Alhamdulillah

Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

Baru sampai KL dah merindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memang rasa kejap sangat masa berlalu...now dah tiba masanya untuk kembali pulang ke rumah masing2 dan start semula rutin harian huhu. Memang hati masih merindu ...rindu pada semuanya..rindu pada ma dan abah, adik dan ina, kampung halaman dan everything yang kita suka di kampung termasuklah makanan yang best2 dan kucingku hihi.

antara yang dirindui...Bunga Cempaka Telur
yang harum baunya di halaman rumah ma dan abahku
antara breakfast yang dirindui...nasi berlauk ayam goreng. Perghh, sedap! Kat KL susah nak dapat ni...balik2 nasi lemak dan roti canai huhu.

My husband dah start bekerja today. Biasalah bila baru balik travel memang banyak kerja nak kena buat kat rumah ni sampai naik pening nak unpack semula bagasi ( barang bawa balik ke kampung dan dari kampung memang ya rabbi...banyak gilerrr) , basuh kain baju kotor dan lain-lain.

Kami balik ke KL dari Besut, Terengganu, so on the way tu sempat singgah makan keropok lekor dan ikan/sotong celup tepung kat tepi pantai area Penarik tu.

Nyum...nyum....
sotong celup tepung
gelagat anak2 dalam kereta otw balik KL

Balik KL baru nak susun biskut raya dalam balang hehe. Kat kampung memang tak sentuh langsung biskut raya kerana banyak lagi juadah lain yang lebih heavy dan menarik. Biasalah...biskut raya ni start laku bila raya dah nak habis.

Ini senarai biskut wajib ada di rumahku:

Tart Permata...ni memang biskut kegemaran dan wajib ada setiap tahun
Biskut Sarang Semut
Tart nenas
Almond London
Kek lapis Sarawak

* Tahun ni tiada biskut Mama Carie dan semperit dahlia kegemaranku.



Ini pula senarai biskut tambahan tahun ini yang aku beli dari kawan2:

Chocolate Cookies
Half chocolate
Biskut tart strawberry
Biskut tart blueberry
Apa-apapun yang ni juga paling tak muak dimakan dan sedap dikunyah2 sambil menonton TV hehe:

Popiah simpul

Sekian, wassalam!
Jumpa lagi next entry ye

Saturday, 10 August 2013

Kemeriahan Syawal Fasa 1:Rumah Mertua

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua.
Hari ini baru berkesempatan untuk 'update' sedikit cerita raya kerana tahun ni 'turn' beraya rumah ibu mertua dulu ( di Besut, Terengganu) . So, raya ketiga ( Sabtu, 10 ogos 2013) baru berpeluang untuk pulang beraya di rumah ibu bapaku di Kota Bharu, Kelantan.

Cerita sambutan raya di rumah ibu  mertuaku memang meriah kerana suamiku mempunyai 11 adik beradik dan semua pulang beraya (setiap tahun pun begitu ). Nasib baik rumah mertuaku memang besar dan ada 12 bilik tidur dan cukup untuk semua hehe. Cucu pun dah 30 orang! Juadah raya memang semua sedap dan sangat lazat dan semuanya home made.
(bapa mertua dah meninggal dunia tahun 2011)

gambar kami sekeluarga pada pagi 1 Syawal

little Danish
Danial
ibu mertua bersama-sama 5 anak lelaki kesayangannya hehe
Ini pula barisan menantu perempuan yang memang 1 geng dan kamceng together hehe
Sesi bersalam-salaman



sebahagian anak2 saudara
Sempat buat ping pong tournament utk kanak2 dan dewasa, kategori single dan double
Haikal, Danial dan Danish bersama-sama sepupu mereka

me and kakak ipar
gambar sekeluarga
ini pula nak keluar beraya ke rumah kawan2 (sekampung) suamiku yang kebetulan semuanya pulang beraya ke kampung pada waktu yang sama pada raya kali ini.



Itu sahaja cerita untuk entry kali ini. Jumpa lagi next entry ye. 
Wassalam!

Klik sini untuk membaca cerita rayaku di rumah ibu bapaku.