Alhamdulillah

Showing posts with label HUSM. Show all posts
Showing posts with label HUSM. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

Potong urat paha/betis untuk pembedahan jantung

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Petang ni berkesempatan melawat bapa saudara tersayang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Bapa saudaraku ini baru-baru ini telah menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi masa tu saya tak sempat melawat . Kebetulan balik cuti raya ni, baru plan nak pergi menziarahinya.
Alhamdulillah, pembedahan pintasan jantung berjaya tetapi bapa saudaraku terpaksa dimasukkan ke hospital semula kerana komplikasi pada luka pembelahan pada betis dan peha  untuk mendapatkan urat bagi pembedahan pintasan jantung. Ini kerana bapa saudaraku penghidap penyakit kencing manis. Itu yang menyebabkan luka pembedahan lambat sembuh

sedikit info tentang teknik memotong urat paha/betis untuk pembedahan pintasan jantung:

"Pembedahan pintasan jantung dilakukan untuk pesakit-pesakit yang diserang sakit kerana urat menyalurkan darah ke jantung tersumbat. Apabila urat yang menyalurkan bekalan darah ke jantung (urat koronari) tersumbat akibat plak (timbunan lemak, kolesterol dan bahan lain) pengaliran darah akan tersekat. Ini akan memperlahankan atau menghentikan pengaliran darah melaluinya ke jantung hingga membawa kepada sakit pada dada dan serangan jantung. 

Apa yang dilakukan oleh pakar bedah adalah mengeluarkan seutas urat dari peha/kaki lalu menggunakannya sebagai saluran baru untuk memintas urat koronari yang tersumbat itu. Dengan ini urat dari kaki/paha dijahit melintasi urat yang tersumbat itu. 

Proses memotong urat dari kaki/paha atau usaha mengeluarkan urat itu memerlukan bahagian belakang kaki dibelah agak panjang bagi mendapatkan urat berkenaan. Ini biasanya meninggalkan parut dari celah kelangkang sehingga ke buku lali. Anda bukan saja terpaksa melupakan impian untuk menyertai pertandingan ratu cantik tetapi proses mengeluarkannya amat sakit sekali. Pemulihan juga mengambil masa yang lama sebelum pesakit boleh berjalan semula."
gambar ihsan google~cara mengeluarkan urat kaki untuk digunakan dalam pembedahan pintasan jantung
Sakitnya! Kesian ayah Din . Tapi ayah Din memang seorang insan yang sangat sabar dan baik. Moga Allah melindunginya. Ayah Din ku ini seorang guru matematik dan sekarang telah pencen.

ceria walaupun sakit dan masih berkeras untuk berpuasa


Kami semua mendoakan kesihatan ayah Din.

Sekian, wassalam!

Sunday, 12 May 2013

Ma...i love u!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena tarikh 12 Mei 2013, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua wanita di dunia yang bergelar ibu (terutama kepada ibuku dan ibu mertuaku), juga selamat "Hari Jururawat" untuk semua jururawat di dunia ini. Pengorbanan mu ibu tidak mampu kubalas dan jasamu jururawat sentiasa dikenang!



Warkah ini ditujukan khas  untuk menghargai ibuku yang kupanggil Ma. Ma, terima kasih kerana telah melahirkan kak long (1979) dan adik (1987), mendidik dan membesarkan kami adik -beradik (kami 2 beradik je) dengan penuh kasih sayang (tak pernah berbelah bagi). Ma sentiasa sabar dengan semua kerenah kami serta sentiasa cuba menunaikan segala permintaan kami dan merealisasikan impian kami. Ma sentiasa berlembut dalam mendidik anak2 serta sentiasa mendoakan kami setiap masa. Ma tidak pernah jemu menasihati dan menunjuk contoh teladan yang baik untuk kami adik beradik.
Ma seorang wanita yang berkerjaya yang sangat berdedikasi serta cekap mengurus masa dan segala tugasannya  di tempat kerja dan di rumah. Ma juga seorang yang amat mementingkan kesihatan dan kebersihan. Ma sentiasa menjadikan ilmu penyuluh hidup dan sentiasa berpegang kepada kata-kata,"menuntut ilmu bermula sejak di dalam rahim ibu hinggalah ke liang lahad". 
Ma disenangi oleh hampir semua teman-temannya, saudara-mara dan jiran-jiran kerana sikap lembut, berhemah, prihatin dan baik hatinya. Ma sentiasa menjadi isteri kesayangan abah (chewwahh!) dan mama kesayangan kak long dan adik! 
We love you so much!

Istimewa untuk Ma , kak long sentiasa menyayangi Ma setiap masa dan ketika. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, nasihat dan doa Ma. Ma  sentiasa bersama-sama Kak Long ketika susah dan senang serta jatuh dan bangun kak long. Maafkan kak long kerana sentiasa menyusahkan Ma. Mungkin kak long tak sempat meluahkan segala ini di hari-hari lain...jadi, dilembaran warkah ini, kak long ingin mencurahkan segalanya.. Ma, engkau ratu hatiku!

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Jururawat untuk ibu tercinta! 
(Walaupun Ma dah bersara daripada kerjaya jururawat yang dicintainya hehe)

Ini antara timbunan sijil Ma dalam dunia kerjayanya (memang banyak sungguh sijil2 Ma)








Ma juga pernah dinobatkan sebagai Ketua Jururawat (Sister) paling berbudi bahasa oleh HUSM Kubang Kerian pada tahun 1988. Siap gambar Ma keluar suratkhabar lagi hihi..Tahniah!


Tapi nama pada sijil ni silap ejaan sedikit

Ma


Picture of us! 
Hehe...kami sekeluarga bersama-sama ma dan abah tersayang

Sekian, wassalam.



p/s:'entry' ini auto publish.