Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label pulut. Show all posts
Showing posts with label pulut. Show all posts

Sunday, October 19, 2025

Pulut serunding



Pulut serunding untuk pot luck yassinan di surau kat kampung. sorang bawak sikit , bila dah letak semua atas meja tu diahhhh.... banyaknya macam nak kenduri je gamaknya. Tapi Alhamdulillah, lepas yasinan sambil makan dan gebang gebang ramai ramai, dapat lah memasing bungkus bawak balik untuk yang tersayang dirumah..

Bahan pulut:-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

 Cara membuatnya :-)

  1.  Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan

 


Bahan2nya
 
1 biji kelapa kulit basah, parut putih*
1/3 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata)
3 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 camca besar cili kisar (atau lebih jika nak pedas)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai, hiris halus*
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
4 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

  1. Kelapa parut yang telah digaul dengan kunyit tadi disangai dalam kuali selama 2-3 minit, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan udang kering, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan garam secukup rasa gula (selalunya serunding agak manis sedikit) dan daun limau purut, kacau rata dan biar masak sekejap.
  3. Masukkan kelapa tadi dan gaul rata, masak dengan api kecil sambil dikacau hingga serunding tadi kering dan ringan, tapi masih lembap. Angkat dan sejukkan


 

Monday, June 14, 2021

Pulut kukus dan rendang daging

bila terasa nak makan pulut kukus, maka merajinkan diri buat jugak lah... asalnya teringin nak makan lemang, tapi kan pkp ni membataskan bukan saja pergerakan tapi juga nak membeli barang makan2 seperti selalunya.. so yang lebih afdal buat jer lah sendiri.. yang penting keinginan tertunai lah... dan sebab rendang ni jugak lah yang membuatkan teringi nak makan dengan lemang.. tapi memadai lah dengan pulut kukus ni kan..terima kasih pada yang kongsikan resepi rendang dan tips nak membuat rendang tu.
Bahan - Bahan:
1/2 kg daging pejal
1/2 kg santan pekat
4 labu bawang besar  (blend)
6 ulas bawang putih (blend)
6 ulas bawang merah (blend)
2 inci halia (blend)
2 inci lengkuas (blend)
10 batang serai (4 btg blend, 6btg ketuk)
15 tangkai cili kering (blend)/4 sudu besar cili giling puteri
2 paket kerisik (1 paket 40g)-
1sk serbuk kunyit
1 helai daun kunyit (racik halus)
2 asam keping
Garam dan gula
Cara-Cara 

  1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar, serai ketuk.Masukkan cili giling dan gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging, gaul sebati dengan bahan tumisan hingga daging kecut sedikit.
  3. Masukkan santan, kerisik dan asam keping dan sedikit garam (LiNa Pg cuma gn 2sudu kecil garam).
  4. Biarkan rendang mereneh hingga pecah minyak.LiNa Pg masak menggunakan api kecil sahaja dan periuk bertutup.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan rendang hangit.
  5. Bila rendang hampir masak, masukkan daun kunyit yg diracik.Sesuaikan rasa.Tutup api

Tips Buat Rendang Daging Yang Sedap:
  1. Gunakan daging dari jenis daging pejal atau daging batang pinang supaya bahan-bahan mudah meresap dan lebih sedap rendang dagingnya nanti.
  2. Lagi banyak bahan-bahan kisar yang digunakan sebenarnya lebih sedap rendang tersebut.
  3. Masak rendang hingga terbit minyak, dan guna api kecil sahaja.Pastikan kuali bertutup atau guna periuk yang bertutup.
  4. Jika air semakin kering tapi daging belum empuk, tambah air sedikit demi sedikit.
  5. Ada pelbagai bahan untuk buat rendang mengikut resepi yang pelbagai sebab itu ada rendang yang berwarna kehijauan, ada rendang berwarna hitam dan ada juga rendang yang hasilnya berwarna coklat kemerah-merahan.
  6. Penggunaan kerisik antara tips atau petua yang meningkatkan aroma rendang, namun ada juga rendang yang tidak menggunakan kerisik tetapi masih tetap sedap.
  7. Penggunaan santan boleh juga diganti dengan susu cair atau  yogurt.Boleh pilih mana-mana kesukaan masing-masing.


