Showing posts with label Lauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Daging Goreng ala Kaprau

Memang sedap daging masak mcm ni kalau tak caya cuba tanya K.Nor secubit garam. Kak Nor beriya-iya kata lauk ni sedap dan mmg kena dgn selera keluarganya... dan bila Jamie try memang ternyata mabeles. Cuma bila Jamie buat guna paste tomyam jenama nona, rasa agak termasin sikit walaupun tak letak garam langsung, jd sapa2 nak guna tomyam paste jenama nona berhati2 sikit la..yg lain semua ok. Utk resepi ni jamie guna daun limau purut dan daun selasih, sebab memang ada tanam sendiri dua-dua pokok tu, lagi satu jamie tambah serai jugak. Sapa2 takde idea nak masak daging tu boleh cuba resepi ni...

DAGING
GORENG ALA KAPRAU
resipi : K.Jee

BAHAN2:

250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (Kjee guna paste Adabi)
cili api diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili (Kjee guna sos cili Thai)
daun selasih (Kjee tak bubuh sebab tak ada. Ada daun selasih sedap sangat)

CARA:
  1. Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam.
  2. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8.
  3. Masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar.
  4. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.
  5. Masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan.
  6. Masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.

Monday, October 18, 2010

Masak Lemak Tempe Busuk

Pernah rasa atau dengar tak org masak tempe busuk? Ni salah satu lauk kegemaran emak. Hari tu nyaris2 aku nak buang tempe busuk dlm peti ais, mak kata kalau masak lemak cili api tempe busuk campur pucuk ubi memang sedap. Aku memang tak penah makan, so aku suruh mak demo camner cara nak masak (alasan malas nak masak..hehehe). Siap pesan jgn masak banyak2 nanti takde org nak makan. Ambik ko bila dah siap masak tak cukup pulak semua berebut nak makan. so minggu nie kena buat lagi sekali dan buat banyak2, tamak ko....resepi nanti aku letak yea...bye

Monday, May 3, 2010

Ketam Sambal Bertelur

Jom makan lauk ketam, kalau tak pandai gigit nanti kena gigit balik... ketam nie favorite anak yang sulong, tapi masa masak nie dia dah kenyang.. pastu leh sound buat per nak susah2 nak makan ketam tido lagi baik... geram jer tgk. Masa makan kat Pantai Jeram dia jer yg belasah lauk ketam lebih-lebih, lain kali mama takmau masak lauk ketam utk kakak lagi..hehehehe merajuk.

Ketam nie rega memang mahal, kalau beli 2-3 ekor jer dah rm8-10. Kalau makan tak habis sayang jer nak buang. elok masak yang berkuah puas sket makan, kalau nak best lagi, campur telur, tak kira lah masak sambal ker masak sup ke or masak lemak cili api. Org kata kalau kena demam denggi elok makan sup ketam utk naikkan platlet ( kiraan darah) betul ker?. So far tak penah kena demam denggi dan minta dijauhkan...

Wednesday, April 28, 2010

Sambal Udang & Petai


En hubby dan emak favorite, aku tak berapa gemar sebab ada petai, aku kuis-kuis amik udang jer. Pakai udang putih jenis udang kertas jer, best sebab kulit dia lembut, kalau udang yg jenis besar2 kulit keras. Sekarang petai cam dah takde musim (bermusim ker petai nie??) sentiasa ada jer jual kat pasar.
Sambal tumis udang petai lawan lak dgn masak lemak pucuk paku dgn ikan masin, perghh.. memang gandingan yang serasi, bikin org terlentang kekenyangan.. kalau nak meniarap takleh perut dah buncit..hahahaha

Tuesday, April 27, 2010

Kerang Goreng Bersambal

Dulu selalu makan kerang gaya gini kat Pantai Sg Lurus, Senggarang Batu Pahat. Sekarang dah lama tak ke situ ntah ada jual lagi ker tak. Mak pun dah teringin nak makan kerang masak camni, Takkan nak drive sejauh itu kalau setakat nak makan kerang nie.. so aku pun main agak2 jer bahan2 dan resepi nak membuat nya.. Jom layan...

Bahan-bahan:-
  • 1 kg Kerang- direbus dan dikopek sebelah kulitnya
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tomato'
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 labu bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 batang serai dititik
  • 2 sudu besar kacang goreng yang ditumbuk kasar
  • garam & ajinomoto
Cara-caranya:-
  1. Tumbuk atau kisar bahan2 bertanda*.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tersebut.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram, sos tomato dan gula
  4. Kacau lagi, masukkan serai dan air asam jawa.
  5. Masukkan kerang dan gaul sebati.
  6. Taburkan dengan kacang tumbuk, gaul2 dan boleh lah diangkat dan dihidang.

Thursday, March 18, 2010

Tomyam Seafood

Aritu gie kedai makan lauk tomyam, bila oder dah sampai hubby kata lauk tomyam yg bini dia masak lagi sedap. hehehehe kembang sekejap, tu yg sampai sekarang kembang tak kuncup2. Masak tomyam nie, walaupun guna paste masih kena letak air limau, gula garam, sos ikan, serai, cili api, lengkuas, daun limau purut dan bahan2 lain utk naikkan rasanya baru ler makan terasa... hirup pun sodap... biasa kalau masak tomyam diaorg ratah cam gitu jer.... perghhh sodappppp...

Kailan ikan masin


Kailan ikan masin nie adalah menu wajib ada dlm senarai kat umah. paling tidak pun seminggu sekali mesti masak ni, kalau makan kat kedai pon oder lauk nie gak... berkhasiat apa, lagi2 tang ikan masin tu, leh buat darah tinggi naik kalau makan banyak sangat. Mak bapak jer yg suka, bebudak langsung takmo... taktau sayur apa ntah yg diaorg minat.

Tuesday, February 9, 2010

Taugeh Celur

Weekend baru nie buat nasi ayam, tapi gambar nasi ayam tak di posingkan sebab dah selalu sgt rasanya nanti naik muak pulak org tengok. Biasa side dish akan buat kerabu mangga tapi kali nie buat sayur taugeh ala-ala The chicken rice shop. Oklah not bad for 1st timer tapi cuma celur taugeh tu sekejap sgt and hubby komplen makan sayur mentah. Kalau ikut tekak nie dah ok dah, lebih lama celur taugeh nanti taugeh jadi lembik dah tak syok pulak, tak krup krup bunyi dia, resepi amik dari che iza@MyR. pi ler tgk kat sinun malas nak taip ler.. simple resepi but healthy.. try ler..

Saturday, February 6, 2010

Lala Masak Tumis

Hari nie bila pegi kedai nampak pulak lala nie tinggal sebungkus terkontang kanting, sebab dah lama tak makan lala aku pon terus amik dan bayar. Kulit jer yg banyak isi dia seciput jer, petua kalau nak beli lala nie kena pastikan dia masih terbukak2 lagi kalau dan tertutup jer kulitnya dan mati ler tu, dah busuk macam tu jugak dgn kerang yea puan2 yea.. jgn lupa pesanan Cik Milah nie. Macam mana nak masak terpulang lah pada puan2 semua, nak masak lemak boleh masak tumis pun boleh. Kalau nak simple boleh follow resepi nie.. sempoi...

Bahan-bahan:-
1 kg Lala
1 biji bwg merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 biji lada merah
5 biji cili api
1 btg Serai dititik
air asam jawa

Cara-cara:
  1. Lala dibersihkan.
  2. Tumbuk bahan-bahan kat atas kecuali air asam jawa.
  3. Tumiskan bahan-bahan tumbuk dan serai.
  4. Masukkan lala dan kacau tunggu sampai lala berubah warna
  5. masukkan air asam jawa dan perasa dgn garam
  6. agak2 kuah dah kering bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Saturday, January 30, 2010

Kerabu Sotong

Dah beberapa hari nak buat kerabu, daun selom pun dah naik layu, tapi kalau kerabu daun selom jer sure takde sambutan sangat kat umah nie. Bila gie umah Kak Nor tgk ada resepi kerabu sotong campur suhun, resepi nie asal dari buku K. Hanieliza, Mekasih yea K.Liza n K. Nor, memang sedap ler kerabu nie.. jom try buat...

KERABU SOTONG & SUHUN by K.Hanieliza

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]-Tak de, ganti dgn daun selom

Bahan Tumbuk ~ Jamie hiris jer
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan ~ tak letak, sbb tak ada
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil] ~ tak letak gak, sbb tak ada, K.Nor ganti dgn carrot, Jamie pun sama
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.

Monday, January 18, 2010

Masak lemak pucuk paku dgn udang

Nie menu untuk hujung minggu lepas. Mak suka makan pucuk paku, anak-anak suka kuah lemak dan hubby pulak suka udang. Jadi nak senang keje, ku combined semua dalam masak lemak pucuk paku campur udang. Sekejap jer licin walaupun pucuk paku tu beli dua ikat, ingatkan boleh ler sampai ker malam, tp petang jer dah tinggal kuah jer. isi dia tinggal sayup sayup jek.. resepi nak ker? tak payah ler kan... (kes malas nak taip hehehehhe....)

Wednesday, November 18, 2009

Ketupat sotong

Teringin plak nak makan makanan pantai timur nie. Pernah rase sekali jer masa kak long bertunang dan makcik yg kebetulan org terengganu tolong masak lauk ni sebagai salah satu menu utk makan beradap. Rasanya aku dah ingat-ingat lupa pun.. jadi dgn semangat yg berkobar-kobar aku intai umah org sana sini nak cari resepi ketupat sotong. Ada yg kaler coklat ada yg kaler putih, rupa2 nya ada yg guna gula merah (nise kerek) dan ada yg guna gula pasir. tapi bila belek2 mak aii byknya gula depa letak tak manis sgt ker. Aku pun ubah sesuka hati mak nenek ikut tekak aku so ini resepinya, org pantai timur jgn marah jer, aku pepandai modified resepi nie:-

Bahan-bahan
8 ekor sotong
1 biji bawang besar-diracik
1/2 inci halia-diracik
1/2 sudu teh halba
1/2 kg santan pekat
1 cwn air
1 cwn pulut
2 sudu gula pasir
garam secukupnnya

Cara-cara
  1. Bersihkan sotong dan buang kulit luarnya.
  2. bersihkan beras pulut dan tanak beras pulut dgn sket garam, minyak dan air sampai masak. (ada org tak tanak terus masukkan beras pulut dlm sotong)
  3. sumbatkan pulut yg telah masak ke dalam sotong, kepala sotong dan semat guna lidi
  4. masukkan sotong ke dlm periuk berisi santan, bawang, halia, halba, gula dan air.
  5. Masak atas api perlahan sampai mendidih dan matikan api.
  6. sedia utk dihidangkan.

Tuesday, August 11, 2009

Tauhu Poket

I'm back. Tuan rumah dah kembali rajin utk update blog. Banyak masakan baru yg dicuba setiap hari tapi sebab virus M yg telah menular ke dalam diri menyebabkan takde mood langsung nak ambik gambar, apalagi nak tulis entry. Sori ler kepada semua peminat setia yg berkunjung ke sini tapi dok lagu tu jugak (ade ker...hehehehe perasan jap). Malam nie masak tauhu poket,resepi dari che iza. Nie 1st time makan n 1st time buat. Tak penah dgr pun sebelum ni.. kalau tauhu sumbat ker, tauhu bakar ker biasa ler dengar. oklah takyah ler intro panjang2 jom kita layan resepinya, memang sedap dan ada kelainan...

Bahan-bahan:-
6 kpg tauhu
60 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu
2 inci lobak merah diracik halus
sepokok kecil daun ketumbar dihiris halus
1 biji telur
1 1/2 sudu makan tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
garam secukup rasa

Cara-cara:-
1. Tauhu dipotong 2. kemudian dikorekisi tahu buat poket. Isi tauhu yg dikeluarkan disimpan.
2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain ke dlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. gaul rata semua bahan.
3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dalam tauhu. Bila semua dh siap diisi bolehlah digoreng dgn minyak yg panas.

Memang sedap rasanya. Jgn takut masa menggoreng isi yg disumbat takkan terburai punya. Boleh makan dgn sos sebagai snek atau dimakan dgn nasi sebagai lauk. tapi kat umah nie tak sempat nak buat lauk pun.

Wednesday, July 22, 2009

Ayam Goreng Berempah

Sedap betul makan ayam goreng berempah nie.. masa goreng jer bau dah menusuk kalbu. Cuma terkisar halus sgt all the spices, lain kali nak blend kejap jer, bagi kasar2 sket, baru best, dah macam ala2 ayam goreng yg jual dgn nasi kukus tu. Nak buat pun mudah. Resepi nanti rajin akan di upload lah yea.. atas permintaan myfren ku upload resepi from love2cook@MyR, thanks yea love..
Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
6 ulas bawang putih*
7 ulas bawang merah*
2 inci halia*
2 batang serai*
Blend semua bahan *

3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan.


Sunday, July 19, 2009

Kerabu mangga

Selain Kerabu daun selom, buat gak kerabu mangga, sajer jer nak melayan tekak yg nak makan masam2 gitu. Beli mangga 4 biji tapi nak kata hampir semua berpenunggu, kena tgk betul2. Nasib baik beli mangga muda lebih, kalau beli sebiji jer, alamat makan sorang pon dah tak cukup. Pastu mangga dia memang masam giler, selalu dapat mangga muda yg lemak2 jer. Apa2 pon telan gak.. letak ikan bilis goreng, biar krup krup krup krup sket masa makan kerabu tuh takde le lembik yo..

Gulai Daging & Nangka Muda

Menu hari Ahad minggu nie memang ala-ala kampung jer. Ikut selera mak, sekali sekala makan lauk kampung memang sedap. Bukan takleh buat hari-hari tapi biasanya lauk2 kg nie memerlukan masa untuk penyediaan dan memasaknya. Rempah ratusnya pun macam2, tu pasal hari minggu jer yg sempat. Mana nak rebug daging lagi, bersihkan nangka lagi, tumbuk cili dan kunyit (kalo pakai blender rasa dah tak asli ler). Apa-apa pon makan memang bertambah ler, pedas2 baru sodap...

Kerabu Daun Selom n Taugeh

Tengah hari ni buat Kerabu daun selom n taugeh. Bila tgk umah Kak Nor Ganu pon sama gak menunya.. cam berjanji pulak kita yea. Sebenarnya memang dah lama nak buat kerabu nie.. daun selom dah beli lagi hari Selasa, simpan jer lam peti ais.. sib baik elok lagi, maintain segar jer.. Nak buat kerabu nie mudah jek.. bawang merah, bawang putih, serai, ikan bilis n kelapa parut ditumbuk kendian disangai sampai agak2 kering. Gaulkan dgn daun selom yg dihiris dan taugeh, siap pon..

Sunday, July 12, 2009

Babat Masak Lomak Cili Api

Uishh.. lama tak makan babat masak lomak cili api. Dalam bahasa jawa babat tu perut lembu... Kalau wat kerabu pun sodap gak.. Yolah omak den kan org nogri 9, masaklomak cili api memang takleh dipisahkan.. kalau buleh hari2 nak bergulai ni yoo.. sapa yg tak makan babat tu bleh main jauh-jauh..rugi woo..hilang satu nikmat hidup..hehehheh. Orang nogri nie..kalau masak gulai sonang yo.. takyah pakai bawang.. jimat, cuma pakai cili ngan kunyit yo.. apo2 pon meh layan resepi mak den...

Bahan-bahan:-
500 gm babat/perut lembu
10 biji cili api
3 inci kunyit
1 biji kelapa
2 keping asam gelugor
5-6 biji terung hijau kecik
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya:-
1. Bersihkan babat dan potong kecil2
2. tumbuk kunyit ngan cili api
3. Perah santan, asingkan santan cair dan santan pekat.
4. kunyit,cili n garam dimasukkan lam periuk bersama babat dan santan cair
5. masak sampai babat empuk, kemudian masukkan terung dan asam keping.
6. biarkan terung empuk dan masukkan santan pekat.
7. Tunggu sampai santan mendidih, kacau jgn sampai pecah minyak.. dan siap.

Mudah jer.. memang berasap telinga.. tapi puas makan..

Friday, July 10, 2009

Colek Ike Tenggiri

Satu kelainan. Memang sedap. Ala-ala kerabu gitu. Malas nak bakar, goreng jer..tapi goreng pon sodap..Amik resepi dari Kak Za.. mekasih yea.

Bahan-bahan:-
4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan dibakar
1 biji tomato di potong dadu
1 bij bawang besar potong dadu
sedikit daun ketumbar-x letak pon lupa nak beli, tp K.Za kata bleh ganti daun limau purut dihiris halus

Cara-caranya:-
1. Gaul ikan dgn garam dan kunyit dan goreng, tp tak yah garing sgt- kalau ikut resepi asal bakar jer
2. Campurkan airm masak, cili, garam, gula, belacan, perahan air limau dan kisar.
3. Masukkan bahan yg dikisar ke dlm bekas dan gaulkan dgn bawang, tomato dan daun ketumbar.
4.Tuang dlm pinggan yang berisi ikan. Dah siap utk di makan dgn nasi panas..


Wednesday, July 8, 2009

Dendeng

Walaupun dah ada asam pedas, nak gak masak lauk daging sbb en hubby suka makan daging, memang favourite dia. tak kisah ler daging tu masak apa. Jamie buat berkuah sikit, tak pekat sgt, anak-anak yg dah makan kat umah baby sitter pun sibuk nak makan lagi bila tgk papa diaorg makan dgn berseleranya. Bertambah-tambah lagi u.. sedap ler tuh.. cuma takmo puji jer..

Bahan-bahan:-
1/2 kilo daging
2 biji tomato-belah lapan
2 sudu besar kicap
1 sudu kecil jintan*
2 sudu kecil ketumbar*
10 ulas bawang merah*
halia sikit*
2 ulas bawang putih*
10 batang cili kering*
1 batang serai-dititik
Gram, gula & serbuk perasa

Cara-caranya:-
1. Kisar bahan-bahan bertanda *
2. Hiris daging nipis-nipis dan perapkan dgn 1/2 bahan yang dikisar.
3. Gorengkan daging yang telah diperap sehingga garing dan angkat.
4. Dalam kuali yg sama, kurangkan minyak dan tumis lebihan bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap, tomato, garam, gula dan daging- boleh gak tambah sikit air.
6. Masakkan sehingga kuah pekat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails