Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label Doorgift. Show all posts
Showing posts with label Doorgift. Show all posts

Monday, February 28, 2011

VIP doorgift ready!

hye.

just a teaser from me.
layan doorgift yang Jaja order dari  favorart.

kualiti ok.
cuma yang Jaja tak puas hati bila dia tak dapat print nama Jaja kat doorgift ni.
dah di print tapi comot! so dorang ganti dengan tag. yang best free of charge 100 tag! ok ape.
tema pun colourful gitu. tapi takpe la. i still like them :)
sebab murah dan yang penting mereka sangat kiut.

p/s : tunggulah gambar real wedding. 
Jaja janji upload banyak2!
biar readers sume muntah ijau :p

Wednesday, December 15, 2010

working on paper bag tag

salam girls!

semalam dapat idea buat paper bag tag. memang Jaja plan nak buat tapi malas nak godek photoshop lagi. fikir-fikir balik why not Jaja guna je brown paper bag label yang Jaja buat, crop and edit tarikh je. kan senang namanye. tak buang masa nak fikir design. lagipun nampak la ckit seragam gitu. idea recycle namanya. heh. kertas pun Jaja tak payah beli sebab kertas Jaja buat kotak doorgift sabun Jaja banyak yang lebih. Jaja tak buang.sambil post entry ni Jaja print 600 pc.
balik kampung nanti tunggu nak gantung kat paper bag je.

layan jom paper bag tag yang Jaja buat.


tips untuk gantung tag ni kat paper bag. kalau nak cantik sikit dia punya lubang, sila punch dengan punch yang bersaiz kecik. paper punch saiz 1/8" sangat la sesuai. nak cari kat mana? Jaja suka g paper boutique kat mid valley. camane rupanya? nah tengok yang Jaja beli ni.



Thursday, November 25, 2010

damask take out box

salam sayang semua :)

tadi kan Jaja tersepak benda ni masa jalan-jalan kat google. lepas tu terus jatuh hati.
Jaja tengok sekarang ni ramai suka masuk door gift pakai take out box atau noodle box.
cantik kan? Jaja suka sangat sebab nampak unik! Jaja saja gatal2 tangan pm price quotation kat satu website ni. dorang ni kilang kertas kot. sape berminat terus pm mereka ye? klik sini 
Jaja tanya if nak order 600 pc brape harga. sangat murah! dorang boleh bagi 60 sen including postage. 

tapi ada berita sedih. encik b tak luluskan. YA TIDAK LULUS!
encik b nak survey dulu kat nilai 3. beli yang ready made. yela2 Jaja tak DIY doorgift. Jaja budak baik ye encik b. tak degil. ikut cakap orang tua :p tapi betul jugak kata encik b. Jaja maybe tak sempat nak DIY doorgift lagi. sebab project DIY Jaja dah berlambak yang pending.

ok sekarang Jaja sedar diri sedikit. akibat kekecewaan Jaja tempek jugak gambar damask take out box yang Jaja idam-idamkan sangat tu. kalaulah Jaja ada 10 tangan. haih ngeri lah pulak!





dengan ini Jaja amanatkan kepada bride-to-be lain untuk meneruskan impian Jaja yang ini.
buh-bye take out box. tunggu orang lain ye DIY kamoo

Wednesday, November 24, 2010

diam-diam ubi berisi

hai!
haa jangan ingat Jaja tak update blog maksudnya Jaja tak buat pape untuk wedding preps!
berani ye gitau Jaja hangat-hangat tahi ayam. hihii emo sekejap.

for time being tak sempat nak menempel kat blog. sempat berlari-lari anak je. heh! Jaja terpaksa rela jadi pengawas SPM kat sarawak tahun ni. so dari 23 november sampai 15 disember Jaja akan tukar profession sebagai guard menjaga budak-budak hingusan menjawab SPM. ye ayat emo lagi sebab tak dapat balik! Jaja nak kawen okeii. banyak lagi Jaja tak settle. kang ada gak b2b yang mengamuk masuk paper. haih!

ok tak mo emo lagi. tak baek. lagipun keje yang Jaja buat ni mulia. cuma tadi emo sebab penat. dari pagi sampai petang berdiri dan berpusing-pusing dalam dewan peperiksaan.
berbalik pada wedding prep. sekarang ni Jaja sedang DIY kertas untuk di lapik dalam kotak love shaped soap Jaja. tak ingat yang mana? haa ni nak marah ni. yang ni lah. (sambil hentak2 kaki!)