 

Tuesday, February 23, 2021

Pulut santan durian

hmmm... puas dapat makan pulut dengan santan durian yang sangat sedap ni. dapat pulak durian yang isinya sangat manis dan tebal, makan pulak dengan kuah santan fresh memang sedap sangat lah... sepinggan cam ni memang tak cukup lah buat kak rose.. bertambah2 pulak jadinya..
jom kita buat pulut kukus dengan kuah santan dan durian fresh yang shoooshedappp ni.

Bahan-bahan 
Durian secukupnya

Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 cawan santan pekat + air secukupnya + secubit garam
2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 

Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.  Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.


Sos Santan
Bahan bahan:
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 sudu kecil garam - mesti ada rasa masin
1 helai daun pandan 
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung.  Terus dikacau supaya tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Boleh agak-agak kepekatan yang disukai. Pastikan sos santan mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis isi durian dan pulut.

 

Thursday, September 12, 2019

Pulut gulung serunding

 dikala ade sedikit kerajinan, maka terjadilah pulut gulung serunding ni...actually cuma masak pulut tu jer pun sbb serunding ikan ni en asben beli masa g terengganu tempoh hari. dah selalu akan pulut cenggitu jer ciciah dengan serunding, yang ni kita buat sedikit kelainan lah..tapi masa rendam pulut tu lupa pulak nak letak pewarna kuning, jadilah pulut yang pucat jer sudahnya.

 ratakan nipis pulut dalam loyang yang dah dialas dengan plastik, untuk mudah nak menggulung nnti.. tanbrkan serunding ikan diatas pulut dan ratakan... terpulang lah nak banyak ke sikit serunding tu, ikut lah tekak kita yang nak makan.. tekan2 sikit serunding tu pada pulut..

 dan dengan hati2 gulungkan pulut tadi.. nak mudah menggulungnya, kak rose guna bamboo mat yang untuk gulung sushi tu... gulung bagi kejap dan padat, lepas tu boleh lah potong dan hidangkan.

jom lah nikmati pulut gulung dengan serunding ikan ni bersama secawan teh o panas...

Thursday, November 29, 2018

Kuih lepat liat

Kuih lama yang jarang jumpa...

 bersungguh2 nak buat kuih ni, berusaha g kedai beli kelapa putih tapi dan dan tu pulak banyak na vitamin m dalam diri... so terbiar beku keras kejung dalam freezer. tapi bila ada kawan bagi daun pisang masa mengaji kahfi pada jumaat lepas, terus lah datang balik angan2 nak buat kuih lepat liat ni.. first time mencuba buat, jakun sket lah dibuatnya... hihi meh lah tengok resepi yang kak rose kongsikan dari sini. mekasih ya..

 Bahan2nya
 Bahan A
3 cawan tepung pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula

Bahan B
daun pisang untuk membungkus
kelapa  parut putih gaul dengan sedikit garam - untuk inti

 Cara memasak:

Satukan bahan A dan masak atas api. tak perlu hingga mendidih, cukup hingga gula larut dan tak berketul
Angkat dan tapiskan. biarkan sejuk
Kemudian tuang campuran tadi kedalam tepung pulut sedikit demi sedikit
Uli hingga adunan sebati. pastikan doh jadi lembut dan tidak keras
Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak dipermukaannya
Ambil dua sudu adunan, letak atas daun pisang tadi dan leperkan
Letakkan inti kelapa
Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan
kukus 40 minits dengan api perlahan
bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan
sedia untuk dinikmati...

 kelapa putih digaul dengan sedikit garam untuk inti... kalau tak suka boleh abaikan jer..

 adunan dileperkan dan isikan dengan inti kelapa dan bungkus kemas

off to the kukusan... dan 40 minit kemudian... dapat dah menikmati kuih lepat liat home made... 1st time buat, rupa memang hazab tapi yang penting rasanya... lemak manis gitu. sedap!

Friday, August 17, 2018

Kuih hari jumaat..

 pulut gulung inti manis yang pucat lesi... untuk buah tangan g mengaji Al-Kahfi.

 gulung bagi padat gunakan sushi bamboo tu... pas tu potong2 lah..

ade banyak, en asben boleh bawak bekal g office.

Monday, August 6, 2018

Kuih seri muka pandan

Asalamualaikum dan salam isnin, semuga semua sihat ceria hendaknya...

 kuih seri muka pandan keeper resepi.... sejak dapat resepi ni, terus lekat dengan yang ni jer... pernah jugak try yang lain, tapi yang ni jugak yang sangat menepati citarasa tekak kami anak beranak...mungkin sbb campuran tepung tu yang jadi bertambah sedap buat kak rose lah.. kalau ada yang nak mencuba resepi ni, meh kak rose kongsikan kat sini... terima kasih pada tuan punya resepi asal, dah berkali2 mencuba tapi tetap sedap...

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
 
Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Sunday, October 22, 2017

Hari Jumaat lepas..

 dari ini dan sengkuang,tempe, soon, tauhu kering, udang, udang kering yang tak masuk dalam ini gambar...

transform jadi cenggini..

dan....hmmm nyum nyum... 
juadah untuk hidangan sarapan setelah majlis bacaan majlis Al-Kahfi dirumah pada pagi jumaat.


dan part of 30 packs of pulut kuning dan rendang ayam untuk kawan2 yang datang..

sebahagian dari  kawan2 yang hadir untuk majlis bacaan Al-Kahfi...

Friday, September 22, 2017

Kuih hari jumaat kak rose..

 Asalamualaikum san salam jumaat buat semua kawan2... semuga semuanya dalam lindungan dan rahmat Allah hendaknya... buat kuih lopis pulut ni untuk mingguan gathering baca surah Al-Kahfi dengan muslimat kat kawasan tinggal kak rose ni...kadang2 tu dah tak tahu nak buat kuih apa untuk pot luck mengaji ni... dan yang penting nya kak rose ni kalau nak buat pun yang mudah2 jer... tapi yang mudah dan home made ni lah yang selalu jadi pilihan instead yang beli dikedai tu... kuih jumaat lepas pun nak jugak tepek kat sini...kira ok la tu kan..

 stok pilut memang banyak, so kuih yang mudah nya lipos ni lah... just rendam pulut n kukus...

 nak membulat dan memadatkan tu kak rose guna yang untuk gulung sushi tu..

 potong2 n salut dengan kelapa parut, air gula sediakan awal2. ha... kan dah siap kuih lopis kak rose ni ..
dan gader gader kami... masa kak rose amik gambo ni ramai lagi yang belum sampai..maklumlah mak mak dan nenek nenek... pepagi mestinya busy, so memang ade jer yang terlewat sampainya... hihi

Monday, August 14, 2017

Pulut serunding untuk Emma

 Asalamualaikum dan salam isnin buat kawan2 semua... muga tak de la monday blues hari ni kan... dan semuga permulaan minggu ini dihiasi dengan keceriaan yang berpanjangan... tapi tidak buat kawan kak rose ni... suaminya sedang bertarung nyawa diunit rawatan koronari di hospital akibat serangan jantung yang berulang.. semuga diberikan kesembuhan buat suami mu Emma yang kini dah masuk hari kesembilan dan masih belum sedarkan diri setelah menjalani dua kali pembedahan dalam masa dua hari pertama admitted. semuga ada keajaiban untuk pak jali sembuh seperti sedia kala. Insya Allah.

 dan pulut serunding ni kak rose buat untuk bawak g sepital, temankan kawan kak rose ni menunggu suaminya dihospital...sejak hari jumaat lepas, kak rose pun macam dah berkampung kat hospital menemankan nya. dari pagi hingga lah malam baru lah kak rose balik, masa2 macam ni lah sebagai kawan rapat, jiran dan kami ni dah macam adik beradik perlu memberikan sokongan untuk Emma menghadapi dugaan ini.. semuga anak2 Emma yang juga seperti anak2 mama tabah menghadainya... jangan putus berdoa... surah An-Nisa' ayat 164 iaitu "Wakallamallahu musaa taklima" doa untuk menyedarkan orang dari koma, Insya Allah dengan izin Nya....

it has been nine days dan masih bergantung fully dengan life support... semuga ada kesembuhan nya, Insya Allah.

Tuesday, August 1, 2017

Pulut gulung serunding


 
 pinjam gambo lama... yg ni guna serunding kelapa berdaging

Asalamualaikum dan salam August buat semua.... cepatnya masa berlalu! pagi ni kak rose tepek lagi sekali kuih hari jumaat ni, kali ni kak rose nak kongsikan cara nak buat atau menggulungnya... kak rose pasti ramai yang dah tau nak buat ni, saja la kak rose nak kongsikan jugak cara ni.. pulut tu kukus lah macam biasa jer, cuma kak rose buh kaler kuning supaya nampak menyerlah contrast dengan serunding tu... tapi gulungan kak rose ni tebal la sangat pulak dan serunding pulak nipis jer... so lain kali kena beringat agar jadi sebaliknya pulak..kepada kawan yang bertanya camner nak gulungkan, meh kak rose kongsikan caranya...

 memula letak pulut atas tikar penggulung sushi yang telah dialas dengan plastik lebar macam ni... taburkan serunding dan ratakan keseluruhan permukaan... kalau banyak serunding lagi sedap kan... lepas tu gulungkan dengan berhati2... dan gulung ketat2 agar pulut jadi padat dan mudah nak memotong nanti..

 bila dah gulung, jadi la macam ni... kak rose cuma ada satu jer tikar penggulung ni, so lepas dah buat tu kena biar tanpa tikar untuk nak buat lagi satu...so nampak lah sedikit herot merot gulungan tu kan.. pujuk hati sendiri la.... apa ada pada rupa kan!

 dah jadi tu, potong lah ikut suka... agaknya kalau potong serong pun elok jugak kot... nanti lah lain kali pulak boleh cuba kalau rajin nak buat pulut gulung serunding ni lagi..... boleh jugak kalau kita buat dengan inti manis, tapi agaknya pulut tu tak perlu nak dikaler kan... biarkan asli putih jer, mesti nampak cantik dengan kaler inti kelapa gula melaka... ishhhh!!! terasa nak cuba buat pulak dah!

dan ini lah hasilnya... kuih untuk buah tangan mengaji surah Al-Kahfi kak rose pada jumaat lepas... walaupun ada pulut inti manis dan jugak pulut serunding yang dibawak oleh jemaah lain, tapi pulut gulung kak rose yang cepat jer abes... just because rupa yang sedikit lain... hihi

Saturday, June 3, 2017

Iftar #7 sambal ayam penyet

 Asalamualaikum dan salam 8 Ramadhan
semuga kita semua dalam lindungan dan keredhaanNya

 
 pagi ni kak rose nak tepek menu berbuka petang semalam... meriah dengan macam2 menu untuk kami tiga beranak... hihi... tapi buat pun tak de la banyak, semua untuk sekali makan jer... cuma sambal dan pulut tu jer kak rose buat lebih dan bawak g mesjid... actually pulut biasa jer yang kita makan dengan serunding, cumanya nak bagi cantik dimata, tu yang buat gulung n potong2... kak rose guna serunding kelapa berdaging yang kak rose buat dulu dan masih banyak berbaki.sedap bak kata anak. kak rose makan sikit jer masa berbuka, takut mengantuk masa terawih nanti kan...

 sambal ayam penyet... walaupun tak de buat setnya, tapi anak dan en suami suka dengan sambal cam ni... dan ni kak rose buat banyak, boleh simpan dalam peti dan bila nak makan just reheat, sambal pun dah ready kan... tapi kak rose tak leh nak makan! allergic sangat to ikan bilis, jadi tukang buat saja lah! tukang masak akan sangat happy bila tengok dua beranak tu suka makan. nak resepi? meh kak rose kongsikan kat sini ya.... terima kasih pada Ijan,  tuan punya resepi asal.

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi (ikut ler kepedasan memasing ya)
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis- kak rose lebihkan
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa (kak rose omit ni)
  • (kak rose buat dengan ikan bilis yang banyak tapi cili merah dan cili api tu skit jer!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
 dan gandingan untuk sambal ayam penyet tu... salad apa yang ada dalam fridge, just potong2 and salad is ready untuk dihidang...

 udang goreng celup tepung... terbanyak pulak buatnya, sudahnya meratah macam cekodok pulak! tapi sayang sbb makan lepas bali dari mesjid, udang ni dah tak rangup dah! resepi batter boleh tengok kat sini ya...

 ikan tenggiri goreng bersambal, request by anak yang nak makan ikan sambal..

dan ini pebret kak rose... buah apa pun tak kisah, semua boleh ditekak kak rose...

Saturday, April 22, 2017

Pulut dan dayangnya...

 pulut mangga pulut durian, yang mana satu jadi idaman? bila kak rose post kat ig, ramai yang pilih pulut durian... tapi bagi kak rose dua dua pun sedap... yang ni kak rose guna mangga harum manis yang memang sangat manissss dan bila digandingkan dengan santan lemak masin dan pulut tu memang ngam sangat...
 en asben pilih yang dengan durian ni... tapi yang dengan mangga pun dia belasah jugak...


yang ni kak rose punya, siap bertambah2 lagi buah mangga tu...