Labels

Anniversary (1) Award (1) Beauty (1) Birthday (1) Biskut (16) Blogger (16) Bubur (5) Buku (1) Cap jempol (1) Cerita (23) Contest (11) Cuti2 (19) Daging (1) Diet (29) Ephyra (2) Family (4) Gadget (4) Garden (2) Giveaway (9) GMM (1) Gosip (13) Hobi (46) Home (20) Ikan (2) Iklan (6) Ilmu (4) Info (23) Info Diet (26) Info Kesihatan (43) Kad (26) Kampung (11) Kek (30) Kerabu (5) Keratan Akhbar (19) Kesihatan (2) Kitchen gadget (3) Korean Food (1) Kraf (4) Kuali Ajaib Are Ikan (1) Kuih (5) Kuih Muih (4) Lauk (8) Lawak (10) Madah (7) Majalah (1) Makan-Makan (1) Manisan (6) Masak2 (250) Masalah (3) Me (90) Mee (3) Memories (17) Menu Diet (16) Menu Mudah (18) Minuman (10) Mood (4) Motivasi (1) movie (4) Muffins (1) Nasi (2) Novel (21) Nuffnang (6) Office (14) Pasta (3) Petua (2) Pizza (3) Potato (3) Puding (18) Puisi (9) Ramadhan (2) Raya (2) Roti (7) Salad (3) Santai (1) Sarapan (20) Senam (9) Shopping (1) SKII (1) Sup (3) Supplement (1) Tag (5) Tazkirah (7) Telur (1) Tips (7) Tutorial (1) Udang (1) Video (17) Wish (10) Wishlist (6)
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Ombak Rindu

Assalamualaikum.
Apa khabo u all semua..Pejam celik pejam celik..tup tup dah masuk Disember kan. Cepat betul masa berlalu.
Ok! sebut pasal Disember..Semua duk sebut pasal Ombak Rindu kan...Ombak rindu?..What?!..N3  ombak rindu again?..hehhehehhe ...Sue pun tak mo ketinggalan sama juga hokey... Duk terhegeh-hegeh juga nak pi tengok cerita tu. Ya seperti yang diharapkan...Ombak Rindu memang best, Tak rugi la sue pi tengok kat panggung.



Bukti ni....Pi cilok kat fb kawan..Hahhahaaa..dia cakap, ni bukti kita pi awal tengok cerita ni..hahahhaa


Tak mo kalah ok....Tu..tengok bukti..hahahhahaa..Gila ja kan..duk berkejar nak pi tengok cerita semata. nasib la time tu sue " coming moon " ..hahahhaha..so, tak rasa bersalah hokey duk tengok wayang lewat petang.

Komen!...Ya..tangkap leleh..Untuk orang yang berjiwa halus macam sue ni la..Ngeee (^_^)..  Dah stop dulu.. mau sambung baca buku dia balik ( hadap juga nak baca balik..saja sebab mau peling2..hahah.)...Ngeeee...

Daaaaa (^_^)

Ombak Rindu

La ni dah banyak cerita drama or filem hasil daripada adaptasi novel.. Ombak Rindu yang bakal masuk panggung nanti juga adalah adaptasi daripada novel juga...Teruja nak tengok cerita Ombak Rindu ni. Dah plan dengan member nak rehatkan pala duk tengok filem ni...Adakah ceritanya sma seperti dalam novel?... Fuhh...tak sabo nak tunggu dia kuar. Kalo tengok trailer dia, macam best.  Lagu Hafiz dan Adira tuk filem tu pun best juga..kira kena la tuk cerita tu.

Kita tunggu ja lah ya bila cerita ni ditayangkan nanti. Lepas tu baru boleh komen, best ka tak best (^_^).

Wanita belajarlah berfikiran seperti lelaki.

ASSALAMUALAIKUM.
Pelik ja kan..tetiba ja sue suruh semua kaum wanita berfikiran seperti lelaki. Untuk sesetengah perkara..rasanya kita kena belajar berfikir seperti lelaki. Ada yang marah ka?..

Meh nak bagi contoh...Cerita yang tak sepatutnya jadi gosip ..boleh lak dipanjang-panjangkan hingga menjadi gosip yang agak panas....(^_^). Contoh.:

Gadis A: Saya tiba di pejabat pagi tadi dan belum pun saya sempat duduk di tempat saya, saya lihat Sarah 
               sedang membancuh minuman. Kamu tahu, perempuan itu memakai baju yang sama yang saya beli 
               tempoh hari.
Gadis B : betulkah? Baju yang mana satu?
Gadis A : Baju yang berwarna biru, yang bercorak bunga warna oren, yang saya beli di Sogo semasa sale.
Gadis B : maksud kamu baju yang kamu jumpa tersorok di belakang rak, yang berharga RM 29.90 itu? Hari 
               yang sama saya beli kasut saya di kedai seberang jalan itu?..
Gadis A : Betul! Saya pakai baju tu ke pejabat kelmarin. Bukan main dia puji baju tu. Saya tidak sangka dia 
               pula berkejar mendapatkan baju tu...Kemudian dia pakai pula ke pejabat. kamu agak, apa 
               perasaan saya?.
Gadis B : Biadap sungguh. Apa betul yang kamu ceritan ini? Dia memang dasyat, teruk betul...

Setuju tak kalau sue kata.....betul kan..mesti lebih kurang dialog macam tu akan jadi..meleret-leret..padahal isunya kecik ja...

Meh tengok pula macam mana kalau benda sama diceritakan pada lelaki.

Gadis A: Saya tiba di pejabat pagi tadi dan belum pun saya sempat duduk di tempat saya, saya lihat Sarah 
               sedang membancuh minuman. Kamu tahu, perempuan itu memakai baju yang sama yang saya beli 
               tempoh hari.
Lelaki B : Betul?..jangan pakai baju tu lagi.


Tengok..masalah tu dapat diselesaikan dalam tempoh 10 saat ja..Tak meleret-leret. Kurang dosa..Heeee...

Jangan ada yang marah pula kalau sue letak kan topik ni hari ni..Tapi ada juga betulnya apa yang cuba disampaikan oleh penulis tu. Penulis  cuba mendedahkan bagaimana sebenarnya lelaki berfikir. Sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang mendengar keluhan ribuan wanita mengenai lelaki.


Ni antara buku yang sedang sue baca sekarang sebenarnya. " ACT LIKE A LADY..THINK LIKE A MAN".. Buku edisi terjemahan yang telah diterjemahkan ke BM oleh PTS ...Penulisnya  Steve Harvey ,seorang pelawak berkulit hitam...
Emmm..sesekali baca buku macam ni ok juga......Apa ya sebenarnya yang lelaki fikirkan?..Haaa..meh kita tambah ilmu ya..Heeeee....Dah!..mau sambung baca lagiiii...(^_^)

Stanza Cinta Ku (^_^)

ASSALAMUALAIKUM..
Tak dak idea nak update apa...walau cita banyak..
Tapi nak share satu ni ja...Heeee


Tungguuuuu....
Tak tahannnn...gatai tangan juga nak mengordernya...
Coming soon....sabo menanti ni...
Mau layan cita sedih-sedih pulak sekarang ni..huhuhuhuhuhuhuuuu...
Mood..Jiwang..Sedih....Ngeeeee

-----------------------------------------------------------------------------------
SINOPSIS
Amni Sorfina hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Ketika bahagia mula menyapa dirinya, ketika bunga-bunga sakura mengembang dengan indahnya, ketika dia mula tersenyum bahagia....tiba-tiba sahaja segalanya menjadi begitu menyiksakan jiwa dan menikam-nikam tangkai hatinya. Seolah-olah istilah bahagia itu bukan untuknya. Apa sahaja yang diimpikan dan diharapkan tidak pernah menjelma menjadi kenyataan. Sering sahaja Allah mengambil orang-orang yang disayangi dari sisinya. 
Bcaan penuh kerdit to Penulis : Nurull Halawati

KASIH YANG SUCI @ NORA ELENA.

ASSALAMUALAIKUM..
Banyak nak cita..Tapi yang penting nak menayang ni ja dulu..Heeeee....
Buku dah dapat..
So....Mau layan novel ni sambil-sambil layan cita kat tv juga.
Cerita kat tv makin best..makin banyak aksi-aksi romantik..sweet ja..Ngeeee..(^_^)
Nak tengok..sama ke tidak dengan novel.

KASIH YANG SUCI @ NORA ELENA.

Shuuttttttt!!!!!!!..Jangan citaaaaaa ya...I nak baca sampai habis...(^___^)

Ruang Rindu

ASSALAMUALAIKUM...
Nak share novel baru..
Baru ja rembat...Bila nak baca pun tak tau la..
Banyak lagi buku yg masih belum bukak lagi pelastiknya..Ngeee

Asalnya nak carik Novel " Kasih yang suci"..
Tapi...tak dak...susah betul kalau nak carik novel yg best2 ni..
Mesti tak dak stok ja...

Tapi tu lah...kalau dah masuk bookstore..
Memang sue tak kan kuar dengan tangan kosong..
Busuk2 pun..mesti rembat satu buah buku..
Hehehhehe..kalau tak..tak la Sue namanya..ngeh!..ngeh!..

Okeh!..baca sinopsis dulu ya...
Tunggu seru datang dulu..baru baca..
And..kalau rajin nanti sue share sikit2 cita ni..
best ke dak ya....(^_^)


Sinopsis

Rasa cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati.
Begitulah yang dialami oleh Dayang Camelia seorang gadis tomboy
apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak
dikenalinya. Demi maruah keluarga, dia terpaksa meneruskan
pertunangan itu.

Suatu Hari Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru.
Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang
mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan
hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh
untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan.
Dia nekad untuk berubah meninggalkan sikap playboynya dan
memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah berjaya
menambat hatinya.`Namun kemunculan Tuan Amir yang
diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya telah
menghancurkan hati Halil.

Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya
atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia berkahwin
dengan Tuan Amir.


Hingga Ke Akhirnya.

Assalamualaikum....
Emmm..hari ni ter..rembat( hahaaa..jgn la ada budak sekolah baca belog ni..hancus bahasa kang..) lak satu lagi novel...Asalnya nak pi carik novel lain..last2 terjumpa novel lain lak.

Tapi memang buat mood happy sangat...sebab sue teruja bila tau yg Novel Akhir Sebuah Cinta tu ada sambungannya rupanya.


Tarraaaa....Ni dia..HINGGA KE AKHIRNYA...

Sinopsis

Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan diantaran dirinya dengan Tengku Khuzairi..malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?

"Saya betul-betul tak faham, kenapa awak hadir dalam hidup saya lagi. Untuk menghina saya seperti dulu, utnuk menyakiti perasaan saya dan menambahkan kesengsaraan yang ada. Tolonglah, saya tak sanggup hadapi semua tu lagi. Berikanlah saya ruang untuk bahagia". ~ Mimi Atia

" Abang akan bersabar, abag akan menunggu Tia terima abang sepenuhnya. Tetapi kalau Tia merancang supaya abang melepaskan Tia, demi Allah abang tidak sanggup melakukan. Abang cintakan Tia." ~ Tengku Khuzairi

" Saya nak ingatkan Tengku, jangan cuba-cuba menuntut hak sebagai suami dengan saya. Saya tak mahu jadi isteri Tengku, saya mahu jadi isteri Adam Levine. Kalau Tengku nak tidur atas katil ni boleh, tetapi Tengku jangan sesekali menyentuh saya. Kalau tidak, tahulah saya nak ajar macam mana." ~ Mimi Atia



Hujan Pun Menari

Sinopsis..

Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu, harus tabah. Sebagai anak sulong, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu.
Kehidupan perlu diteruskan.


Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan… Ketika gelap, ketika cahaya suram…
Sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari…
Qurban… lelaki itu tetap di sisi.



Buku ni..belum baca pun lagi..So tak boleh nak ulas apa2 juga..Nanti kalau dah habis..baru sue ulas balik ya..Heee..tapi kalau tulisan Norhayati Berahim..biasanya jarang mengecewakan..(^_^)


Pssttt: N3 adalah auto publish...

Akhir Sebuah Cinta

Apalagi yg ada pada diri seseorg wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai apa2 lagi. Dia hanya mempunyai jasad yg bernyawa tanpa apa2 harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dgn apa yg berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segalanya.


"hai, baru sekarang nak balik. Keluar dgn lelaki lepas tu dua hari kemudian baru nak tunjuk muka. Hebat perangai ustazah ni. Macam mana? Tuan Ezairy kau tu bawak kau ke Phuket ke? atau bawak kau ke Golok? Tak sangka ya, diam2 ubi berisi!" Tengku Khuzairi tiba2 berkata.


Dia... lelaki yg telah disyaki membunuh. Dia... lelaki yg banyak menyakitkan hati aku. Dia... lelaki yg pernah menengking aku. Dia... lelaki yg sering membuatkan aku menangis. dan dia... banyak melukakan hati aku. Dgn tiba2 air mata Mimi Atia menitis. Tengku Khuzairi... kenapa kau perlu datang dlm hidup aku.


Tolonglah Atia, cermin diri kau dulu. Kau siapa? Kau hanya seorg gadis kampung yg tak ada apa2. kau sepatutnya tahu Atia, kau akan menyebabkan abg aku dipandang hina. Kau akan musnahkan kehidupan dia. Kau mahu ke tengok abang aku kena sisih dgn saudara mara aku.


Tu sinopsis novel ni..Nak cerita lebih lanjut pun..sue belum habis baca lagi..Tunggu sue habis baca dulu ya..baru boleh komen lebih2....

Emmm..ni adalah n3 auto publish ya....Holiday..laptop tinggal...Time ni maybe sue dah sampai ke destinasi yg dituju....Mati kutu la 3 hari tu nanti....So..buku ni akan jadi peneman sue kalau boring2 nanti....Habis ja baca nanti..sue akan ulas sikit pasal novel ni nanti ya...Ok!..stop dulu....
Daaa..semua.
Tunggu sue balik ya..Sue nak buat GA ni ..Tak sabo nak bagi hadiah kat korang..Heeee..Muaahhhhhh!!!!!...sayang korang semua..

Biarkan saja YM yg terus berbicara

OMG..terleka sekejap...


"Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi.Andai bibir kelu untuk dihujani bicara indah pada kemarau hati...Aku rela jemari menjadi pengganti menarikan irama indah cinta kita.Biarkan saja YM yg terus berbicara..."




Sinopsis

ABANG KAMAL... Walaupun segunung cinta yg kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkah mu pada diri ini. Namun mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...


ENCIK FIRDAUS... Memandang wajahmu mengapa debar sering bertandang? cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yg tidak bertepi...


CHARMING... Siapapun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu.


AKU...Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yg satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...

Mood adalah.....
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Twinkel..twinkel little star...Hahahhahahahaa....



Rawatlah hati dan Biarlah YM berbicara

Akhirnya...

Pagi lg dah dapat buku ni...Ada kawan nak jual buku ni..Apa lg..cepat ja beli..sebab dari semalam lg memang dah niat nak membeli buku hari ni. Semalaman duk survei kedai online..sudahnya beli sendiri..pueh hati.

Ni pulak..hasil tangkapan tengaharinya...Kunun nak beli buku untuk buat hadiah buat kawan office yg last keja hari ni ja...Sudahnya..rembat 1 novel untuk diri sendiri..Lama dah nak dapatkan novel ni. Sebelum ni asyik la duk skodeng kat Penulisan2u.com ja.....Baca cerita online ni tak sama dengan kepuasan dapat memegang dan memiliki bukunya....betul tak?...
Untuk kakak off tu..buku apa?..biarlah rahsia..ekekkekee...



OMG..banyaknya buku...



OMG..rambang mata tengok banyakkkk buku2 dalam blog nih..Rinn Tisan..Sangat banyak....Sukanya....No..no..no...sue kena kurangkan skit perbelanjaan ke arah itu...

Sue ni bleh rambang mata tau kalau masuk kat bookstore...Memang 2 3 buku akan dirembat..Kalau tak dapat..majalah pun jadi la..Buat penyedap hati..huhuhuhu..

Alamak!..rasa macam nak pg bookstore la....iskh!!!!..cam gataiii ja dah tangan ni....


~ Gambo kredit to Google ~


Layan Novel




Rasa macam muda pula...Tengah layan balik novel2 Ahadiat Akashah..Salah satunya..Lagenda Budak Setan ni.


Tinga sumbat dengar lagu
Gio - Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan..
Teringat zaman sekolah..huhuhuuuu..Nostalgianya....


Janji Kasih

Salam


Kerja rumah dah siap semua..Hb pun dah keluar pergi kerja....adik dah pergi keluar juga...
Tinggal la sue sorang2 lagi kat rumah...
Boring tak tahu nak buat apa ( hadoi la..macam mana nak jadi surirumah sepenuh masa nih..)

Masa masuk bilik bacaan tadi..belek2 buku apa lagi yang rasa2 nak diulang baca...
Akhirnya, jumpa buku nih...yang memang sue belum habis baca pun sebenarnya..
So..hari nih, tekat nak habiskan baca buku nih sampai habis....(memerap la napak gayanya...)










Sinopsis

Bahagia bagaikan sebutir berlian yg jatuh ke laut. Dan laut itu penuh dengan tipu muslihat..ke dasar mana hendak digapai? Ia sama juga dengan tragedi Saliwati ditangkap khalwat dibilik profesornya......Perkahwinan yg berkecai ditengah perjalanan usia kehari tua antara emak dan bapanya menimbulkan tragedi. Emaknya bernikah dgn lelaki yg jauh lebih muda usianya. Lalu Saliwati terperangkap insiden dicabul bapa tirinya yg bagai singa Afrika mahu menerkam mangsanya.Zahim kekasih lamanya yg baik budi & prihatin, berdepan dgn dilema apabila isterinya menyuruh berpologami. Pekerti santun Saliwati telah menjadi galang ganti antara rimbun kasih mereka suami isteri. Dimatanya ada cinta, dihatinya ada setia. Namun Huzairi yg kematian bapa angkara Tsunami terlebih dahulu telah mengumpan cinta Saliwati.Bagaimanapun wasiat seorang isteri akhirnya telah menghadiahkan bahagia untuk Zahim dan Saliwati. Apakah Huzairi turut menikmati kemuncak janji itu? Jika hak untuk bahagia menjadi milik semua, kasih yg ada biarlah menjadi janji setia bersama.....


Menerobos sempadan diri

Bila mula rasa down...bukak balik buku "MENEROBOS SEMPADAN DIRI"...try untuk memberi motivasi kepada diri..juga untuk memperkuatkan diri....

Takut bila fikir..cepat sangat masa berlalu...Azam tahun ni pun tak tercapai..dan nak masuk tahun baru...So adakah matlamat sue ni kabur?...Apa yang ditulis dalam buku tu " Seseorang yang kabur matlamat hidupnya..tidak akan mampu melangkah dari tangga ke tangga yang seterusnya." " HIDUP TANPA MATLAMAT IBARAT MENEMBAK TANPA SASARAN"..So..nampaknyer sue kenalah buat post mortem balik...why matlamat sue tak tercapai?....

Kadang-kadang tak dinafikan kita terlalu tergesa-gesa untuk mendapatkan hasil dalam apa sahaja perkara yang dilakukan....Namun akhirnya akan gagal atau hasil yang diperolehi tidak berkualiti...Akhirnya wujudlah ketidak puasan dihati...

So..sama-samalah kita menerobos kembali sempadan dalam diri dan try untuk bertindak CEMERLANG....




MENEROBOS SEMPADAN DIRI

MENEROBOS SEMPADAN DIRI...Errrr..nice jer tajuknya...sebenarnya ni adalah salah satu hobi sue juga..membaca....
Sebenarnya buku ni dah lama dibeli..tapi baru ni nak membacanya...Ya lah..buku ni tersimpan dalam laci meja opis...hari ni kebetulan berkemas....jumpa buku ni....So..ambik peluang baca....
Sebab nipis jer....so sekejap jerlah ambik masa untuk menghabiskan membacanya....Bagus isinya...harganya pun murah jer....Macam-macam ada dinyatakan..
Apa yang menjadi penghalang kemajuan diri, petua2 untuk menerobos sempadan diri dan banyak lagilah.....Bacaannya santai jer...mudah difahami....
DETAIL

Tajuk : MENEROBOS SEMPADAN DIRI
Oleh : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah bersama :
Hj. Muhammad Zakaria & Zizi Azlinda Mohd Yusof
Harga: RM 19.90





Selamat Tinggal Sayang

Errrmm..boring..semalam satu hari..duk membaca novel Selamat Tinggal Sayang ...Novel ni nath berapa kali dah diulang baca sebenarnya...Nak tau sedikit sebanyak sinopsis nya baca sini lah link...Membaca novel juga adalah salah satu hobi sue sebenarnya...Tapi sekarang ni dah lama tak membeli novel...Baca novel pun dah jarang juga...Sebabnyer...hobi duk merayau di alam maya dah jadi hobi utama plak skang ni....Hii..hii....

Donia

DONIA..hasil penulisan Lamia Aimal....novel ni paling top pada zaman time aku sekolah dulu. Tapi tulah..silapnyer aku tak memiliki novel ni....novel ni pun dulu aku pinjam dari diah kawan aku...Dalam pada pinjam tu pun....2 ke 3 kali gak la aku ulang2 baca novel tu...
Donia telah berjaya mengumpul peminat setia Lamia Aimal. Donia memang antara buku yang menjadi pilihan sepanjang zaman. Kisah cinta genre ini memang sering mendapat sambutan di kalangan pembaca-pembaca di malaysia terutamanyer bagi pembaca wanita la. Donia, ...kira kisah cinta selepas kawin la.. i also like storyline yg macam ni. Boleh dibaca berterus terusan, sedar2 dah abis, dan tak mustahil akan dibaca berulang- ulang. Cerita dia tak boring, ada saja yang berlaku dalam hidup Lisa dan Harris , watak utama dalam novel ni. Ada cinta, ada harapan, ada adventure, ada kejutan.. a good package utk satu buku.seorang gadis yang baik dan bersopan santun, Nurlisa terpaksa memutuskan hubungan kasih dengan kekasihnya kerana terpaksa menerima keputusan ibu bapanya utk mengahwini Haris. Semua ini berlaku gara-gara dari wasiat yg diturunkan kepada Haris. Haris membina syarat tersendiri dengan Nurlisa dan menerima perkahwinan itu. Namun apa yang berlaku selepas itu.....masing-masing mula menyimpan rasa cinta. haaa...nak tau cerita dia lebih lanjut..pg la ke kedai buku yang berdekatan untuk mendapatkan senaskah novel ni..hee..hee
Yang pasti aku berani jamin yang korang semua pasti akan terpikat dengan hasil penulisan Lamia Aimal.....

Janji Kasih

Bahagia bagaikan sebutir berlian yang terjatuh ke laut. Dan laut itu pula penuh dengan tipu muslihat......ke dasar mana hendak digapai? Ia sama juga dengan tragedi Saliwati ditangkap khalwat di bilik profesornya.
Perkahwinan yang berkecai di tengah perjalanan usia ke hari tua antara emak dan bapanya menimbulkan tragedi. Emaknya bernikah dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya. Lalu Saliwati terperangkap insiden dicabul bapa tirinya yang bagai singa Afrika mahu menerkam mangsanya.
Zahim kekasih lamanya yang baik budi dan prihatin, berdepan dengan dilemaa apabila isterinya menyuruh berpoligami. Pekerti santun Saliwati telah menjadi galang ganti antara rimbun kasih mereka suami isteri. Di matanya ada cinta, di hatinya ada setia. Namun Huzairi yang kematian bapa angkara Tsunami terlebih dahulu telah mengumpan cinta Saliwati.
Bagaimanapun wasiat seorang isteri akhirnya telah menghadiahkan gerbang bahagia untuk Zahim dan Saliwati. Apakah Huzairi turut menikmati kemuncak janji itu? Jika hak untuk bahagia menjadi milik semua, kasih yang ada biarlah menjadi janji setia bersama..........
Haaa...ni sinopsis novel hasil tulisan Sri Diah..yang baru semalam aku beli.....Setakat ni aku belum habis baca lagi lah...baru sampai bab 2....so jalan ceritanya masih samar2 lagi......Sri Diah adalah salah seorang penulis favorites aku....selain dari Lamia Aimal...Ahadiat Akashah dan beberapa orang lagi lah..hee..hee...

Selamat tinggal sayang


" Aku ingin menjadi puteri'...kalau tidak puteri kayangan pun....cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri2 yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak2 yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab....melepaskannya jua satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun 'Dee' menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah 'Dee' terus bersembunyi......dan sampai bila Puteri harus digantung tidak bertali......

Haaa...tu lah dia skit sinopsis novel yang sedang aku baca ni...SELAMAT TINGGAL SAYANG..sape2 yang nak tau cita nyer...pg la carik kat kedai buku yek!....sonok sgt citanyer....aku dah 3 kali la membacanyer...

UDANG GALAH MASAK DIRAJA

Kebetulan big boss beli udang yang segar dan saiznya agak besar. Terus teringat resepi udang diraja ni yang dah lama save dalam instagra...