Ads

Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

September 24, 2012

Raya 2012 @ My Office


Salam semua.
Dah habis pun bulan Syawal tapi aku tak habis lagi nak update pasal raya huhuhu.
Pada minggu terakhir Syawal yang lepas my office ada buat open house untuk para client kami dan para artis yang selama ini menyokong majalah kami. Boleh dikatakan tahun ini adalah yang paling grand berbanding tahun-tahun sebelum ni. Sebab nya? Makanan sedap-sedap belaka, decoration gempak sangat dan yang paling best artis-artis yang datang kebanyakannya diva-diva uolsss.

Aku tak usung camera pun masa tu sebabnya susah sangat dan sibuk melayan client yang datang. Pakai hp camera ajer uolss. Ada banyak gak pic daripada camera my friends...tapi cukuplah pics ini ajer aku persembahkan huhuhu.


aku pakai baju fesyen jubah ajer uolsss.....

antara makanan yg dihidangkan ialah nasi beriani, lemang, rendang, rojak mamak, satay, kebab, ayam golek, laksa, cendol, lamb bbq, mee goreng kuali besar, kueh-mueh melayu, kek yg sedap2 belaka dan mcm2 lagi. Gambar di atas ialah sebahagiannya sahaja. Malas aku nak snap pic yg lain.

lamb bbq...nyumm nyumm

tengok lah sapa artis yg hadir....Cik Ta (cantik gilerrrr!!), Didie Alias (selaku emcee), Maya Matahari. Lain-lain artis yg hadir ialah Alya, Faizal Tahir, Johan Ashaari, Dafi, Fiz Fairuz, Zed Zaidi, Lisdawati dan ramai lagi lah. Tak ingat aku ....huhuhu.

getik sgt haisshhhh bergambar rapat-rapat dengan anak ikan hahahaha. Aku bergambar dengan pelakon Johan Ashaari. Wartawan Mangga Deel yg tolong snapkan pic ni. Dia baik dengan Johan.

kenal tak? Inilah dia Cikgu Cabaran Sihat Kevin Zahri. Thanks for coming yeah. 


Lupa nak habaq...ada lagi satu artis yang aku lupa nak sebut di sini pun sudi hadirkan diri di majlis kami. Sajer jer tu buat-buat lupa hahahaha. Siapakah itu???? Dia lah "kakak" ku. 


>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

ramai bgtau kat aku.....tingginya Dato' Siti. Dia tinggi atau ko yg pendek...haissssshhh. Jawapannya...dia memang tinggi dan pakai high heel jugak. Sebab aku pernah bergambar dengan dia dulu masa kat Masjid Wilayah....tak pakai kasut. Kami hampir sama tinggi ahaksssss....tak lah dia tinggi sikit dan taklah ketara mcm ni.

 Datuk K pun ada uolssss. Masa ni tengah bergambar dengan org kuat Majlis Belia Felda ....client aku jugak. Sapa kata Siti gemuk??? Dia kurus lahhh. Sila tengok.......


Ok itu ajer pic yg aku boleh tunjukkan di sini. Dengan artis lain aku tak bergambar pun sebab kurang minat hehehehe. Tunggu next entry utk cerita lain pulak. Chowwwwww.


p/s - yeahhhhhaaaa saya dah tak sabar nak gi bercuti





June 14, 2012

Hari Ibu Ratu Hatiku Bersama Anuar Zain @ Sunway Putra Hotel KL



Salam semua.
Pemenang untuk cuba teka telah pun di ketahui. Terima kasih banyak-banyak sebab anda semua sangat setia bersama blog ini dan sangat sporting untuk menjawab soalan cuba teka tu. 
Wowwwww...kebanyaknnya telah menjawab dengan betul. Maknanya anda semua ialah pengikut setia blog ini. Sebabnya...uols tahu ajer apa yg aku akan cari setiap kali ke overseas.
Jawapannya ialah koleksi HRC - tshirt dan short glass.
Nampaknya pemenang yg bertuah ialah - Farah (Mami Little Hero). Boleh tak u hubungi i di email ni syarliz@hotmail utk menyerahan gift yg dijanjikan. But, if am not mistaken you stay kat UK kan? Camana i nak post tu? Ada address di Malaysia tak?

Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa aku tak beli HRC Collections kat Seoul ni. Nak tau jawapannya? Sebabnya ialah HRC Seoul baru beberapa bulan yg lepas ditutup...uwakkkkk :((
Melepas aku nak menambahkan koleksi HRC yg ada. Apa nak buat...aku terlambat sedikit datang ke Seoul ni. Katanya HRC Seoul ditutup kerana tak laku. Orang Korea ni very proud with their local produk...tak kisahlah cafe ke...cosmetic ke...fabric ke...fesyen ke....anything about Korea....they are so proud of it. Ok stop kisah Korea.

Kali ni aku nak share dengan uols ttg majlis Hari Ibu Ratu Hatiku anjuran majalah Harmoni yg diadakan di Sunway Putra Hotel di KL. Artis jemputan yg membuat persembahan ialah Anuar Zain perghhhhhhh!!! Aku telah ditugaskan menjadi ushere menyambut jemputan VIP ke pentas. First time experience...best jugak. Boleh tengok muka Anuar Zain face to face bertentangan mata masa penyerahan bunga. Tapi sedihnya aku tak berkesempatan nak bergambar dgn dia. Sebabnya.....tengah sibuk. Anuar plak tergesa-gesa nak balik cepat after habis performance. Peminat dia mcm histeria bila dia tengah menyanyi....duk panggil dia nak ambik gambar walaupun dia tengah nyanyi masa tu.

Kalau korang nak tengok gambar-gambar ketika majlis ini boleh dapatkan dalam majalah Harmoni terbaru di pasaran  - gambar pengantin Nurul dan suami.



 gambarku dan teman-teman ketika menjadi usherer. Make-up tebal masa ni...ishhh tak biasa ahkak tau. Kami semua didandan oleh make-up artist.

 ohhh abang Anuar ku...........

 jelinganmu menggetar jiwaku...ahakssss

 Anne Ngasri & anak-anak serta Rozita Che Wan pun ada...menggayakan fesyen baju.

Sasha Saidin bersama anaknya menggayakan fesyen baju raya oleh Hajaba. Comel sungguh anak dia.

 dapatkan majalah Harmoni terbaru di pasaran sekarang!!!!

siapakah itu???....ngeh..ngeh..ngeh..


Entry akan datang aku nak share percutian masa cuti sekolah yg lepas bersama family ku....kami pergi cuti2 mesia ajer. Tunggu yeaa!!!!


p/s - Only You - terngiang-ngiang di minda ku


February 14, 2012

Part 2 - Company Retreat @ Puteri Resort, Melaka





Bersambung lagi company retreat yg diadakan di Melaka.
Malam kedua kami di sana adalah malam persembahan staff. Sebelum tu semua staff dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu bhg Majalah Hiburan, Majalah Umum, Majalah Keluarga 1 & 2, Bhg Grafik dan Bhg Admin/Operasi/Brand (group aku ni). Semua staff diwajibkan mengambil bahagian untuk persembahan tu. Umpama persembahan memalukan diri sendiri di depan penonton....oh tidakkkk!!!!! Aku ni jenis gugup bila berada di depan orang ramai. Aduhaiiii.....hati tak senang...duk menghitung jam menanti persembahan malam tu.

Kalau nak tau apa aktiviti malam tu dan apakah aku buat pada diri aku ini utk memalukan diri sendiri di depan orang...jom tengok gambar-gambar di bawah. Maluuuu gilosss!!!


tadaaaaaa....cuba cari yg mana satu aku? Ngeh....ngeh...ngeh!!!! Apakah persembahan kami malam tu??? Tungguuuuuu.....!!! Masa ni kena makan dulu sebelum persembahan di mulakan.

 Bos aku kata dah mcm Kak Pah penyanyi tu...ahakss!!! Itu bukan rambut aku hokayyy.....itu rambut pelesu ajorrrr. Gambar ni pakai galaxy tab....not so clear.

Nampak tak make-up aku tu? Make-up sendiri ajor yea tuan-tuan puan-puan. Siap pakai bulu mata pelesu lagi...nak lawan Rozita Che Wan lettewww. Aku main tenyeh ajer apa2 make-up yg ada. Entah apa2 jadinya...hehehe

ni opismate aku.....bergambar ramai2 sebelum persembahan dimulakan. Masing2 suspen nak tunggu persembahan masing2.

