Assalamualaikum dan salam sejahtera
Al-kisah...sibuk pula memenuhi undangan rumah terbuka dan majlis akikah kawan2 dan saudara -mara di area KL & Selangor ni. Bagus juga, boleh ziarah-menziarahi dan bertukar-tukar cerita serta bermaaf-maafan apabila peluang masih ada ni.
Hari sabtu (17 ogos 2013), kami sempat beraya di 5 buah rumah. Sebuah rumah lagi memang tak sempat dah nak singgah...maaf sangat Izan ya.
Mula-mula, singgah rumah terbuka sahabat baik sejak di USM (dan kini anak kami bersekolah di sekolah yang sama, malah sekelas hehe). Rumahnya area Wangsa Maju.
| gambar kenangan dengan one of my bestfriends masa di universiti dulu...Su |
Kemudian kami menuju ke Selayang Baru, ke rumah kawan suami yang membuat majlis akikah anaknya. Di Selayang tu juga kami singgah beraya di rumah bapa saudaraku . Raya hari tu tak sempat jumpa dia walaupun dia juga balik kampung...ini kerana time tu aku berada di rumah mertuaku.
| ada pulak tangan gi tutup muka mama hihi |
| gambar candid |
Dari Selayang, kami bertolak pula ke rumah sepupuku di Kajang dan rumah terbuka terakhir hari ini ialah rumah adik iparku di Semenyih . Fuh....! Kami keluar beraya dari pukul 10.oopg hingga pukul 9.oo mlm baru sampai ke rumah semula.
| me and my cousin...Kak Ta |
| bestnya naik buaian hehe |
Sekian, wassalam.
Jumpa lagi next entry...tata!