Alhamdulillah

Showing posts with label pasar besar siti khadijah. Show all posts
Showing posts with label pasar besar siti khadijah. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

Sutera di Serambi Mekah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru hari pertama di bumi Kelantan..pepagi i dah 'menziarah' Pasar Siti Khadijah yang terletak di pusat bandar Kota Bharu (nasib dekat rumah je) hehehe.Hehe tanpa membuang masa gitu. Hasil aktiviti ziarah tersebut, i telah berjaya mendapat apa yang diidam-idamkan hehe.

Memang niat balik nak cari kain sutera crepe, baju kaftan / kelawar, tudung bawal, kain pasang, serunding dan segala bagai. Yelah balik kampung pun sekali sekala je..dalam setahun 2-3 kali sahaja sempat balik kampung halaman. So bila sesekali balik memang sarat 'plan' dalam fikiran ni. Macam2 nak buat dan nak beli haha.

Dibawah ni antara yang menjadi pilihan:

Tudung bawal sulam

Sutera crepe bermotif abstrak menjadi pilihan untuk kali ini. Corak minimal sahaja supaya tak nampak terlalu crowded!
kain cotton sulam tebuk~lembut sangat kainnya~harga pun berpatutan sangat

kain cotton sulam tebuk~lembut sangat kainnya~harga pun berpatutan sangat

Kuih Akok~ kuih favourite


Sekian laporan untuk kali ini hehe. Nantikan entry seterusnya tentang aktiviti cuti sekolah kami di kampung. 
Sekian, wassalam!

Friday, 29 March 2013

Oo Oo Balik Kampung!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Malam ni baru berpeluang untuk menulis sesuatu di blog ini...Hehe sekarang musim cuti sekolah...so 'entry' kali ini pun berkaitan dengan aktiviti cuti sekolah kami pada kali ini iaitu...balik kampung...hurrayy!(amboinya seronoknya cik kak )hehe.

Mau tak seronokkan...?Sesiapa pun mesti rasa 'happy' bila dapat balik kampung sendiri..our hometown! Tempat kita lahir dan membesar...belajar serta yang paling penting dapat jumpa ayah dan ibu tersayang serta saudara -mara.Bestnya!

Walaupun cuti sekolah selama seminggu tapi aku hanya sempat balik ke kampungku selama 2 hari sahaja huhu sedeynya. Kami bertolak balik pada hari khamis  dan hari sabtu sudah meninggalkan bumi Kelantan (chewwah, syahdu gitu hihi). Nak buat camnakan dah masing2 kerja dan banyak 'commitment' lain juga. Namun walaupun dapat balik sekejap sahaja...itu lebih baik daripada tak dapat balik langsungkan hihi...boleh lepaskan rindu pada yang tersayang..., tengok rumah, tengok kucing2ku kat kampung hehe. Yang penting , dapat lepaskan kerinduan tokbah dan tokma kepada cucu-cucunya yang 3 orang ni (anak-anakku).

kuih Akok..sedap! 
Sesampainya kami ke rumah my mum n dad, terus my mum hidangkan kuih kegemaran ni untuk minum petang hihi

 Buah-buahan pun ada..

my heroes...terus main basikal..tok bah memang 'happy' la bila cucu2 kesayangannya ni balik kampung hihi..

Malam tu kebetulan ada tetamu datang rumah ...sepupuku yang baru kahwin datang bawa isterinya datang ke rumah kami...Syukur, boleh kami jumpa sekali hihi. 

Pagi esoknya,Jumaat, pukul 9.00 pg kami dah keluar 'breakfast' kat kedai..hehe saja sesekali balik kampung teringin nak makan macam2... so pepagi ni kami pekena nasi berlauk hihi..sorry...lupa ambil gambar sebab dah kempunan sangat hihi...dapat ja terus makan...nyum..nyum , tak nyempat2 nak ambil gambar dah...Aku memilih nasi putih berlauk ikan tongkol dan daging goreng serta sambal belacan... perghhh...memang sedap la....

Destinasi seterusnya nak gi Pasar Besar Siti Khadijah. Hihi  tak sah bila balik Kota Bharu kalau tak pegi ' shopping' kat sini. Lagipun ada kawan baikku kirim batik sutera crepe. Tapi memang jem la nak masuk bandar KB time cuti sekolah ni. Bersabar jelah hihi. Nasib baik rumah dekat je.

jalan memang jem dalam bandar KB

Pasar Besar Siti Khadijah

Taddaa dah sampai dan dah dapat 'parking'...so jom kita ronda hihi.Tanpa buang masa (memandangkan hari ni hari jumaat), kami terus naik tingkat 2 ; untuk cari kain sutera, kaftan dan tudung bawal.



 sutera crepe abstrak

sutera crepe abstrak

kain sari pun ada hihi

Selepas beli apa yang patut disini , kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu...Bazar Tok Guru. Sayangnya hari ni hari jumaat, so banyak kedai ditutup di dalam Bazar Tok Guru ini. .

Bazar Tok Guru.

Selepas selesai membeli apa yang dikehendaki, 'my hubby' ajak gi makan nasi air kat Restoran Mak Su Nab . Sekali Mak Su Nab pun tutup juga hari Jumaat huhu. Kat Kelantan cuti hari Jumaat.

 Mak Su Nab Nasi Air,
Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu, Kelantan

Sebagai alternatif, kami mencari nasi air di kedai lain . Pusing-pusing, kami jumpa satu kedai nasi air.

 Kedai ni bersebelahan dengan KB Burger Bakar dan terletak betul2 di tengah bandar Kota Bharu, Kelantan





Dah siap makan , kami bergegas pulang ke rumah kerana kaum adam nak pegi menunaikan solat Jummat pula. Selepas solat Jumaat, kami sempat hadir ke majlis kenduri.


Balik dari kenduri sempat juga kami 'melencong' jap ke Zon Komersil Wakaf Che Yeh.


Tapi 'part' paling 'frust' apabila aku tak berjaya (huhu) nak makan popia Stadium ( @ Food court perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV) yang sedap tu kerana kedai tersebut tutup pada hari jumaat..sigh!... bila la nak balik kampung lagi ni...rasanya cuti raya nanti baru kami akan balik lagi...lambatnya...!! Kempunan la pulak!
Cuti sekolah bulan Mei-Jun kemungkinan besar kami tak balik kerana ada hal lain.

Itu saja coretan ku untuk kali ini...besok pagi kami akan bertolak ke Besut, Terengganu (Rumah Ibu Mertuaku) dan hari ahad kami akan berangkat pulang ke KL semula.

Jumpa lagi ma dan abah. Love u always!

Tata !