Jom makan dulu...lapaq naa!!! Aku makan sikit ajer sebab tak selesa dgn rambut pelesu dan make-up tebal tu.

Persembahan Pertama - Unit Grafik.....mereka menggayakan style staff2 yg terpilih sahaja termasuk gaya bos besar.....hahahah lawak gilossss. Siap pakai topeng tu....memang kreatif dorang ni.

ni plak group Majalah Umum- persembahan UKSB Idol.....ayohhhhhhhh meleret-leret hampir sejam...bosan beb!!! Yang jadi Amok tu syok sendiri gamok nya hehehehe!!!!

Kumpulan Majalah Keluarga 1 - mempersembahkan sketsa dan lagu Aci-aci Buka Pintu. Oklah menghiburkan jugak.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa....group aku lettewwwww. Over betul minah yg pakai rambut pelesu tu menggayakan Miss Datin V atau Vogue!!! Kononnya kami ni semua ratu cantik tetapi dengan gaya melucukan. Masa menggayakan fesyen masing2....siap ada make-up artis (staff lelaki) yg sibuk duk touch-up muka kita org......nama dia Shasha. So, pengacara memanggil bos kami naik ke pentas utk memilih siapakah yg paling cantik di antara ke semua ratu cantik ni. Siapakah yg terpilih????

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

si make-up artis Shasha telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik kami (kanan sekali)....Shasha tu pun pakai ramai pelesu.....lawak bebenor masa ni.....hahahaha.

ni plak persembahan Majalah Keluarga 2 - depa wat persembahan nyanyian dan tarian. Masa ni aku tak follow sebab aku naik ke bilik duk tukar baju. Panas wei pakai baju harimau tu.

persembahan terakhir ialah group Majalah Hiburan - mereka menggayakan persembahan tiru gaya artis Juara Lagu. Siap ada Ramlah Ram, Ning/Jac/Shila, Yuna, Aishah dan Siti Nurhaliza. Huzz jadi pengacara sebijik mcm Seripah Aini hehehe. Costume depa memang dahsyat weiiii...siap sewa lagi tu. Memang gempak habislah. Pulak tu lawak yg amat....pecah perut kami. Yang paling aku tak tahan....Che Li duk menggayakan Aishah nyanyi lagu Janji Manismu siap bawak beg jamesbond....pastu dicampak nya beg tu ke cameraman.....lawak sgt masa ni hahahaha!!!!!

Keputusannya....group aku dapat number 2 ajer....wahhhh tak sangka pun ada. Kami dapat duit RM400....yehaaaaaa. 

Juaranya ialah group Majalah Hiburan.....dah agak dah. Cuba cari yg mana satu gaya Siti Nurhaliza nyanyi lagu Jerat Percintaan?. Nak tau jawapannya???? Tunggu gambar di bawah.

group aku yg vogue hahaha. Masa ni aku dah salin baju hehe. Aku sorang ajer yg pakai baju biasa masa ni.

 Para artis kita yg cun melecun. Kanan sekali tu Ramlah Ram....nyanyi lagi Ku Kunci Cintamu Dalam Hatiku.

Siapakah ini??? Inilah dia Siti Nurhaliza celup dan seksi nyahhhhh!!! Make-up tebal lagi tu. Cayalahhh Abg Joha. Heheehehe....lawak sgt.


Ok habis dah. Itulah persembahan kami pada malam tu. Entahlah tak tau kenapa tetiba aku jadi sgt sporting malam tu sebab tergedik-gedik atas pentas. Gaya gedik depan bos besar plak tu. Dalam kehidupan realiti aku tidaklah begitu....malah sangat malu di atas pentas....errkkkkkk. Takpalah sesekali kan....bukan selalu nak menggedik diri mcm tu.

Next entry plak......pasal trip aku ke Genting pada weekend baru2 ni. Sedang menghitung hari untuk perjalanan aku seterusnya. 


p/s - ada seseorang wish me Valentine's Day....maaf aku tak celebrate. 



February 9, 2012

My Pic @ Mangga Magazine





Kepada yang rajin blogwalking ke blog aku ni sure dah tengok gambar di atas kan? Gambar ni kat mana? Sapa tau angkat tangan. Errrkkkkk sesuai ke main-main angkat tangan kat sini :p?

