Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Thursday, 1 May 2025

Apam Pisang Kukus

 
Apam Pisang Kukus

 
 
         Assalamualaikum semua... Malam ni baru sempat nak update resepi apam pisang ni. Aku buat banyak hari dah. Malam ni baru nak post Kat blog ni... Mula ingat nak buat kek pisang, tiba-tiba beralih arah jadi apam pulak... Pisang ni aku bukan rajin nak makan sangat. Kalau dia dah jadi apam ni laju je laaa... So kalau ada pisang kat rumah tu dah tak tau nak buat apa boleh la cuba resepi apam kat bawah tu. Boleh la buat makan masa sarapan atau minum petang... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan daripada resepi kat bawah tu. Ye la, 2 orang ja yang nak makan... Byeeee...
 
 
 
Apam Pisang Kukus

 
Apam Pisang Kukus
C&P : Mahadiah ( cookpad )
 
2 cawan pisang masak ( lenyek halus )
3 biji telur
3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak jagung
1 st soda bikarbonate*
1 st baking powder*
2 cawan tepung gandum* ( ayak bahan bertanda * )
1 st esen vanila
1/8 st garam
 Sedikit minyak lumur loyang
 
 Cara-cara
  1. Didalam mangkuk, lenyek pisang. Ketepikan.
  2. Didalam mangkuk pengadun yang lain, masukkan gula perang, telur, minyak, garam dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati (guna whisk). Boleh juga guna blender.
  3. Kemudian, tuang campuran kedalam mangkuk berisi pisang lenyek tadi. Gaul rata. Masukkan tepung gandum berperingkat. Kacau rata sehingga dapat bancuhan yang sekata.
  4. Sediakan loyang. Sapu minyak rata-rata. Tuang bancuhan pisang kedalam loyang. Sediakan pengukus. Panaskan air sehingga mendidih. Letak loyang dan tutup dengan kertas aluminium. Tutup penutup periuk kukus. Kukus selama 35 minit / hingga masak.
  5. Buka penutup. Uji dengan tester. Jika keluar bersih kek sudah masak.
  6. Keluarkan dari loyang. Terbalikkan. Potong ikut kegemaran.
 
 
Apam Pisang Kukus

Tuesday, 25 October 2022

Apam Pisang

Apam Pisang



      Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi apam pulak... Aku buat apam ni pun sebab dok tengok pisang kat dapur tu tak ada sapa nak makan... Kalau lalu kat dapur tu macam pisang tu tengok aku, pastu aku tengok pisang... Sampai kesudah dok tangtu... Tapi kalau buat apam ni habis la jugak pisang tu... Dari dok terbiaq kat situ jadi la buat makan-makan petang ni... Kalau ada sapa-sapa nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu...

Apam Pisang


APAM PISANG


Bahan2nya:
250g pisang yang dilecek
280g tepung gandum, diayak
1 sk baking soda, diayak
1/2 sk baking powder, diayak
Secubit garam
90g gula perang
160g susu pekat manis
95g minyak jagung
2 biji telur, gred A


Cara2 membuatnya: 
  1. Satukan semua bahan2 dalam mangkuk, gaul sebati. Tutup & peram selama 30 minit.
  2.  Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih pada api sederhana. Sediakan acuan apam & sapukan dengan sedikit minyak. 
  3. Tuang adunan 3/4 penuh dalam acuan. Kukus selama lebih kurang 15 minit guna api sederhana. Jika suka apam yang merekah, kukus guna api tinggi.

 

 

Apam Pisang

Thursday, 16 December 2021

Apam Mentega Gula Hangus



      Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share resepi apam pulak. Dah lama aku tak buat kuih ni... So, hari ni terajin sikit maka jadi la apam mentega gula hangus.... Nak-nak cuaca hari ni hujan renyai-renyai. Lagi la layan makan apam ni... Rasa apam ni memang sedap bagi aku. Aku guna pure butter. So, rasa dia lagi la umph... Kalau tak ada butter, guna margerine pun boleh... Tapi rasa dia mungkin kurang lemak macam pure butter. Untuk apam ni aku buat separuh adunan. Kalau buat full resepi mesti tak habis makan kami 3 beranak kat rumah ni. Separuh adunan pun dapat 20 bijik. Banyak ooo... Jenuh nak makan... Hahahaa... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Selamat mencuba....



