Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Nasi Tomato n the Geng

Rasa teringin nak makan nasi tomato sebab tak sempat nak merasa masa buat kenduri aqiqah aritu. Penat sgt dan sibuk melayan tetamu smpi tak sempat dan takde selera nak makan, Bila majlis selesai, makanan pun semua dah langsai... alhamdulillah makan semua cukup2 utk tetamu yg hadir. Resepi asal dari Kak Liza tapi yg ni C&P dari dapur Cik Mat Gebu yg semakin glamor itew...

Bahan-Bahannya:-

5 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. Toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato, cincang halus
1/2 cawan sos tomato
2 camca besar mentega
5 camca besar minyak masak
1 helai dun pandan, disimpul
3 ulas bawang putih, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris halus
3 biji buah pelaga*
3 kuntum bunga cengkih*
1 kuntum bunga lawang*
1 batang kayu manis*(*rempah tumis)
Air, ikut sukatan beras
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan:-
Kacang pis
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang merah, halia dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
  2. Masukkan tomato cincang dan tomato sos, kacau dan biar masak. Tuang susu dan air, masak hingga mendidih. Matikan api.
  3. Masukkan beras dalam rice cooker. Tuang no.2 ke dalam rice cooker tadi, masukkan garam (anggaran 3/4 camca teh), gaul beras hingga rata dengan semua rempah2. Masak seperti biasa dan balik2kan nasi bila betul2 masak.
  4. Hias dengan hirisan daun sup/daun bawang, kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan....

Dalca Daging

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH
Sumber: CMG

Bahan-Bahannya:-
500 g ayam, potong ikut suka
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
2 batang serai, dititik
2 biji bawang besar, potong bulat
2 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang cili hijau, potong serong
2 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato puri
3 camca besar sos cili
1/2 cawan air
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
4 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Garam dan gula secukup rasa

Untuk Hiasan:-
1 - 2 camca besar kacang pis
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Ayam potong ikut suka, cuci bersih, gaul dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada sulah, perap 20 minit dan goreng hingga kuning keemasan tapi tidak garing. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis rempah tumis, halia titik, bawang putih dan serai hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri dan sos cili, biar masak hingga wangi. Tuang air dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam, hirisan bawang besar dan hirisan cili hijau. Gaul rata, masukkan garam dan gula dan biar masak hingga pekat. Rasa dan jika ok (mesti ada rasa masin, manis, masam dan sedikit pedas) boleh angkat. Hias dengan kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Saturday, November 13, 2010

Nasi Lemak

Ni adalah sarapan pagi merangkap makan tengah hari, malam kalau ada baki makan ni jugak. Kira complete meal gak tu, siap dgn sambal sotong kering yg baru dapat dari Sabah, telur dadar, ikan bilis dan timun. Mithali kan aku nie..ekekekke. Sori yea en hubby n anak2 mama, memang tak larat sgt hari ni. Operasi membersihkan rumah besar-besaran memandangkan esok mak mertua nak datang sebab nak raya haji bersama kami. Bermula dgn buka semua cadar dan sarung bantal, basuh dan ganti yg baru, sental bilik air, sapu bilik-bilik, sapu tangga dan mop satu rumah. Rasa macam nak tercabut pinggang, lepas siap kemas apalagi mandi, solat zohor dan terus zzzzzzzz.... bangun tido sakit pinggang tak hilang lagi, ambik koyok tampal ler... lega sikit.

Sunday, November 7, 2010

Nasi Ayam


Salam dihujung minggu, pegi jalan mana hujung minggu ni? kan cuti panjang sejak Jumaat lagi sebab menyambut perayaan Deepavali. Kami sekeluarga pi tido Genting Highland, memula plan asal nak pi Cameron Highland sebab mak tak penah sampai situ ,tapi bila call semua hotel n apartment fully booked terus canceled niat nak ke sana. Dah terbayang-bayang mesti org ramai giler kat atas sana, nak jalan2 pun tak selesa. So kami tukar rancangan ke tanah tinggi lagi satu yg dekat sikit dgn umah, iaitu Genting Highland. Nanti lah full story Jamie update kat N3 seterusnya wokeh. Sekarang jom layan nasi ayam simple utk org yg yg dah taktau nak pikir masak lauk apa. Nasi ayam senang sebab lauknya cuma ayam jer..hahahaha for resepi boleh tengok kat sini.

