Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Talam Cendol


Cendol dah lama beli dan terperam dalam peti ais dgn harapan boleh bertukar jadi air cendol dan terus leh minum. Tapi hampa itu semua mimpi belaka, akhirnya terpaksa gagahkan diri untuk mencuba resepi talam cendol. Bila surf sana sini jumpa resepi dari blog resepi bdaria yang mana beliau mmg attend class buat kuih talam dgn Chef Asma. Dah lama aku verangan nak pegi kelas talam chef asma tapi tak berkesempatan, yelah mana nak sama kalau gi kelas dgn main ikut-ikut jer, belajar mesti berguru kan, barulah tak sesat. Resepi memang boleh dapat kat mana2 tapi tips2 tu yg penting yg jarang kita nak dapat.. tapi thanks to Bdaria yg share sekali tips yg dipelajari...

TALAM CENDOL

BAHAN-BAHAN:

Lapisan bawah
Bahan A
  • 200gm tepung beras*
  • 250ml santan pekat*
  • 450ml air*
  • 1 tbsp tepung jagung*
  • 150gm gula caster
  • 1 tsp garam

B). Bahan B
  • 200gm cendol @ 1 paket kecil

CARA-CARANYA:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu

Lapisan Atas

Bahan A
  • 300gm gula merah (saya guna gula melaka/gula kampung)
  • 50gm gula castor
  • 500ml air

Bahan B
  • 150gm tepung gandum
  • 3 biji telur (boleh guna 5 biji kalau nak banyak telur)
  • 250ml santan pekat
  • 1/2 tsp garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

    Guna talam bulat jer, dpt 2 talam, maklum ler kukus cinonet jer. kalau tak ramai buat 1/2 adunan dah cukup
Nota:

Ikut kata Bdaria masak sehingga naik wap adalah teknik untuk mendapatkan talam yang licin dan jika masukkan bahan seperti cendol, sekoteng, kekacang, keladi dll, ia tidak akan mendap atau naik keatas sebab kepekatan adunan tepung yang 'dimasak sehingga naik wap'. jika adunan terlebih masak, talam tidak akan licin dan merekah. Jadi pandai2 lah nak agak apa yg dikatakan naik wap tu, cuma pastikan jgn masak terlalu lama sampai pekat sgt, agak2 dah berasap ok ler sbb nanti nak dikukus pulak.

Monday, August 16, 2010

Buah Melaka

Setelah ku pikir-pikir, ku telek sana dan sini akhirnya kuih ini terpilih utk menu berbuka pose di hari Sabtu. Senang dan mudah, main course adalah nasi ayam tp malas nak update kat sini. Memandangkan tak penah letak lg resepi buah melaka kat sini, aku pun letaklah.. boleh le kawan2 yg lain mencubanya..

KUIH BUAH MELAKA
-Hjh Noraini

Bahan-bahan :

  • 500 gm tepung pulut (apa-apa brand pun boleh)
  • 2 ketul gula Melaka (potong dadu kecil-kecil)
  • 5 helai daun pandan (dikisar dengan 1 cawan air)
  • 1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara Membuatnya :
1. Air pandan dicampur dengan pewarna dan 1 cawan air lagi. Tuangkan sikit-sikit dalam tepung pulut dan gaul hingga menjadi doh yang lembut dan cukup basah.Jika kering, tambah air lagi. Hati-hati jangan tuang air terlalu banyak supaya tidak lembik.Kalau lembik, kena tambah tepung lagi.
2. Ambil secubit dan masukkan gula melaka.Bulatkan semula dan susun dalam dulang atau pinggan.Buat begitu hingga habis.
3. Panaskan air dalam periuk sederhana besar.Isikan air 1/2 periuk saja.Apabila mendidih,masukkan buah melaka.Jangan isi banyak sangat.
4. Biarkan buah melaka masak dan ia akan timbul pada permukaan air. Sambil itu kacau supaya buah melaka tak lekat pada dasar periuk.
5. Sediakan loyang dan isikan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
6. Apabila buah melaka dah timbul,angkat dengan senduk atau tapis, biarkan tos dulu baru masukkan dalam loyang berisi kelapa. Golek-golekkan supaya kelapa merata pada kuih.
7. Pindahkan dalam pinggan yang sesuai dan sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, July 6, 2010

Apam Blossom Berinti Blueberry


Rasa teringin lak nak buat n makan apam comel berinti blueberry nie. Aku buat kaler lain2 tapi filling dalam sama jer. Cadang nak bawak gi opis esok sbb dpt byk untuk satu adunan tapi tak sangka malam tu dah langsai sebab dimakan bersama jiran tetangga. Resepi cedok dari dapur fiza yang rajin masak-masak dan memang amik tempahan mcm2 tu. Sebelum ni pernah buat resepi yg lebih kurang sama cuma susu segar diganti dgn air ais krim soda dan tak bubuh inti.

Bahan-Bahan:-
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete


Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.


Wednesday, May 12, 2010

Kek Pisang (Chef Zu)

Dapat pisang dari jiran yg baru balik dari masjid. Tak tau nak buat apa dan kalau buat pun takde org nak makan, jiranku (Kak Nisah) bagi 2 sisir pisang ke umah.. mekasih ye.. kalau dpt lagi hulur2 ler ke umah.. tp kek nie tak sempat nak hulur umah akak sbb dah selamat sampai ke kampung. Nanti saya buat lagi sbb ada byk lagi tuh.. simpan dlm esbok.

Resepi nie ambil dari umah Mama Fami yg terror masak memasak iteww...dan mama amik resepi daripada Chef Zu. Thanks to both of u for the great recipe. Saya C&P resepi dari blog mama yea.. minta izin. Malas nak translate, buat-buat paham dah ler..
BANANA CAKE
Source : Chef Zubaidah

Ingredients :

200g flour
1 teaspoon bicarbonate soda
1 teaspoon baking powder
150g ripe bananas ~ mashed (I used 2 ripe bananas, medium size)
3 eggs
1 tablespoon ovallette
a few drops of banana essence (I added)
170g castor sugar
120g melted margarine
Enough chocolate rice/vermicelli ~ coat with a bit of flour


Method :


1. Sift flour, bicarbonate soda and baking powder. Set aside.
2. Beat eggs, ovalette and banana in a mixer over medium speed. Add in banana essence.
3. Add in sugar a little at a time. Continue beating. Pour in the melted margarine.
4. Fold in the sifted dry ingredients and the chocolate rice.
5. Pour into the prepared tins.
6. Bake in a preheated oven at 180 C for 40 to 45 minutes. (Oven temperature and baking time may differ)

Kuih Bakar Labu

Kelmarin beli labu sebiji teringin nak buat bingka labu atau ada org panggil kuih bakar labu. Godek-godek resepi jumpa lah resepi ni kat umah Mat Gebu dan kat MyR juga posted by Mat. Terima kasih yea Mat,, cam biasa C&P jer resepinya , malas nak menaip. kuih nie memang sedap, cukup rasa gula dan lemak manisnya. Sebiji labu dapat 3 adunan = 3 loyang ler.. memang sedap...


BAHAN-BAHANNYA :-)

5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.

Monday, April 19, 2010

Kuih Bakar Jagung

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka (Jamie x letak pun)

Cara-Cara

1
. Blender semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
2. Masukkan jagung dan blender sebentar.

3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam

Tengok K.Nur buat kuih bakar jagung nie macam sedap jer, kebetulan sehari sebelum tu buat kuih bakar labu. tapi lom sempat di posingkan telah selamat dimakan, nantilah esok2 buat lagi. kuih nie memang lemak berkrim, sedap gitu cuma jamie buat agak terlembik sikit sebab guna jagung yg dalam tin yg bukan jenis berkrim tu dan jamie masukkan semua airnya. whatever pun i like this kuih (terus spekong london) very yummy.... resepi amik dari blog Nur yg diambil pulak dari MyR from zana08.

Thursday, April 15, 2010

Apam Mekar

Apam nie sepatutnya mekar macam namanya.. bila aku buat adalah 2-3 jer yang menyengih mcm kena paksa. mungkin ada silap kat mana-mana kot sebab org lain buat elok jer.. kalau korang tak caya cuba korang buat mungkin akan mekar setaman kembangnya... ada hikmahnya bila tak jadi.. sebab kalau menjadi mau aku yg kembang setaman kena puji sebab sedap..hehehe

Bahan-bahan:
  • 250 gm gula
  • 2 biji telur
  • 1 sdk esen vanila
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sdk ovallate
  • pewarna ikut suka
  • paper cup
Cara-caranya:-
  1. Panaskan kukusan
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang
  3. masukkan esen vanila dan pukul lagi
  4. masukkan ovallate dan pukul lagi
  5. masukkan tepung dan susu berselang seli sambil dipukul
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan letak pewarna
  7. Masukkan dalam piping beg dan picit dlm cup
  8. kukus 10-15 minit.
Resepi ambil dari Myresepi oleh rossitamz dan diambil dari kak hanieliza.. mekasih yea.. akan ku cuba hingga berjaya

Sunday, February 21, 2010

Kuih dadar@Ketayap

Belen inti kuih koci buat pulak kuih dadar@ketayap nie. memula lupa nak letak pewarna tu yg kaler pucat jer, natural beauty gitu guna daun pandan, pastu rasa tak menarik lak tambah pulak kaler jadi ler ketayap 2 warna. resepi amik kat umah K.Hana nun di Jepun, malas nak taip sapa nak pi selongkar umah dia hehehehehe.... memang sedap le buat minum petang musim panas-panas nie...

Koci Labu

Kuih koci yang siap dibungkus

Baru lepas direbus

Sudukan bersama dadih kedalam daun pisang dan bungkus

Sedia untuk dimakan.

Kebelakangan ni suke bebenor kuih dolu2, lagi yg lembut2 and manis2, adakah itu petanda umur dah ke senja, hehehehe.. insaf lah... jom layan resepi amik dari Kak Ogy@tuntung15 kat Myr, minta halal yea saya tulis kat sini..

Untuk Inti
  • 1 biji kelapa parut (amik yg putih jer, yg muda lagi bagus)
  • 1 1/2 cwn gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cwn kacang hijau direbus optional saya tak letak
Untuk pastri
  • 150 gm tepung pulut
  • 150 gm labu direbus
Untuk dadih
  • 3 cwn santan pekat
  • 2 sudu tpg beras
  • sedikit garam
daun pisang dipotong dan dilayurkan atas api.

Cara-cara:-
  1. Untuk pastri- rebus labu sampai empuk, lenyek dan uli dgn tpg pulut.
  2. Untuk inti- didih gula merah dgn sikit air, tapis masuk dalam kuali bersama gula pasir dan kelapa parut. Masak hingga sebati dan bila sejuk bulat-bulatkan.
  3. Untuk dadih- masukkan santan, tpg beras dan garam masak hingga mendidih
  4. Jerangkan air dalam periuk. ambil pastri leper2kan dan masukkan inti, bulat-bulatkan dan masukkan dalam air mendidih. rebus sampai timbul dan angkat masukkan dlm dadih. buat sampai habis.
  5. dah siap rebus, guna sudu ambik pastri dan dadih masukkan dlm daun pisang dan bungkus.
  6. Pesan Kak Ogy dadih jgn masak pekat sangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails