klik klik ok!

Showing posts with label Cinta Ummi. Show all posts
Showing posts with label Cinta Ummi. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Dugaan Allah SWT

gambar lama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kawan2 apa khabar? diharap semuanya berada didalam keadaan sihat dan sejahtera, maklumlah cuaca yg tdk menentu skrg ini mengundang pelbagai penyakitkan. Kami alhamdulillah sihat dan to be back to normal! cewah wawawa betul ke spekang mak ni?

Alkisahnya begini..hari khamis yg lepas hubby hantar mas n amani pulang ke kg untuk jaga mama yg tak sihat dan kebetulan pula cuti minggu tu my kazen kawin tp rupanya sudah bertukar kepada menjaga Amani beserta pakej berkampung di KPJ Seremban.

Rupenya 2 hari hilang selera makan dan minum walaupun kami sogok dgn makanan peberetnya dia hanya jamah sedikit sahaja tp kami tetap tak ambil serius sbb kami pikir mungkin itu perubahan angin sahaja adalah petanda dia sakit sebenarnya. Kemudian masa sampai kt kg dia demam panas serta kurang sgt makan, minum dan menyusu. Masa tu kami dah panic dan keesokkan paginya hari Jumaat kami bawa dia ke KPJ yg kebetulan hari tu memang dia ada apt dgn doc. Sangkaan kami dia demam biasa tp rupenya dia dh terkena jangkitan kuman kaki, tangan dan mulut! 

Ya Allah, patutlah dia tak ada selera nak makan rupenya dlm mulut dia penuh dgn ulser! nasib baik masih di peringkat awal dan bintik2 di kaki serta tangan masih tdk kelihatan. Bayangkan kalo kami pikir dia cuma demam biasa sahaja dan cuma bg dia ubt demam tanpa rawatan doc...Ya Allah..taknak kami bayangkan!

Nak tak nak amani kena gak tahan sbb kurang makan dan minum takut nnt akan menjadikan badannya lemah. Biarlah doc rawat dengan teliti lg pun umurnya yg baru setahun lebih memang memerlukan rawatan rapi dr doc. 5 hari berkampung di KPJ, 2 1/2 botol air doc masukkan dan rawatan ubat-ubattan akhirnya amani pulih. Alhamdulillah.

Memang penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak2 dibawah umur 5 tahun. Sangat mudah terkena ketika di taman permainan dan kawasan sesak terutamanya supemarket. Dan ia bukanlah penyakit yg serius hingga mengancam nyawa tp ia perlu rawatan yg sgt rapi supaya segera sembuh. Semua pakaian yg sudah dipakai hendaklah direbus, mainan yg sudah di sentuh hendaklah dibasuh atau dilap bersih menggunakan tisu nyah kuman. Sudu, pinggan, mangkuk yakni peralatan dia hendaklah direndam dgn air panas supaya kuman2 yg terlekat sebelum ini mati dan tidak berjangkit kepada kanak2 lain.

Untuk usia amani, bila terkena memang doc akan tahan kerana dia tidak punya antibody yg kuat untuk melawan. Hilang selera makan hanya akan menjadikan dia bertambah lemah untuk melawan maka dengan memasukkan air dlm bdn dpt beri dia tenaga supaya dia kuat dan aktif. Kami juga kena kuat semangat supaya dia juga ikut sama. Dalam hati hanya Allah swt saje yg tahu perasaan kami.

Alhamdulillah skrg dia dh pulih namun masih ada lagi saki baki di kaki dan tangan dan masih lg perlu di kurantinkan dalam rumah selama 5 hari atau sehingga jangkitan itu kering bertukar menjadi warna cokelat.

Kepada yg bertanya khabar amani, terima kasih kami ucapkan..kak nadz terima kasih ye atas doa dan kate semangat hihiii...

Tapi hati kami ada sedikit berbekas apabila ada suara2 yg mengatakan kami seakan mengada-ngada hantar ank ke KPJ, walhal penyakit itu tak serius dan tak perlu sampai kena tahan wad! Percayalah bukan kami nak menunjuk atau sengaja mengelak dari merewang tp kami ikut nasihat doc yg lebih arif dan tahu. Kami hanya mahukan yg terbaik untuk ANAK KAMI. 

Sekian.

Friday, November 16, 2012

Sah! dia suka burung!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cerita Amani.
Banyak2 haiwan, burung juga yang paling dia suka! Tak kisah la burung jenis apa pun, asal nampak burung mesti teruja. Even brg gagak yg hitam tu pun dia blh layan! heheeee... 

Bukan setakat burung, haiwan2 yg berbulu-bulu kecuali ulat bulu, dia sgt suka. Monyet yg bunyik uhuh..ahah..yg tak comel tu pun dia suka. Kucing lagi la kan. Sah! memang sah la tu! Hehee..nak jadi doctor haiwan agaknya dia ni. Ok la tu doctor haiwan pun kerja yg mulia.


itu burung putih tau...eh betul ke?
yeyee ank beranak dok ninjau hihi...


anak dan bapak..bukan ada apa2 pun kt situ, lakonan semata hihiiii
alamak! mana pergi kepala burung nuri tu? 


Tengok... senyum ceria ank den! 

Lokasi di Taman burung KL.
Kami bawa dia ke situ sempena besday dia yg pertama, dan itulah pertama kali kami dedahkan dia dgn udara yg penuh dgn hame dan besoknya juga dia DEMAM!

Selepas itu la haiwan2 yg tdk berbulu langsung tdk menarik perhatiannya. Alahai ank den!

Wednesday, November 7, 2012

Rama-rama dgn kupu-kupu sama kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi korang...see my klik-klik! cantik tak? ini hasil dari jari keras mas tau. Original from my hand wokey hihihi.

Today kita story pasal rama-rama ye. Chop! rama-rama dengan kupu-kupu sama tak? sama tapi tak serupa or sama tp nama lain? errrr...eh..ntah la huhuuu.
 Semua picas ni mas snap masa pergi ke Taman Rama-rama di KL tempoh hariiiiiii. Lama dah tu kan hehee..kami saja bwk amani jalan2 kat situ supaya dia blh kenal dgn pelbagai serangga dan haiwan selain dari ayam, kucing, lembu, kambing, semut dan burung. Hahahaha kecian ank den kan? Tapi...osah botol lah ank den ni...takdo perasaan sungguh! Riak muka lansung tak teruja! rama2 depan mata pun dia buat dek je. 
masalah..masalah...

Sama kes masa kami bwk dia pergi zoo Melaka sebelum ni, alahaiiii.. kami pula yang naik tensi! Ada sekor kuda padi tu kemain comel hulur kepala celah pagar kandang betul2 mengadap muka amani (ummi n walid excited sungguh ni) amani buat tak nampak je. Dia lebih tertarik tgk budak yg terkinja-kinja jerit mcm ni hah "mumy..mumy...horse! horse!". Kami pun "amani... horse look at you la, cute kan?" no respond! Huh!!!!
 So memandangkan amani sungguh tdk merasakan rama2 itu comel maka mas sajelah yg over teruja tgk menatang tu berterbangan sane sani sambil snap ala2 pro gituuuuuw.

Beriya-riya mokcik ni terjengkit-jengkit, tertonggeng-tonggeng...hah tertonggeng? tak..tak...hihihi, kekonon nak dptkn pose yg menarik! Tak pedulik org pandang yg penting mokcik punya suka la kan nge..ngeeee...


Dan itu ler hasilnya...cantik tak? boleh la kannnnn...
Taman ni tak seperti yg kami bayangkan pun. Igtkan byk la rama2 dari pelbagai jenis terbang sane sini. Lepas tu boleh pegang2, tak pun kerumun kat kami ramai2 tp alahai...malas la cite. Sekeliling taman tu pun nampak sgt suram...tak cantik la.
 What to do? boleh la dari tak ado kan... 
I tell u kan? tgk la muka dak comel tu...sabar je tau!

Monday, September 17, 2012

Alahaiiiiiii......anak den!

Bila ummi sibuk di dapur.... Bila walid terleka sekejab....
Bila amani bersendirian.....




rupe-rupenya dia tengah bekerja keras dgn coklat! 

Hamboiiiiii....kemain ye! 
Kekonon tu cantik sangat la hasil seni lukisan kat muka, baju dan seluar ye.

Sabar je tau!

Sunday, July 15, 2012

Jom rempit! ish...ish...ish...anakku

Anakku merempit???? biar betul! lesen kaki pun tak lepas lagi ada hati nak..... ish..ish..ish over tau ank ummi ni! Terperanjat kawan2 ummi baca tajuk n3 kali ni hihihihi.

"Jangan panic ye, sy berjanji sy tak akan berlumba, kalau buat juga nnt ummi gantung basikal saya. Ok tak?"

 Amani dan beskal barunya, hadiah dari ummi dan walid sempena besday haritu. Kemain suka si kecik tu walaupun kaki tak sampai nak kayuh hehehe.


 Tapiiiii sekejab je dia duduk sopan dan santun, lepas tuuuuu...hah tgklah kaki dah kat atas kerusi nak berdiri kekonon nak capai tiang belakang tu. Pekes? sendiri naik sendiri tolak ke?


Alhamdulillah, kami suka tengok dia pakai tudung :)
Kegemaran amani, pantang nampak tudung msti nak pakai. Kalau ada 3 helai tudung depan dia maka 3 helai tu jugalah dia nak sarung. 
Gaya tudung terbaru dari amani, comel tak? 

"abaikan kaler kuning kat hidung sy sbb itu kerja ummi dan walid saya"

Org tua kate kalau nak kurangkan selsema anak, sapukan kunyit hidup kat btg hidung. Ye mmg betul selsema amani cpt kering tp hiihihi kuning semacam je btg hidung tu.

