Showing posts with label kek sarawak. Show all posts
Showing posts with label kek sarawak. Show all posts

Thursday, 5 June 2025

Kek Lumut Tanpa Tepung

Kek Lumut Tanpa Tepung


     Assalamualaikum & selamat pagi semua.... Pagi ni awal pulak aku bersiaran... Hahaaa... Untuk pagi ni aku nak share resepi kek lumut. Kek lumut kali ni tak guna sebarang tepung tau. Dia guna banyak nestum. Nestum pun aku tak blend bagi halus pun. Guna yang kasar-kasar tu. Kek lumut ni malasnya sebab nak kukus tu kurang-kurang 4 jam. Sambil kukus tu buleh la gentel-gentel biskut ka. Tak la ngantuk nak tunggu kek tu masak. Kek lumut ni aku buat separuh adunan jugak la. Guna loyang 6×6×4. Sapa-sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu.. Byeee...


Kek Lumut Tanpa Tepung



Kek Lumut Tanpa Tepung
C&P : Ika Elin ( RMK )

16oz mentega
10bj telur
4 1/2 gelas nestum
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil sekaya
1/2 gelas gula halus
1 gelas horlick
1 gelas serbuk badam
1 botol pandan paste
Pewarna hijau
 
 
Cara-cara
  1. Pukul mentega & gula hgga kmbg.
  2. Masukkn telur satu prsatu.
  3. Masukkan susu, sekaya, horlick, serbuk badam, pandan paste & pewarna hijo..
  4. Masukkn nestum & gaul sebati.
  5. Tuang dalam loyang & kukus 4 jam.

Nota tambahan
*Sukatan gelas aku ganti guna cawan metrik
*Nestum aku tak kisar. Guna yang kasar.
*Aku buat 1/2 adunan guna loyang 6×6×4
*Aku tambah sedikit warna coklat supaya nampak hijau gelap
 


Kek Lumut Tanpa Tepung


Wednesday, 6 July 2022

Kek Lapis Tripple Creamy

Kek Lapis Tripple Creamy


      Assalamualaikum dan selamat petang semua. Petang ni aku nak share resepi kek lapis yang kedua pulak. Kalau sempat malam ni aku share resepi yang ketiga pulak. Untuk rasa kek lapis ni memang sangat mewah. Rasa lemak-lemak berkrim. Pastu dia gandingkan pulak dengan rasa masam manis dari asam hawflakes. Untuk bahan-bahan nak buat kek lapis ni banyak jugak. Tapi berbaloi la sebab rasa sedap. Aku pun dah lama tak makan kek lapis yang letak hawflakes ni. Kalau ada sesapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu....

 


Kek Lapis Tripple Creamy


Kek Lapis Tripple Creamy
C&P : Resepi Mama Kent ( Ben RemBulan )

500gram butter
30gram Gula halus
30gram ovelette
300gram Susu manis
10biji Telur gred A
100gram Horlick
50gram Creamer
100gram Serbuk Roti Marie
50gram Serbuk Nestum
200gram tepung hongkong
30gram serbuk badam
30gram Choc syrup
50gram tepung susu
Santan kotak kecil
Oreo crunch
Hawflakes 3-4 bungkus
Paste pandan
Susu Full cream ( kalau nak adunan agak pekat guna sikit dlm 1kotak kecil,kalau nak adunan agak cair guna 2 kotak kecil. Kena adjust sendiri)
 
 
Cara cara
  1. Pukul butter,gula,susu,ovelette hingga kembang.Kemudian masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan horlick,creamer dan serbuk badam.Pukul hingga sebati
  3. Masukkan Serbuk roti marie,serbuk nestum dan tepung susu dan santan kotak
  4. Masukkan tepung hongkong dan selang seli dengan susu full cream.
  5. Bahagikan kepada 2 adunan : Hijau - Masukkan paste pandan dan sedikit choc syrup. Putih - Campurkan sedikit warna putih
  6. Setiap lapisan dalam 180gram. Lapisan hijau susun kan dengan hawflakes dan lapisan putih taburkan dengan oreo crunch
  7. Suhu ikut oven masing2. Loyang 8x8x3.5 /4

Kek Lapis Tripple Creamy

Tuesday, 11 May 2021

Kek Lapis Nescafe Mocha




    Assalamualaikum semua... Ni adalah kek lapis yang terakhir untuk raya ni... Untuk resepi kek lapis ni aku pilih sebab dia ada rasa nescafe... Masa bakar tu bau sedap kot... Kalau hangpa penggemar nescafe mesti kena cuba tau... Kalau ada yang teringin nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Ok la, aku nak pi pesah buat benda lain pulak....  Byee....