Sunday, June 6, 2010

Nasi Ayam Ipoh (tp kundang mali...)

Salam semua, cuti-cuti hujung minggu nie boleh lah masak yg lain sikit tapi mudah dan cepat disediakan. Menu nasi ayam ni nampak jer remeh dan panjang tapi bila buat mudah jer, takyah nak masak 2-3 lauk. Resepi asal dari Q from MyR tapi yg nie C&P dari umah kak Nor Ganu. Jom makan..... Layan jelah resepi malas nak membebel panjang..

NASI AYAM IPOH

Bahan Utk Nasi:-

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega


Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah


Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-

Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.


Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Saturday, January 30, 2010

Nasi Tomato Ikan

Untuk lunch hari nie, kami makan nasi tomato ikan pulak yea, asyik makan ayam jer tak elok gak, sekali sekala tukar ikan pulak, nak buat nasi itik mana pulak nak cekau itik kat area rumah nie. Resepi amik dari Majalah Rasa, tapi memandangkan banyak benda yg takde jadi resepi nie telah diubah suai ikut suka hatiku.. tapi kubagi resepi asal lah kat sini.. mana tau ada org yg teringin nak cuba nanti... sedap juga not bad, cuma penambahan 2 sudu susu pekat manis buat nasi nie manis sket dan bila guna minyak sapi jadi nasi nie agak memuakkan sikit. Tapi bagus gak...bila muak org tak makan banyak...huhuhu

Saturday, November 14, 2009

Nasi Ayam

Menu tengahari nie buat nasi ayam jer.. mudah takyah pening-pening nak pikir lauk banyak-banyak. Pagi nie bangun awal dan terus tak tido semula tak macam pagi sabtu yg biasa. Selepas solat subuh en hubby ajak pi breakfast roti canai kat bawah pokok cempedak. Kedai roti canai nie kena pi awal2 kalau tak alamat memang kena tunggu bertahun baru dapat oder. Tukang tebar dan masak roti saja ade lima org, maksudnya 5 kuali berasingan tu pon cam tak cukup jer. Kedai nie pon dah bertambah maju nampaknya walaupun pokok cempedak masih maintain berada di tengah-tengah tapi dah buat kedai baru utk keselesaan para pelanggan. Lepas sarapan terus pi kedai ayam berhadapan dgn kedai roti canai utk beli ayam buat nasi ayam. Tapi yg tak bestnya tak jumpa daun salad hari nie, penat jer pi 2-3 kedai nak cari daun salad. Agaknya hujan-hujan nie pokok salad habis mati tenggelam dek banjir..hehehe.. resepi takyah ler tepek.. dah ada tepek sebelum nie..pandai-pandai ler cari..

Sunday, June 14, 2009

Nasi Beriani Karam


En Hubby complained semalam makan tak de lauk padahal aku masak sambal sotong berkacang, hati dan pedal masak kicap, sayur kobis dan sawi masak bening, telur dadar and telur masin. Pelik sungguh begitu banyak lauk boleh kata takde lauk, sudahnya dia masak telur dadar campur kicap. Dalam hati terpikir2 maybe dia rase masakkan tu simple sgt and dia nak wife dia masak yg complicated sikit. So hari ni aku masak nasi beriani karam bersama-sama set lauk nye. Resepi amik kat umah Cik Mat, sorry yea Cik Mat cut n paste, senang buat rujukan di lain hari, Lepas Nina balik sekolah jam 11 pagi operasi masak2 pun bermula dan jam 3 petang baru selesai, Ambik ko! Kebulur semua org kat lam rumah, tunggu nasi beriani dan setnya masak sampai tertido2, sorry ler, gitu ler kalau amateur yg masak..:).

BAHAN UTAMA :-)

2 keping dada ayam saiz besar, potong sederhana besar, cuci dan toskan-Jamie tukar daging
1 cawan susu sejat + 1 cawan air
150 g minyak sapi
500 g beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
2 helai daun pandan
2 batang serai, dititik
1/2 cawan sos tomato
2 biji cili hijau*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
40 g kacang gajus*
30 g kismis*(*dikisar halus)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
2 camca besar penuh, rempah beriani

BAHAN-BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kismis
50 g kacang gajus, digoreng hingga kekuningan
3/4 cawan hirisan daun ketumbar
Secubit koma2*
1/3 cawan susu sejat, dipanaskan*(*dicampur)
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. LANGKAH PERTAMA :- Panaskan minyak sapi dalam kuali, hingga cair. Masukkan bawang besar hiris, bawang putih hiris, bahan tumis, serai dan 1 helai daun pandan. Bila harum, masukkan bahan2 kisar, rempah beriani dan sos tomato. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tuang susu sejat dan tambah garam secukup rasa (dalam 1 camca teh, kalau kurang boleh tambah lagi), kecilkan api dan masak hingga ayam masak dan kuah pekat, biar kering sedikit. Ketepikan.
  3. LANGKAH KEDUA :- Didihkan air (biar byk sedikit), masukkan daun panda. Bila air mendidih, masukkan beras tadi dan masak 5 - 6 minit hingga beras menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Angkat dan toskan.
  4. LANGKAH KETIGA :- Sedikan periuk nasi elektrik, dan juga bahan2 tabur. Masukkan 1/3 bahagian nasi tadi, ratakan. Masukkan 1/2 bahagian lauk ayam, tabur gajus, bawang goreng, daun ketumbar, kismis, 1 helai daun pandan dan sudukan bancuhan susu dan koma2 ke beberapa bahagian nasi. Tambah 1/3 bahagian nasi lagi dan lakukan kaedah yang sama.
  5. LANGKAH TERAKHIR :- Untuk lapisan terakhir tabur bahan2 lebihan dan tanak sekurang2nya 30 minit menggunakan rice cooker elektrik. Gemburkan nasi dan boleh hidangkan. Tabur bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang....* Jamie tak letak daun pandan sbb lupa nak beli :), kalau letak lagi harum bau dia.

Sunday, May 17, 2009

Nasi Kerabu

Hari nie Jamie masak nasi kerabu, tulah masalahnya bila org Johor masak nasi kerabu, ntah apa2 jadinya. Tapi rasanya not bad lah utk tekak org dalam rumah nie. Menu untuk lunch sampai dinner, masak punyalah banyak sampai Cik Abg perli nak bagi makan untuk satu taman ker? Tapi bile dia makan cam tak ingat.. bertambah-tambah. Sedaplah tu cuma takmo ngaku...resepi malas nak tulis, panjang sangat, rasa penat lah masak nasi nie sebab side dish dia banyak sangat. Tapi sekali-sekala memang berbaloi. Sedap lah dari yang beli. Sebab ada lebih hantar ler kat umah jiran dan umah babysitter anak. Kaler memang biru terlebih, dah tu sambal @tumis dia pon terlebih nise tuh yg kaler merah pekat. Camner pon sedap. Yang ni untuk dihantar umah jiran tetangga.

Wednesday, March 18, 2009

Nasi Ayam

Dari sehari ke sehari, niat untuk berblog tertangguh kerana masa dan keadaan yang tak mengizinkan. Masa yg sesuai hanya waktu mlm lepas semua anak2 tido. Tapi 1-2 hari ni asyik tido lambat jer anak-anakku... terpaksa ler dipendamkan niat tsbt. Kalau diaorg ade gerenti berebut semua nak duduk depan PC nie. Malam nie nak cerita pasal apa yg dimasak last weekend. Sebab dah lama tak masak nasi ayam maka weekend ni nasi ayam menjadi menu utama dari mkn tgh hari sampai ke makan malam..hehhehe. Resepi diamik dari Cik Mat dan juga dari MYR dan diolah mengikut apa bahan yg ada kat dapur umah.