Apam Mentega Gula Hangus


Apam Mentega Gula Hangus
C&P : Kak Yatie

Bahan ( A ) Bahan-bahan untuk gula hangus
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air ( boleh guna air panas dan tuang sikit-sikit )
250gm mentega

Cara-cara
  1. Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padakan api ( untuk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air ) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau sehingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.

 

Apam Mentega Gula Hangus


Bahan ( B )
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara
  1. Putar gula, telur dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung. Gaul semua sehingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuang adunan kedalam acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ini jika dituang penuh kedalam acuan pun tidak mengapa sebab semasa masak ia tidak akan melimpah.
  5. Kukus selama lebih kurang 15-20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh kebawah.
  6. Selamat mencuba.

 

Apam Mentega Gula Hangus

Friday, 2 June 2017

Apam Gula Hangus



     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Hari ni lewat sikit bersiaran... Dalam sejam lagi dah nak berbuka... Ni pun curi-curi masa untuk update blog... Hari ni aku buat kuih apam. Apam gula hangus... Kalau tengok resepi memang sangat mudah, bahan pun tak banyak... Cuma guna blender ja untuk satukan adunan... Kalau tengok dari segi rupa apam ni memang lembut dan gebu... Rasanya tak tau lagi... Yang pasti mesti sedap... Ok la, takat sini dulu noo... Sebab nak siap apa-apa yang patut untuk berbuka kejap la.... Jumpa lagi... Selamat berbuka..





Apam Gula Hangus
sumber: Potret Kasih

C&P : Azie Kitchen

Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.


Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.





Monday, 7 September 2015

Apam Balik Pandan




      Assalamualaikum.... Ni menu petang tadi... Tiba-tiba rasa nak makan apam balik... Selalu beli kat pasar malam ja... Kali ni aku cuba buat sendiri pulak... Apam balik ni menarik sikit sebab perisa pandan. Warna pun ijau... MAK KAU IJAU... Hahaaa.... Rasa apam ni lebih kepada gebu... Lepas ni nak cuba jenis yang rangup pulak... Bila dah buat apam balik ni sendiri boleh la nak sumbat inti apa pun yang suka... Aku teringin nak letak parutan cheese dalam apam balik tu... Tapi nak buat macam mana cheesenya dah habisss... Guna apa yang ada dah laaa....




By: AlongRoz@HomeKreation
Source: MyResipi-MsOreo

BAHAN2:
1/2 cwn Gula
1 biji Telur
2 cwn Tepung Gandum*
1 st Soda Bicarbonate*
1 st Baking Powder* (* ayak)
1 1/2 cwn Air
1 sb Pes Pandan

INTI:
1 cwn Kacang Tanah - goreng tanpa minyak & di kisar
1 cwn Krim Jagung
Sedikit Planta


CARA2
  1. Mesin gula & telur sehingga kembang. Masukkan campuran tepung*, air dan pes pandan sehingga sebati.
  2. Panaskan kuali non-stick. Tuangkan 1-2 senduk adunan & biarkan buih2 udara menggelembung sehingga masak. Sapu planta ke atas permukaan apam & tabur kacang & jagung. Lipat dua & hidangkan.
  3. Ulangi sehingga adunan habis.




Thursday, 12 February 2015

Apam Pisang Gebu




    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Sejuk sunggu pagi-pagi ni. Nak mandi pun boleh rasa malas. Ye la, rasa macam nak jirus air ais kat badan. Tapi mai waktu tengahari nanti, panasnya yang amat... Panas lit-lit orang utara kata... Apa pun meh kita layan apam pisang yang gebu ni... Memang gebu dan lembut... Tak tipu... Rasanya kalau apam pisang ni cicah dengan nyok / kelapa parut lagi sedap wehhh... Kalau makan macam tu saja rasa macam makan kek pisang kukus la pulak... Mana-mana pun boleh... Memang sesuai kalau nak buat sarapan atau minum petang... Resepi ni aku copy kat blog kak yatie... Mekasih... Jom kita tengok resepinya pulak...







Apam Pisang Gebu
C&P : Kak Yatie

Bahan-bahan :
-8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan - saya guna pisang yg dah di lenyek dlm 1 cwn
-4 biji telur
-1 cawan gula
-3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil baking powder


Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  3.  Lenyek pisang hingga hancur dan ketepikan dulu.
  4. Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
  5. Masukkan minyak dan sebatikan.
  6. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
  7. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau hingga rata.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang.
  9. Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.


Nota :
  • Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
  • Boleh tambah cokelat urai ke dalam adunan jika suka.
  • Jika guna acuan kecil2 dan comel2, kurang masa mengukus. 15 minit sudah memadai.



Tuesday, 16 December 2014

Apam Susu



     Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak update n3 yang tertunggak dekat dua minggu dah... Lamakan... Hihiii... Tap pa la, janji aku sempat update... Untuk n3 kali ni aku nak share satu  resepi yang menjadi fenomena kat facebook sebelom ni. Ramai yang dok cerita pasal kesedapan dan kegebuan apam susu ni... Memang betol apa yang depa dok kata tu. Memang gebu dan sedap. Makan waktu petang ditemani dengan secawan teh O memang mengasyikkan... Boleh makan berkeping-keping okkk... Apam aku ni ada problem sikit. Jadi banyak rongga udara. Besar-besar pulak tu. Heran jugak. Padahal sebelom aku kukus aku dah hentak-hentak sikit loyang tu untuk buang udara dalam adunan... Jadi tak berapa lawa bila potong sebab nampak lubang-lubang kosong.. Tapi seb baik rasa sedap... Untuk rasa apam ni aku letak coklat dan pandan emulco. Nak letak rasa apa-apa pun boleh... Ikut rasa tekak anda... Terima kasih kepada penyumbang resepi niii... Ok la, sampai sini dulu... Byee...






APAM SUSU
Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy
C&P : Kak Ita

-2 cawan tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-4 biji telur
-1 cawan gula halus
-1 sudu teh esen vanilla
-1 sudu besar ovellete
-4 sudu besar susu pekat manis
-4 sudu besar minyak jagung
-Pewarna yang di sukai
-Perasa


Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
  2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak Ketepikan
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  4. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
  5. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka. Gaul rata
  6. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
  7. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit ( tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam )
  8. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk




Tuesday, 14 January 2014

Apam Yogurt



    Assalamualaikum dan salam maulidur rasul semua... Sempena hari cuti ni boleh la pakat-pakat rehat kat rumah... Kalau macam aku ni memang tak cuti pun... Kerja jugak... Tak pa la... Hari ni aku nak share resepi apam pulak... Asyik makan kek ja... Tak jemu ka...? Memang tak laa... Hahahaaa... Berbalik pada menu hari ni, kita cerita pasal apam yogurt yang sangat gebu dan lembut ni... Memang sedap kalau buat menu minum petang... Resepi ni aku buat separuh adunan.. Untuk yang plain tu aku letak filling lemon dan oren. Sedap jugak bila letak filling ni...
Kalau buat ala-ala apam polkadot pun rasanya ok jugak kan... Ok la, moh kita tengok resepi kat bawah ni. Terima kasih la kepada yang telah menyumbang resepi ni dan yang sudi share resepi apam yogurt yang sungguh sedap ni...




APAM YOGURT
by : Rima
Sumber : Izah
C&P : Kak Ita

Bahan-Bahan
-2 cawan gula castor *kurangkan
-1 sdt ovallete
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan yogurt asli
-2 biji telur
-1/2 sdt double action baking powder
-1 sdt serbuk koko
-1 sdt pes coklat


Cara-Cara
  1. Campur semua bahan di atas dalam mixer. Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed. Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  2. Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
  3. Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
  4. Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  5. Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup.


*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh jem atau filling dan pewarna kesukaan

*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar. Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.




selamat mencuba..