Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pagi tadi sempena hari jumaat yang mulia, telah diadakan solat hajat di sekolahku untuk semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan terutamanya pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan percubaan PMR pada minggu depan. Solat hajat diadakan di Dewan Terbuka dan semua guru dan pelajar terlibat. Selesai bersolat hajat, ada ceramah motivasi ringkas dari wakil ibubapa (PIBG).
| gambar diambil semasa sesi motivasi ringkas oleh wakil ibu bapa |
Selepas berbuka, sempat buat muffin blueberry kegemaran Haikal (anak sulungku). Muffin blueberry ni juga muffin kegemaran ma dan abahku.
Sekian, wassalam!