Monday, April 9, 2012

Amani dah 9 Bulan


 "Hi kawan2 ummi, apa khabar? sihat ke? 
amani, ummi dan walid alhamdulillah sihat walafiat"

"Seksi tak kita berkemban? kita nak mandi tp kena cari mode dulu... so kena layan kartun dulu baru kita nak mandi hihihihi."

Saje je post n3 amani.

Amani sekarang dah genab 9 bulan tau. Diam2 dah makin besar baby kami. 
Amani baru nak pandai merangkak. Lambat sikit dari kawan-kawan dia yg dah pandai duduk sendiri dan nak bertatih.

 Hummmm... risau juga tapi doctor kate itu natural. Ada baby yg cepat dan ada baby yang lambat so as ibu n bapa tak perlu paksa dia untuk cepat pandai sbb lambat laun dia akan tahu juga. 

Cuma harus risau bila usia baby dah setahun tp masih tak pandai buat apa2, itu mungkin ada masalah kesihatan yg perlu di ambil serius.

Agaknya anak ummi ni tak main rangkak2 terus pandai berjalan kot! hehehehe...


"Kita dah mandi. Dah wangi hihihi"

Wednesday, March 21, 2012

Sepi kerana.........


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat malam wahai rakan belog semua. Apa khabar? sihat ke? dah makan belum? makan apa? tengah buat apa tu? dah mlm begini tentunya sedang beristirehat kan. Mas alhamdulillah sihat walafiat, hubby dan baby pun sama, sihat dan baik2 saje. Lama betul mas tak bersiaran kan? rindunya dengan rumah yang satu ini, rindu nak jejalan rumah jiran, rindu nak jengah dapur jiran hihihi. Oh ye sebelum tu, mas sekarang dh pun berada di rumah sendiri selepas 1 minggu lebih berumah tangga di kampung. Seronoknya bila dah sampai rumah, rasa bahagia je, yelah rumah ku syurga ku kikikiki. Jangan disalah erti dengan kata2 mas ini ye, duduk kt kg mmg seronok (kalau boleh nk tinggal lama2) sbb adik beradik, mama, ayah, mak tiri semuanya ada depan mata. Bila dh berkumpul tu riuhnya macam satu kampung buat kenduri je cuma kali ini keseronokkan tu kurang sedikit atas sebab Amani tak sihat. 


Amani kena demam panas yg sangat tinggi! tak pernah selama ini dia kena demam macam tu. Selalunya kalau dia demam bila bagi mkn ubt badannya terus kebah. Tapi kali ini dah bagi ubt 3 kali sehari pun demamnya tetap tak kurang, hati ummi mana yg tak risau. Ceritanya macam ni, hari khamis 8/3/2012 amani kena cucuk utk usia 8 bulan,sama je macam suntikan yg dia ambil sebelum2 nie dan dari awal kelahirannya lagi kami dah hantar amani kat KPJ Seremban, senang dan tak byk kerenah! (the best part boleh terus balik kg hihihihi). Sorry to say bukan kami tak percaya dengan hospt gomen tp sgt serik dgn apa yg dah berlaku pada mas sebelum mas mengandungkan amani. Biarlah jadi kenangan kami sahaja.



Ok, memang normal setiap kali lepas suntik amani akan demam sedikit cuma kali ini demamnya berlarutan selama 5 hari. Lepas je dapat suntikkan tu, kami terus balik rumah mama, sampai je rumah kami tgk amani ok, cergas n ceria, siap main lompat2 lagi dengan sepupunya so mas tak bg dia makan ubt demam sbb yakin suntikan kali nie dia tak demam. Memang ye dia tak demam pun keesokkan harinya (jumaat) so legalah hati nie. Tiba hari sabtu pagi bdnnya mula hangat sedikit, tapi dia still aktif mcm biasa so mas pikir tak perlulah makan ubat demam. Masuk je waktu petang badannya dh panas sampai 37.8c, hah sudah...cepat2 kami bagi dia makan ubt demam. Walaupun demam, dia tetap aktif cuma kurang bercakap mungkin sebab rasa pening dan lesu agaknya. Bila tiba waktu malam demamnya tak kebah juga, kami bagi makan ubt demam lagi. Esok harinya (ahad) dia demam lagi tapi tak terlalu tinggi dan kami bg makan ubt demam lagi. Time tu nampak dia macam tak de semangat nak main dan gelak. Mukanya monyok mintak dokung saje tp masih lg ada selera makan. Malam tu dalam tengah malam hubby kejutkan mas, dia kate badan amani panas sangat, masa tu mas tgk amani tidor lena. Bila kami chek, suhu badannya dah naik 38++c, terus kami kejutkan amani bg dia mkn ubt demam lagi. Mas bukak bajunya dan lap2 badannya supaya suhu bdnnya turun. Kecian, dia menangis teresak-esak sbb tidornya tertanggu, mas cuba paksa dia menyusu tp dia tak nak, masa tu mas dpt rasa yg mulut dan lidahnya panas sgt. Dalam hati Tuhan je yg tahu hati mas masa tu, tak sabar nak tunggu hari siang dan bawak dia pergi spital. 


Esoknya (isnin) bila demamnya masih tak jugak kurang, kami bergegas bawak dia ke KPJ Seremban. Sampai je sane, amani terus dibawa masuk ke wad emengency, untung mas ada sepupu yg jd nurse kt situ so semuanya dia yg uruskan. Mulanya kami nak bawak amani jumpa doc yg cucuk amani tp dia cuti 3 hari plak. So di pendekkan cerita, selepas je doctor periksa badannya terus doc suruh masukkan ubt demam di punggung sbb masa tu suhu bdnnya dh cecah 38.8c. Kesian sangat, amani lemah, nak angkat tangan pun tak larat sbb penat menangis takut dengan doctor n nurse huhuhu... Doctor bg tempoh selama 24 jam dan kalau tak ada perubahan doctor mintak kami bawak amani semula ke spital. Lega dgr bila doctor sahkan yg amani demam disebabkan suntikkan 8 bulan tu dan it's normal kalau jadi demam.


Alhamdulillah kesan ubt dari punggung tu, amani sembuh dengan cepat. Malam tu dia aktif semula dan boleh main2 dengan kak isya siap gadoh berebut nenek lagi hehehe selonok hati ummi. Tiba time tidor, mas susukan dia macam biasa dan tidornya lena sangat, lega sgt hati kami. Rupanya.... sekali lagi tiba tengah malam suami mas kejut, badan amani panas lagi dan kali ini naik 39c! Ya Allah...ujian apa yg Allah bg kat kami nie, sakit apa anak kami sebenarnya? mas menangis, dlm kepala dan terbayang, yg bukan2. Macam mana nak buat ni, mas panic sangat, nak bwk pergi spital dah tengah malam, kami jadi buntu masa tu mulut amani merah menyala, kepalanya panas sangat. Tetiba mas teringat dengan sepupu terus mas call dia mintak tunjuk ajar apa yg patut kami buat. Mula2 dia tanya amani ada menggigil tak, kami kate tidak, then dia tanya amani merengak tak, kami kate tidak dia tidor lena sekarang. So dia mintak kami bg amani ubt demam tang punggung then matikan kipas, bukak baju amani dan tekap-tekapkan bdn amani dgn air sejuk selama beberapa minit then bukak kipas semula. Setiap setangah jam dia mintak kami chek suhu badan amani, dan sentiasa tekap2kan badan amani (ulang proses yg sama) sekerap yg boleh. Malam tu mas tak boleh tidor, setiap setengah jam mas chek suhu bdnnya dan setiap setengah jam mas lap2 bdn amani supaya cepat turun suhu badannya. Akhirnya dari 39 turun kepada 37c, alhamdulillah dan mas rehat sekejab sbb rasa letih dan terlelap lebih kurang 1 jam. Bila terjaga je mas terus pegang kepala amani, Ya Allah panas lagi, naik dah 38c. Mas kejut hubby mintak dia tlg tekapkn kain bsh sambil mas susukan amani. Dalam hati cuma berdoa semoga amani segera sembuh, Alhamdulillah Allah makbulkan doa mas, tepat jam 6 pagi suhu badan amani turun 36.5c dan turun lagi dan lagi 35c. Syukur Alhamdulillah :))) 


Alhamdulillah........so bila demamnya dah kebah mama ajak kami bawak amani jumpa bidan bayi nak mintak urut badan amani, yelah manalah tau kot2 ada yg terkehel sane sini ke. Sangkaan kami betul...leher amani dah terkehel selama 1 minggu dan dah berbiji pun uratnya. Patutlah demamnya tak kebah2 rupe2nya huhuhuhu.... nenek tu kate baby kalau terseliuh/terkehel boleh jadi demam dan kurang selera makan. Pulak tu memang tak kena dengan masa, dia plak kena cucuk so berganda-gandalah demamnya huhuhuhu. Sekarang amani dah ok, dh sihat walafiat, dah ceria macam sebelum-sebelum nie. Ini semua jadi pengalaman dan pengajaran kepada kami, lepas ni kalau dah kena cucuk cepat2 bg makan ubt demam walaupun dia belum ada tanda2 nak demam!



Ok ini tips untuk anak/bby yg kena demam panas yg sgt tinggi


1. Basahkan tuala muka/kain dengan air paip bukan dgn air batu ye

2. Bukak baju baby

3. Matikan kipas/perlahankan kipas supaya bby tdk menggigil kesejukkan

4. Tepind sponge (tekap2kn kain bsh) di seluruh bdn bby terutamanya bhg ketiak dan kepala

5. Bila dah kering kuatkan semula kipas. Pastikan bilik tidor sentisa berada dlm keadaan sejuk supaya suhu bdn bby cpt turun kecuali semasa hendak tepind sponge kan baby

6. Seeloknya pakaikan baju yg berlubang-lubang/nipis 

7. Ulang semula proses no 3 dan 4 setiap setengah jam dan chek suhu badannya juga setiap setengah jam

8. Walaupun suhu badannya dah turun, pastikan dia tdk berada di tempat yg panas sehinggalah suhu badannya benar2 kembali normal

9. Bagi baby minum air kosong / susu sebanyak yg boleh

Friday, March 9, 2012

Model Chomel!

 Assalamualaikum, selamat petang dan Salam Jumaat. Sihat ke? mas alhamdulillah sihat cuma amani hari ni tak sedap badan. Badan dia hangat sikit tp ok masih boleh main lompat2 lagi. Semalam amani dah kena cucuk 8 bulan dan berat badan dia pun tak naik banyak, 7.35kg je. Kesan dari cucuk tulah hari nie dia demam sikit. 
Sampai je rumah mama, kakak sepupu dia dah tunggu depan pintu. Kakak isya balik cuti panjang hihihi. Kakak isya nie adalah peneman setia amani masa mas dalam pantang lagi. Setia dia jaga amani dan bila amani tidur, dialah org paling rajin henjut buai. Tapi sekarang dia dah duduk Johor so balik sekali sekala ja. 
 Baju yg mereka pakai tu nenek yg buatkan. Sedondon kain tapi tak sama dsign. Nenek beriya-riya suruh amik gambor, jadi model. Tapi paham jelah dengan model kecik. Sekejab ok sekejab tak ok. Tengok tu muka amani, muncung seksi u hehehe... 
 Kakak isya possing cantik tp amani sibuk nak gigit heben baju kakak isya hihihi
hehehe..time ni kakak isya dah muncung sikit sbb amani dok sibuk tarik baju dia. Sayang...baju chantik hihihi. Sabar jelah dengan bebdudak ni.

Ok, itu je untuk kali ini. Mode nak layan amani yg meragam sikit. 

Monday, February 13, 2012

Membesar bagaikan JUARA :)


 Assalammualaikum semua dan salam sejahtera juga :) 
Hai uncle, hai auntie, hai kakak, hai abang... ingat lagi tak dengan saya yang shomel ni hehehe... Saya dah makin besar tau. Ummi kate saya membesar bagaikan juara! saya bijak juga sedikit nakal...eh tak saya baik laaaa hehehe. Saya suka main gigit2. Semua benda sy nak gigit! sampaikan tab mandi pun kalau boleh sy nak gigit! terro kan saya!
Hari2 ummi asyik update pasal makan2, nampak sangat ummi n walid suka makan makan dan makan je. Huh kali nie saya pula take over okes...lets story about me! 

DIALOG DI ATAS HANYA REKAAN SEMATA-MATA. 
BARU 7 BULAN biar betik anak makcik boleh tulis n3! wakakakaka

Ok ummi cerita sekarang


Alhamdulillah....puteri cinta hati kami sekarang ini sudah pun berusia 7 bulan lebih. Syukur Alhamdulillah dia membesar dengan penuh kasih sayang dan cinta dari kami. Tubuh badannya sihat, akalnya semakin tinggi, kelakunya semakin lincah. Amani anak yg manja, mesra dan mudah tersenyum. Errr..tang senyum tu, kalo dia berkenan senanglah senyum tapi kalau tak berkenan huhuhu agah macam mana pun dia buat dek je hehehe....

Perkembangan terbaru dia sudah laju meniarap pusing2 360 darjah! pusing je terro, merangkak or duduk sendiri belum lagi. Nenek kate amani ni terlebih manja tu yg lemper. Gaya nk belajar duduk or merangkak tu ada tp gaya je lebih huhuhuhu. 

Carton Dibo, ejen oso n club mickey mouse adalah rancangan kegemaran. Iklan rancangan tu saje boleh buat dia berhenti dari bermain dan terus menari. 

Suka makan! 1 hari 3 kali makan bubur nasi. Anak jawe lah katakan hehehe....takpe ummi pun suka masak :) 

Suka gigit2. Segala benda yg dia pegang kalau boleh dia nk gigit. Kalau naik kereta, gear kereta pun dia nak gigit. 

Suka jalan2 at shopping mall (sama mcm ummi). 

Suka berkawan dan mesra alam (sama macam ummi la) 


Kepala angin juga ank mas ni, kalau dh tak berkenan dia akan bising, bising dan bising tp senang kena pujuk (tang kepala angin ikut walid, tang senang kena pujuk tu ikut ummi kuikuikui)

Bila ummi nak tidorkan dia, setiap hari ummi kena cipta lagu baru khas untuk dia. Hitung2 banyak lagu dah ummi cipta. Sebab apa, dia cukup bosan dgr lagu yg sama terutama bila walid yg tidorkan, mesti dia menangis sbb walid dah macam recording tape je hahahaha ummi dgr pun tensi! 

Cukup gediks bila di panggil comel dan sayang hehehe...


Perasan cantik bila tgk cermin, senyum lebar sesaje hihihi. 

Suka sgt main air, masa mandi kalau boleh nak buat kuak lentang! berendam lama2 pun takpe asalkan boleh main air. 


Ok TAMAT. Sekian dulu cerita tentang Amani :)

Saturday, October 29, 2011

Amani bikin runsing!

Semalam buat pertama kalinya kita org dpt makan macam dolu2....


Alkisahnya semalam kita org nk keluar cari hadiah for my frend wedding. Cadangnya nk keluar pukul 3 ptg dan balik sebelum malam. Tapi si amani nie macam dengki dengan kami plak... hai ank aku nie.... bila kita nak berjimba-jimba, time tu plak dia tidor lena mcm tidor malam! Dari pukul 1 tgh hari sampai pukol 4 petang baru dia bangun!


Ai dh kepanasan menunggu dia bangun, mana idoknya makcik nie dh siap berdandan dari pukol 2 lg and ready to go je... so nnt bila dia bangun, nenenkan dia pastu tukarkan baju dan 123 zommmmmm............. shopping!


Stop! sampai je kt OU belum pun 10 minit dia dok dlm kete sorong dia dh keluh kesah! kepala dah toleh kiri, toleh kanan, kaki tangan semua dh bergerak tp masih mantain senyap. Kami wat dono. Misi mencari hadiah di teruskan....


Tak boleh jadi nie... bila kami buat tak nampak, dia tetiba berdrama quen lah plak..... panic mak tau! semua org toleh..... aduhhh ank sapa lah tu dok main jerit2! bukannya menangis pun tp saje je nk tarik perhatian.


Kelam kabut makcik pergi ke bilik bresfeading. Masuk dlm dan try nenenkn dia sbb gaya mcm dh lapar sgt. Tapi bila je dia nampak bilik tu jalur2 kaler biru, terus tak jadi nk susu!  Dia main2 plak. Try masukkn dlm kete sorong sekali lagi. Menjerit plak!!!! Hai si comel ni mmg nak kena gigit dgn ummi! 


Rupanya, dia nk dukung...... hihihihi nasib badanlh walid ye, ummi mmg tak larat nak dukung dia ngeeee... Ok! sambung shopping, zaaaaaas!!! Ai pun belek baju tu, belek baju ni, yg ni berkenan, yg tu tak cantik, yg ni sesuai, yg tu tak lawa (bukan bj sy ye tp bj amani) pendek kata rambang matalah! 


Walid? hehehehe.... jaga amani. Round2 kat kawasan mainan sampailah ke brg elektrik. Wahhhh berselonok-lonok ai keseorangan...suka..suka...! Belum hbs ai nk selonok2 pilih baju, dia org dh dtg balik. Amani dh mula tunjuk muka bosan kikikiki.... muka walid panic sbb amani dah ada tanda2 mcm nak menjerit tp ai wat dono je wakakakaka.... Kali nie mmg compom dia nk susu. Ok, ai pun cabut masuk bilik tu sekali lagi dan nenenkn dia sampai kenyang. Legaaaaaa.


Zassss sambung shopping lg. Ambik tu, ambik nie, lepas tu... aduhhhh dia buat drama quen lg.... nak tidor plak! Walid kate jom turun bawah cari sayur2 dan apa2 yg patut then terus balik. Alah... potong stim amani ni tau. Ok, ai yg menurut perintah. Sampai kat bawah, kami cari sayur dan sewaktunya dengannya sambil ai tolak amani, tetiba ai rasa lain je... nape kaki tangan dia tak bergerak, mantain cantik je.... bila intai, laaaaa dah tidur rupanya. 


Cantiklh tu, boleh sambung shopping lg hahahahaha....  eh tak jadi sambunglah. Perut lapar dah bunyik kriuk kriuk. Sepantas kilat walid bayar dan zassss kami pergi ke chiken rice shop. Dalam hati nak makan situ ke nk bungkus sbbnya sejak ada amani kami tak pernah lg makan kat luar. Bila tengok amani tidor lena so kami setuju sebulat suara makan kt situ tp...... baru nak oder, dia bangun plak. Haish budak ni tak kasi can lansung kami nk dating. 


But.... ok gak dia tak meragam. Dia dok leka pandang sane pandang sini. Alhamdulillah kami makan dengan selesa walaupun tak kunyah 40x hahahaha.... gila cpt kita org makan. Lepas makan kami singgah Poh Kong cari gelang kaki amani. Masa tu amani dh mula jerit sikit2 tp boleh tahan lg. Ai tanya tu, tanya nie kat pekerja Poh Kong tu. Baru nak pilih mana yg cantik, amani buat hal. Dia nk tidor lagi tp kali nie tak nak dalam kete sorong. 


Tak panas lg punggung ummi dok dlm kedai emas tu. Ingatkn nak gak kenen2 ummi punya plak sebarang dua utas (waaaaah makcik tamak tau). Ok amoi, ai pilih yg tu tlg pasangkan terus kt kaki anak ai ye. Amoi tu menurut perintah tp si amani ni masa nk di pakaikan gelang kaki tu, mulut dia dok jerit, kakakakaka kelam kabut amoi tu. Peal baru budak kecik tu skrg nie suka main jerit2. Nak cari perhatian lebih je sebenarnya hihihihi..... runsing tau!


Selesai! cari hadiah sudah, cari baju sudah, cari brg dapur pun sudah, makan pun sudah, cari gelang kaki pun sudah. Balik time!!!! masuk dlm kereta belum keluar dari bangunan OU, amani dh tidor hehehehe.....

Wednesday, October 26, 2011

Amani n PlayMats

 Walid belikan amani playmats. Sekarang ni bila dh ada playmats senanglah sikit kerja ummi. Lepas je mandi ummi letakkan amani kat playmats. Biarkan dia main, ckp sorang2, pusing kiri, pusing kanan, kaki tangan semuanya bergerak dan ummi.... apa lagi main fb lah sekejab hihihihi....
 muka tak puas hati sebab ummi dok sibuk panggil dia pandang camera.
My baby Amani dah semakin membesar. Sekejab je dah 3 bulan lebih usianya. Amani skrg dah pandai gelak besar, terkekek-kekek suara dia. Suka mengerengkan badan tp menangkup tak berjaya lagi. Adalah sekali dua dia berjaya buat tapi lepas tu asyik tak jadi je! lupa step agaknya, huhuhu bak kate org jawe, LEMPER budak ni. Yang terbaru 2,3 hari nie dia suka betul jerit2. Kalau dah menjerit maun jiran sebelah rumah ai pun dengar! Dah penat main jerit2, dia main nangis plak, alahai sabar jelah hehehe.... Kuat berangan pun ye gak, bila baring atas toto dia akan genggam tangan sambil mulut tu kemut2, pandang kipas pastu senyum sorang2.... sweet kan?

Thursday, August 25, 2011

Tidurlah Sayang.............

Alahai.... susahnyalah nak suruh si amani nie tidor. Dah macam-macam lagu ummi nyanyi tp tak maun gak tidor!. Huh penyudahnya ummi yang mengantuk! 


Akhir-akhir nie bila usianya hampir cecah 2 bulan, amani dah ada peal baru, tak nak tidor!!! Amani suka sangat tahan ngantuk. Bila dok tahan mata maka jadual tidornya dh lari, tu yang dok mengamuk je. Letih juga kami melayan kerenahnya. Kekadang tu sampai jam 3 pagi tidornya main-main je. Humm... mungkinkah perubahan angin dlm dirinya?. Sabar jelah ummi dan walid. 
Tengok tu.... macam mainkan ummi n walid je. 
Nie namanya tidor dalam iman.... hihihi....
 Akhirnya...., tapi masih tidor2 ayam.
  Ummi dh meyerah kalah. 
Walid juga yg berjaya tidorkan amani hehehe....
Lena pun.... fuh lega... bolelah ummi baring sekejab kikikikikih...

Memang kena ada kesabaran yang tinggi bila dah ada bby, tertutamanya bila time dia meragam! Alhamdulillah Amani tak banyak kerenah cuma pealnya berubah-rubah! Kalau menangis pun senang kena pujuk tapi kadang kala ada gak nampak keras hatinya. Ada masanya dia senang tidor dan ada masanya tidak! Tidornya pun kekadang lena kekadang tidak. Ada masanya asyik nak menyusu je sampai naik pedih ummi punya huhuhu... yang pasti skrg nie dia mmg susah nak tidor. Sekejab2 merengek, sampai kami naik risau kot2 dia sakit sebenarnya. Bila bby merengek atau menangis kami tidak boleh panic kan? panic hanya akan menambahkan tangisan anak sahaja. Tenang dan fikirkan yg positive sahaja.

Orang dah ada bby gitu ler.... keseluruhan hidupnya pasti berubah. No enjoy2 lagi! Lagi pun kami masih dalam proses belajar, al maklumler pengalaman memang tidak ada lansung! Ilmu memang zero! Apa pun inilah pengalaman hidup yg paling menyeronokkan walau pun penat tp bila pandang muka bby rasa sayangggggg sangat!

Ummi akan sentiasa mendoakan kamu jadi anak yang sollehah.

Wednesday, August 24, 2011

Alhamdulillah.......

Bismillah....... 
As Salam dan selamat sejahtera. Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri buat rakan belog semua. Rindunya jemari ini nak mencoret sesuatu di sini. Rinduuuuuu sangat! 


Alhamdulillah.... Allah swt masih beri peluang kepada mrs sunnies untuk kongsi berita gembira buat anda semua. Sedia maklum, mrs sunnies sudah pun selamat melahirkan bby girl pada 07.07.2011 secara pembedahan. Alhamdulillah.... Allah swt dah berikan kami anugerah yg tdk terhingga di atas penantian kami selama 8 tahun. Nah... tataplah gambar puteri hati kami ini, istimewa untuk anda semua!


Name : Nur Qaireena Amani bt Md Nor Hasani
Birth : 07.07.2011
Weight : 3.02kg
Location : Pantai Medical Centre KL
Dr : Prof Dato' Dr Hamid Arshat


 Usia Amani dah 49 hari. Berat terakhir 4.2kg!

 Yang nie tengah ready 4 czer! Hati dah dup dap dup dap time tu. Ini bukanlah pertama kali kena operate tp utk kali ini debaran tu mmg rasa lain macam hihihihi....
 Alhamdulillah... syukran Ya Allah.... akhirnya! Cian anak ummi kena boleng... tak patut betul! hehehe....
 Ready to balik kg selepas berkampung selama 5 hari di PMC
 Lena di ulit mimpi.... masa ni kalau tak salah usia amani lebih kurang 3 minggu.
Wajah terkini (49 hari). Ummm... ramai yg kate amani ikut rupe walidnya :)

Tiada kate yg mampu kami ucapkan melainkan syukur Alhamdulillah.... akhirnya doa kami di makbulkan Allah swt. Semoga anakkanda kami akan menjadi anak yag solehah. Semoga doa sy untuk anak ini di makbulkan Allah swt. Seronoknya raya tahun nie bertiga pula! yeyeyeye.... amani dpt duit raya hihihihihi..........

Buat kawan2 yg masih belum di kurniakan zuriat... jgn risau Insya Allah rezeki anda pasti ada, cuma cepat dan lambat je. Apa yang penting jangan putus asa, banyakkan usaha, doa dan tawakal k!

Akhir sekali SELAMAT HARI RAYA!!!!!!!!!!!

Friday, June 24, 2011

Last Day jumpa Prof & Tunggu masa je ni :)

My perut so kecik :)

Salam jumaat semua. Macam biasa, doa mrs sunnies semoga hari ini adalah hari yg lebih baik dari semalam. Semoga hari ini dan seterusnya kita akan sentiasa mendapat perlindungan, keberkhatan, keredhaan dan pahala yg banyak dr Allah swt. Semoga kita juga tabah menghadapi sebarang ujian dan musibah dari Allah swt. Kenapa mrs sunnies berkata begitu? Sebenarnya Mrs sunnies tumpang simpati kepada seorang rakan blogger yg dah lama mrs sunnies follow blognya. Semalam dia dan rakan serumahnya di timpa musibah. Rumahnya di masuki pencuri! Syukurlah semasa kejadian mereka tiada di rumah, walau pun ralat kehilangan barang berharga tp apa yg penting nyawa mereka selamat. 


Ok! Pagi tadi adalah hari last mrs sunnies jumpa Doc@ Profesor Dato Dr Hamid Arshat b4 bersalin awal bulan 7 ni. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan terkawal. Hari ini genab sudah 39 minggu usia kandungan bby. Alhamdulillah masa last scan, kami nampak dgn jelas tali pusatnya dan uri. Uri ok, putih warnanya, doc kate kalau uri putih tu tandanya sihat, sykur alhamdulillah. Doc kate lagi, dah besar bby dalam perut tu, bila2 masa je ni. But kami dan doc still berharap semoga bby lahir 7hb7 nie. Untuk pengetahuan 7hb7 nie adalah tarikh yg doc pilih untuk czer. Mrs sunnies tdk boleh bersalin secara normal atas sebab keselamatan diri. Perasaan takut makin menjadi-jadi bila tarikhnya semakin dekat. Terbayang-bayang dalam kepala, perut nak kena belah nnt, huhai takutnya! Semoga semuanya selamat.


Pertama kali sepanjang mengandung 9 bulan nie, mr n mrs sunnies dpt dgr degupan jantung bby! Seronoknya!!! Tetiba je rasa tak sabar nak bersalin plak! Hilang dah perasaan takut hihihihi.... Ya Allah bukan main laju jantungnya. Kami jadi sayup, itu ke bunyi jantung anak kami? nak menangis pun ye :) Rasa sayang pada bby nie semakin dalam rasanya. Tak sabar nak jumpa kamu wahai anak :) Doa kami semoga anak ini akan jadi anak yg solehah. Ya Allah permudahkanlah proses bersalin ku nnt.


Tiada kate yg mampu kami ungkapkan selain mendoakan kesejahteraan Dr Hamid Arshat. Semoga Allah memanjangkan usianya dan diberi kesihatan yg sempurna. Semoga dia terus berjaya membantu ramai pasangan di luar sane yg belum di kurniakan zuriat lagi. Terima kasih tdk terhingga sepanjang mrs sunnies menjadi pesakitnya, dia menjaga dan memberikan rawatan yg terbaik terhadap kami. Hanya Allah swt yg mampu membalas jasanya :)






Mode : Sabar itu separuh dari imannnnn.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails