Showing posts with label SAL. Show all posts
Showing posts with label SAL. Show all posts

Sunday, August 22, 2010

Dari dua tempat yang berbeza...

Assalammualaikum dan selamat petang semua


2 teko ni dari pasar karat berhawa dingin
teko dan cawan ml di dari ML
rege kat sana mak oiii dah kalah rege kat alam maya
teko aladin je dah rm110.00
amoi kat situ mesti nak bandingkan dengan hg di internet
entahlah malas nak komen
sebab kalau nak beli, kalau tak nak senyap je
***
Masih lagi teko kangkung
shima memang lambat kumpul kangkung ni
memang kumpul pelan2 juga
entahlah...mungkin sebab selalu nampak atau ... tak mengizinkan
layan


Friday, July 2, 2010

Bila sudah jatuh cinta...

Assalammualaikum dan selamat malam semua
terima kasih kpd rakan2 seperjuangan (he he)..yg sudi singgah disini
dan meceriakan hidup k shima... sayang semuanya
***
nak share koleksi yang seciput ni
ini pun dapat dari inspirasi otai barang lama ni dan rakan seperjuangan
namamu terletak di atas sekali,
pastinya sakura kesayangan semua...
mula2 dapat teko dan cawan2nya last sekali dapat... maklumlah kena tunggu otai2 punya koleksi lengkap dulu..
baru anak buah boleh gi menyusun jari meminang.. he he gurau je
***
cawan tu pun dapat dari nannie yang terlebih hunting dan tasya antik.
sebelahnya juga kesayangan hamba iaitu single big ros semuanya dari cik tasya, teko dan cawan


baris tengah pula,
semuanya dimonopoli oleh two tone roses
ha ha... kenapa banyak sangat ini cawan,
mula2 shima hanya mendapat 2 keping pinggan dari ML
n3 kat blog... nak cari adik beradik, maka yang bestnya ramai informer
antik yang tunjuk jalan(bukan polis je ada SB)..he he ..jalan kebenaran...
***
1. adik Yatt... yang bg tahu Cik Mat ada jual cwn ni..terus pinang dgn cik mat dan belilah 4 set cawan ,,yg best dapat free 1
2. tasya pun offer ada cawan mulut lebar... so beli lagi
3. last sekali nannie pun offer juga cawan ni... tapi jenis lain,
terima juga... lagi pun dah rezeki kan, orang dah offer jgn jual mahal... mana tau, sebab susah nak dapatkan..hg pun ok
dan teko pun dari nannie
memang meletops betul kedai nannie ni...
***
oo ada seketul cawan menumpang kasih iaitu kekwa kuning EG dari Yatt
kena masukkan juga, sebab dia tinggal sorang je...mak dia biar kat luar dulu...comel sgt tak muat
tempat terakhir...
walaupun kedudukan ke3, tapi tetap pertama dihati k shima ialah 5 roses... yang majoritinya dari sabah dan sarawak... kat semenanjung dah habis stok masa tu...so shima beli dengan ryana dan nur dan green roses pun shima suka sangat, hanya anak2 je yang dapat isi kat dalam tu...mak2 dia bawa diri masing2... tunggu ya nanti kalau ada rumah baru
dan teratas sekali, mak-mak yang menunggu anak2nya.
(wow anak2 sekarang hantaran pun dah meningkat..ma)
***
dolly.. putih tu 4 helai pemberian ikhlas ryana masa kshima EG dengan R dulu... tqvm dik... kshima suka sangat walaupun sebelum tu almari ni tak wujud lagi, sebab k shima memang suka embroidery
***
dan k shima nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga
kepada semua yang telah melengkapkan hobi ini
secara langsung dan tidak langsung
***
he he apa lagi jom hunting... jangan putus asa

Wednesday, June 30, 2010

SAL update

Selamat malam semua, hari ni sungguh penat dan sedih juga
ni gara-gara nak beli barang lama...
tapi tak ada rezeki, macam nasi dah masuk kemulut ...keluar juga.
yang sedih sangat sebab k shima dah nak bank in 2 kali, tapi sebab tenet lembap reject...owner dah sold kat orang lain... salah k shima juga sebab k shima ingat bila dah kata ok dan minta no akaun.. seller tu tahu dan faham kita serius dan nak beli.
tapi rupanya tak macam tu. tak de rezeki,
tapi sampai hari ni sedih...
tulah kadang2 malas dan cam merajuk je nak layan barang lama...
he he ada orang lain kisah...
layanlah kesedihan ni sorang2
***
SAL k shima hanya setakat tu je..yang spring...memang dah tak usik sejak dua minggu lepas...dah tak larat nak tengok
yang ni pun dah malas nak tengok
tengah sedih lagi ni.. hu hu hu

Monday, June 21, 2010

Cara k shima buat x-stitch

Selamat malam semua

Still in progress...baru buat. berehat sekejap dari buat x-stitch scenery...asyik hijau je, jemu juga..tengok biru pulak


ha ha... ini masa mula2 nak buat, x-stitch, kshima memang kira kotak2 kecil tu 10 lepas tu garis sampai habis... masa buat ni rasa macam arkitek je, sebab nak tahu berapa besar dan sizenya... kalau tersalah kira, haru biru lah jawabnya
***
lepas tu seperti gambar di atas sekali
kshima tak suka buat setempat...sbb k shima ni jenis yang cepat bosan
(sebenarnya tak tetap pendirian)
suka bermain dengan warna
so kshima selalunya akan buat rangka dulu
(tapi yg ni kena kira betul2 kalau tidak tension seumur hidup)
sebab kalau dah buat rangka...senang je isi kat dalam tu
***
kalau nak cepat siap... jgn simpan kain ni
biarkan dia ternganga je kat dalam bilik
nak tidur nampak, bangun pagi pun nampak
so mesti sentuh sikit tiap2 hari
(heeee biar betul..konon2nya)
***
lepas tu... nasib2 lah sama ada siap atau projek terbengkalai
ha ha ha
ada projek yang mencecah lebih 10 tahun tak siap2 lagi
he he he
cara@ gaya je 1st class
k shima ni kontraktor kelas Z
***
p/s- nisa secara tak rasmi dan rendah diri dan macam perasaan tomak,
kshima follow nisa ya...buat kitchen dresser ni

Tuesday, June 15, 2010

SAL Summer - 4th update

selamat malam rakan2 semua,

sekejap je dah tengah bulan
so shima kena n3 kan, sal dengan nisa
rasa-rasa nisa dah siap kot
tu suprise tu...lambat muncul
layan jelah..nak relaks sekejap
maksudnya nak gi makan
he he...



Sunday, May 30, 2010

SAL Spring - 3rd update



Selamat malam semua
ok ni saja nak update .... setakat ni
layan la ya
komputer ni tengah meragam la pulak...

Tuesday, May 18, 2010

SAL Summer - 2nd update

Nisa ..u are not alone

Saturday, May 1, 2010

SAL Summer - 1st update

Salam rakan-rakan semua... fuuuh..
ni je yg shima sempat buat 2 hari yg lepas
banyak sangat program... kalah pm
tapi best gak buat sal ni...
supaya ingat mengingati, kalau tidak confirm pattern
ni akan jadi barangan antik juga..
lama disimpan
so...tahniah pada yati ..dah siap
k dee pun tinggal sikit lagi
alynn...banyak projek ya.. buz dah bertambah subsidiary
he he..tahniah
so apa lagi
ayomat gesek gooooooo

Thursday, April 15, 2010

SAL-2nd project

Assalammualaikum dan selamat malam semua,
Hari ni..shima dan nisa.....alynn jom start sal yg kedua
K dee dan yati ..insyaallah akan joint kemudian..
Sebenarnya pattern ni pun entah kemana..kena selongkar studio aka stor tu dulu .. he he
so shima copy je gambar lama
dengan rasminya boleh la start sal yg ke2 ni
Jom joint... ada sesiapa nak joint..boleh saje
Yea yea yea
Ole ole ole

Wednesday, March 17, 2010

SAL - update 15.3.2010

Assalammualaikum dan selamat petang semua,

he he.. sebenarnya k shima dah dua minggu rehat dari buat sal ni..tapi 2 hari lepas shima start balik sebab dapat motivasi dari nisa..tq nisa..tp belum siap lagi..ada satu kotak tertinggal benang 368..entah mana benang tu pergi dan backstitch dan longstitch.. so 99% siap..huhu
layan...
kalau nak sambung 2nd sal..teruskan dulu..ks nak rehat dulu
ingat nak tunggu k dee dan yati

Monday, March 1, 2010

SAL - 28.2.10

Assalammualaikum dan selamat petang semua,

banyak lagi yang rongak belum diisi... itu je komen saya..huhuhu
yang kelakar dah baca blog yati..tanya pada diri sendiri kenapalah yati ni n3 cepat sangat..kan ada 2 hari lagi...
lupalah pulak bulan ni bulan feb
oh tidak dah nak masuk 40..
banyak pulak penyakit lupa..
bukan apa cepat je masa berlalu pergi kan
emmmmmmm

Thursday, February 18, 2010

SAL - 15.2.2010

Selamat malam semua
maaf lambat update .. balik kg seminggu
internet memang tak ada.. balik sini pun tenet problem, nak bagi comment pun kat setahun..so kshima lintas hormat je blog kekawan ya
so inilah hasilnya...banyak lagi rongak
sebenarnya kemalasan melanda

tahniah kepada nisa dah siapkan projek sal ni dalam 4 n3 je...
memang pantas dan cekap
bila buat border atas tu..betul kata nisa...
kshima nampak macam kontot je..entahla..mungkin mata ks kot.
ok macam mana kita bagi nisa rehat dulu
atau nisa boleh teruskan projek SAL yg kedua
atau tunggu kita semua siap..
ok bagi cadangan ya.. kdee, alynn, yatie dan nisa
thank you and papai

Monday, February 1, 2010

Update 30.1.10

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Maaf, baru sempat update

Malu dengan adik2 yang menjahit dengan kemas dan tersusun maka k shima pun cuba mengisi ruang-ruang kosong yang banyak tertinggal... tapi masih banyak lagi yang perlu diisi... tunggulah ya
Tapi secara rasminya ahli SAL ni dah bertambah...
yea yea ...
1. Alynn
2. Yati
3. Nisa
4. K shima
5. K dee
Tak pe... take your time and strategy... he he he
janji siapkan ...one sweeeeeeet day

Friday, January 15, 2010

SAL - update 15.1.10

Selamat malam lagi sekali, n3 ketiga malam ni tentang project SAL... lupalah pulak nak update, nasib baik ternampak dalam blog yati.. tarikh pun dah lupa...
Strategi yang digunakan Bravo atau maksudnya berterabur...

k shima pun tak buat banyak mana pun.. maintain tu maksudnya tak bergerak .. mmmmm... cuma k shima cuba penuhkan daun pokok-pokok disebelah kiri je. k shima pun buat dalam 2 hari je, lepas tu stop busy (ayat klise). tak pe kita buat pelan-pelan, tak yah stress2... alynn dengan yati pun ada projek lain...kshima pun sama..
so take our sweeeeet time ye.
And Nisa tq sudi joint sama SAL...o nak buat gempak ya.. buat senyap-senyap...memang gempak pun 10 hari dah siap rumah... congrat2
K dee macam mana jom joint sama, happy sangat shima kalau k dee sudi joint kita orang, jom k dee dan lain-lain kalau sudi masih terbuka lagi. lambat lagi nak siap ni.
pattern, kain dan jarum boleh beli kat Craft Valley, benang rasanya semua kedai jahit ada..
Go Go Go...Ole ole ole....

Wednesday, December 30, 2009

SAL Spring - Update 30.12.09

Assalammualaikum dan selamat tengahari.

taraaaaaaaaa....
tak nampak apa pun bentuklagi ...bumbung bocor....daun pokok dua tiga helai..macam tulah keadaannya...rasanya tak banyak perubahan dari entry yg dulu...

Tuesday, December 15, 2009

SAL Spring - Update 15.12.09

Salam pagi selasa semua, kshima sebenarnya dah stop lama juga dari sambung buat x-stitch ni, tapi hari sabtu lepas, balik kampung, sempat capai x-stitch dan bawa balik ke kg.. tak ada aktiviti, pak we memancing malam dan pagi ahad, so kshima mengodek x-stitch... sempat siapkan sikit sebelah kanan tu.... itu sahaja..

Monday, November 30, 2009

SAL - 30.11.2009

Setakat ni yang kshima dah buat, kshima bila buat ni suka test macam2 color dan tak suka buat setempat, boring color ni, tukar color tu... walaupun benangnya masih ada lagi terlekat kat jarum, so inilah hasilnya...Taraaa

Monday, November 16, 2009

SAL - 15.11.2009

Salam untuk Alynn dan Yati... sorry lambat update, sebab k shima tunggu camera sampai. dapat je terus snap. sebenarnya k shima hanya siap warna hijau lembut tu +merah je pada 15.11.2009. tapi tadi sementara tunggu camera sampai k shima tambah warna coklat +black+dark green. malu la pulak... cenonet sangat siapnya. Setakat ni jelah mampu disiapkan. tunggu ya 2 minggu lagi, bergerak atau tetap sama... tungguuuuuuuuuuu

Wednesday, November 4, 2009

Stitch ALong(SAL) with Alynn




Wah projek terbaru, yang lama tak siap lagi. tak pe... Alynn.My cross stitch world ajak shima buat SAL... best juga, sebab ianya macam motivasi diantara satu sama lain untuk siapkan pattern dengan cepat. Jom kalau nak joint.
Syarat-syarat nya :
  1. suci hati supaya tak stress
  2. suka hati bila nak siap
  3. senang hati take your time
  4. kena check dgn alynn... alynn ada nak tambah tak?

due date sebenarnya tak ada.. tetapi kami tetapkan sendiri iaitu siapa yang siap awal kena tunggu pasangannya siap baru buat projek seterusnya. Setiap 2 minggu sekali kena buat entry kalau ada perkembangan.. kalau tak ada pun tak apa...

oo lupa nak beritahu, kami berangan nak buat 4 seasons pattern dari negeri cina ni.. gambarnya bila ditenung 2, 3x memang cun. Ada sesiapa nak joint buat gambar yg sama.. Salmi, Yati, ..atau sesiapa saja yang berminat. Kalau buat berpasangan lagi cantikkan.

Go go go... ole ole ole..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to qaseh creation
Designed by UMIESUEstudio 2015