Alhamdulillah

Showing posts with label keselamatan kita. Show all posts
Showing posts with label keselamatan kita. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Selamatkah kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam dunia hari ini...setiap hari kita dikejutkan dengan berita2 tentang pembunuhan, rogol, tembak - menembak, samun, perang dan lain2. Banyak lagi kes jenayah terancang yang berlaku disekeliling kita! Sehingga kita merasa tidak tahu siapa yang berada disekeliling kita yang boleh dipercayai kerana banyak juga kes yang berlaku disebabkan "harapkan pagar, pagar yang makan padi".
 Bila banyak kes jenayah berlaku, tentunya kita merasa tidak selamat lagi untuk berada di luar rumah sementelah pula bila berada di rumah sendiri pun macam2 juga boleh berlaku. Jangan nanti sampai semua orang takut untuk keluar dari rumah dan hidup terpenjara. Nauzubillah!

gambar ihsan google

Setiap hari dalam berita di tv, radio, internet dan media cetak memaparkan pelbagai kes jenayah yang mencetus kebimbangan, perasaan takut dan panik masyarakat tentang keselamatan diri dan ahli keluarga. Tambah2 bila hidup di kota batu ini yang masing2 dalam dunia sendiri dan tak mahu masuk campur hal orang lain. Sekiranya berlaku perkara buruk pada kita, masih adakah insan yang sudi menghulur bantuan?

So, teman2 semua...mari kita dekatkan diri pada Allah dan sentiasa berdoa pada-Nya serta berbuat kebaikan. Hindari dan tinggalkan segala larangan Allah kerana segala yang berlaku pada hari ini merupakan tanda2 bahawa dunia sudah akhir zaman dan hari kiamat sudah makin hampir. Mari kita sebarkan dan suburkan kasih sayang dan berpesan2 pada kebenaran seperti yang telah tercatat di dalam Al-Quran.


P/S: sentiasa berhati2 setiap masa walau dimana berada dan berdoalah pada Allah agar diri kita semua sentiasa dilindungi.

gambar ihsan google

Sekian, wassalam!