 
lapik love shape soap kat atas tu dibuat daripada tali nillon yang dicarik-carik. tapi untuk lapik love shaped soap Jaja ni, Jaja guna kertas crepe. ada jual kat popular. 80 sen je sekeping. Jaja beli 4 pc so total lost = RM3.60 (je!). Jaja beli kaler teal sesuai dengan warna baju kawen Jaja. kaler teal.
opss nt jaja tunjuk baju kawen Jaja. lupa lah nak tunjuk.

so dah nampak kan?
Jaja pakai baju kaler teal & tema rumah Jaja black & white damask :)



ok berbalik pada kertas crepe yang Jaja beli. setiap malam jari Jaja giat mengunting dan mencarik kertas crepe ni supaya beliau menjadi gebu. gebu cam ni haa.

selepas proses penggebuan, boleh la letak dalam kotak. Jaja ada testing dalam kotak sample. kotak yang betul belum buat lagi. tunggu nak print damask pattern. kertas pun belum beli lagi.



encik b. jari Jaja dah tak gebu tau sebab nak bagi menda alah ni gebu. tolong jangan tolak duit hantaran ye. tak gebu je. tapi masih cukup sifat. ok Jaja rasa kena berhenti menaip. kalau tak makin tak gebu jari Jaja ni.

sila jangan layan entry ini.
ini adalah luahan hati dari seorang cikgu yang emosional
ngeeeee!

Friday, November 19, 2010

brown paper bag label for majlis akad :)

tajuk sudah bercerita.

sejak cuti sekolah ni idea Jaja for wedding datang mencurah-curah. masyuk je! malam ni Jaja buat label untuk brown paper bag. dulu Jaja berangan nak DIY brown paper bag untuk doorgift kenduri Jaja nanti tapi hampeh. Jaja cancel coz rumit dan tak cukup masa. so, nak buang sayang lak tengok brown paper bag yang bersepah-sepah dalam kotak. so Jaja decide guna jugak 100 pc brown paper bag untuk doorgift majlis akad nikah pada 12 MAC 2011 (insyaAllah). dalam brown paper bag tu nanti Jaja nak letak  chocolate chip cupcake + gula-gula. biasa kat Kelantan, malam akad nikah buat tecik je. makan family dalam 100 org camtu. doorgift pun acty optional je. tanak bagi pun takpe. tapi kalau bagi lagi bagus.



Jaja dapat damask design dalam hard disk. tak tau lah dari website mana. dah lama jadi koleksi. asalnya template ni pembalut coklat. Jaja edit sikit dan jadikan label brown paper bag Jaja. nanti balik semenanjung, Jaja print kat glossy paper. 1 A4 paper dapat 4 label. so Jaja cuma perlu print 25 pc je. masih bertemakan damask black + white :)

print kat A4 biasa dulu for sample :)
tadaa! dah siap pun :)
tak cantik pun. huh!


ok tak cantik. 

"encik b tolong luluskan label yang hampeh ni cepat
sebelum cik Jaja marah. hehe!"

Wednesday, November 10, 2010

wedding favors yang unik dan murah :)

masa hunting favors ideas Jaja bump with satu blogshop wedding favor ni .klik sini untuk tengok sendiri. mula-mula saja nak cuci mata. tapi lama-lama terus jatuh cinta. sangat unik dan murah! semua Jaja suka. sampai nak juling mata Jaja duk ulang tayang favors kat blog ni. biasa ada gak berkenan kat blogshops lain tapi agak mahal. Jaja dah order 100 pc pun tapi yang mana satu Jaja pilih itu rahsia! haha! nanti tak surprise la kat vip guests Jaja. nak tau gak ke? ok lah Jaja bagi clue. favors yang Jaja pilih salah satu daripada favors kat bawah nun. zazzz layan dulu gambar.

