klik klik ok!

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Kari ayam Kampung.......sedap!

Di mulakan dengan ucapan >>>> Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mari kita basahkan lidah dgn zikir2 yg indah...

Sihat ke? masak apa hari ni? bungkus je? hihiii... Apa pun yang sedang kalian lakukan, semoga hari ini adalah hari yang sangat membahagiakan, InshaaAllah. Mas? stress!!!
Buat sekian kalinya my mood masih lagi ke laut tp dapur tetap berasap k!...bosan ek? asyik2 kelaut..kelaut saje lah! sabar tau...
Mungkin kah ini n3 mas yang terakhir? kenapa? ntah lah, letly ni terasa semakin sepi dunia blogger dengan mas...semakin suram tanpa sebab. Haruskah mas berhenti? humm....

Resepi : Kari Ayam Kampung
By : mas@sunniesdiary.blogspot

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam kampung - Salai/panggang (optional)
1 paket kecil kari ayam BABAS - bancuh dgn sedikit air
2 sb cili kering kisar
8 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
3 rempah sekawan
1/2 inci halia - ketuk
2 batang serai - ketuk
1/2 sk halba (optional)
2 tangkai daun kari
1 biji buah tomato - cincang
2 biji kentang - belah 4
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 kotak kecil santan m&s
Air - secukupnya
Garam, gula dan serbuk pasti sedap - secukup rasa

Cara-cara :-
1. Belah 4 ayam kampung yang dah disalai/pangang. Ketepikan.

2. Tumis halba hingga warna coklat gelab, masukkan 3 sekawan tumis sekejab, masukkan pula daun kari, halia dan serai.

3. Bila dah layu, masukkan pula bahan2 hiris. Tumis sehingga kekuningan.

4. Masukkan cili kering, masak sehingga cili pecah minyak. Masukkan pula kari, tumiskan beberapa minit, letakkan buah tomato dan kacau rata.

5. Masukkan air asam jawa dan sedikit air, letakkan pula ayam dan kentang. Tambahkan lagi air sehingga paras ayam.

6. Perlahankan api, tutupkan periuk, biarkan mendidih. 

7. Bila kentang dh empuk, perasakan dengan garam, gula dan serbuk pasti secukup rasa. 

8. Akhir sekali masukkan santan, sesekali kacau. 

9. Padamkan api bila santan dah masak (pecah minyak) 

Wednesday, November 21, 2012

Ayam goreng 3Rasa.........selsema!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama juga rumah ini tdk bersiaran kan? Puan rumah agak sibuk(tak menjahit manik pun) ukur jalan dan skrg ini tengah dilanda selsema pula. 

Alahai... tak suka tp setiap penyakit yg Allah swt beri itu adalah tanda kasih dan syg dari NYA. Sebagai hamba yg kerdil terima la dengan sabar. Memalam tak blh tidor hidung tersumbat loh huhuhu...
 Bila selsema dah tiba pasti akan disusuli dgn demam dan sakit kepala serta rasa tekak yg tidak berapa sedap nak menjamah makanan. Pening juga en suami memikirkan selera bini nya yg kadang kala terlebih mengada pule huhuhu...

Sudah beberapa hari dapur mas tak berasap dan pagi ni mas diberi kekuatan utk memasak semula, Alhamdulillah.  
 Untuk menyelerakan tekak yg tgh kurang selera, mas cuma masak ayam grg yg ada rasa pedas, masam dan manis serta sayur peria yg pahit. Rasanya lauk dan sayur yg dimasak mcm tu dh cukup utk menyedapkan perut hihiiii. Simple but enak...boleh gitu!
Resepi : Mrs sunnies home

Bahan-bahan :

6 ketul ayam - goreng separuh masak
1 biji bawang bsr - belah 6
1 biji bwg putih - hiris
2 sb sos tomato*
1 sb sos cili*
1 sb sos tiram*
1 sb jus lemon*
5 tangkai cili padi* - hiris/ketuk
Sedikit air
sedikit daun ketumbar/sup - hiris kasar

Cara-cara :

1. Satukan semua bahan betanda *, ketepikan.
2. Tumis bwg besar dan bwg putih hingga naik bau.
4. Masukkan bahan no 1, kacau.
5. Dah mendidih masukkan pula air, kacau seketika.
6. Masukkan pula ayam grg, kaup balikkan sesekali.
7. Bila kuah agak pekat, masukkan pula daun ketumbar, gaul rata dan padamkan api. 

Tuesday, November 6, 2012

Ayam kampung masak lomak cili api dgn daun cekur!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi kawan2...sht ke? dah bekpes? makan apa? masak apa hari ni? Hah...apa? belum makan..tak tahu nak masak apa?  Ahhah..elok sgt la tu...meh sini intai dapur mas ada lauk best tau! Cewahhhh..wah..wah..kan hihiiii.
Dont play2 arrr... ayam kampung masak gulai cili berapi dgn daun cekur lagi tau! hehehe. Sgt syok mkn dgn nasi panas berulamkan daun pegaga so heaven! Masa makan ada org tu langsung tak toleh org sebelah, kusyuk meratah tulang ayam! mokcik la tu kan. 
Ayam kampung ni mas beli kat pasaraya jusco 1U, saiznya sangat berpatutan dgn isi rumah kami yakni 2 saiz perut je hihihi. Ayam kampung ni sedapnya kena salai dulu so kat pasaraya tentu2 takde kan. Jadi mas bakar dlm oven jelah. Kang kalo menyalai kat luar rumah ada plak yg calling securiti...huhuhu haru.

Masak pun guna santan kotak je, bini si sani ni kalo dah teragak nak masak memang tak blh ditahan so kalo dah nak masaknya waktu ptg, tang mana plak nak cari santan/kelapa parut fresh kan? sah2 kat kedai dh hbs! Nasib baik rasanya sedap heheee.

Resepi : Mas Mrs sunnies home

Bahan-Bahan

1 ekor ayam kg salai
15 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai - ketuk
1 gelas air
200ml santan kotak - mas guna m&s
1 sk gula
1 keping asam keping
2 biji kentang - belah 4
Garam secukup rasa
5 helai daun cekur - racik halus

Cara-cara

1. Tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup.

2. Bakar ayam dalam oven selama 20mnt dgn suhu 190c. Bergantung kpd oven masing2. Bakar aym 10 minit ats dan 10mnt bwh.

3. Dalam periuk satukan bhn tumbuk, serai, ayam, asam keping, kentang dan 1 gelas air, reneh sampai kentang empuk.

4. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Sentiasa kacau supaya santan tak pecak minyak.

5. Tambahkn lagi air kalau kuah terlalu pekat.

7. Masak sampai semua bahan masak, akhir sekali masukkan daun cekur. Kacau sekejab, boleh la padamkan api.

Wednesday, May 16, 2012

TomYum Ayam Sakura

 Assalaualaikum....
Malas ceceh panjang sbb mode tengah malas so kita terus ke jalan yg lurus jelah.

Takde menu yg istimewa disaat kemasalan melanda, hanya Tom Yum Ayam Sakura yg terjadi didapur.

Oppts... mas tak pergi korea semata-mata nak beli ayam ye, gila ah org kaya pun takkan buat mcm tu tau! hihihi...

Ayam dari jenama sakura beli kat JUSCO dan ayam nie Izahdaut ada buat masak kicap dan mas buat tomyum kap kum kap hihihi... 
 Semasa kejadian, ayam sakura sedang menggelegak kepanasan. Time ni bau dia sangat menyegarkan.

Terus ke jalan yg lurus, mula-mula sediakan

1/2 ekor ayam sakura
2 kiub pati tomyum knor
1 biji bawang besar, potong dadu
2 biji buah tomato, potong dadu
10 tangkai cili padi, ketuk
2 batang serai, ketuk
1 1/2 gelas air
Sedikit garam
1 sudu besar jus lemon (optional)

Satukan semua bahan diatas dan renehkan beberapa minit. Bila dah sebati tambahkan lagi air (ikut suka nak kuah banyak mana). Dah menggelegak masukkan 1/2 btg lobak merah (hiris), biarkan seketika. Akhir sekali masukkan 1 biji bwg besar (belah 6) dan daun limau purut.
Tamat!