Kek Lapis Nescafe Mocha
C&P : FB Resepi Mama Kent ( Norma Dahlily )


Bahan-Bahan
500gm butter Anchor
100gm gula kastor
1sudu kecil ovallete
10 biji telurgred AA
350gmsusu pekat manis
200gm kaya Yoe's
200gm horlicks
100gm coffemate
2 sachet Nescafe Blend & Brew 3 in 1 ( kalau nak lebih rasa nescafe boleh tambah 1 sachet lagi )
1 sudu makan browning sugar
1 sudu kecil mocha paste
300gm tepung hong kong


Cara-cara
  1. Pukul mentega gula dan ovallete sampai kembang.
  2. Kemudian masukkan susu pekat, kaya sampai sebati.
  3. Masukkan telur satu per satu.
  4. Kemudian horlicks bersama tepung yang telah disatukan bersama coffemate dan pukul lagi sampai gebu.
  5. Bahagi kepada 3 bahagian. Warna asli, campuran nescafe 3 in 1 dan campuran mocha paste + browning sugar.
  6. Bakar selapis demi selapis bermula adunan mocha paste + browning sugar sehingga habis. Kemudian campuran nescafe sehingga habis. Akhir sekali adunan warna asli sehingga habis.
  7. Bakar lapisan pertama gunakan api atas danbawah. Lapisan seterusnya gunakan api atas sahaja sehingga habs. Suhu 150C atau mengikut kepanasan oven masing-masing.




Monday, 10 May 2021

Kek Lapis Idola Orang Bujang



     Assalamualaikum semua... Ok, ni aku nak update resepi kek lapis ketiga pulak... Ni kek lapis idola orang bujang.. Kalau tengok tajuk tu mesti heran apasal ada perkataan bujang tu... Masa cek resepi tu dia tulis bujang tu sebab orang yang buat kek ni orang bujang... Ikut jela kan... Sebelum ni aku pernah dah buat kek lapis idola.. Yang ni beza dia guna serbuk santan.Yang aku buat dulu guna santan kotak... Bagi aku kek ni memang mewah dengan rasa... Ada rasa coklat, milo, santan & horlicks. Memang padu kot... Wajib cuba... Tapi makan modal jugak la kalau nak buat resepi ni... Apa-apa pun selamat mencuba... Byee...
 
 


Kek Lapis Idola Orang Bujang
C&P : FB Resepi Mama Kent

Bahan-bahan
500gm mentega Anchor / Golden Churn
140gm gula kaster
30gm ovallete
10 biji telur gred AA
380gm susu pekat manis F&N
200gm horlicks
80gm serikaya
50gm ( satu bungkus ) serbuk santan
340gm tepung pau / hong kong
500gm Beryl's milk cooking chocolate ( dicairkan ) - jika tidak mahu terlalu manis boleh guna 200gm dark chocolate + 300gm milk chocolate
100gm milo
1 sudu besar esen vanilla
3 sudu besar browning sugar
pewarna kuning lemon
 
 
Cara mengadun
  1. Mentega, gula, esen vanilla dan ovallete pukul sampai kembang dan gebu.
  2. Masukkan telur satu per satu. Sebatikan.
  3. Masukkan susu pekat manis dan serikaya. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan horlicks, santan dan tepung pau / hong kong sedikit demi sedikit. Sebatikan.
  5. Ambil 1080gm adunan. Masukkan pewarna kuning lemon. Kemudian bahagi kepada dua bahagian lagi untuk bahagian atas dan bawah kek.
  6. Adunan yang selebihnya masukkan milo, cooking chocolate dan browning sugar. Sebatikan.
  7.  Masukkan adunan kuning kedalam loyang. Bakar guna api atas dan bawah selama 5 minit atau sampai masak dan perang. Buat sebanyak 3 lapisan.
  8. Masukkan adunan coklat kedalam loyang. Bakar sampai betul-betul masak. Ulang sehingga adunan coklat habis.
  9. Masukkan adunan kuning. Bakar sampai masak dan perang. Ulang sehingga habis adunan kuning.




Sunday, 9 May 2021

Kek Lapis Oreo Cheese

   Assalamualaikum semua... Lamanya aku tak muncul kat blong aku ni... Tup-tup dekat nak raya baru aku timbul dengan resepi kek raya... Tahun ni aku tak berapa rajin nak buat juadah berbuka puasa. So, tahun ni memang aku tak share satu pun resepi menu merbuka.. Tahun ni puasa pun macam biasa-biasa ja... Tak meriah sebab COVID. Kat kampung aku pun dah ada orang kena kuarantin. Yang sedih tu sampai lepas raya baru habis kuarantin. Kesian depa tu. Bukan pi bejalan mana-mana pun. Pusing dalam perlis ja... Tapi dah dia pi bersembang dengan orang yang dah ada covid, hmmm kena kuarantin la... Orang tu kena dari mak dia... Mak dia pulak katanya terkena dari abang dia ka sapa tah yang balik dari selangor... Tak pasal-pasal pakat merebak... Yang peliknya macam mana dia tu boleh lepas balik perlis.... Entah laa... Nak cakap banyak pun benda dah jadi.... Berbalik pada resepi hari ni aku nak share resepi kek lapis oreo cheese. Kek ni agak moist walaupun kek bakar... Kalau tak caya tengok kat gambar tu.. Nampak lembap-lembap kan... Memang patut dicuba... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...



Kek Lapis Oreo Cheese
C&P : FB Resepi Mama Kent ( Atikah Puteh )

Bahan-bahan
450gm butter
10 biji telur
280gm gula halus ( boleh kurangkan )
280gmtepung hong kong / tepung pau
1/2 tin susu manis
250gm cream cheese
2 sudu makan ovalette
1/2 cawan horlick
2 sudu makan koko
4 sudu makan sri kaya
1 paket vico 3 in 1
3 paket oreo ( asingkan inti oreo tu, masukkan inti oreo dlm bahagian 1 )
   -2 paket blender halus
   -1 paket oreo dipecahkan kecil & ditabur di setiap lapisan putih


Cara-cara
  1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu per satu dan pukul sampai kembang dan sebati.
  3. Masukkan cream cheese dan kacau rata.
  4. Masukkan susu manis, tepung, ovalette, sri kaya, dan esen vanilla sampai sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Bahagian 1 masukkan horlicks dan pewarna putih. Gaul hingga sebati. Bahagian 2 masukkan oreo yang diblender halus, koko, vico, atau pewarna hitam. Gaul hingga sebati.
  6. Bakar menggunakan api 150C selama 10 minit setiap lapisan atau mengikut suhu oven masing-masing. Lapisan pertama guna api atas dan bawah. Lapisan berikutnya hingga habis guna api atas. Tabur oreo setiap lapisan putih.

Thursday, 21 May 2020

Kek Telur Semut




      Assalamualaikum semua... Lamanya tak update kat sini. Semenjak musim PKP ni patutnya aku rajin update blog, ni malas memanjang... Tengok-tengok muncul masa bulan ramadhan ni...Tu pun hujung-hujung dah. Masa awal-awal tu ada la rancangan nak masak tu la, nak buat puding la, agar-agar laa.... Tengok-tengok, habuk pun tak ada... Hahahaa.... Tahun ni raya kat rumah aku ni sunyi la sebab tak da sapa yang balik... Kerajaan kan tak bagi balik. Sekarang kan musim COVID-19. Takut la jugak kot-kot yang balik kampung tu bawak balik sama penyakit. Tak pasai-pasai satu kampung pulak yang kena... Walaupun depa tak balik kampung, kek & biskut raya tetap aku buat. Tapi buat sikit je laa... Kalau banyak nanti membazir... Haaa, hari ni aku nak share resepi yang unik namanya... Kek telur semut. Selalu kita dengar kek sarang semut, tapi kali ni kek telur semut pulak... Untuk bahan kekacang dalam kek ni aku ganti almond nibs... Nak jimat bahan, aku guna apa yang ada dalam peti ais tu laa... Untuk kek ni aku kukus selama 2 jam... Sapa yang nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....






KEK TELUR SEMUT

Bahan-bahanya:

A
75g bijan, boleh tambah jika suka
150g Gajus/kacang tanah ( aku ganti almond nibs)

B
200g mentega
200g gula kastor

C
Telur 10 biji
230g susu pekat
200g horlicks
1 sk esen vanila

D
200g tepung gandum
1 sk baking powder

E
2 sb browning Sugar

Cara-cara
  1. Panaskan kukusan/oven. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Panggang bahan A hingga kekuningan. Tumbuk/kisar gajus@kacang tanah hingga halus. Ketepikan.
  3. Pukul bahan B hingga lembut berkrim.
  4. Dalam bekas lain, satukan bahan2 C hingga sebati. Tuang dalam adunan B tadi. Pukul rata.
  5. Kemudian, masukkan bahan D. Pukul rata lagi. Masukkanpula bahan E.
  6. Akhir sekali, masukkan bijan & gajus@kacang tanah yang ditumbuk. Gaul rata.
  7. Tuang dalam loyang yang disediakan. Kukus/bakar guna kaedah water-bath selama 2 jam.



Add caption