AMARAN:
PASTIKAN MATA ANDA TIDAK JULING SELEPAS MELIHAT MEREKA!
 
kissing couple salt n pepper shaker

shy couple salt n pepper shaker

cute mini glasses

love bear salt n pepper shaker

 
mereka sangat kiut kan?
sapa setuju angkat tangan!! :)

Friday, November 5, 2010

pyramid box tutorial




request from my FB friends. ada yang tanya Jaja
beli kotak piramid doorgift majlis pertunangan Jaja kat mana?
d answer is DIY! buat sendiri je. reduce cost dan puas hati.

so kali ni agak rajin untuk tulis tutorial.
jom layan kotak pyramid Jaja yang selekeh itu:

sebelum mula, sila download template ni:

(klik untuk tumbesaran)

bahan-bahan diperlukan:

1) kertas kad saiz A4 (160gsm ke atas)
2) gunting

langkah demi langkah:


1) ambil kertas kad saiz A4 dan print dulu template yang Jaja bagi kat atas nun (optional). template tu Jaja bagi just untuk bagi ada corak kat pyramid box nanti. if nak buat plain je pun boleh. if ada corak sendiri pun lagi ok. Jaja just bagi yang Jaja buat kalau ada yang berminat.


2) ini la rupa lepas print template Jaja bagi tu.


3) bahagikan kertas kepada 2 dan potong.


4) potong lagi 1/2 A4 tadi menjadi segi 4 sama.


5) gunting bentuk 3 segi di keempat-empat bahagian kertas (rujuk gambar)


6) lipatkan bahagian yang Jaja buat garisan hitam.


7) tadaa! dah siap pun pyramid box. untuk hiasan, korang tebuk la lubang di setiap penjuru pyramid dan ikat dengan ribbon. kalau rajin tambah tag supaya pyramid box tu nampak lagi personalized.

selamat mencuba!

Saturday, October 30, 2010

DAMASK am in love!

jatuh chenta yang amat kat DAMASK!

hasil hunting hari ni Jaja dapat idea for doorgift
and of coz mesti damask!
i found this from a wedding vendor (tak ingat la website die)
it cost u RM6.50 per piece (soap included)

canteq kan?
tapi tak affordable untuk bajet Jaja
tapi yang bestnye Jaja dah ada love shaped soaps ni kat rumah

Jaja dah ada! ya dah ada!

Jaja order sabun2 ni awal tahun dulu dari website ni
1 piece cuma RM0.42 je. betul tak tipu.
ini untungnye kalau rajin hunting. edisi puji diri sendiri. heh!

so my next DIY adalah buat kotak damask black + white
macam kat dalam gambar tu untuk sabun2 Jaja supaya nampak exclusive.
(exclusive la sangat!)

cara buat kotak sama dengan kotak invitation Jaja tapi
saiz lebih kecil (2" X 2" x 1.5")

BERAPA KOS ???
sabun = RM0.42
kotak (2 pc A4 card paper) = RM0.36
total = RM0.78
cincai harga sekali ngan ribbon + tali rafia untuk lapik sabun dalam kotak
RM1 / pc

Jaja jimat lebih kurang RM5.50 untuk 1 doorgift.
wow bayangkan kalau korang darab ngan 1000 pc??
pakcik kayoo! heh!

tapi Jaja nak buat 200 pc kotak je kot untuk vip
the rest Jaja just letak dalam uncang organza putih macam ni

(abaikan tag love christmas tu)

wish me luck!

p/s: masih lagi mencari barang untuk sumbat dalam paper bag doorgift.
for time being Jaja plan 3 barang je

1) telur
2) nata de coco
3) love shaped soap
4) ???

thinking of tetris glass / cute vase / anything under RM5

help me!


Thursday, October 28, 2010

brown paper bag.. shuh..shuh..

masih ingat lagi tak post Jaja pasal brown paper bag? Jaja pernah post dulu kat sini. Jaja dah dapat pun brown paper bags tu and u know what. Jaja rasa Jaja dah buat

BIG MISTAKE!


Jaja blurr jap bila tengok brown paper bag yang plain tu. Jaja call mak tanya ok tak? then mak pun geleng kepala (walaupun Jaja tak nampak kot handphone kepala mak) so Jaja decide untuk simpan je brown paper bags tu dalam kotak. tak jadi untuk doorgift coz Jaja tak larat nak DIY doorgift Jaja.

give up?

taklah bukan give up. i love to DIY. really2 love too. tapi memandangkan Jaja still ada banyak lagi nak settle untuk DIY scroll invitation Jaja, Jaja rasa Jaja tak mampu nak buat lagi DIY untuk doorgift. sumpah kalau Jaja buat pun confirm tak cantik. sebab Jaja takde masa. lagi 4 bulan! oh tidak! banyak lagi Jaja nak buat. even dah banyak Jaja settle kerja2 besar (catering+wedding planner+photographer) but still Jaja masih lagi excited nak buat itu dan ini. dah la hari2 hunting barang kawen sekarang ni. mata pun dah merah asyik mengadap skrin.

eh, melencong tajuk lak.

so kesimpulannya Jaja nak ucap selamat tinggal kat brown paper bags tu. shuh... shuhh... nyah kau semua dari diari kahwin Jaja. bulan 12 nanti Jaja beli paper bags yang ready made je kat nilai 3. nilai 3 tunggu Jaja datang tau.

Friday, June 18, 2010

Sticker Design


Malam nie xtau nk buat apa.. paper exam banyak lg tak marking tp orang kampung kata "not in the mood".. so godek2 adobe photoshop design sticker untuk tampal kat brown paper bag nanti..
so tadaaa ni la hasilnya.. bye!




[headache]

Dari semalam lagi Jaja fikir nak bagi apa for doorgift.. (padahal bertunang pun belum lagi) try la goggling.. tiba-tiba dapat idea nak bagi doorgift custom made brown paper bags dan dalam tu letak:

1) Telur (mak Jaja request ni, WAJIB letak!)
2) Sabun mandi (guess soap yg macam kat hotel2)
3) Puding Nata De Coco

Truly Jaja tak nak letak sabun mandi.. nk letak tali tasbih, tapi survey kt Mydin ada yang RM6.90 sedozen tapi macam ringan dan tak elok sangat buatannya.. so, fikir punye fikir (sampai tidur pukul 3 am).. Jaja decide letak 3 mende nih.. budget 1 doorgift tak lebih RM1.50 pown.. (bajet ciput je)

So, sepantas kilat Jaja email tuan2 punye kedai yang boleh supply mende2 ni..

brown paper bags + sticker Jaja order ngan ilikecard..
suke paper bag ni coz unik n yg penting save bajet..
paper bag RM0.12, sticker RM0.28 so total RM0.40 each
JIMAT kn?? ngeee~

lebih kurang macam ni la rupenye nanti tapi kaler teal =)

Itu baru luarannye.. cerita dalamannye lak:

1) Telur:
Mak Jaja kata orang rebus telur mlm majlis tu.. so nt pakat2 la masukkan dlm paper bag ye?

2) Sabun Mandi:
Jaja order ngan Applelyhome heart shape guess soap 1 pc just RM0.42 je.. tp nanti Jaja akan balut ngan kain net bg cantik ckit.. xkn nk bg naked soap camtu je.. clap ari bulan, ade kes budak telan sabun kt kampung :P


3) Puding Nata De Coco:
yang ni Jaja xsurvey lg harge.. tp rasenye xmahal pown if beli byk2 carton kn?

----------------------------------------

mesti ade yg cakap

"Apsal la Cik Jaja ni dh tempah sume2 ni?? nak kawen tahun depan lmbt lg!"

dan Jaja akan jawab
"Jaja cume blik 2x je ke kg before wedding.. raye untuk tunang Jaja balik 1 minggu tp of coz la xsempat nk prepare pape untuk wedding coz Jaja tunang time tu.
Then, Jaja balik bulan 12 pn 2 minggu je(Jaja dipakse rela jaga SPM hjg thn ni kt Sarawak..huuuu~)
so Jaja xde masa nk prepare brg2 ni sume..
1 lg sebab Jaja xnk mak kalut2 nt.. yela mak Jaja sorang2 je nk urus sume (Abah dh xde 4 thn lepas, Al-Fatihah kt Abah).. dh la mak Jaja ade migrain.. Kire cam langkah selamat untuk jadi anak yg xmenyusahkan org tua bile nk kawen la ni lebih kurang.."

Jaja pn tak tau betul ke tak tindakan Jaja tapi Jaja senang hati setakat ni..
Mak Jaja pn xbantah.. harap2 readers sume pn support Jaja.. wink2~

---------------------------------------

Lupe nk bitau sal tarikh wedding.. Jaja planning ngan BF tarikh kawen
13 Mac 2011 (lambat sgt2 lg kn?)
then balik menantu 16 Mac 2011.. tp masih dalam perbincangan lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...