Mas susah nak bw sekarang sbb my baby suka rebut laptop dgn umminya... 
Huhuhu ofcos dia menanglah kan...

Wednesday, February 15, 2012

Ayam Masak Merah dari 1 Hari 1 Resepi

Assalammualaikum salam sejahtera kepada semua umat di dunia lalalalalala... Selamat sore kawan2, dah makan ke? masak apa hari nie? ayam? ikan? daging? or beli kat luar je? amboiiiii kau kiah propa kemain lagi buzy body ye. Sibuk tanya org, dapur awak tu berasap ke tidak? hehehe ofkoslah, berkepul-kepul asap keluar dr dapur i tau. 

Di hari yg indah seindah suria walaupun telah diserang virus selsema + pening kepala tapi ketuk2 kat dapur tetap dijalankan dgn sempurna. Alhamdulillah dalam dapur mas termasak sudah mee kari yang cukup simple, ringkas dan sudah pun selamat kenyang dlm perut kami hihihihihi...apa punya ayat lah mas guna kan? korang buat2 phm jelah.


Ok, tolong jangan konfiuskan diri anda, td mas kate mas masak mee kari tapi kenapa pulak dlm n3 mas tayang ayam masak merah? hehehe...meh mas terangkan. Memang ye tak tipu punya, hari nie mas masak mee kari tapi mas malas sangat nak nak snap gambar. Malas nk set meja, nak susun itu ini pastu nak snap satu2 (hahaha poyo sungguh makcik ni tau, mcm cantik je picas yg dia amik). Lagi pun mee kari mas resepi yg sama je mcm dlm n3 mee sebelum ni. Teringin juga nak try resepi mee kari yg lain tapi memandang ada bahan yg kami laki bini alah so tak jadi nk try huhuhu....


Dah panjang sangat mas ceceh pasal mee kari kan? kita stop dan berbalik semula dgn agenda utama. Tau tak dalam muka buku heboh dah sane sini dok cerite pasal buku 1 hari 1 resepi dari Chef Hanieliza. Buku masakkan yg paling terlaris di pasaran! Rata2 sesapa yg dh beli buku tu, mesti puji kata best sangat dan tak rugi membelinya. Mas bila dah ramai sgt yg kate best, apa lagi mencari ler buku tu di MPH tapi tak jumpa, hampa sungguh! Rupa-rupanya buku tu ada kat POPULAR sahaja. Bila dah dapat, wahhhhh kemain happy makcik ni tau. Senyum lebar saja!


Ye percayalah, mmg best! mcm2 resepi ada dlm buku tu. Dari lauk pauk sampailah ke pencuci mulut semuanya ada! Pendek kate kalau kita hari2 dok pikir nak masak apa, so lepas ni tak payah pikir2 lg dah. Hari2 boleh cuba resepi baru. Resepi pertama yg mas try ialah ayam masak merah. Incik hubby suka ayam masak merah, bila cuba resepi ni ternyata mmg tidak menghampakan. Sedap!




Bahan A
1 ekor ayam - mas guna 1/2 ekor
1 labu bawang besar - di potong gelang
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk Kunyit


Bahan B (Dikisar)
15 tangkai cili kering
2 inci halia
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar
2 batang serai
4 biji tomato - mas buh 2 biji 


Cara-cara :-
Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan B hingga garing.
Masukkan ayam yg sudah digoreng, sos tomato, bawang besar, garam dan gula *mas tambahkan sedikit kicap manis dan sedikit air supaya berkuah sedikit
Gaulkan sehingga sebati dan rata.
Hidangkan dalam pinggan.

