Alhamdulillah

Showing posts with label USS. Show all posts
Showing posts with label USS. Show all posts

Monday, 3 June 2013

JJCS Part 3: USS (Far Far Away Castle / Ancient Egypt / The Lost World)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembali lagi bersiaran hehe...JJCS Part 3: USS (Far Far Away Castle / Ancient Egypt / The Lost World)

(p/s : jangan lupa baca JJCS Part 1 dan JJCS Part 2)

dari jauh dah boleh nampak Istana Far Far Away
memang best Shrek 4-D Adventure! Thumbs Up!
Far Far Away dari jarak dekat sebelum kami masuk ke dalamnya untuk pengembaraan Shrek 4-D !
Seperti biasa, di dalamnya tak boleh ambil gambar dan rakam video hehe...tapi memang best!

ni dalam kedai cenderamata
 




Sempat ' posing' dengan Puss In Boots selepas keluar dari Far Far Away Castle! Danish menangis la pulak, terkejut tengok watak favourite dia dah ada kat depan mata hehe
Seterusnya kami menuju ke Jurassic Park dan Revenge of The Mummy. Time ni Danish dah nampak penat berjalan, so kami sewa stroller untuk little Danish. Sewa stroller SGD 10.







ambil gambar orang lain jelah hehe...malas nak beratur panjang sangat
opppssss...seksi la pulok!
 

ok ,sampai sini dulu...hingga ketemu lagi dalam JJCS Part 4 : Sci-Fi City.
Sekian, Wassalam!

JJCS Part 2 ; Universal Studios Singapores (USS) -Madagascar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ini pula sambungan coretan JJCS Part 1 ; JPO, Kulaijaya, Johor.

Mungkin dah ramai yang pernah pergi ke USS, namun saya nak 'share' juga disini pengalaman kami ke sana menaiki bas henti-henti.

Pepagi lagi kami dah bersiap. Pukul 7 pagi, kami sudah bergerak dari hotel  ke Terminal Bas Sentral Kotaraya. Kami menaiki bas ekspres Transtar ke Singapore. Bas ni memang bas henti-henti dari JB - Singapore. Tambang bas ialah RM 5 seorang dari JB - USS dan SGD 5 dari USS - JB. 

trivia
  • bas ini adalah bas henti-henti.  Jadi jika kita di Kastam Singapura agak lama, mereka tidak akan menunggu .  Tetapi anda jangan risau, bas seterusnya akan tiba dan mengambil anda. 
  • Simpan tiket bas bagi mengelakkan dikenakan bayaran sekali lagi.
  • Sebelum ke Kastam Singapura, pastikan KAD PUTIH untuk ke Singapura harus diisi selengkapnya.
  • Sediakan wang kecil atau wang yang cukup bagi membayar tambang kerana mereka tidak akan mengembalikan baki wang anda.
  • Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kastam Singapura menuju ke Universal Studio, tertakluk kepada keadaan trafik.

Danial ready nak bertolak
 

Oleh kerana ini pengalaman pertama kami , banyak benda yang baru kami pelajari sepanjang perjalanan ni terutamanya bila kita memilih menaiki  'public transport' dengan 3 anak kecil dan kena turun 2 kali untuk pemeriksaan kastam Malaysia dan kastam Singapore. Perjalanan kami mengambil masa 2 jam sebelum tiba ke USS. Kami tiba di USS pukul 9.15 pagi. Syukur! Ramai orang dalam bas..bersesak-sesak juga...nasib baik kami dapat tempat duduk. Anda juga boleh memandu sendiri atau menaiki 'cab' ke Singapore.

Boleh rujuk jadual perjalanan bas di sini.

Sampai di USS, kami breakfast dulu dengan bekalan nasi lemak yang dibeli di Terminal Bas Kotaraya, Johor. USS dibuka pada pukul 10.00 pagi. Ramai orang sedang beratur untuk membeli tiket masuk. Kami rasa agak relax kerana tiket telah dibeli secara online dan kami hanya perlu bawa print at home ticket. Selesai makan dan ke toilet (yang tak best toilet disini tidak menggunakan air huhu, kecuali kat singki dan air untuk 'flash' sahaja). So pepandai ya bawa air mineral sendiri sebelum masuk tandas.

tak sah lakan kalau tak bergambar dengan trade mark USS ni
 

Danial bersama studio guide USS
sedang beratur untuk masuk apabila pintu pagar mula dibuka. Sekejap ja beratur kerana kami dah beli tiket awal2 secara online
sudah berada di dalam, hurrayyy!




Danish ketakutan sebab tertengok kelibat Frankeistein huhu

Secara amnya, terdapat 7 areas of attractions :

Far Far Away (eg:Shrek 4D adventure)
Madagascar  (eg: A crate adventure)
Hollywood  (eg:Monster Rock)
New York (eg : Light,Camera , Action! and Spaghetti Space Chase)
Sci-Fi City (eg: Transformer the ride! and Accelerator)
Ancient Egypt (eg: Revenge of the mummy)
The Lost World  (eg:Jurassic Park)

Tempat pertama yang kami pergi ialah Madagascar


memang best naik ride ni (dalam air) dan berjumpa dengan semua watak2 Madagascar sepajang perjalanan kami. Namun kami dilarang untuk mengambil sebarang gambar or merakam video di dalamnya. So , ada gambar sebelum pengembaraan bermula jalah hehe... nak tengok n rasai, kena pi sendiri la gamaknya hehe.
 
sempat snap 1 picture hehe
ok , itu saja untuk kali ini. Next entry, kita mengembara ke Istana Far Far Away pulak ye. Bye..