Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali ni nak 'share' pengalaman pertama kami di kedai dobi layan diri hihi. Idea nak singgah sini tetiba datang bila kami balik dari percutian dan bawa kain baju kotor yang bertimbun-timbun. (Padahal dah selalu lalu lalang depan kedai ni tapi belum pernah singgah.) So, kami terus singgah dobi ni sebelum pulang ke rumah.Memang sangat berbaloi singgah sini! Mudah, cepat dan sangat menjimatkan masa dan tenaga. Tak sampai sejam, semua pakaian sudah bersih, kering dan wangi. Balik boleh terus lipat sahaja...tak perlu jemur2 dah.
 |
| Kedai dobi Clean pro 24 hours~ Cucian layan diri |
 |
| Mesin untuk tukar duit syiling 50 sen |
 |
| Soap Vendor~ macam2 ada...laundry detergent, softener, laundry bag dll. Anda juga boleh bawa detergent dan softener sendiri |
 |
| Senarai harga untuk cucian dan mesin pengering |
Step mudah:
1. Timbang dulu pakaian kotor anda dengan menggunakan penimbang yang disediakan.
2.Pilih mesin basuh yang bersesuaian (9kg, 14kg dan 25kg).
3. Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin..tutup pintu mesin...masukkan detergent dan softener (bahagian atas mesin basuh muatan depan) dan masukkan syilling mengikut harga yang tertera.
 |
| Semua pakat rajin pulak nak tolong basuh kain ni hihi..padahal kat rumah tak heran pun haha |
 |
| detergent dan softener~ wangi juga! Sekotak RM1 |
4. Tekan 'start' button.
5. Tunggu.
Bila dah siap mencuci, kami pindahkan semua pakaian ke dalam ' dryer'/ mesin pengering pulak. RM4 untuk 24 minit.
 |
Danish siap tunggu depan mesin hehe. Kami guna 2 mesin basuh (9kg dan 14kg) serentak (ini kerana mesin basuh yg 25kg dah ada orang guna dan ada satu je yg 25kg tu kat dobi tu) .Lepas tu masukkan dalam 2 buah 'dryer' serentak. Fuh, punyalah banyak baju kotor. Maklumlah..bercuti2 tak ingat dunia hehe. |
 |
| jakun je 3 beradik ni hehe |
 |
| Deretan mesin basuh (bahagian bawah) dan bahagian atas pula ialah mesin pengering baju. Anda juga boleh set temperature/suhu untuk mesin basuh dan mesin pengering. |
Kos dobi layan diri kami untuk hari itu:
Mesin basuh ( 9kg ) =RM4.50
Mesin basuh (14kg )= RM6
2 Dryer =RM4 x2=RM8
2 Pek detergent= RM2
2 Pek softener=RM2
So..total =RM 22.50 (untuk 23kg pakaian kotor)
Rasanya sangat berbaloi kerana kami balik rumah dengan semua pakaian telah bersih, wangi, fluffy (towel) dan sudah kering (terus boleh lipat). Jimat masa dan tenaga. Kalau kat rumah, tak boleh basuh banyak2 serentak coz terhad tempat menyidai pakaian(maklumlah dok kondo huhu). Pastu kat rumahku tiada dryer (tulah dulu eksyen sangat masa mr hubby offer nak beli dryer..boleh pulak cakap taknak hehe).
Ok ..itu saja pengalaman kami di dobi layan diri. Moga dapat memberi manfaat untuk semua.
Sekian, wassalam!