Friday, May 20, 2011

Ayam Masak Merah

 Merah oh merah

As Salam semua... dah makan ke belum? kalau belum, jemputlah jamu mata ye :) Jangan segan2 nak tambah okes hehehe... Ketuk2 kuali kali ini adalah Ayam Masak Merah permintaan dari incik suami yg dh lama gila mengidam nak makan aym masak merah ni :) Tapi nak mai habaq ler, ini bukan menu hari ini, ini yg lepas2 punya. Al maklum ler dh lama tak bukak pintu, tu yg banyak lauk tersimpan je hihihi...

 Ayam ku berenang-renang dlm minyak hihihi...

Percaya atau tidak, selama bertahun-tahun kawin, inilah pertama kali ai masak ayam masak merah! Iye!!!! percayalah! Jangan di tanya apa sebabnya ok? Pastu plak main masak je! hahaha nasib baik jadi U..... Ok kita terus ke bahan-bahan ye... ceceh banyak2 nnt korang lari plak ehek..ehek..ehek.. (tp kalo tak confident jgn tiru resepi ai ok, nnt kalo tercery bery ai tak tanggung hihihi)

Jemput makan semua :)

BAHAN-BAHAN AYAM (utk 2 org mkn)
Beberapa ketul ayam 
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

BAHAN-BAHAN SOS
2 labu bawang besar - potong bulat
2 ulas bawang putih - racik
1/2 inci halia - ketuk
1 biji buah tomato - potong dadu
1 sudu besar cili kering
2 - 3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos tiram
secubit garam
1/2 gelas air
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar kacang pis (tin punya)

CARA-CARA
Untuk Ayam - Basuh ayam bersih-bersih. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Dalam minyak yg panas, gorengkan ayam separuh masak. Tos dan ketepikan.
Untuk Sos - Gunakan minyak sayuran semasa menumis. Tumiskan bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kering dan tumis sampai cili kering masak/pecah minyak. Masukkan pula buah tomato. Tumis sampai buah tomato jadi lembik. Masukkan pula sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos tiram. Kacau seketika dan tambahkan 1/2 gelas air. Letakkan bawang besar, ayam goreng dan secubit garam. Biarkan mendidih dan sesekali kaup balikkan supaya tidak hangus. Bila kuah mulai pekat letakkn pula kacang pis dan jus lemon. Kaup balikkan lagi sampai ayam masak dengan sempurna dan bolehlah dimatikan api. Hiaskan ayam dengan daun sup dan daun bawang.

P/s : untuk sos, tambahkan lagi semua bahan sos kalau rasanya tdk memuaskan hati :) Kalau banyak ayamnya lebihkan ler semua bahan tu ye, nnt ada yg kato ekau kedokut bahan plak hihihihi.....






MoDe : tak semua org betuah.... setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Kalau dpt yg kurang pasti ada hikmahnya kan?

Wednesday, April 13, 2011

Roti Naan + Kari Ayam

 Piccas terpaksa cilok dari pak google!
My kari ayam... Piccas lama ye :)

As Salam semua... dah sarap ke belum? mrs sunnies dah, burrrr... Alhamdulillah kenyang sudah hihihi... Petang semalam masa tengah beli barang dapur, tetiba hati teragak plak nak makan Roti Naan cicah kari ayam, so misi pun di jalankan. Bahan utama yang perlu kami cari ialah roti naan yeah jumpa! kemudian daun kari yes jumpa! lepas tu santan kotak ok jumpa! Settel, bahan yg lain semuanya dah ada kt rumah.

Maka pagi nie, ketuk-ketuk kuali dan periuk, tung..tang..tung..tang... kat dapur, akhrinya siap sudah my roti naan with kari ayam! Tapi sori arrr... piccas elek sebabnya my camera still kat klinik lagi so terpaksalah pinjam piccas roti naan pak google huhuhu....

Untuk roti naan (beli je yg segera, bukan yg sejuk beku tau)
Sapukan majerin/butter di atas roti depan dan belakang.
Kemudian masakkan atas kuali yg panas dengan api yg kecil tanpa meletakkkan minyak di atas kuali tu.
Masakkan sampai roti bertukar warna keperangan/sedikit garing.

Unuk kuah kari, ala.... you all carilah sendiri ye, tetiba rasa malas plak nk tulis resepi masak kari ayam sbb sebelum nie mrs sunnies dah tunjukkan pun hihihihi.....




