Ads

Showing posts with label Aqiqah. Show all posts
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts

May 24, 2010

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Zarief & Rayyan - Part 4


Ok.ok...episod terakhir utk citer tentang majlis aqiqah ni.
Terpaksalah aku buat part by part disebabkan terlalu byk gambar. Itupun byk dah aku tapis...just pilih yg sesuai ajer..huhuhu.

Selepas habis ajer majlis makan-makan. Tetamu pun dah pulang. Kami anak-beranak satu family ambil gambar ramai-ramai. Nasib baik teman baikku, Sha belum balik...dia yg tolong ambilkan gambar. Tengok tu sibuk sangat...bergambar dengan Sha pun tak sempat...heheheh.

Alhamdulillah segalanya selesai dengan jayanya. Setelah kami satu family membuat persiapan yg mengambil masa berminggu-minggu. Dah mcm majlis kahwin pulakkan. Takpalah...sesekali kita menjamu makan saudara mara dan sahabat handai. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi menghadirkan diri.

Nanti aku tunjukkan pic si baby Zarief yang dahpun botak kepalanya setelah dicukur oleh adik aku...so cute!!!




bergambar kami satu family...

peace....sempat lagi tu..

eidham and family

izam and family



izuan and eidham and family


izuan and izam and family



May 23, 2010

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Zarief & Rayyan - Part 3


Inilah dia kambing golek yang aku bgtau tu...pergghhhh mantap, merembess, meletop...sedap giler...rugi lah kepada sesapa yang tak datang tu. Kambing ni kami tempah dari catering kat Keramat siap dengan coslaw, kuah garlic dan salad. Kambing ni ada 2 ekor. Alhamdulillah cukup untuk menjamu tetamu yang datang.

Kerana sibuk sangat ke hulu ke hilir...so aku hanya makan kambing tu main-main ajer. Cubit sana sini. Penat lah dan makan pun tak berapa nak selera. Esoknya bila tengok balik gambar...aduhhhh ruginya tak makan sungguh-sungguh. Apa nak buatkan dah tinggal tulang ajer. huhuhuhu.

Orang kuat yang mengelolakan kambing golek ni ialah adik aku, Idham. Sampaikan aku gelarkan dia tukang penjaga kambing. Huhuhuh...Aku pulak sponsor cendul dan kueh mueh untuk tetamu. Alhamdulillah semua tetamu makan kekenyangan dan memuji makanan yang dihidangkan.



adik2 aku dengan kambing golek...ni kat umah jiran aku....depan umah ajer
tu dia...gambarku bersama kambing golek..huhuhu


si syafik tengah beratur nak merasa kambing.....terliur nampak!!!


tangan si penjual cendul....huhuhuh.......

cendul yang mantapppp....

baby zarieff dengan ibunya...

baby rayyan dengan daddynya....sama tak muka???

cousin2 ku sedang asyik menjamu selera......siti, aku saja letak gambar mu..huhuhuhu

opssss...sempat peace gitu...



aku bersama cousin....kak nor and ieda kama

on the same daya...birthday adikku Idham.....sempat tiup dan potong cake

ni juga my cousins...aivy and kak rohaya....

May 21, 2010

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Zarief & Rayyan - Part 2


Di awal pagi kumpulan Marhaban dah sampai ke rumah. Nasib baik mama ku dah sempat memasak. Huhuh. Lebih kurang pukul 10.30 pagi dah start marhaban. Alhamdulillah kedua2 baby ni sangat baik pada hari tu. Diam ajer di dukung oleh ibu masing-masing dan diperkenalkan kepada makcik-makcik yang baca marhaban tu.

Then, barulah upacara mencukur jambul. Baby Zarief rambut dah panjang dan senang ajer untuk digunting sedikit. Tetapi Baby Rayyan alahai takda rambut....susah nak potong rambut dia..hehehe. Buat syarat ajer.

Masa berendui di buaian, baik ajer kedua2 baby ni. Sampai ada yg tertidur dalam buaian comel tu. Antara salah sebab ialah terlalu asyik mendengar kesedapan syair berendui yang dinyanyikan oleh makcik-makcik ni. Sedap lagunya...ada undur-unsur nasihat supaya menjadi anak yg soleh dan berguna.


baby Rayyan didukung oleh mummynya...

ni baby Zarief dengan mummynya...




mama ku mencukur jambul cucu nya...Rayyan

comel ajer si zarief tengok muka nenek tu..hehehe






zarief dalam buaian

rayyan dalam buaian...





abang danish tgh tgk adiknya dalam buaian....abg daniel dah mcm pak aji..hahahaha...sangat lawak tgk dia.. :)


May 19, 2010

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Baby Zarieff & Baby Rayyan - Part 1




Majlis aqiqah dan cukur jambul untuk dua orang anak buah kesayanganku Zarieff dan Rayyan. Pada belah pagi ada tahlil, marhaban dan seterusnya cukur jambul kedua-dua kenit ni. sangat meriah dengan kehadiran saudara-mara dan sahabat handai.

Makanan pun sangat meraih gitu. Ada kambing 4 ekor untuk aqiqah. 2 ekor buat kambing golek dan 2 ekor lagi buat masak kambing beriyani. Kesemua menu adalah resipi mama ku. Masak sendiri gitu. Hanya kueh-mueh kami order.

Jom tengok gambar yang ada. Ini baru part satu...ada banyak lagi nanti.






buaian si kecil

baby zarieff

baby rayyan

ayam goreng...

acar timun

rendang daging

kambing beriyani

sambal goreng

kueh lopis

bingka ubi

cucur badak

kueh cara berlauk