Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Thursday, 30 October 2008

Nagasari

pisang

Ini salah satu kuih pebret bapak aku kat kampung. Bukan apa...gigi dah tak kuat, dia suka kuih yg lembut2 jer. Selalu kan kuih nagasari ni bungkus dgn daun pisang ala2 tapai tu..dikukus. Tapi sbb stok daun pisang aku sempat wat alas pinggan jer, so aku pon modified la kuih ni. Instead of bungkus daun aku kukus jer pakai loyang. Rasanya sama jer...cuma kurang feel la, sbb tak boleh nak kelebet2 daun tu bila makan.Satu lagi kuih ni sgt sesuwai utk sesapa yg ada stok pisang yg dah nak expired. Zaman2 inflasi ni jgn membazir, selagi buleh makan..makan lah labuuu!!!

Bahan2 pulak,aku main agak2 jer taw..takde sukatan yg specific.Cuma bahan2 kat bawah ni buleh wat guideline.

Bahan2:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 bijik pisang masak ranum
1 cawan gula (ikut suka manis)
3 cawan santan
Secubit garam

Cara2:
Masukkan tepung gandum & tepung beras dlm bekas. Masukkan gula & garam . Gaul rata. Kemudian, masukkan santan. Kacau rata biar jgn bergentel.Kemudian, masukkan pisang yg sudah dihiris2 (mcm dlm gambar tuh). Kacau rata. Test dulu rasa manis, masin semua. Kemudian, masukkan dlm periuk dan masak dgn api perlahan. Sentiasa kacau sehingga tepung separa pekat. Lepas tu, masukkan dlm loyang 8 inci yg sudah digris dgn minyak dan kukus. Anggaran time kukus tu dlm 1/2 jam hingga 45 minit. Biar tanak supaya kuih tidak cepat basi. Bila dah masak, sejukkan sebelum memotong.

Thursday, 9 October 2008

Kuih Raya 2008

Hopefully tak terlambat kalo nak mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ..sowwy la..manyak hal la lately nih. Sejak semnggu sebelum raya...sampai lah la ni..banyak sgt aktiviti kat Sheffield ni. Dari majlis buka puasa sampai lah hari raya..open house lagi...kalah menteri kat parlimen u...ahaks!

Takpelah...meh tgk kuih aku tahun ni..nasib baik dapat 2-3 ketul lagi sebelum jadik serdak... Resepi takdak specificla..aku ikut style org dolu2..masuk gula butter tepung..pastu penyek rupa ikut suka. Yang penting rasa tetap mabeles...heheheheh!

Walau pon kuih korang lagi grand, tapi aku dgn kembang idongnyer mengisytiharkan...INILAH KUIH RAYA AKU YG PERTAMA KALI AKU BUAT SENDIRI!!
kuih raya

Ada ChocolateChip Almond, Tart Nenas, Biskut Suji & Almond London.

* Aku cuma nak bagi tips utk bagi biskut ala 'melt in ur mouth'...sangai kering dulu tepung gandum tu atas kuali. Sangai tu goreng tanpa minyak la. Pastu ayak kasik halus balik dan gunalah sesuka hati selepas tu. Pasti kuih raya korang very the gebuh gitu. Itu utk org yg desperate mcm aku yg duduk kat bumi yg sejuk ya amat nih lah yer...Kalao kat Mesia, biasanya mak aku jemur jer kat bwh sinaran matahari sekejap.

Saturday, 20 September 2008

Murtabak

murtabak

Resepi murtabak segera dari MyResepi..Komen? Senang giler dan sedap!! Besh...5 mintang i bagi kat resepi nih!

KLIK UTK RESEPI MURTABAK SEGERA

Friday, 12 September 2008

Koci Pulut Hitam

koci

Teringin sgt nak makan kuih koci. Semalam telipon ibu kat Mesia,citer pulak pasal kuih koci...adushhh..meleleh terus! Nak tak nak, aku turutkan juga kata hati nak wat kuih koci ni. Lagipun, aku nak perabih daun pisang yg keras kematu ni..Resepi simple jer..cuma aku belom sempat nak type. I bery bz u ollss! nanti kalo aku da buleh napas sikit, aku tempek worait!

.............................................................................

ok..time untuk mengexpose kan koci terlara aku nih...

Bahan2: untuk tepung
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil garam
1/2 cawan air ( anggaran)

Cara2:
Campurkan semua bahan & bancuh sehingga buleh dikepal.

Bahan2: untuk inti
2 cawan kelapa parut putih
(aku pakai desiccated coconut)
1 cawan gula merah
1 cubit garam
1 sudu besartepung gandum
1/4 cawan air

Cara2:
Gaulkan kelapa bersama gula merah & garam. Masukkan air. Kemudian, masak atas api sehingga agak kering. Kemudian masukkan tepung gandum. Fungsi tepung gandum dlm inti ialah untuk bagi dia senang dibulat2kan.

Bila tepung dan inti dah siap...buleh la mula membentuk. Amik sedikit tepung dan bulat2kan.Leperkan atas tapak tangan yg dan masukkan inti yg sudah siap2 dibulat2kan juga. Tutup tepung rapat2 & bulat2kan. Potong daun pisang dlm bentuk bulat kemudian, buat bentuk kon. Masukkan tepung & inti tu dan bungkuslah.Kukus dlm 25 minit cenggitu.

Tips: Selalunya org kampung akan rendam dlm minyak tepung yg sudah dibubuh inti.Minyak tu aceli untuk taknak bg kuih melekat kat daun.

Puding Cendol

cend

Typo error la itu gambar...

Salah satu pemanis mulut yg aku cuba wat dlm bulan pose nih..

Resepi nanti tempek no..tak cukup tangan la dek non!

.................................................................................
Resepi ni mmg amik kat MyResipi.com..timasih utk tuan punya resepi..tuntung15. Disebabkan aku pun salin, korang pun salin jer lah yer....aku tolong tempek kan..heheheh!

KLIK ...RESEPI PUDING CENDOL...

Tuesday, 9 September 2008

Popia Basah

popia

Ini antara kuih pebret ever after aku kalo pegi pasar malam. Kalo dulu, selalu tunggu giliran siap amik nombor lagi beratur nak makan popia basah kat pasar malam seksyen 18. Popia S.A Ali kalo tak salah aku. Popia dia mmg mabeles walaupon yg buat tu semua abang2 rock gituh. Walau dah jauh nun dari bumi Mesia, kuih ni tetap menjadi pujaan hatiku. Tapi, masalahnya kena wat sendiri la. Timasih pada Kak Umi-e sebab dia yg publish resepi kulit popia ni kat MYResepi.com. Aku pun try. Masa mula2 dulu, kulit mmg selalu koyak, tp dah lama2 ni...dah ok sgt. Puas hati!

Oh ya..ada reader blog aku yg mintak resepi popia basah. Entry dulu mmg aku x buh resepi. Jangan marah yer...ha amik ni..salin..salin..!

Bahan2:

(dlm 12 keping gitu)
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan air
1/4 sudu garam
2 sudu besar cuka masak.

Cara2:
Gaul kesemua bahan dan peram sekurang2nya 1/2 jam. Bila dah perap, amik non stick dan hidupkan api sederhana. Kemudian amik sejemput tepung tadi dan oleskan pada kuali tu dgn gerakan dari luar kedalam. Buat pusingan satu arah sahaja. Biar kering dan angkat, ta yah terbalikkan.

Bahan2 inti:
2 btg carrot (hiris halus)
1/4 kobis (hiris halus)
1/2 biji bwg besar (mayang
2 sudu besar udang kering dah kisar
1 sudu kecil minyak utk menumis


Cara2:
Tumis bwg besar & udang kering.Kemudian masukkan carrot & kobis. Masak sehingga sayur layur.

Tips: Carrot tu mmg aku suruh potong halus instead of sagat. Saja bagi rangup2 sikit.

Bahan2 untuk sos:
2 ulas bwg besar (dikisar)
Cili kisar
air asam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 1/4 cawan air)
Gula dan garam

Cara2:
Tumis bahan kisar sehingga kering. Kemudian masukkan air asam sedikit.Gaul2. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung. Fungsi tepung jagung nak bagi dia likat sikit. Kemudin perisakan dgn gula & garam.

Bahan2 lain:
Kacang tanah tumbuk. Sangai kacang, buang kulit & blender.


Cara2 menghidang.
Amik sekeping kulit popia. Sapukan rata dgn sambal di seluruh permukaan. Kemudian taburkan kacang tumbuk. Pastu buh inti sayur dan gulung.

Saturday, 6 September 2008

Portugese Egg Tart

tart

Pemanis mulut selepas berbuka....lagi satu variasi puff pastry.

Bahan:

Puff pastry secukupnya (apa2 jenama - kat Sheffield buleh carik kat Bangla Bazaar jenama Jusrolls)
3 biji telur kuning
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan whipping cream/double cream
1/4 cawan gula pasir
1/4 sudu kecil vanilla flavour


Cara2:
Gelek puff pastry sehingga leper. Kemudian bentukkan dlm mould tart. Tekan2 dan ratakan hingga kemas.

Kemudian, satukan semua bahan cecair. Isikan 3/4 dari acuan. Sambil tu panaskan oven 180 darjah celicius. Bakar dlm 20 minit.

Friday, 5 September 2008

Talam Ubi

ubi

Semalam pegi kedai beli puff paratha, jumpa ubi frozen. Tak banyak pikir, aku pun rembat la sebungkus. Dalam hati, kan sedap kalo wat talam ubi.Aku pon survey resepi kat MyResipi.com, Sofinar punyer. Mmg simple dan sedap sebab rasa gula & tepung tu..mesra gitu..x terlalu manis & lemak2 berkerim. Cuma yg aku frust, kuih aku bila area yg tgh loyang tu..bhgn bawah tu ada macam lapisan keras camtu? apsal yek? Aku rasa sbb ubi tu frozenla...dah monopouse..takde kanji.

Apapun...check resepi kat sini yer...KLIK

Thursday, 4 September 2008

Vegetable Puff

puff

Hasil lepas geram aku lepas pi ziarah blog Mamavogue dgn Mat Gebusss...

Lepas roger2 Mamavogue lokasi kedai berhampiran yg jual puff paratha, aku pun dgn zassss nyer terus merembat 2 bungkus. Dengan kembang kuncupnya aku balik dari kedai,terus operasi membungkus inti ala2 inti karipap tu.Hajat dihati nak wat kuih utk moreh tadarus asben aku malam tu.

Bahan2:
Puff paratha
Inti karipap : aku buh keledek, kentang, mixed vege..

Pasembor

pasembor

Satu idea utk org yg dah takde idea nak masak apa...boleh tahan kenyang jugak makan pasembor nih. Cukup dgn semua zat lagi...ada karbo dari cekodok, protein dari ayam, fibre dari sayur2an...hehehehe!

Untuk Resepi KLIK sini ok! Ulang tayang entry lepas jerrr....

Thursday, 28 August 2008

Kuih Lapis

lapis

Dah lama aku carik resepi kuih lapis yg senang tapi sedap. Akhirnya, ketemu juga dgn resepi Bro. Rozzan yg sedap gilerrrr! Aku bagi 5 mintang kat resepi ni..inilah yg aku carikkk!!

Bahan2:
150 gram tepung beras
30 gram tepung hoen kee
400 ml santan kotak
160 ml air

Untuk air bancuhan air gula:
180 gram gula pasir
150 ml air
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Cara2:
Bancuhkan tepung beras & tepung hoen kee dgn santan dah air. Kacau rata & ketepikan. Perap selama 40 minit.

Sementara tu, masak air gula. Buh gula, air, daun pandan dan masak hingga gula cair. Sejukkan.

Bila air gula dah sejuk, dan bancuhan tepung sudah diperap selama 40 minit...campurkan air gula dlm adunan tepung. Kacau rata . Tapis jika perlua utk memastikan adunan rata. Kemudian bhgkan kepada 2 bahagian. Satu warna merah ..satu warna putih. Untuk adunan warna merah, lebih sedap kalo kita bubuh pati sirap ros. Kuih akan jadi lebih wangi.

Kemudian panaskan periuk kukus. Sediakan loyang 8". Sukat adunan warna putih sebanyak 100 ml. Tuang ke loyang. Kukus sehingga masak atau lebih kurang 10 minit.Ulang proses dgn kaler merah dan seterusnyer hingga siap. Bila dah siap, tunggu sejuk baru potong.

Nota: Kalau nak dpt kuih lapis yg buleh dibukak atau dicerai2 antara lapisan, mesti pastikan tepung tu masak betul baru letak lapisan demi lapisan.

Thursday, 21 August 2008

Kuih Kasturi

we

Resepi org dolu2 ni mmg tak lapuk dek ujan dan x lekang di telan dek tekak org moden sekarang ni.Bila dah puas nafsu mencekik ciskek, kekadang tu tekak ada rasa gak nak makan kuih2 tradisional ni. Kuih ni aceli kuih last choice kalo beli kat gerai kuih pagi2 nak pegi keje dulu. Melainkan, makcik kuih tu jual kuih ni jer...aku beli la jugak. Tapi, bila dah lama2 ni, rasa rindu pulak nak makan kuih ala2 inti kcg hijau. haaa...jadikla kuih kasturi ni. Mak aku rajin wat sbb dia suka makan..aku x penah buat sebab selalu mak aku jer yg wat, aku tukang makan...hehehehehe! ok..resepi recall2 resepi mak..cenggini la bunyiknyer...

Bahan2:
1 cawan kcg hijau (rendam semalaman)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan kelapa parut
secubit garam
1 sudu kecik tepung jagung

Bahan tepung salut:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
pewarna kuning atau 1/4 sudu kecik serbuk kunyit

Cara2:
Rebus kacang ijau hingga empuk.Keringkan airnyer atas periuk. Kemudian, masukkan gula merah,pasir,kelapa,tepungjagung & garam. Tumbuk2 sehinga rata. Bila dah rata, kepal2,buat bulat2 dan leperkan.

Kemudian bancuh tepung salut. Buat adunan tepung mcm nak goreng pisang tu.Panaskan minyak. Celup kacang hijau yg dah leper2 tadi dlm tepung dan goreng dalam minyak yg sederhana panas.

Friday, 15 August 2008

Cucur Udang

cu1

Kuih utk kudap2 minum petang arini...

Resepi dari buku Chef Norzailina Nordin yg di copy oleh CMG utk aku..timasih Ck Mat!

try

Bahan2:

Udang basah (dlm 10 ke 15 ekor)
100 gram tepung gandum
125 ml - 130 ml air rebusan kepala udang
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Garam

Cara2:

Bersihkan udang. Ambil bhgn kepala udang dan rebus. Dapatkan 125 ml -130 ml air udang tersebut. Sejukkan dan ketepikan.

Campurkan tepung, soda & garam. Bancuh perlahan2 dgn air rebusan kepala udang tadi. Bancuhan hendaklah tidak terlalu pekat atau cair. Yang sedang2 sajaaaa....

Masukkan minyak penuh kedalam kuali. Panaskan minyak dan rendam senduk yg nak dijadikan mould tu. Bila senduk tu cukup panas, amik sesudu bancuhan tepng dan bubuh dalam senduk, bubuhla udang tadi kata atas tepung tu. Goreng penuh dan cungkillah tepung dalam senduk tu dgn garfu secara perlahan2 semasa tepung separuh masak. Kemduian, ulang proses memanaskan senduk tu, masukkan tepung, udang & goreng la sehingga siap!

Utk sos cili:

Aku tak amik gambar zoom kat sos cili sebab masa blender cili tu,aku blend cili kasar sgt sampai buleh wat tampal seluar...heheeheh! kes express ma!

Bahan:

3 sudu besar cili kisar
3 biji bwg putih diketuk
2 keping asam keping
Gula & garam
Air 3 cawan

Masukkan air dlm periuk. Masukkan cili kisar, asam keping & bwg putih. Rebus sehingga air jadi separuh. Kemudian masukkan gula & garam secukup rasa. Siap!

Thursday, 14 August 2008

Apam Balik

apam

Apam balik resepi amik kat blog JO. Senang rupanyer nak wat apam balik nih..selama ni, main tunjuk2 jer kat pasar malam.Paling sedap mkn kat pasar malam hari Sabtu kat Sri Andalas, Klang. Rasa nyamannnn..ahhh! Rindu betul zaman kecik2 dulu, makan apa pun sedap..siap berebut2 dgn adik2..hahahaha!

Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
sedikit warna kuning
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
1/2 sudu kecil baking powder

Cara2: Pukul telur & gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan yg lain. Adunkan sehingga sebati. Ketepikan dan perap selama 1 jam.

Bahan2 utk inti.
Gula
Mentega
Kacang tumbuk
Creamcorn


Bila adunan dah diperam selama sejam, panaskan kuali non stick. Amik sesenduk adunan tepung, tuang ditengah kuali..ratakan kebahagian tepi. Terpulang nak wat tebal mana. Tapi rasanyer resepi ni..lagi sedap utk yg garing. aku dah tolong test kan dah...Tutup dgn tudung kuali atau apa saja yg buleh menutup kuali tu sehingga setengah masak. Lepas tu buleh la tabur mentega, gula, kcg tumbuk & creamcorn.Bila dah garing, buleh la lipat dan angkat.

* resepi Creamcorn utk org yg x jumpa mcm aku...

Bahan2:

1 tin sweetcorn
1/2 cawan freshmilk
2 tbs gula
1 biji kuning telur
2 tbs tepung kastard

Cara2: Campurkan semua bahan dlm sauce pan & masak sambil pecah2kan jagung tu. Senang jer kann??

Thursday, 31 July 2008

Wajik

wajik

Bila kepla otak tgh blank, mulalah carik2 keje kat rumah ni.Boring dgn rutin harian...arghh...tataw apa nak buat! semua pun tak rasa rajin nak buat.Dah puas membelek pages kat internet, still blank! Selalu bila tahap bahaya mcmni berlaku, aku kena buat sesuatu..sebelom terlambat! Nanti penyakit 'M' tu datang! Bila dah datang lambat nak baik. So, aku mulalah menyelongkar kabinet dapur atas bawah..ada apa yg buleh dibuat yek? Jumpa pulut....gula merah ada!apa lagi...santan??? emmm...buleh jadik kuih apa yek??

Dah aku rendam pulut...but still tataw nak wat kuih apa. Aku kata ...ni mau kuih ikut gerak hati nih! Last2, dgn tahap 'pandai2' yg maksima..jadilah wajik nih. Aku mcm ada terbaca resepi wat wajik ..but ingat2 lupa. So, aku ikut suka lah..janji buleh makan da....

Bahan2:

1/2 kilo pulut ( sila rendam sekurang2nya 4 jam)
500 gram gula merah (kat UK..guna jer moscovado tuh!)
100 gram gula putih (atau ikut tahap manis lidah memasing)
2 cawan air
secubit garam
2 helai daun pandan
3 cawan santan (kalo santan tin - amik 600 ml)
1 sudu besar olive oil (sbb santan tin xder minyak -nanti tak kilat)
Daun pisang secukupnyer.

Cara2:

Kukus pulut sampai masak. Untuk pulut yg lembut, pastikan air dlm bekas pulut tu separa dgn pulut semasa mengukus.

Dalam masa yg sama, masak gula merah & gula putih dgn 2 cawan air tadi.Masukkan daun pandan yg dah disimpul.Masak sehingga mendidih & pastikan gula hancur. Kemudian, masukkan santan tadi & olive oil. Kecilkan api. Masak sehingga gula jadik likat. Peringatan! Bila gula + santan dimasak, adunan itu akan membuak sekiranya api terlalu besar. Gunakan api sederhana atau kecil. Kacau sentiasa & jagalah api tu spy gula tu masak likat elok. Bila gula dah likat, masukkan pulut tadi. Kacau rata2.Pastikan semua pulut disaluti gula. Sebab kadang2 ada pulut yg berketul.Bila dah ok, matikan api.Amik daun pisang dan alas atas bekas yg nak diguna.Tuang perlahan2 dan ratakan. Untuk menekan pulut tu kasik padat, salut tg dgn plastik dan tekan2 lah sehingga padat. Biarkan sehingga wajik ni sejuk barulah dipotong.

Tips: Kalo wajik tu disalut dgn daun pisang lagi besh! Baru real rasa wajik kampung tuh! Aku cuma wat lapik jer daun pisang tu, biasalah...daun pisang limited edition!

Friday, 25 July 2008

Cakoi Inti Kacang

cakoi

Resepi CAKOI basic klik di sini. Yang ni cuma sumbat inti kcg merah jer..selalu boleh jumpa kat pasar malam ni. Saper yg teringin nak buat, cuba lah! Sedapppp...

Thursday, 24 July 2008

Apam Tapai Pulut

apam

Ha..idea nak memperabihkan tapai pulut aritu dtg! Apa kata kita buat apam..instead of guna tapai nasi, kita guna tapai pulut! Boleh jadi ker yek? Resultnyer...jadi beb! saper kata tukang masak tak perlu bijak?...tukang masak pun kena kretip jugak! Tak gitu CMG??

Bahan2:

250 gram tepung beras
1 cawan tapai pulut
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 1/4 sudu kecil serbuk ENO

Cara2:
Blend semua bahan diatas kecuali serbuk ENO. Peram adunan sekurang2 nya 4 jam dlm mangkuk. Kemudian, campurkan serbuk eno bila bancuhan sudah ready utk dikukus. Kacau rata serbuk eno tersebut & kukuslah selama lebih kurang 15 minit utk acuan cupcake seperti dlm gambar.

Friday, 18 July 2008

Apam Inti Manis

inti

Dah tataw nak buat kuih apa yg senang & sedap...buat apam inti manis la jawabnya....

Bahan2:

3 biji telur ayam Gred A (yg sejuk - buh dlm peti sejuk la)
275 gram tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (campur dlm tepung & ayak)
220 gram gula castor
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila

Inti: Aku buh inti kcg merah segera jer..."M"...hehehehe!

Cara2:

Masukkan semua bhn dlm mixing bowl. Pusing perlahan kasik adunan sebati. Bila dah sebati, kasik pusing itu mixer sampai tahap maksima dan putar sehingga lebih kurang 8 minit atau sehingga adunan menjadi pekat. Bahagikan kepada 3 kaler..biarkan 1 bhgn utk kaler asal. Panaskan kukusan dan siapkan acuan yang telah dialas dgn paper cup. Sudukan 1/2 camca teh adunan kosong dan bubuh sebiji inti dan tutup dgn 1/2 camca teh adunan yang bewarna dan 1/2 camca teh adunan bewarna yang lagi satu. Buat hingga siap dan kukus atas air mendidih, 10 minit.

Tuesday, 15 July 2008

Pulut Panggang

DSC_0906

Hehehehe...aku rasa ada org tgh dok termenung tgk pulut panggang nih! Saper yg terasa2 kat tekak tu...meh la buat! senang jer...

Bahan2:

Utk pulut

2 cawan pulut (rendam ler sekurang2nyer 3 jam)
1 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Utk inti


1 cawan kelapa parut
2 biji bwg merah
1 btg serai
1 inci halia
20 ekor udang kering
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Bahan lain
Daun pisang
stapler
Minyak utk mengoles

Cara2:
Kukus pulut selama 1/2 jam. Lepas tu masukkan santan tadi yg sudah digaul dgn garam secukup rasa. Kukus lagi sehingga pulut betul2 lembut.

Dalam pada tu buleh mula buat inti. Blend kering bawang, udang kering,serai & halia. Kemudian ramas2 bahan tadi yg sudah diblend kat kelapa parut tu. Ramas sekali asam jawa & kunyit tu. Bila dah rata, masukka dalam kuali & goreng kering. Perisakan dgn garam & gula secukup rasa. Kalau pakai desiccated coconut, rendam dulu kelapa tu..lepas tu masa goreng kering tu, bubuhler santan pekat sehingga kelapa nampak lembab. Masak dgn api kecik sehingga keperang2an atau masak.

Bab daun pulak, layur dulu atas api kasik dia lembut & buleh digulung & dilipat. Lepas tu amik kitchen towel, bubuh sedikit minyak dan oleskan minyak tu kat daun pisang ( belah dalam - yg x kilat)...lepas tu..mulalah bubuh pulut..dan inti dibhgn tengah...gulung kejap2. Kalo nak lebih kemas, gulung atas tikar sushi tu..lagi kelas u!!! Kemudian lipat bhgn tepi & stapler. Kalo lebih tradisional & rajin, gunalah lidi. Bakar atas grill pan dgn api kecik dlm 10 minit camtu. Wokeh..sekian ..itu jer la!

Wednesday, 9 July 2008

Kuih Puteri Ayu

DSC_0307

Dah lama teringin nak test power wat kuih puteri ayu nih. Acuan dah ada, takkan nak wat perhiasan jer kat rumah tu kannn! Walaupun bukan diantara kuih pebret sepanjang zaman aku, tp..baloi gak cuba resepi nih. Lembut, gebu & yg penting menjadik!

Jumpa resepi kat MYR..Resepi Rossitamz rupanyer...buat 1 adunan...mak ai! pny la dpt bnyk...dpt dlm 40 ketul gitu! itu lah angkara tak sabor2 baca resepi..nak cepat ajer! Hambek ko...saper nak abiskan nih?? Apa lagi.. panggil agen khas utk tolong habiskan..ahakss! ampoon yek puan ruhil..nama u interprem!

Bahan2:

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
Pewarna hijau
2 camca teh paste pandan
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi - aku x baca betul2, so x buh tpg ubi = kelapa ku berderai)

Cara-cara :

Mula2 panaskan kukusan. Oleskan sedikit minyak kat adunan kuih tu, ketepikan.Then...barulah,pukul gula, telur & ovalette sampai kembang.Lepas tu, masukkan santan, tepung yg sudah diayak, baking powder & pandan paste. Kacau sebati.Ambik sedikit kelapa parut yg sudah digaul dgn sedikit garam & tepung ubi, tekan2 kasik mampat dlm itu mould. Masukkan adunan kedlm acuan sehingga paras penuh dan kukus sehingga 5 minit.