MoDe: Mata ngantukkkkkk......

Thursday, March 10, 2011

Ayam Masak Lomak Cili Padi

Fuhhhh.... nak khobarkan nie (kuar dah ayt nogori), orang kato, bukan mrs sunnies kate ye... kalau dah makan masak lomak cili padi nie, mentuo lalu kek belakang pun tak perasan! 


Punyolah sodap dek ponangan masak lomak ni hah, sampai tak perasan mentuo lalu... kuang ajarnye menantu! mak mentua lalu pun boleh tak sedor! Hahaha... sapolah yang kato tu ek? dah lalu belakang manelah nak sedor ye tak? hehehe...
Ayam masak lemak cili padi

Gulai menggulai nie memang peberet hubby, name pun org negeri kan, kalau tak suka, bukan anak nogori lah tu, tapi tak boleh makan selalu bahaya! manyak kolesterol wooo.... seminggu sekali bolehlah.....

Bahan-bahan
Beberapa ketul ayam (utk 2 org makan)
1 inci kunyit hidup (nak guna serbuk pun boleh)
10 tangkai cili padi
2 batang serai / setengah inci halia - ketuk 
1/2 biji kelapa parut - santan
2 biji kentang - potong 4
garam
gula
air - anggaran dalam 1 mangkuk air
2 keping asam keping

* tumbuk lumat cili padi dan kunyit hidup *

Cara-cara
Dalam periuk, satukan ayam, bahan tumbuk, kentang, asam keping, serai dan air.
Biarkan mendidih sampai ayam dan kentang empuk.
Masukkan garam dan sedikit gula.
Akhir sekali masukkan santan dan kacau hingga santan masak dan bolehlah dimatikan api. (Nak elak santan dari pecah minyak kena sentiasa kacau).






MoDe : Hari ini adalah hari malas sedunia! malasssssss.............

Tuesday, March 1, 2011

Kari Ayam

Ummm.... sedapnya kalau dapat makan roti jala cicah dengan kari ayam. Makan dengan nasi lagilah sedapkan... ;-) Lagi satu, kari ayam nie kalau tak habis@berlebih, esok paginya panaskan, makan plak dengan lempeng tepung. Alahai... pendek kate makan dengan roti jala or nasi or lempeng memang beshlaaaaaa ehek..ehek...
 Kari Ayam 
Bahan-bahan
Ayam
2 biji kentang - potong 4
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia - ketuk
2 sudu besar cili kering
3 sekawan - bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
2 tangkai daun kari
3 keping asam keping
Santan - 1 biji kelapa
1 mangkuk air - untuk mengempukkan kentang

* Tumbuk lumat bawang merah dan bawang putih *

Cara-cara
Tumiskan seketika 3 sekawan.
Masukkan bahan tumbuk, daun kari dan halia. Tumis hingga bahan naik bau/kekuningan.
Masukkan cili kering. Bila dah pecah minyak masukkan pula serbuk kari. Tumiskan lagi hingga semua bahan benar-benar masak (saya suka masak dengan api yg kecil supaya bahan tumisan masak sama rata)
Masukkan pula kentang, gaul seketika, barulah dimasukkan air dan asam keping.
Bila air dah mendidih masukkan pula ayam. Biarkan ayam dan kentang empuk.
Letakkan garam secukupnya dan sedikit pati ikan bilis (nak lagi sedap tambahkan secubit gula)
Akhir sekali masukkan santan. Kacau dan masak hingga semua bahan masak (pe punya ayat daaa)
Jemput jamu mata semua :)

Mrs Sunnies tak mahir memasak ye... Jauh sekali ada kepakaran memasak! Apa yang dipaparkan hanyalah basic sahaja@semua orang pun tahu nak masak tuuuu. Tapi disebabkan memasak itu adalah satu kesukaan yang amat sangat maka dengan tak malunya mrs sunnies dedahkan juga :) Adakala apa yang di masak semuanya main campak-campak je!




MoDe : 2X5 = 10, 5+5 = 10

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails