Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Donut Kentang Fatmah ..lembutt banget!

Assalamualaikum.. ^_^
Hari ni hari Khamis yer,bukan hari Isnin..maklum la,semalam cuti sempena pertabalan DYMM Di Pertuan Agung Yang Ke-14..kot2 ada yang rasa hari ni hari Isnin lak..siap2 dah setting mood monday blues ke,kan.. ;P

Nih antara menu sarapan semalam la nih. Sana sini orang mendonut ek..macam dah musim lak.. Donut kentang ni,walaupun tidak laa sesedap donut Bais..tapi memang lembut.. Agen pelembut dalam donut ni adalah kentang tu sendiri...
Hah? korang tak tau ke donut Bais tu apa? Ala,donut anak Izah..si bais.. dia 'buat' donut paaaalingggg sedap untuk adik dia..siap demo lagi makan donut tu.hahaha..lawak anak ko jah. Aku rasa patut di'frame' aje kertas A4 tu.. wat kenangan di hari muka.hehe..

Ah, berbalik kepada donut nih.. ia dicadangkan oleh izah gak..tq jah. Dari dulu gak nak cuba,tapi tertangguh2 lak.hehe
Alhamdulillah,memang lembut la donut nih.. dari luar tu kita picit2 memang lembut jek..bila gigit memang lembuttt.
Memandangkan agen pelembutnya adalah kentang,jadi kita mudah kenyang.hahaha.. resepi donut ni antara yang terbaik ikut selera kami sekeluarga..dan kategori paling lembut.

Tapi kan,memandangkan aku buat satu adunan , baki yang esoknya tu masih lembutttt lagi..cuma bau telur tu dah 'timbul' sket..maklum guna 4 biji kuning telur.. sebaiknya donut ni(mana2 resepi) elok makan yang baru digoreng,untuk hasil dan rasa yang terbaik..! Nak buat satu adunan pun,goreng secukupnya dulu..selebihnya goreng kejap,angkat dan sejukkan..kemudian frozenkan. Dah nak makan baru goreng semula..gitu. :D

Jadi korang yang tercari2 laaa selama ni dan selalu berkata2,'aku nak cari resepi donut yang lembut luar dalam lepas tu lembut semalaman dan sedap dimakan..'haa,maybe u should try this.. cepat2 kukus kentang dalam 2 bijik sederhana besar gitu.. semalam tu,aku rebus 2 bijik..dah lecek tu dan timbang,memang tepat jer 200g tak lebih tak kurang..heh.. :D

Terima kasih buat penyumbang resepi asal, Pn Fatmah dari Indonesia, kak Suzi,Kak Hana, Izah, dan kawan2 yang dah mencuba dan sebarkan resepi nih yer.. antaranya Mas, Kha, Anna, dan raaamaaii lagi..sori kalo tak tersebut di sini..bukan lupa tapi tak ingat.. :D
Minta ijin lak nak share kat sini supaya senang nak rujuk di kemudian hari..tq2

DONUT KENTANG
Resepi: Fatmah Bahalwan
sumber: kak Suzi, kak Hana & Izahdaut
By:HaSue


Bahan-bahan

500 gr tepung terigu protein tinggi *saya guna gandum
50 gr susu tepung
11 gr ragi instant
200 gr kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gr gula pasir
75 gr mentega *saya guna marjerin
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais

Cara-cara

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat

Di sini aku angkut juga tips membuat donut oleh Pn Fatmah.. tapi aku guna acuan donut jer..hee..

TIPS

Sukses Membuat Donat Kentang
:: Penulis : Fatmah Bahalwan

Membuat donat sesungguhnya sangat mengasyikkan! Asalkan kita memberi perhatian khusus pada beberapa hal, Insya Allah, donat akan bundar cantik, dan lezaaat....

Siapkan semua bahan terlebih dahulu tanpa ada yg boleh ketinggalan satupun, meski garam sekalipun.
Ingat aturan bikin roti, ragi gak boleh ketemu garam dan atau mentega ya. Nanti raginya mati, gak mau mengembangkan adonan. Garam dan mentega masuknya setelah adonan setengah kalis.
Haluskan kentang sampai benar-benar halus, kalau perlu pake blender, supaya adonan bisa licin dan gak gradakan :)
Setelah Halus Dinginkan kentang sebelum dibuat Donat. Terus kalau tidak dalam keadaan dingiiiinnn...waaa.., raginya langsung mati jeh.
Buat adonan hingga kalis elastis, ikuti step by step pada resep, hingga ketika dibulatkan permukaannya halus licin. Bulatan yang halus dan licin akan membentuk donat yang bulat cantik ketika digoreng/merekah.
Istirahatkan adonan lk. 20 s/d 30 menit (tergantung cuaca), tutup dengan plastik spy permukaannya tidak kering.
Lubangi bagian tengahnya, goreng dengan panas sedang (supaya donat matang sempurna sampai kebagian dalam).
Menggunakan sumpit, buat gerakan memutar pada lubang donat ketika donat mulai digoreng dan merekah, agar bentuknya membundar cantik. Gerakan memutar (sentrifugal) akan membantu terbentuknya donat yang bundar.
Bila salah satu sisi sudah kuning kecoklatan, segera balik, teruskan menggoreng sampai kedua sisi coklat. Angkat. Tiriskan

udah paham yaa ibuk2 bapak2 sekalian..jadinya donut itu harus dibundar dan dilubangi ditengahnya ya.. emangnya hasilnya nanti lembut yang amat dong! selamat mencuba yaa..permisi..!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 9, 2011

Resepi: Donut Sira Sambal.. Mesti cubaaa!

Haa ni kesinambungan dari entri donut pagi tadi,klik SINI untuk melihatnya..
Korang juga boleh guna mana2 resepi donut untuk tujuan murni ini..

LinkTakkan asyik2 nak toppingkan donut dengan gula kisar,jer kan..sikit2 gula..sikit2 gula..tak pun,coklat..sikit2 nak buh coklat..haa,tu aku laa tu.ahahak..ok laa,ok laa, takpe nak buh coklat sebab anak2 suka kan.. selebihnya cuba korang buat sira ngan sambal gini lak..sekali sekala ubah selera n cuba sesuatu yang baru apa salahnya..tul dak?

Kalau korang penggemar burger malaysia yang ada sambal n timun tu,lebih kurang gitu laa rasanya..tapi takde timun..aku kata lebih kurang,tak sama..yang ni best woh! Best tu susah nak gambarkan.isk

Menggiurkan,bukan? Tu belum rasa lagii..aduusss...kalo tak suka kuih manis2,memang best sesangat laa nak layan donut nih!

Resepi sira pedas atau sambal nih dari bakal besanku yang kini sedang cuti2 di kampung..hari tu nak naik pokok manggis katanya tapi tak kesampaian sebab dah kena tebang..padan muke ko besan,aritu ko menunjuk2 sangat yer..hakhak
Pastu kan,aku tambah bawang besar lagi agar ia lebih berkaramel nak gaul nanti.hee..sori besan,derhaka tak banyak takpe kan..ngeee~

Terima kasih kat Noorsha yang kongsi resepi n idea nih...akuk sukak!! Encik suami pun sukak jugak..korang pun mesti sukak..jadi cubalah yer..

Untuk resepi asal,sila rujuk link noorsha dibawah ni,siap ada cara2 bergambar lagi disertakan...

Resepi Sira Sambal
Sumber:Noorsha@1001 Cerita 1001 Rasa
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

RESIPI SAMBAL SIRA
Sumber Resipi : noorsha.blogspot.com

Bahan² untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1/2 labu bawang besar-hasue tambah
Garam secukup rasa- hasue tambah

10 -15 biji Donut yang telah digoreng

Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba :)

Sebaiknya selepas disira,terus jer angkat donut tu dan buh atas pinggan ye, kalau tak ia akan sedikit melekat kalau masih kat kuali selepas beberapa jam.hehe..ni macam terjadi pada aku jer kan?huehue..

Mabelesss..mabelesss...!!Sedapppp bangett!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Resepi: Donut Mayo

Termasuk semalam,3 hari berturut2 aku mendonut..cuma yang 2 kali tuh aku buat donut biasa aku buat tu..hari ke tiga baru aku terbuka hati(terajin sikit) nak cuba resepi lain lak.hehe..tu pun sebab resepi nih lebih kurang jugak dengan resepi donut biasa aku buat tu..cuma tambah mayonis aje..pastu yang ni tak buh garam..pada aku best nak buh garam sebab dier garing sket la kat luar tu.. terpulang selera masing2 ye..

Apa2pun aku masih guna kaedah biasa aku buat ..gini laa kalo tak berapa rajin nak tunggu doh naik dan takde BM pula nak tolong uli..macam orang2 itu kan*ayat jeles(hehehe)..
Pastu memang best jer buh mayonis dan menambah kegebuannya..

Resepi asal oleh Ros,dah dicuba berulangkali oleh AnnaQawina,Mas, dan Izahdaut..dan ramai lagi yang dah cuba..aku amik resepi dari ijahdaut jer..terima kasih semua sekali yer..

DONUT MAYO
Resepi : Ros jintanmanis.com
Sumber: Anna Qawina & Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahannya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis (ros guna mayonis kimball,Ana guna Jasma Mayonis)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti. >hasue blend gula+tepung susu untuk saduran donut

CARA-CARA :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. -hasue guna kaedah INI(klik)

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Jemput jamu mata..macam biasa...

Akan menyusul petang nanti resepi berasaskan donut juga..hee..insyaAllah..tungguuu!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 2, 2010

Tips Membuat Burger Kampung Dan Donut

Burger kampung juga biasa dikenali dengan nama burger malaysia kan...tapi burger malaysia tu untuk tahap antarabangsa ler..kite duk Malaysia lagi ni takpe laa guna nama burger kampung..hikhik.. ada juga yang panggil burger sambal sebab inti kan sambal,bukan benjo..bukan daging or ayam..haha

Sekadar nak kongsi sedikit tips laa ek..aku kan ngah rajin nih..hahaa..terutama bagi penggemar kuih ini atau yang nak berniaga ke..mungkin ia serba sedikit boleh menjadi panduan berguna untuk anda..

Macam biasa nak buat ni mudah ajer...guna doh donut bentuk bulat guna muncung gelas ke atau acuan bulat jika ada..terpulang laa nak saiz kecik ke besar mana..
Lepas tu, semasa menggoreng,masukkan doh yg dibentuk tadi ke dalam kuali,bila kelihatan kuih tadi sedikit kering kat atas tu terus balikkan tanpa menunggu sebelah masak..bila sebelah dah keperangan baru dibalikkan semula..
Ini untuk mengelakkan doh terlampau kembang dan membentuk ruang kosong seperti roti arab..tapi kalau suka terbentuk ruang tu terpulang lah yer..

Burger nih sarapan pagi tadi..best n sedap sebab doh pun lembut dan sambal pun pedas masam manis gitu...
Yer..sambalnya harus tidak terlalu pedas, jangan terlalu manis ..kalau boleh semua rasa ada..
Sebaiknya jika sambal sudah terasa pedas,doh/kuihnya harus ada rasa manis..jadi ada keseimbangan di situ..

Dah nama pun dohnya dari donut kena laa tepek donutnya sekali yer tak..
Semasa hendak membentuk donut,khususnya menggunakan acuan khas, pastikan doh diangkat selepas ia dicanai..maksudnya selepas dicanai jangan terus di bentuk guna acuan yer...ini kerana doh mungkin akan terrr..tarik sedikit(leh paham ke tak ayat aku nih) dan menyebabkan donut terbentuk kurang cantik dan kurang bulat meskipun dah guna acuan khas kan..

Semasa menggoreng donut pula, jangan panaskan minyak dengan api paling kuat..cukup menggunakan api yang sederhana sahaja kerana jika guna api yang kuat juga,donut gorengan pertama akan hangus di luarannya...
Jangan menggoreng dengan api yang terlalu perlahan juga kerana ini akan menyebabkan minyak berlebihan menyerap ke dalam donut.. jika ini terjadi,donut kita akan terasa berminyak di bahagian luarnya dan meresap sedikit ke dalam..

Donut ni kalo nak sedap jangan guna gula halus semata2 untuk toppingnya, campurkan sedikit tepung susu semasa mengisar gula..ia lebih sedap dan kurang manis..
kemudian simpan dalam plastik bersih..masukkan donut dalam tuuu...goncang2kan ler plastik tu...senang kan!tak perlu nak golek2 donut tuh guna tangan..hehe

Untuk resepi penuh..sila rujuk ke sini..klik > Resepi asas donut yg lembut atau Donut lagi(cara2 buat donut bergambar).. leh tengok resepi penuh kat situ..

Bagi yang tak suka letak telur..boleh laa gantikan telur tersebut dengan 1 sudu kecil bread improver untuk hasil yang sama.. Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 5, 2009

Donut....!Donut...!Lagi2 Donut..!

Salam...
Ehee..sape nak donut??Jom buat Donut sendiri jom..
Haa..ni sarapan pagi tadi..
Abanglong request donut topping coklat..
sebenarnya nak n3 pagi tadi,tapi tak sempat..
Sebabnya dalam kul 8.30 pagi tadi bawak anak2 gi klinik sebab demam..
So hari ni secara automatik jadi nurse tak berapa nak terlatih ler..
Nanti citer pasal tu eh..

Ni nak tayang gak donut nih..
Bagi yang lum pernah cuba membuat donut,sila2 laa beli tepung barang segenggam 2...hehe
Resepi nih amat mudah dan amatlah sekejapnya..
Kalo bagi yang bekerja pun boleh buat sekelip mata..
Biasanya saya buat untuk 1kg kurang 15 minit dah siap menerap...dah terap susun tunggu kembang je lagi..(kalo nak xpress sangat kadang2 memang terus goreng!)Tapi x sebest yang kembang tu laa..

Tapi untuk donut yang lagi gebu tu,selepas diterap..tunggu sehingga naik 2x ganda..
Sementara tuh boleh laa mandi manda ker,wat air ker..joging ke..siram bunga ke..agak2 dah 20min,boleh panaskan minyak..tengok dah kembang boleh laa digoreng kan...

Resepi ni juga dah kongsi kat myR..sila rujuk kat sini
Selepas nih nak kongsi 1 lagi resepi donut yang agak best juga..
jadi sape lom tr yang nih sila2 laa try dlu eh..

Bahan2:
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara:

  1. Donut
    Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung,x kuasa tggu lama2..hee
  2. Donut
    Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Donut
    Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Donut
    Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Donut
    Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652.Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
  6. Donut
    Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  7. Donut
    Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Donut
    Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Nak ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada kawan2 di myR yg telah sudi mencuba n menghantar laporan..
Untuk melihat laporan kawan2 yang telah berjaya menayang kegebuan donut masing2 sila rujuk sini eh.. DONUT

Jadi jangan cipta alasan malas nak buat donut sendiri lagi yer..takde bread maker pun donut menjadi juga..!hehe..Kalo ade lagi laa bertambah menjadinya... :D

P/s: Satu lagi makanan untuk orang sedang berdiet!ahaha...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...