Friday, 22 May 2026

Kek Lapis Chocolate Almond Sensation


     Assalamualaikum semua... Macam mana persiapan nak raya haji nanti..? Dah buat ka kek & biskut raya..? Aku dah siap dah 4 biji kek lapis. Tahun ni aku buat 4 jenis jaa... Sebab harga barang dok naik, aku kurangkan kuantiti kek lapis aku. Biskut pun aku tak tau nak buat atau tak. Kalau tak buat rasa lapaq pulak. Ingat nak gentel almond landon rasanya. Biskut lain tak tau nak buat apa. Untuk kek lapis pertama ni memang sesuai untuk peminat coklat. Rasa coklat dia memang mantap. Kek ni aku ada buat raya puasa hari tu. Tapi kejadian dia amat menyedihkan laaa... Kat tengah dia tak mau masak elok. Aku pi bakaq lagi sebab nak bagi betoi² masak. Alih² kek jadi kering. Patutnya aku kena kukus kalau nak selamat. Tapi aku tetap hidang kat tetamu jugak la tapi bila dah kek lain mula habis... 😂😂😂😂 Untuk kek ni aku tambah almond nibs kat tiap lapisan. Kalau resepi asal dia lapis kosong macam tu ja. Bila letak almond nibs ni nampak la bintik² bila kita potong tu.... Sapa² nak cuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeeee...
 
 


Kek Lapis Chocolate Almond Sensation
C&P : FB Khairunnisa Mohammad ( Kek Lapis Chocolate Sensation )
 
250gm butter
70gm gula kastor
170gm tepung hong kong
190gm susu pekat manis
100gm socolics malt
100gm tepung aiskrim coklat
13gm dark cocoa powder
60gm gula hitam
5 biji telur gred A
1/2 sb ovalet
1/2 sb esen vanilla
1/2 sk serbuk nescafe espresso ( larutkan dengan 1/2 sb air panas )
1/2 sb pewarna hitam 
400gm dark chocolate ( dicairkan )
Almond nibs secukupnya 
 
Cara-cara
  1. Mix butter, gula, esen vanilla dan ovalet hingga kembang / gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil mix.
  3. Masukkan susu pekat manis. Mix sebati.
  4. Masukkan socolic malt, mix sebati.
  5. Masukkan tepung aiskrim chocolate dan dark cocoa powder. Mix sebati.
  6. Masukkan gula hitam, pewarna hitam, larutan espresso dan dark chocolate yang dicairkan. Mix sebati.
  7. Sediakan loyang 7×7×3.5 ( kalau guna loyang 6×6×4 kek akan tinggi ). Alas dengan baking paper.
  8. Panaskan oven 10 minit, suhu 170°C. Layer pertama bakar pada suhu 170°C, api atas bawah selama 15 minit atau sehingga masak. Layer seterusnya bakar pads 160°C, api atas sahaja, rak bawah sekali, 10 minit atau sehingga kek masak.
  9. Setiap lapisan ditabur dengan almond nibs.
  10. Bakar selapis-selapis sehingga habis. 
     




Wednesday, 13 May 2026

Harum Manis Mousse Cake


      Assalamualaikum semua... Lama dah aku tak buat kek krim ni. Lepas raya ritu tak buat apa-apa kek krim lagi. Kek last pun aku buat kek lapis. Alang-alang kat Perlis ni musim buah harum manis, kita buat kek tema buah harum manis la. Asalnya aku nak buat lepas raya ritu. Alih-alih buah yang aku beli tu buat makan macam tu ja... Hahahaaa... Tapi agak mahal la buah harum manis ni. Mahal tu sebab cerewet nak menjaganya. Yang kat rumah aku jadi la dalam 2 3 biji... 😅😅😅 Sebelum habis musim harum manis ni baik aku buat siap-siap. Resepi asal dia buat buah mangga biasa ja. Kalau tak ada harum manis, guna apa yang ada. OK la, byeee.. Sapa-sapa nak cuba resepi ni boleh tengok kat bawah tu...
 


Harum Manis Mousse Cake
 
Kek Span Vanila
Sumber : Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
C&P : RAHEL

60g gula kastor
5g ovalette
2 biji telur gred A

65g tepung kek}
1/2 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

20g air
30g minyak masak/mentega cair
1/2 sudu teh esen vanila


Cara-cara
  1. Griskan 3 biji  loyang bulat berukuran 6 inci . Lapis dg kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  2. Satukan gula kastor, ovalette, telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun. Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya. Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega. Dikacau sebati.
  5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan tuang adunan ke dalam loyang. Bakar selama 15- 20 minit atau sehingga kek masak.
  6. Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.




Harum Manis Mousse
C&P : my-mintroom
 
125g cream cheese
125g whipping cream - aku letak 200ml
50g gula kastor
1/2 cwn isi harum manis (didadu) - aku letak lebih
3/4 sb serbuk gelatin halal, dilarutkn dgn 1/8 cwn air panas.


Cara membuatnya:
  1. Potong kecil cream cheese dan biarkan lembut pada suhu bilik,baru diputar hingga betul-betul lembut.
  2. Masuk gula dan putar lagi hingga sebati.
  3. Masukkan larutan gelatin, putar lagi hingga betul-betul rata.
  4. Masuk separuh whipping cream yang telah diputar kental, dan kaup balik perlahan guna spatula. Masuk baki whip cream dan juga isi mangga yg telah dipotong dadu. Kaup balik hingga sekata.




Harum Manis Glaze
 
50gm isi harum manis
1 sk serbuk gelatin
1 1/2 sb air panas
50gm isi harum manis ( potong dadu )
 
Cara-cara
  1. Kisar isi harum manis dengan sedikit air menjadi puri.
  2. Larutkan serbuk gelatin dengan air panas.
  3. Satukan puri harum manis bersama larutan gelatin. Sebatikan.
  4. Boleh dituang atas kek & tabur potongan harum manis keliling kek. 



Cara Melapis Kek
 
200ml-250ml non dairy whipping cream ( pukul kental )
 
  1. Sediakan plastik mika dan kemaskan di atas papan kek. Masukkan sekeping kek dalam plastik mika. Tuang separuh harum manis mousse dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga habis. Simpan dalam peti sejuk sehingga kek betul-betul set.
  2. Keluarkan dan buka plastik mika. Paipkan seluruh kek dengan non dairy whipping cream.
  3. Tuang harum manis glaze. Tabur potongan buah harum manis keliling kek. Hias ikut kreativiti masing-masing.
  4. Simpan semula dalam peti sejuk supaya harum manis glaze betul-betul set.

Sunday, 15 March 2026

Kek Lapis Aiskrim Pelangi Cheese


     Assalamualaikum dan selamat petang semua... Ni kek lapis last untuk raya nanti. Bila dah siap semua boleh la rehat² sikit. Kek lapis ni elok buat awai. Dia tahan lama. Balut dengan cling wrap, pastu simpan dalam peti sejuk. Biskut pun aku dah siap dah cuma tak rajin nak amek gambar & post kat sini. Biskut ni aku tak buat awai sangat la. Kalau awai takut lesap dalam mulut 😂😂😂😂 Sebabnya biskut dok kat luar. Tak macam kek lapis duuduk dalam peti sejuk. Lambat sikit kalau nak makan... Sapa² nak cuba buat kek lapis aiskrim pelangi cheese ni boleh tengok resepi kat bawah tu...
 



Kek Lapis Aiskrim Pelangi Cheese
C&P : AliciaAyung@MrsUvang

500gm mentega
150gm gula kastor
1 tbsp ovalette
10 biji telur
1 tbsp esen vanila
250gm susu pekat manis
250gm cream cheese
300gm tepung gandum
200gm aiskrim powder vanilla
100gm Horlicks
Warna putih
Warna pelangi ( merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu )

Cara-cara
  1. Putar mentega, gula kastor & ovalette sampai kembang.
  2.  Masukkan telur satu persatu. Putar sampai sebati. Kemudian baru masukkan esen vanila, susu pekat & cream cheese. Putar lagi sampai sebati. 
  3. Masukkan tepung gandum, Horlicks, aiskrim powder. Putar sebati dgn speed perlahan.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama letak pewarna putih sebanyak 5 lapis. Bahagian ke-2 bahagi kepada 6 bahagian iaitu warna pelangi. Setiap warna sebanyak 2 lapis.
  5. Bakar berlapis sampai habis mengikut turutan warna pelangi berselang-seli dgn warna putih. (corak lapisan bergantung kpd kreativiti masing2)
  6. Guna loyang 9"x9" untuk kek yang sederhana tinggi. Guna loyang 8"x8" untuk yang suka hasil kek tinggi.
  7. Lapisan pertama guna api atas & bawah. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis guna api atas sahaja.
  8. Lepas kek masak, biarkan sejuk sebentar pada suhu bilik, baru keluarkan dari loyang. Dinasihatkan simpan semalaman dulu dlm peti sejuk supaya kek lebih cantik & kemas potongannya.