klik klik ok!

Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Saturday, August 23, 2014

Lempeng & Sambal sardin

Assalamualaikum..
Happy saturday everyone! Malam ni di shah alam sangat dingin. Hujan turun dengan lebat sekali. Alhamdulillah.

Kalau dah nama nye hujan, tak lari dari perut yang lapar kan. Nak makan nasi rasa malas. Datang rajin buat lah lempeng dan sambal sardin. Gila best! Super sedap!

Resepi : Lempeng Tepung

Bahan-bahan :-
4 cawan tepung gandum
1 biji telor
1 sb kecil garam
Air secukup nya

* dalam bekas satukan tepung gandum, garam dan air. Kacau rata hingga tepung tidak bergentel. Adunan jangan terlalu cair atau terlalu pekat. Kemudian masukkan telor. Kacau lagi hingga sebati.
* gunakan kuali non stick, sapu rata sedikit minyak dlm kuali.
* ambil sesenduk adunan, tuang ke ats kuali, ratakan membulat guna belakang senduk, nipiskan.
* tunggu beberapa minit dan balikkan. Sama juga, tunggu lagi beberapa minit. Angkat.
**dlm gambar tu mas guna acuan roti jala. Senang dan cepat.

Resepi : Sambal Sardin

Bahan-bahan :-
1 tin kecil sardin - hiris
4 biji bawang merah -hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1 senduk cili kering kisar
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam dan gula

* tumis semua bahan hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering. Masak hingga cili masak dan masukkan gula. Kacau lagi.
* masukkan sardin bersama sos nye sekali. Hancurkan sedikit isi ikan sardin. Kacau rata.
* masukkan pula secubit garam dan air asam jawe. Gaul rata lagi.
* masak sampai sardin masak dan terbit minyak. Padamkan api.

Saturday, July 21, 2012

Mentaram/sambal tempeh bulan puasa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa semua, mcm mana sahur pagi tadi? ok ke? makan dgn mata celik ke separuh celik hihihi maklum ler hari pertama sahurkan. Kami ok, makan selera je tp tulah kena makan dlm keadaan senyap dan lampu terang2 manja je, nak borak lebih2 pun tak boleh. Alahai...gara2 nak mengelakkan dari amani terjaga, budak kecik tu telinganya tajam, pantang dgr kerusi kena tarik cpt je toleh sbb dia tahu atas meja ada makanan huhuhuhu.

Kawan2 kalau sahur ada tak makanan wajib buat? asal pose je adalah lauk tu, asal lauk tu poselah tu hahaha ting tong sekejab! Mas kalau tiba ramadhan wajib buat sambal tempeh! orang jawe kate sambal mentaram. Sambal ni penambah selera kami waktu makan sahur. Kalau buat memang tak sikit2, stok sampai utk sebulan pose tapi kekadang tak sampai pun sbb hubby suka meratah tanpa sedar dah tinggal sikit. Eh...bukan ratah waktu siang ye itu sengaja batal pose namanya hihihi.

Rata2 ramai yg dah tahu resepi ni kan, tapi mas nak kongsi juga. Resepi ni dari arwah nenek a.k.a mak mertua mama saya, turun ke mama dan turun pula ke saya.

Bahan2 :
5 bungkus tempeh - hiris nipis
2 genggam ikan bilis
1 genggam kacang tanah
3 biji bwg putih - ketuk
1 1/2 senduk cili kering
1/2 botol sos cili life
4 sudu besar gula
sedikit garam

Cara2 :
1. gorengkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah secara berasingan, ketepikan.
2. dengan minyak yg sama, gorengkan bwg putih hingga naik bau, masukkn cili kering dan tumis hingga cili kering masak/ pecah minyak.
3. masukkan garam dan gula, kaup balikkan seketika, masukkn pula sos cili.
4. masak hingga sos jadi kering sedikit/minyak timbul, masukka pula bahan no 1, kaup balikkan segera supaya sos melekat dengan rata.
5. padamkan api, angkat dan letakkan sambal dalam bekas sementara, biarkan sambal betul2 sejuk barulah disimpan didalam bekas kedap udara. 


Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa

Tuesday, March 27, 2012

Sambal Sardin


Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Salam sua kembali...apa khabar semua? diharap kalian semua sihat sejahtera dan baik2 sahaja. Mas, suami dan baby alhamdulillah sihat walafiat. Korang dah makan ke? makan apa tengah hari ni? atau tengah sibuk kat dapur. 
Mas? hummm...belum makan dan tak masak lagi, iye...tak masak lagi hah...tak tahu nak masak apa hari nie. Lagi pun pagi tadi kami sarapan lambat dan sarapan kami agak berat so perut masih lagi terasa kenyang.


Sambal sardin yg mas paparkan niiiiiiiii semalam punya menu! Nampak tak cekodok kt belakang tu? hah itulah bekpes kita orang semalam dan sambal sardin tu plak sangat2 syok sebabnya sambal tu jd 3 in 1, makan pagi, tengah hari dan malam sekali hehehehe....jimat kan? 
Makcik malu nak bg tau, kami laki bini suka sangat makan sambal sardin ni tp mas tak pernah buat sendiri. Selalunya mas main oder je kat mak tiri or mama bila balik kg huhuhuhu, semalam mas try buat dan alhamdulillah jadi plak hehehehe... so lepas ni incik suami anytime you boleh oder kat i je! cewahhhhhhh.... wakakakakak!



Resepi ni mas amik dari buku My Resepi dan mas telah derhaka sikit....maaf ye Puan My Resepi hehehe... apa2 pun sgt best!


Resepi : My Resepi (utk 2 org makan)


Bahan-bahan :-
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - mas guna 3 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil pes asam jawa - mas letak 4 sudu besar air asam jawa (bancuh pekat2)
1/4 cwn minyak
1 sudu besar kicap pekat manis - mas guna kicap kipas udang je
sedikit garam
sedikit gula
sedikit sos tiram - mas tambah


Cara-Cara :-
Kisar bawang besar, bwg putih dan cili kering hingga halus - mas hiris2 je semua bwg.
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak - mas tumiskan bwg putih dulu lepas tu baru masukkan cili kering.
Masukkan sardin, pes asam jawa, garam, gula dan kicap. Masak hingga pekat - mas masukkan bwg besar dan sos tiram dan masak hingga pekat.

Wednesday, June 29, 2011

Sambal Belacan Buah Tomato & N3 lari tajuk ?


Salam sejahtera dan apa khabar rakan belog semua. Piccas dalam n3 nie bukanlah menu hari ini, semalam atau sebelumnya. Gara-gara untuk mengelakkan rumah dari terus bersawang, stok lama harus di keluarkan wakakaka...... Sedapnya sambal belacan kalau di makan bersama dengan pucuk ubi masak lemak putih, taugeh kasar campur tahu masak lemak putih, gulai ayam, gulai daging, cicah dengan ulam-ulaman dan ikan bakar. Tambahkan lagi dengan ikan masin, fuhhh...mak mentua lalu memang tak perasan lah! Mrs sunnies paling suka makan sambal belacan dengan Laksa Johor, best sangat-sangat hihihi....



Jangan ceceh banyak nanti ada plak yg tertelan air liur hehehe... Sambal belacan mrs sunnies simple je. Campak-campakkan aje bahan2 dalam lesung, tumbuk then perahkan limau, hah jadilah kikikiki....

Bahan-Bahan :-
1 - 2 inci belacan
7 tangkai cili padi
2 tangkai cili besar merah
1 1/2 sudu kecil gula
1 biji buah tomato - potong dadu kasar2
1 - 2 biji limau kasturi
Garam secubit


Cara-Cara :-
Dengan sedikit minyak, gorengkan seketika belacan. Angkat dan ketepikan. Kemudian gorengkan pula cili padi dan cili besar merah (tutuplah kuali dengan tudung periuk, utk mengelakkan dari terkena percikan cili yg meletup semasa menggoreng). Angkat bila cili dah kecut dan sedikit garing. Dalam lesung tumbuk lumat belacan, cili, gula dan secubit garam. Masukkan buah tomato dan tumbuk lagi. Tumbukkan lebih kurang je dan akhir sekali perahkan limau kasturi.
P/s : ada yg kate kalau nak sambal belacan sedap, cili padi dan cili besar merah kena sama banyak kuantitinya. Tapi kalau dah makan untuk 2 org je takkan nak buh banyak2 kan?


Kes N3 lari tajuk
Seronoknya cuti minggu hari tu dapat berkumpul dengan sepupu sepapat dan sanak saudara di majlis kenduri kahwin sepupu. Meriah sangat2 majlis kendurinya. Pengantin sangat cantik memang berseri seri wajahnya. Sayangnya no piccas huhuhu.... camera ada tp ntah kenapa sepanjang 2 hari tu mode nak amik or bergambor tak ada lansung! Malas memang tak boleh di tolong! 


Yang seronoknya tahun nie je ada 3 sepupu yg akan sama melahirkan bby hingga hujung tahun nie. Campur mrs sunnies jadi 4, so maknanya nnt akan ada 4 bby yg sama baya umurnya cuma bulan je lain. Hanya seorang saje yg akan sama bulan dengan mrs sunnies. Antara kami tak tahulah siapa yg bersalin dulu sbb dia pun tengah tunggu hari je :) Yg pasti 7hb7 tu mmg tarikh bersalin mrs sunnies ye.


Yang tak seronoknya, bila ada suara2 yang tak enak di dengar. Biasalah rambut sama hitam tapi hati lain2.Tak sukalah dengan sikap setengah tut... yg tak menghormati org yg lebih tua terutamanya pangkat Bapak sedara/mak sedara. Nk bergurau tu boleh tp janganlah sampai memalukan org lain. Harus di igt kalau dh namanya org tua kita kena hormat! berlapiklah bila berbicara kalau kita tidak suka dgn org itu sekali pun. Perli memerli bukanlah bicara yg baik untuk di ungkapkan. Moralnya, mulut tempayan boleh di tutup tp mulut manusia mmg tak boleh di kawal huhuhu... sabar jelah! ADA UBI ADA BATAS.... wakakaka jgn sesekali ada niat macam tu dlm hati ok!






Mode : Ralat rasanya bila ada yg nak tahu berapa bil bayaran bersalin mrs sunnies nnt. Ummm... kan ke sepatutnya mendoakn semoga semuanya selamat lebih utama dr kos pembayaran? Bertahun-tahun kami nntikan zuriat ini. Utk pengetahuan sy duduk free je kt situ :)

Friday, February 25, 2011

Mentaram

Mentaram

Mentaram atau sambal tempeh memang wajib ada sepanjang Ramadhan di rumah kami. Wajib buat setiap tahun untuk di makan semasa sahur. Hubby memang suka sangat, sbb sambal nie manis, pedas dan cruncy! Kalau tak bulan puasa pun aku tetap buat untuk stok! Mentaram nie boleh tahan lama so kalau buat tu memang satu tuppaware besarlah.


Bahan-bahan
3 keping tempeh - potong nipis
2 genggam ikan bilis
2 genggam kacang tanah
4 ulas bawang putih - ketuk
5 sudu besar cili kering
4 - 5 sudu besar gula
1/2 botol kecil sos cili 
secubit garam
Tempeh di potong nipis


*Gorengkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah secara berasingan dan ketepikan


Cara-cara
-Tumiskan bawang putih hingga kekuningan
-Masukkan cili kering dan tumis hingga cili masak dan pecah minyak
-Masukkan pula garam dan gula. 
-Bila gula dah sebati dengan sambal masukkan pula sos cili
-Tumiskan ia sampai sambal benar2 masak dan naik minyak (bertukar warna merah kehitaman@kelihatan melekit)
-Pastikan semasa memasak api kecil sahaja.
-Akhir sekali barulah masukkan tempeh, ikan bilis dan kacang tanah.
-Gaul rata-rata dan bolehlah di matikan api. Pastikan mentaram betul2 sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap uadara.








MoDe : tengah buat Tiramisu Biscotti dari resepi akak kasihredha ;) ngeee kak, saya tiru resepi akk ye?

Wednesday, August 18, 2010

Makan-makan




Masak lemak labu memang sesuai sangat di makan dengan sambal ikan bilis di tambah pula dengan ikan cencaru goreng dan daun salad sebagai ulaman.Memang menambat selera hingga tak sedar nasi dah bertambah! hehehe....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails