawa moist choc cake, kueh raya dan acar timun. Menu kami macam2...ada satay, nasi beriyani, ayam masala, nasi impit dah lodeh, lemang dan rendang dan kueh raya. Raya tahun pecah rekod boss bagi duit raya...thank you boss.




Selang beberapa hari iaitu hari Jumaat pagi kami sekeluarga bergerak ke selatan, Aku, En Bos, my mum dan my bro Izam sefamily kami sama-sama memang dah plan nak beraya dgn saudara mara kami di JB dan Singapore. My mum mmg orang Singapore dan memang saudara mara kami ramai di sana. Banyak rumah persinggahan kami nanti. Sempat ke nanti hehehehe.

Kami berdua memang plan dah lama nak bawa jalan kedua-dua bonda ke Singapore. Kebetulan my bro Izam nak join kami sekali. Ok....lagi ramai lagi meriah. So..ibu mertua dah sampai KL dari kampung sehari awal. Esoknya pagi kami bertolak ke JB dari rumah my bro Izam di Duta Suria Ampang.


 kami berkumpul di rumah my bro dulu sebelum bertolak. Rombongan madam leez ke selatan.


 Rumah pertama kami ialah di Gelang Patah rumah my cousin Kak Azizah...kami sampai just nice waktu makan tengahari. Tuan rumah memang taukeh catering dan tengah sibuk memasak untuk tempahan catering. Sambil tu memang dia masakkan untuk kami iaitu ikan masak asam pedas, sayur campur, rendang ayam, meehoon, mee goreng dan nasi impit. Memang sangat sedap dan menyelerakan. Sendat perut...alhamdulillah dah kenyang.


 anak buah aku yg 3 orang tu menunggu untuk makan...sian lapar dorang. Penat jalan jauh. 


 then...kami gerak ke Johor Premium Outlet pulak. Tak plan nak shopping pun. My bro yg nak shopping sebenarnya. Kami takat window shopping ajer hehehe. Datang dgn tangan kosong dan balik pun dengan tangan kosong hehehe. Kami dah plan nak shopping kat tempat lain bulan Nov ni....ke negara manakah??? tungguuuuu. 


 sehelai tshirt harga beribu...hmmm En Bos kata...tak payahlah. Baik kita beli flight ticket dgn duit tu and shopping kat sana. Ehh.....kat negara mana tu En Bos???? :p


 dah petang dan kami pun dah penat giler. Kami dan kedua-dua bonda gerak dulu dari JPO dan kami check in di Pulai Spring Resort. Berehat, solat, mandi dan bersiap untuk keluar lagi malamnya. Ada 2 buah rumah kami nak singgah.


 gambar terlebih lighting kuning guna hp En Bos.


 kami stay di suite 2 rooms denga  harga RM420 satu malam termasuk brekafast for 4 pax. Bestlah stay sini. Permandangan pun cantik dengan padang golf di sekeliling. 


 Lepas maghrib kami gerak ke Larkin iaitu rumah my cousin Ilal dan Ida. Kami dijamu dengan mee goreng dan meehoon goreng. Sorry takda gambar sebab sibuk berborak sambil makan. Then my bro kata dia nak singgah makan steamboat cucuk jap kat Dataran Bandaraya. Oklah.....makan sikit utk jamah ajer. 


 Memang order sikit tapi bila tetap kami kekenyangan. Tak habis...tapau bawak balik.


Next pit stop ialah di Mutiara Rini rumah anak sedara sepupu- Jai. Dia dah call aku awal2 lagi....jangan makan sampai kenyang sebab dia nak jamu nasi lemak malam tu. Aduhaiiiii camana ni. Perut dah sendat. Jamah jugaklah sedikit. Pukul 1.30 pagi kami baru balik...huhuhu. Ikutkan hati nak berborak lagi tapi kedua-dua bonda dah kepenatan dan mata mengantuk. Ok jom balik hotel semula.


Sekian cerita kami di hari pertama jalan-jalan raya kami di JB....penuh dengan aktiviti makan-makan dan borak-borak sedara mara. Esok pagi kami nak gerak ke seberang tambak pulak. Apakah yang terjadi kepada kami malam esoknya....tungguuuuuuuuu.


p/s - setiap minggu penuh dgn aktiviti sejak raya.....mak penat uolsssss.



July 1, 2015

Day 1 : Hubby's Birthday Trip to Melaka


Salam Ramadhan semua.
Alhamdulillah kita masih bertemu lagi di dalam bulan yang mulia ini. Perbanyakkan ibadah dan sempurnakan rukun Islam ketiga ini. Minta maaf jika aku dah lama tak update blog. Banyak reason sebenarnya. Salah satunya ialah kesibukan aku dengan cookies raya....ini kes sebelum puasa lagi. Dan lagi satu aku baru jer lepas menjalani operation seminggu sebelum bulan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah sekarang dah baik dan boleh tumpukan perhatian pada ibadah puasa dan membaking cookies raya. Tempahan cookies tahun ini amatlah diluar jangkaan. Lebih daripada target kami. Syukur dengan rezeki ini.

Ok entry kali ni aku nak share berkenaan dengan our trip to Melaka sempena menyambut hari kelahiran En Bos.....lama dah iaitu akhir bulan April yang lepas. Tak pergi oversea pun. Cuti2 Mesia ajer. Kami berdua ni memang suka gi Melaka....sebab banyak tempat makan best2 di sini. Jom tengok kami meronda ke mana.



senyap2 amik gambar orang sebelah pastu post ke FB and wish him happy birthday...hehehe


Dah sampai Melaka...kami singgah ke Klebang dulu nak makan cendul durian. Kedai ni betul2 dpn pantai kelebang. Sajer tak nak makan heavy sebab nak makan special malam nanti.

Pastu order goreng pisang cheese...hmmm tak sedap sgt. Buat sendiri lagi sedap.


Then terus check-in di hotel ini. Namanya Hotel Swan Garden. Hotel ni 3 star rasanya. Tapi dalam biliknya macam 5 star uolss. Rate yg kami dapat RM180 satu malam. 


Bila dah masuk bilik...memang malas nak kuar.




Sebelum kami chck-in hotel...singgah sebentar beli coconut shake di Klebang. Tapau bawak balik bilik. Lepak tidur dulu dalam bilik. Petang sikit baru kami keluar.


Aku jarang berjalan kaki di sini bila dah sampai ke Melaka. Tapi kali ini kami sajer nak berjalan kaki ambil angin petang. Tak sangka cantik juga sg melaka ni.....memang telah dihias cantik utk tarikan pelancong.


Masa kami datang ni ialah hari Khamis...sebab esoknya ialah Hari Buroh. So, pelancong tempatan tak berapa ramai...yang ramai pelancong overseas. So...aku pun konon2nya mcm pelancong oversea lah tu.



Memang tujuan utama kami ialah untuk makan di sini dan lepak sambil menikmati muzik di sini.


Orang tak da pun waktu ni. Best sangat...umpama tempat ini kami yg punya. Order makan sambil menyuap makanan ke mulut besday boy...amboi sukanya dia hehehe.

Happy Birthday husband...semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih menjadi teman hidup saya.


my feveret food di HRC. Sedap sangat.


Husband order food ini.....kekenyangan nak habiskan.


kami lepak di sini sampai malam sambil menikmati muzik sentimental dari 3 orang penyanyi ini. Sedap giler suara dorang dan memang mengasyikkan. Makin lama makin ramai orang. Jam 11.30 malam barulah kami beredar dari sini. Semoga husband terhibur dan suka dgn birthday treat dari isterinya. 

Balik terus kami menuju ke hotel. Mata dah ngantuk. Tunggu esok pulak apa aktiviti kami. Sambung lagi next entry. Insya Allah.


p/s - Syukur dengan rezeki Allah di bulan Ramadhan.


April 9, 2015

Our 1st Anniversary @ Pullman Hotel, Putrajaya


Salam semua.
Entry kali ini sajer nak share sempena 1st wedding anniversary kami suami isteri pada 28 Februari yang lepas. Sekejap jer rasanya dah setahun kami berkahwin....pejam celik pejam celik dah 365 hari kami hidup bersama. Syukur kepada Allah diatas rezeki ini dan dikurniakan seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan sangat memahami diri aku. Alhamdulillah.

Beberapa bulan sebelum tarikh itu kami dah plan nak celebrate di luar KL dan kami telah memilih Langkawi. Siang malam pagi petang sebelum terbang aku dah buat research thru online untuk memilih hotel yang best sempena anniversary ini. Aku dah target nak stay kat satu hotel ini. Cumanya aku belum booking dan bayar lagi. 2 minggu sebelum tarikh tu aku dah apply cuti. Tak lama pun...kami plan stay there 3 days and 2 nites sahaja. Entah camana...seminggu sebelum pergi cuti cik abe tidak diluluskan atas alasan dia baru ambil cuti panjang masa kami balik Terengganu 2 minggu lepas. Hmmm...sedihnya. En, Bos kerja tak macam aku ikut office hour...dia kerja ikut shift hour...tu yang susah sikit nak apply cuti. Haduhhh,,,,habis semua plan. Nasib baiklah kami tak bayar hotel lagi. Agaknya tu antara sebab aku tak booking hotel....mcm petanda tak jadi pergi. Redha ajer lah. Habis burn flite ticket kami ke Langkawi.....uhukkkk.

Nak tahu apa plan kami pulak?



kenangan saat diijabkabulkan pada 28 Februari 2014

 majlis bertandang di Besut. Lokasi di Pantai Bukit Keluang, Besut.

 Pantai Bukit Keluang, Besut

Ya Allah.....kurusnya cik abe masa ni...hehehe.

 malam hari pada tarikh 28 Fen 2015 kami celebrate di Chili's Restaurant, Bangsar.

 chicken with sauce...sedap sangat.

 En Bos's feveret....lamb chop





 akhirnya kami memilih bercuti di Putrajaya ajer....jadilah...hanya 45 minit dari rumah kami hahaha.


kami stay di Hotel Pullman Putrajaya.....

 kedatangan kami disambut dengan hiasan bunga love di atas katil. Wahhhhh...romantik gitiew. Macam tak nak tidur ajer....asik duk tengok bunga tu ajer hahaha. Akhirnya atas bunga tu jugak aku tertidur....wangi youuuu!!!!

Aktiviti kami sebaik sampai hotel ialah tidur...tidur...tidur. Sebabnya sebelum tu kami baru balik dari rumah yang kami baru pindah tu....duk penat mengemas barang dan perabut. Penat giler. Balik rumah mama terus packing beg dan drive to Putrajaya. Masuk bilik hotel...then lepas solat terus tidur sampai petang. Betul2 nyenyak. Plan asal petang tu nak mandi pool sambil relax2. Hampehhhh...semua tinggal janji ajer.

Malam takda aktiviti di sini...kami makan simple ajer di tepi tasik. Nothing much to do here. Balik bilik sambung lagi tidur sampai esok pagi. Lepas subuh kami tidur lagi sampai pulul 10 pagi baru bangun....then baru pergi breakfast di hotel. Fuhhhhhhhhhhh....tidur ajer kerjanya. 



 ada pelbagai jenis food di cafe ini...di hotel

 before check out plan nak terjun di sini...pun tidak kesampaian. Sebab panas giler kat luar masa ni. Inilah pertama kami kami stay hotel tapi tak gi mandi di pool. Jujur cakap...kami memang betul2 penat dan memang rehat secukup2nya di dalam bilik hahahaha.





 masa nak check out kami naik tingkat atas untuk tengok pool...rasa menyesal pulak tak mandi di sini. Nampak best dan menarik di sini...sebab permandangan cantik dari atas.

 we really had good rest in this hotel. Memang berbaloi bayar sebab 24 jam memerap dalam bilik hehehe.

Malam pada hari yang sama En Bos kena kerja. Maka tinggalkan aku sorang2 di rumah...uhukkk. Anyway, tak kisahlah tak dapat jejakkan kaki di Langkawi....di Putrajaya pun dah okay. Yang penting we had quality time together on our wedding anniversary...no matter where we are. Alhamdulillah.

Ok habis entry ini. Next entry nak cerita pasal apa plak yea. There will be no more overseas vacation for us until this coming November InsyaAllah. Tunggu dan lihat.


p/s - semoga kami diberikan rezeki ini...Insya Allah.




March 12, 2015

Nak bercuti ke Ipoh? Jom stay di Hotel DWJ



Advertorial

Salam semua.
Ada sesiapa yang nak pergi cuti-cuti Malaysia ke Ipoh  sempena cuti sekolah yang bermula minggu ini? Tapi tak tahu nak stay di mana? Okay...jom baca entry ni... mana tau boleh membantu menyelesaikan masalah anda semua.

Aku nak rekemenkan sebuah hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh di mana lokasi nya yang strategik dengan pelbagai kemudahaan disediakan. Hotel ini mempunyai 22 bilik yang direka dengan reka bentuk tersendiri dan kemudahan bilik yang padat dan ruang yang selesa. Memang hotel ini sangat selesa bagi anda sekeluarga beristirehat. 

Jom kita tengok camana agaknya rupa hotel ni.


 tu dia....terang benderang diterangi lampu-lampu. Tiada masalah nak dapatkan tempat letak kereta di sini.


 hotel ini telah siap dibina dan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak pada tahun 2010. 


 ini ialah gambar lobi di hotel. .....nice deco and colour.



Di sini aku sertakan sekali kemudahan yang terdapat dalam hotel ini.


Kemudahan utama:-

1.      Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin,, pancuran pemanas air dan 32 '' skrin lebar TV LCD dengan ASTRO, unit meja dan kerusi.
2.      Peti Ais Mini (Deluxe Suite & Family room)
3.      Percuma Wi-Fi
4.      Parking Percuma
5.      Seterika
6.      Dispenser Air
7.      Alat pengering rambut (atas permintaan)
8.      Kad Kredit (Kad Kredit Utama Diterima)


Hotel ini terletak di tengah-tengah Pusat Perniagaan Ipoh yang juga dikenali sebagai “Ipoh Golden Triangle.” Ia meliputi banyak kemudahan dalam jarak berjalan kaki seperti:


Bank
-          CIMB
-          AmBank
-          Maybank

Hospital
-          Pusat Perubatan Ar-Ridzuan
-          Hospital Raja Permaisuri Bainun

 Kompleks Membeli Belah
-          Angsana Mall
-          Ipoh Parade

Kolej dan Universiti
-          Institut Teknologi Perak (ITP)
-          Kolej Poly-Tech MARA
-          Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

 F & B Outlets
-          Ipoh Hainan Chicken Rice
-          David’s Diner
-          Restoran Simpang Tiga
-          Restoran Assam House
-          Subway
-          Secret Recipe
-          Nasi KandarVanggey
-          Pesanjung
-          Restoran M. Salim
-          Old Town Kopitiam
-          Dim Sum Café
-          Moven Peak
-          RestoranMacoy European
-          Dubliners Café
-     Berlin's Bier Houz
-          Healy Mac’s Irish Bar
-          Thumb’s Café
-          Burger Camp
-          Restoran Cili Hijau


-          Restoran Anjung Seri 



Untuk harga bilik pula...sangatlah berpatutan. Hotel ini juga menyediakan pelbagai jenis bilik mengikut keselesaan tetamu. Harga seperti berikut : 



Room Rate

Type
Description
Normal Rate
Peak Rate
Single Room (without window)
1 Single Bed
RM 88
RM 115
Standard Room
         -    Twin Single
         -   Queen

2 Singles Bed
1 Queen Bed

RM 118

RM 154
Superior Standard
1 Queen bed, wallpaper
RM 128
RM 167
Deluxe Room
1 Queen Bed & 1 Single Bed
RM 138
RM 180
Deluxe Suite
1 Queen Bed, Mini Fridge & 1 Sofa
RM 148
RM 193
Family Room (without window)
1 Queen Bed, double decker bed & Mini Fridge
RM 168
RM 219




Jom kita tengok gambar-gambar bilik. Pasti anda akan terpesona dengan decoration bilik di hotel ini...persis hotel 5 bintang. Oh yea...untuk pengetahuan harga bilik di atas tidak termasuk breakfast. 



Single Room



 Standard Room


 Superior Standard


 Deluxe Suit


 Family Room



 Bathroom





map lokasi untuk ke hotel ini



Alamat hotel ini seperti berikut :

Hotel DWJ 
No. 1. Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak
Phone: 05-242 8777


Untuk urusan tempahan bilik anda boleh terus menghubungi hotel ini atau agent hotel yang dilantik seperti agoda.com , booking.com atau expedia.com.

Selamat bercuti semua dan pastikan anda jangan lepaskan peluang untuk stay di hotel ini. Harga yang berpatutan dan keselesaan terjamin. 



p/s - entah bila nak pergi bercuti lagi....sebab kumpul duit untuk mega holiday akhir tahun ini Insya Allah.