Memang buat complete set, ada nasi (of course le), honey roasted chicken, sup, sambal cili and sambal kicap dan tak ketinggalan Kerabu mangga.. konon-konon ala-ala The Chicken Rice shop ler...

Resipi lebih kurang camni ler... memang nampak panjang tp senang jer..

BAHAN NASI AYAM :-
3 cwn beras, basuh dan toskan
3 1/2 cwn sup ayam (resipi sup dibawah)
1 inci halia, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih, diketuk
2 camca butter
Garam secukup rase

BAHAN SUP AYAM
1 ekor Ayam belah 4 dan ambil 1 bhgn dipotong kecil
1 kiub pati ayam "Maggi"
1 sup bunjut Adabi
1 pokok daun sup, potong kasar
1 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, diketuk
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji kentang besar, belah 4
1 camca teh lada serbuk lada hitam
Air secukupnnya
Garam secukup rasa

BAHAN SOS CILI HALIA :-(Copy dari Cik Mat)
4 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 cawan air
2 keping hirisan nipis halia
4 camca besar cuka makan
3 camca besar gula perang
Garam secukup rasa

BAHAN SOS KICAP (copy dari Quinnie MYR)
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

*BAHAN AYAM*
3 bhgn ayam yg dah ditoskan daripada sup
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu
*ditumbuk

*BAHAN LAIN*
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Hirisan timun
Hirisan tomato
Daun Salad

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SUP AYAM :- Dalam periuk, masukkan ayam, air dan bahan2 lain, kecuali kentang dan serbuk lada hitam. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, renih 25 - 30 minit. Amik 3 1/2 cawan sup ayam untuk masak nasi. Keluarkan ayam yg 3 bhgn besar dan toskan (Utk dipanggang). Kemudian masukkan kentang dan serbuk lada hitam. Biar hingga kentang empuk dan tambah air jika perlu. Sesuaikan rasa dan matikan api.

UNTUK NASI AYAM :- Panaskan butter dalam kuali hingga cair. Masukkan halia, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, tumis hingga harum, masukkan beras dan goreng sekejap. Gunakan api sederhana. Alih kan bahan2 tadi ke dalam rice cooker. Tuang sup ayam tadi. Masak seperti memasak nasi biasa. Bila nasi masak, gemburkan.


UNTUK AYAM:
Perap ayam dgn halia dan bawang putih yg dah ditumbuk lumat, kicap pekat, cuka, madu dan sos tiram lebih kurang 1/2- 1 jam. Kemudian bakar dlm oven pada suhu 250C sampai garing. Balik-balikkan ayam utk pastikan semua bahagian garing.

UNTUK SOS CILI HALIA:- Kisar cili merah, cili padi, tomato dengan 1 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan cuka, gula, garam dan halia. Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sos pekat sedikit, rasa dan tambah apa yang perlu. Hidangkan bersama nasi ayam dan bahan lain.

UNTUK SOS KICAP:-Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.

Kemudian boleh lah dihidangkan...

Sunday, January 11, 2009

Nasi Lemak


Dah lama tak makan nasi lemak, so weekend ni buatlah nasi lemak tuk menambah lemak yg sedia ada. Nasi lemak memang favourite nina. Dia kalau boleh hari2 nak makan nasi lemak, kalau tak dapat mau menangis, sebelum gi kerja selalunya dia mintak 2 hengget tuk beli nasi lemak.

Tapi makan nasi lemak ni jgn selalu.. bahaya beb.. dah ler tak sempat nak bersenam skang nie. Bila lah nak start bersenam balik nie.. spare tyre dah byk nie..



Untuk dinner makan spagetti bolognies jer. Ni memang menu wajib kat umah, paling kurang sebulan sekali mesti buat sbb senang beb. Tak banyak kerja sangat, kalau masak nasi kena ada paling kurang 2 lauk, masak spagetti so quick n easy.. beli jer yg sos ready made pastu just add on capsicum, onion, and mince meat. pastu rebus the spagetti.. than its ready. senang kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails