Alhamdulillah

Showing posts with label roti jala. Show all posts
Showing posts with label roti jala. Show all posts

Sunday, 15 December 2013

Nasi Serati Ayam Kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya sekeluarga  telah selamat sampai ke  KL. Entah bila akan balik kampung lagi (Kota Bharu, Kelantan) untuk jumpa famili tersayang ! Belum sampai KL pun sudah merindu. Parah betul!

************
Malam semalam, saya dan keluarga mertua sempat menjamu selera di Zul Ikan Bakar di Kuala Besut. Rezeki kami, ada orang belanja gitu sempena naik pangkat hehe. Langkah kanan betul! Terima kasih!


Memang sedap tapi tak berkesempatan untuk ambil gambar hidangan makanan, almaklumlah makan ramai2kan. Segan pula dengan MIL dan SIL hehe. Habis kisah ikan bakar. Titik. hehe.

^
^
^
^
^
^
Kisah seterusnya....

Kelantan memang terkenal dengan syurga makanan dan syurga membeli belah. Pelbagai variasi makanan yang sedap2 terdapat di bumi Kelantan ni.
Kali ini nak perkenalkan gulai untuk nasi berlauk pagi (breakfast) yang 'famous' di Kota Bharu, Kelantan. Banyak pilihan untuk sarapan selain nasi dagang, nasi kerabu, laksam, mee goreng, roti canai, nasi lemak, roti jala, pulut pagi dan kuih muih..anda juga boleh pilih nasi berlauk. 
Lauk-pauk pun pelbagai. Ada ayam kampung goreng, gulai ayam kampung, gulai daging, gulai itik serati, burung puyuh goreng, daging goreng, gulai kuning telur, gulai kuning ikan aya,  dan bla...bla...bla..hehe. Heaven! 

Gulai dalam kawah

Gulai dalam kawah


Nasi berlauk dengan gulai itik serati yang sangat yummy,telur mata dan sambal belacan. Dihidang atas daun pisang

Kalau terliur dan nak cuba rasa nasi gulai serati dan ayam kampung yang sedap ni boleh berkunjung ke Kedai Makan Nasi Serati Ayam Kampung , Jln Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.

************

Pernah tengok dan makan kuih ini?

Kuih Serabe (Serabai) yang dibuat dari tepung beras

Kuih talam gula merah

Sekian dulu untuk kali ini. Nanti kita sambung lagi bicara ilmiah kita ini. 
Wassalam.

Monday, 20 May 2013

Nak bagi tajuk apa ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama juga tak berkesempatan untuk 'update' blog kesayanganku ini. Rindu nak BW blog teman-teman, tapi tak berkesempatan juga .Ni baru berpeluang untuk menulis sesuatu di sini. Sebenarnya tak tau la ada orang sudi baca  ke tak blog ku ini hehe.Kot takde, memang sendiri tulis, sendiri bacalah gayanya haha. Tapi memang apa yang di luahkan disini adalah sebagai coretan pengalaman sehari-hari untuk kenangan dan pengajaran  buat diriku yang banyak kekurangannya ni.

Beberapa perkara yang nak 'share' disini kali ini ialah:

Timbunan rim kertas tu berisi skrip jawapan murid untuk peperiksaan pertengahan tahun yang perlu ditanda semasa cuti sekolah ni. Huhu ..tu hanya sebahagian...ada lagi tau...inilah salah satu tugas utama guru.

Rindu nak makan roti jala kari ayam dan kuzi ayam kat rumah mamaku lagi huhu. Hari tu balik kampung untuk PRU, tak sempat makan puas-puas...

My little Danish lukis Menara Eiffel Tower, Paris hehe. Bila la nak dapat gi sana gamaknya hehe

Dapat hadiah sepasang kain cotton dari Bandung from agen insuransku!..
Terima kasih, Nurul!

Kraftangan sempena hari ibu from my little Danish. TQ, Danish!
(Danish buat dekat tadikanya)

Ini pula kedai tempat ku mencari hadiah untuk teacher's day untuk cikgu2 anak-anakku.

Ini antara sebahagian hadiah yang dibeli

Setiap cikgu anak-anakku dapat 1 file dan i frame gambar.Ok tak??

Danish layan pulut+mangga+santan  dekat Restoran Mango Chilli , Wangsa Walk

Urusan membuat buku merah selesai!

bertempat di no 51c, jln F,Kg Pandan Dalam, 55100 Ampang
(baru bawa mak mentua ke sini hari ahad (19 mei 2013)

ok, rasanya itu sahaja untuk kali ini.
Wassalam!