Showing posts with label Kek Chiffon. Show all posts
Showing posts with label Kek Chiffon. Show all posts

Thursday, 1 May 2014

Carrot Chiffon Cake



    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.... Hari ni aku nak tayang kek chiffon sempena hari pekerja. Selamat bercuti semua dan selamat bekerja kepada yang terpaksa kerja... Hihihiii... Memang dah lama aku tak merasa kek chiffon ni.... Terasa kelembutan bila gigit kek chiffon tu. Tapi kali ni aku mencuba kek chiffon yang agak menarik sekali. Mau tak menarik, sebab ada letak parutan carrot... Memang sangat unik sekali. Selalunya kita makan kek chiffon rasa pandan atau pun perisa yang biasa-biasa. Untuk kali ni aku mencuba sesuatu yang kelainan. Baru nampak rare sikit... Hihihii... Rasa pun sangat sedap. Ala-ala kek carrot pun ada. Tapi amat jauh sekali la sebab kek carrot tu agak maist, tapi yang ni ala gebu-gebu gitu... Kek ni aku buat guna loyang saiz 20 inci, so nampak rendah sikit. Kalau nak tau macam mana rasa kek chiffon ni, boleh la tengok resepi kat bawah dan cuba buat sendiri...







Carrot Chiffon Cake

Ingredients:
(makes one 17cm/18cm cake)

-4 egg yolks (use large eggs)
-20g caster sugar
-50g vegetable oil
-30ml freshly squeezed orange juice [ aku guna jus sunquick ]
-1 teaspoon vanilla extract
-80g cake flour
-50g carrot, grated

-4 egg whites (use large eggs)
-45g caster sugar


Method:
  1. Place egg yolks in a mixing bowl. With a balloon hand whisk, whisk the yolks a little. Add in sugar and whisk to combine. Add in vegetable oil gradually, whisk to combine. Add the orange juice and vanilla extract, whisk to combine. Add in grated carrot. Mix to combine. Sieve over the flour and whisk till the flour is fully incorporated. Do not over mix. Set aside.
  2. Place egg whites in the mixing bowl of the mixer, make sure the bowl is clean and dry. Beat egg whites on low speed until mixture becomes frothy and foamy. Add half of the sugar and turn to high speed and beat the mixture. Continue to add in the remaining sugar mixture and beat until the egg whites reaches the soft peak stage.The soft peak stage is reached when the peaks of the whites curl over and droop slightly. The egg whites should appear smooth and glossy.
  3. Add the beaten egg whites into the egg yolk batter in 3 separate additions, each time folding gently with a spatula (or a balloon whisk) until just blended.
  4. Pour batter into a 17 or 18cm chiffon tube pan (do not grease or line the pan). Tap the pan lightly on a table top to get rid of any trapped air bubbles in the batter.
  5. Bake in pre-heated oven at 180 degC for 30 mins, or until a toothpick inserted into the centre comes out clean, when lightly pressed the cake will spring back. Invert the pan immediately and let cool completely before unmould. To remove the cake from the pan, run a thin-bladed knife around the inside of the pan and the center core. Release the cake and run the knife along the base of the pan to remove the cake.







Saturday, 30 November 2013

Kek Chiffon Pisang



    Asalamualaikum dan selamat petang semua... Menu apa petang ni... Apa kata cuba buat kek chiffon pisang yang gebu dan lembut ni... Sangat sedap kalau pekena dengan secawan kopi o atau nescefe o di kala waktu petang ni... Resepi ni aku copy kat che mat gebu. Tima kasih cmg sebab dah alih bahasa resepi ni kepada bahasa melayu.. Senang sikit kalau nak buat rujukan nanti... Rasa kek chiffon ni pun macam kita makan kek pisang. Cumanya kalau kek pisang lebih padat kalau nak bandingkan dengak kek chiffon ni. Masa dok bakar tu memang harum betol dengan aroma pisangnya... Kalau ada yang nak cuba buat untuk minum petang boleh la tengok resepi kat bawah ni... Sampai takat ni dulu ya... Bye..






Kek Chiffon Pisang
C&P : CMG


BAHAN-BAHAN A
-80 gram tepung kek
-15 gram gula kastor
-3 kuning telur gred A
-35 gram minyak sayur (che mat guna minyak jagung)
-45 gram susu segar
-240 gram pisang, che mat guna pisang montel (tanpa kulit)
-Secubit garam

BAHAN-BAHAN B
-4 putih telur gred A
-40 gram gula kastor
-1/2 camca teh cream of tartar

CARA CARA
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan tin chiffon cake berukuran 9 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. Ketepikan. 
  2. Dalam satu mangkuk, satukan bahan2 A, kemudian kacau dengan whisk hingga semua sebati, licin dan berkrim. Pastikan ia tidak berbinti2. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan laju. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis, tambah cream of tartar dan terus memutar hingga putih telur kental. Ketepikan
  4. Ceduk 1/3 bahagian putih telur dan gaul rata dalam adunan no. 2, kemudian cedok 1/3 lagi dan gaul lagi dan di akhiri dengan baki putih telur, gaul hingga rata dan sebati. Gunakan kaedah kaup balik.
  5. Tuang dalam tin chiffon, ratakan dan bakar 55 - 6o minit atau hingga masak (bila anda uji dengan mencucuk lidi sate bersih ke dalam kek dan keluarnya bersih, itu tanda kek telah masak). Keluarkan dari oven dan terus terbalikkan tin chiffon. Biar kek sejuk dalam tin dengan keadaan tin terbalik.
  6. Sisip tepi kek dengan pisau kecil, tanggalkan dari tin, kemudia sisip pulak bahagian bawahnya. Keluarkan kek, letak dalam pinggan sesuai dan boleh hidangkan untuk minum petang..




Jemput makan..



Monday, 7 October 2013

Kek Chiffon Keju



      Assalamualaikum semua.... Sihat ke pelawt-pelawat blog aku ni. Harap-harap pakat sihat sejahtera la ye. Mana taknya kat kampung aku ni boleh dikatakan hari-hari hujan... So, kena la jaga kesihatan selalu supaya tak sakit... Berbalik pada menu hari ni, aku nak share satu resepi kek chiffon yang sangat sedap ni. Resepi ni aku amek Kat dapur DTS. Rasa kek ni sangat sedap dengan kelemakan rasa keju yang tidak keterlaluan. Dengan aroma yang sangat membangkitkan selera sesiapa saja. Kelembutan kek ni memang tak dapat disangkal lagi. Mana taknya, nama pun kek chiffon. Kompem la lembut dan gebu... Memang sangat sesuai untuk buat menu minum petang. Kalau nak makan waktu lain pon boleh... Tak salah pun. Jom kita tengok resepi kat bawah tuuu....








Kek Chiffon Keju
Sumber : Alex Goh
C&P     : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
-60 ml susu cair
-40 g cream cheese
-25 g mentega
-1/2 camca teh esen vanilla
-65 g tepung gandum
-4 kuning telur
-4 putih telur
-100 g gula halus
-Secubit garam halus
-1/4 camca teh cream of tartar


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan cream cheese, susu cair dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan menggunakan kaedah double-boiler hingga semua sebati dan bersatu. Alihkan dan biar sejuk sedikit.
  2. Masukkan tepung, gaul rata. Tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis, tambah garam halus dan cream of tartar. Putar hingga kental.
  4. Gaul no.3 ke dalam no. 2 secara kaedah kaup balik hingga rata. Tuang dalam tin chiffon berukuran 23cm (tin tak payah sapu mentega).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan tin, biar dalam keadaan begini sehingga sejuk.
  6. Sisip tepi tin dan dasarnya untuk mengeluarkan kek chiffon, potong dan boleh dihidangkan. Kek akan sedikit mengecut bila masak...




Selamat mencuba....





Tuesday, 10 September 2013

Matcha (Green Tea) Chiffon Cake



    Salam dan selamat petang semua.... Hari ni apa kata kita layan kek yang ringan-ringan pulak. Minggu lepas dah layan menu kek yang berat-berat. Mau tak berat, kebanyakan kek minggu lepas aku buat cheesecake... Perhhh.... Kolesterollllll tuuu....... So, kali ni kita layan kek chifffon dah la... Kek yang ringan ala-ala kapas gitu... Resepi ni aku C&P kat dapur DJ. Untuk resepi ni aku gandakan adunannya sebab resepi asal adunannya sikit... Kalau buat adunan asal kompem tak cukup punya... Yang tak bestnya bila masak tak nampak warna hijau, nampak kaler cekelat pudar. Heran jugak, masuk dok adun tu memang nampak hijau lagi. Tapi bila dah siap masak, tak jadi kaler hijau. Jadi kaler ala-ala cekelat pudar... Tak pa la janji kek chiffon ni sedap... Aroma dari chiffon ni memang harum... Wangi ja masa bakar... Tekstur kek ni pun tersangat lembut... Nak potong pun kena contror macho... Huhuhuuu.... Takut terpenyek... Kalau ada yang nak try rasa kesedapan, kelembudan dan keharuman kek chiffon ni boleh la cuba resepi kat bawah ni.....






Matcha (Green Tea) Chiffon Cake
Sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang chiffon 20 cm

Bahan A
-4 biji kuning telur
-80g tepung naik sendiri
-40g gula
-40ml minyak jagung@minyak masak
-60ml susu segar
-2 sudu makan green tea powder@serbuk matcha

Bahan B
-4 biji putih telur
-1/2 sk tartar
-100g gula


Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 175darjah. [ oven aku 150c ]
  2. Satukan tepung dan serbuk matcha. Gaul rata dan ayak.
  3. Dalam mangkuk, kuning telur dan gula kacau menggunakan whisk sehingga gula larut. Masukkan bahan yang di ayak, kemudian susu dan akhir skali minyak. Ketepikan.
  4. Putar putih telur hingga berbuih. Masukkan tartar dan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga kembang dan meringue@soft peak (diterbalikkan tak jatuh!).
  5. Ambil setengah putih telur dan kaup balikkan menggunakan spatula ke dalam adunan kuning telur. Kemudian tuangkan adunan ke dalam mangkuk putih telur yang berbaki tadi. Kaup balik lagi hingga sebati. Jangan over mix yer! Adunan akan kelihatan lumpy dan nampak seolah berketul2. (DJ gaul perlahan-lahan menggunakan tangan sahaja)
  6. Tuang ke dalam loyang chiffon. Loyang tak perlu dilengser dengan minyak! agar kek dapat memegang` loyang tersebut semasa proses mengembang.
  7. Bakar selama 30min atau hingga masak.
  8. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
  9. Sedia dihidang.





Sangat gebu...
bau pun sangat harumm..



Friday, 29 March 2013

Chiffon Pulut Hitam



   Salam... Kali ni buat kek chiffon lagi, tapi kali ni buat chiffon pulut hitam.... Disebabkan tepung pulut hitam ada lagi, aku pun rajinkan diri buat kek chiffon ni. Rasa dia pun boleh tahan. Lemak-lemak sikit.Mungkin sebab guna pati santan kot. Tapi ada orang kata kek chiffon ni ada rasa berhampas. Aku pun takut jugak nak buat. Tawakal je la... Bila dah siap masak, dah sejuk, apa lagi potong & amek gambar dulu la. Lepastu baru makan. Bila makan tu rasa dia ok, boleh tahan.Tak menyesal aku buat. Tak ada rasa berhampas pun, heran jugak... Orang dalam rumah ni pun cakap ok... Lepas ni boleh la buat lagi.. Untuk resepi ni aku copy kat blog DTS oleh mat gebu. Mintak izin C&P kat sini yaaa....

Bahan 
-4 kuning telur (gred A)
-35 g gula halus [ aku letak 20 gm ]
-1/2 camca teh esen vanilla
-25 g tepung gandum*
-50 g tepung pulut hitam*
-1/2 camca teh "Double Acting Baking Powder"*(*disatukan dan diayak)
-75 ml pati santan
-2 camca besar minyak jagung

Bahan B
-4 putih telur gred A
-65 g gula halus [ aku letak 50 gm ]
-1/2 camca teh garam

Cara-Cara
  1. Putar kuning telur, gula halus dan esen vanilla hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan santan hingga habis, gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, putar putih telur bersama garam hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga menjadi kental.
  3. Masukkan adunan n0.2 ke dalam adunan no. 1 dan gauldengan kaedah kaup balik hingga rata. Masukkan dalam tin chiffon (mat tak sapu apa2 kat tin tu), ratakan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 160C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan serta merta tin chiffon dan biar kek sejuk dalam keadaan sebegini. Keluarkan kek dan hidangkan.


Nampak je gelap...
Tapi sedap...

Tuesday, 19 March 2013

Kek Chiffon Kacang Hijau



  Salam... Kali ni aku buat eksperiment kek chiffon kacang hijau. Saja nak try. Alhamdulillah, menjadi dengan jayanya. Untuk resepi ni aku guna resepi asal kek chiffon pandan yang pernah aku buat dulu. Rasa kek chiffon ni boleh tahan sedapnya. Bau dia pun wangi, bau kacang hijau katakan... Ada rasa lemak-lemak kacang pulak tu. Memang boleh katakan sangat rare la kek chiffon ni. Tak rugi kalau dicuba. Sekali-sekala tukar rasa sikit. Apa salahnya. Tekstur dia pun sangat gebu.. Macam kek chiffon yang lain.. Tapi bintik-bintik serbuk kacang hijau tu kurang menyerlah sikit. Tak kisah la, janji sedap di mulut... Kalau sapa-sapa ada lebihan tepung kacang hijau tu boleh la cuba buat untuk minum petang... Nak makan waktu mana pun tak kisah... Jom tengok resepi kek chiffon kacang hijau kat bawah ni...




Bahan-Bahan

Bahan A
-60gm tepung kacang hijau goreng
-30gm tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-5 biji kunining telur
-30gm gula kastor
-80gm santan
-40gm minyak jagung
-1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
-5 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar
-70gm gula kaster


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 150c [ ikut oven masing-masing ]
  2. Satukan tepung gandum dan tepung kacang hijau bersama serbuk penaik dan ayak. Ketepikan
  3. Untuk bahan A, pukul telur bersama gula hingga hancur. Masukkan santan dan minyak. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan tepung kek, gaul rata dan ketepikan.
  4. Bahan B, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream of tartar. Pukul hingga menjadi meringue yang kental.
  5. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan A. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya dan kaup balik sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalan loyang chiffon bersaiz 20cm. Jangan sapu mentega pada loyang.
  7. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
  8. Bila masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang. Biar kek sejuk dalam keadaan terbalik. Setelah sejuk, sisip tepi loyang dengan pisau nipis dan keluarkan kek.



sungguh lembut dan gebu bila digigit...
sekeping memang tak cukup...

Wednesday, 13 February 2013

Kek Chiffon Pandan


   Salam semua... Petang-petang gini kalau makan kek chiffon padan best jugak kan... Kek ni memang sesuai kalau buat menu untuk minum petang. Sebabnya senang nak buat.. Lagi satu kek ni tak la berlemak. Sesuai la untuk yang nak jaga badan. Makan banyak keping pun takpa. Tapi tak kenyang sebab kek ni ringan, macam kapas. Kalau buat satu biji, kadang-kadang tak sampai satu hari terus habis sebab banyak permintaan. Sapa-sapa yang nak try buat, boleh la tengok resepi yang kat bawah ni.... Jom-jom...


Bahan-Bahan

Bahan A
-90gm tepung kek
-1 sudu teh baking powder
-5 biji kunining telur
-30gm gula kastor
-80gm santan
-40gm minyak jagung
-1 1/2 sudu teh pandan paste
-1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
-5 biji putih telur
-1/4 sudu teh cream of tartar
-70gm gula kaster



Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 150c [ ikut oven masing-masing ]
  2. Satukan tepung kek bersama serbuk penaik dan ayak. Ketepikan
  3. Untuk bahan A, pukul telur bersama gula hingga hancur. Masukkan pandan paste, santan dan minyak. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan tepung kek, gaul rata dan ketepikan.
  4. Bahan B, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream of tartar. Pukul hingga menjadi meringue yang kental.
  5. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan A. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya dan kaup balik sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalan loyang chiffon bersaiz 20cm. Jangan sapu mentega pada loyang.
  7. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
  8. Bila masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang. Biar kek sejuk dalam keadaan terbalik. Setelah sejuk, sisip tepi loyang dengan pisau nipis dan keluarkan kek.
  9. Sedia dinikmati...


Memang gebu dan lembut....
Seperti menggigit kapas...
Ohh hoiii...

Sunday, 20 January 2013

Kek Chiffon Blueberry


  Salam... Hari ni kita minum petang dengan menu yang ringan ala-ala kapas gitu. Kita makan kek chiffon blueberry. Selalu kita makan perasa pandan. Tapi kali ni kita cuba ubah perasa sikit. Untuk chiffon blueberry ni aku tambah buah blueberry fresh. Memang sedap... Ceeee... Puji sendiri nampak. Hehehe... Tapi bagi aku yang buat ni mesti la rasa sedap. Rasa dia masam-masam manis. Yang masam-masam tu dekat buah blueberry, yang manis semestinya kek la. Kalau nak  rasa blueberry yang manis rasanya kena guna yang dalam tin la. Yang tu kompem manis sebab dah tambah gula. Meh tengok resepinya....


Bahan-Bahan
Bahan A
-5 kuning telur gred A
-40gm gula kastor
-120gm tepung kek
-1/2 sudu teh serbuk penaik
-60gm susu cair
-40gm minyak jagung
-1 sudu teh blueberry paste
-buah blueberry fresh [ belah dua ]
-1/2 sudu teh esen vanila
-sedikit pewarna ungu

Bahan B
-5 putih telur gred A
-1/4 sudu teh cream of tartar
-80gm gula kastor


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada 150c [ ikut oven masing-masing ye ]
  2. Satukan tepung kek bersama serbuk penaik dan ayak. Ketepikan
  3. Untuk bahan A, pukul telur bersama gula hingga hancur. Masukkan blueberry paste, susu cair dan minyak. Pukul hingga rata. Kemudian masukkan tepung kek, gaul rata dan ketepikan.
  4. Bahan B, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan gula. Kemudian masukkan cream of tartar. Pukul hingga menjadi meringue yang kental [ maksudnya bila terbalikkan mangkuk pengadun tu, meringue tak jatuk bawah lantai. Hehehe..]
  5. Masukkan 1/3 adunan meringue kedalam adunan A. Kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan lagi 1/3 adunan dan kaup balik lagi. Akhir sekali masukan adunan meringue selebihnya serta buah blueberry dan kaup balik sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalan loyang chiffon bersaiz 20cm. Jangan sapu mentega pada loyang.
  7. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak.
  8. Bila masak, terus keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang. Biar kek sejuk dalam keadaan terbalik. Setelah sejuk, sisip tepi loyang dengan pisau nipis dan keluarkan kek.
  9. Sedia dinikmati...




Rupa sebelum dipotong...




Nampak tak blueberry yang cair tu..
Rasa masam-masam manis bila makan dengan kek...