Memang betul gambar di atas ialah semasa aku gi Krabi bersama-sama teman office. Memang betul juga kami terjumpa artis Fizo Omar. Kebetulan masa ni dia tengah hangat diperkatakan di dada akhbar fasal kes muflis dia tu. Kesian kan. 

Ok....nak dijadikan cerita...masa aku gi ofis selepas balik daripada percutian ini...aku bercerita kat teman office yg juga seorang editor majalah bahawa aku terjumpa Fizo Omar kat Krabi. Terussss.....teman tu mintak gambar...sebab nak masukkan dalam majalah. Majalah apa? Tentulah majalah hiburan wahai kawan-kawan. Dan tak semena-mena aku glamer sat gambar masuk majalah sekali lagi. Errrkkkk tak habis-habis minah ni feeling retis. Tak caya? Sila lihat di bawah

>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>

Tadaaaaaaaaaaaaaaa.....


 FIZO OMAR BAWA DIRI?.....TAPI KE MANA YEA? OOOO...SILA BACA KERATAN DI BAWAH.

sekian terima kasih.......


Ok...tetiba mcm dah ngantuk ni. Esok aku nak berangkat ke tempat tinggi untuk meraikan besday my nephew. Jumpa lagi uolsssss. 


p/s - jari kuku tersepit drawer opis....mcm nak tercabut nyawa rasanya. Sakitttt yg amatttt!!!!





November 29, 2010

Gossip Rumahtangga Artis



Kali ni aku nak jadi wartawan gossip jap melaporkan tentang gossip perkahwinan seorang artis terkenal . Tetiba .... blog ni jadi gossip artis plak kan...hehehe!!

Korang ada tengok tak rancangan Melodi semalam tentang artis ini menafikan sekeras-kerasnya gossip keretakan rumahtangga dia. Entahlah aku no komen buat masa ni sebab aku lama dah dengar tentang gossip tu sebelum bulan puasa lagi. Kesahihan tentang gossip tu...mai sini aku nak citer.

Citernya begini.
Pada mulanya member baik aku ada habaq mai citer ni kat aku. Kawan opis dia ada pi ke Mahkamah Syariah kerana ada urusan dan tetiba dengan kuasa Allah...dia sudah terserempak dengan si artis ini dan suaminya. Kuar ikut pintu belakang naaaa. Setelah di risik dengan orang sana...ghopanya baru lepas hadiri sessi kaunseling rumahtangga. Macam tak percaya jer kannn!! Nampak sungguh romantik tetapi ghopa-ghopanya rumahtangga sedang bergolak. Jangan terkejut si suami pun boleh tahan jugak perangainya...womanizer. Sebelum mereka berkahwin ... si suami juga pernah bercinta dgn seorang artis janda yg sungguh ayu lagi meletop. Siapakah itu????? Ada lahhhhh......

Aku berkongsi cerita ini dengan salah seorang editor hiburan di tempat aku bekerja. Then, tak lama kemudian keluar pulak cerita ini di ruangan hiburan akhbar mingguan. Tetiba macam gossip panaskan. Walau bagaimana pun artis ni pandai cover line you!!!!

Tetiba.... wartawan Melodi pun tanya soalan yg sama kat artis ini semalam. Aku sempat jugak tengok. Takkan lah dia nak mengakukan. Macam nada melenteng ajer si artis ni. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Tak kisahlah kan...kita wait and see ajerlah. Sekarang ni pun kita tengok jarang dah keluar cerita dan gambar mereka berdua kat paper or tv. Sama juga macam kisah dia bercerai dengan bekas suaminya yang pertama dulu. Pun menafikan gossip keretakan rumahtangga mereka...tup tup pergi mahkamah untuk bercerai. Gitulah artis. Hidup penuh dengan hipokrit semata-mata nak mengabui mata masyarakat.

Kalau kawan aku tu nak tipu aku...maka tipulah cerita ini. Korang jangan pulak percaya 100%...aku cuma berkongsi cerita ajer. Baca dan nilaikan sendiri. We wait and see ajerlah. Kita cuma mampu mendoakan agar rumahtangga mereka berdua kekal aman bahagia hingga akhir hayat. Kesianlah kat anak yg comel tu.