Alhamdulillah

Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Sunday, 2 February 2014

Pantai Morib...kami datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semoga semua teman2 masih mengingati diri ini. Lama betul tak sempat bersiaran hehe.

Kali ini nak 'share' sedikit tentang Pantai Morib yang terletak di Banting, Selangor. (Kami sempat datang ke sini pada 31 jan-1 feb 2014).

Mercu tanda Pantai Morib

 
main layang-layang






Kami menginap di Hotel Impian Morib. Memang kami pergi 'gamble' ja tak 'booking' hotel dulu pun. Nasib baik masih ada bilik kosong. Alhamdulillah!
Hanya ada bilik Superior sahaja yang masih kosong. Room rate per nite per room ialah RM220 (with breakfast for 2 person). 1 katil queen dan 1 katil single sahaja. 

Hotel Impian Morib.
Terletak di tepi Pantai Morib dan bersebelahan dengan padang golf
Lobi hotel


Bilik kami
Cantik...! Pemandangan dari tingkap bilik kami..walaupun kolam renang ni tak sebesar 'water theme park' dekat Gold Coast Morib Resort...anak-anakku  tetap riang dan ceria!
memang suka sangat berendam dan main air!

Danish bersantai gitu!



Malam pula kami mencari ikan bakar untuk 'dinner'. Kami singgah di Restoran Juvita Seafood yang terletak di Jalan Kenanga, Kanchong Darat. Dekat sahaja dengan lokasi hotel kami.


Restoran ini katanya pernah masuk dalam rancangan tv Jalan-jalan cari makan (JJCM)~The best ikan bakar in Banting gitu.

Ikan cencaru bakar

Lauk-pauk lain pun semua ok..not bad!
Otak-otak pun ada

****************************** 
Pagi esoknya kami sarapan di hotel sahaja.

Temasya Restaurant ( Restaurant hotel )


Rate for breakfast, lunch and dinner

Kopi panas yang masih berasap!






Secara keseluruhannya tak banyak pilihan makanan disediakan  untuk sarapan di hotel ini dan rasa makanan juga biasa2 sahaja.

Jangan lupa baca sambungan kisah kami di Morib ni dalam 'entry' akan datang ye.
Sekian, wassalam!

Saturday, 16 November 2013

Majlis Takrim (Anugerah Cemerlang) 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari ini seawal jam 7.00 pagi kami sekeluarga telah bertolak menuju ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, Batu Caves untuk Majlis Takrim & Graduasi sekolah Haikal.

Suasana di dalam dewan

Pentas utama

Pelajar yang akan menerima hadiah dikumpulkan setempat

Danial

Danish

Graduasi ~ pelajar tahun 6

Suasana di dalam dewan yang penuh dan meriah

Persembahan murid

Makan jap hehe

Persembahan murid

Pelajar yang akan menerima hadiah sedang beratur untuk naik ke pentas

Haikal

Haikal sedang menerima hadiah

Haikal menerima anugerah Pencapaian Terbaik KSSR & MPI Tahun 3

Tahniah abang long!

Haikal & papa

Haikal & mama

Haikal dapat sijil dan hadiah (3 biji buku cerita dan set alatulis).
Alhamdulillah!

Tiramisu aiskrim cake yang sangat sedap...so yummy...so delicious... 3 mangkuk i makan hehe


Sekian, wassalam!

Saturday, 6 July 2013

Despicable Me 2 & Istana Bambu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi tadi , kami sekeluarga sempat menonton cerita Despicable Me 2  di TGV Cinemas, Wangsa Walk. Memang best dan tak kering gusi! Jangan lupa pergi tengok tau kawan2 hehe.


Lepas tengok wayang, ajak my hubby gi lunch dekat Istana Bambu. Teringin pula nak makan lemon chicken dan gulai masak lemak daging salainya yang sedap tu. Saya pernah buat entry bertajuk Makan-makan di istana (17 feb 2013)  hehe. Boleh klik link di bawah.

http://sweetamieda.blogspot.com/2013/02/makan-makan-di-istana.html

Tapi hari ni nak share sedikit tentang harga yang dikenakan hehe.



Yang agak 'tak berkenan' pada resit ni ialah harga telur dadar (small) RM7, Koeyteow goreng biasa je (sepinggan RM10), nescafe ais segelas RM7 (bukan ice blended cappuchino/mocha dll pun) dan service charge 10%! Fuh! (sebelum ni makan kat sini tak pernah tengok resit sebab my hubby yang bayar, tapi today i gatai nak belanja baru tau reganya dan service charge tu haha pada muka i hehe)

 Nasib baik daging salai masak lemak dan lemon chickennya sedap.

lemon chicken
daging salai masak lemak

Sekian, wassalam!