Lanai Kijang

Lanai Kijang
Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Kena siapkan homework.... huhuhu

dapat award bersama dengan tag dari Madiha aka Ratna dan juga CT Norarizah....tp kak rose x pandai nak menjawap dan membuat homework ni.... jadi apa yg kak rose tulis kat sini tu lah dia....merapu meraban pun kira ok la tu kan...

sori banyak2 pada Madiha yg berikan kak rose homework ni….bukan x nak buat tp ada je alasan yg membuatkan x sempat nak selesaikan nya…. 2 hari ari tu berulang g incometax office…. nak buat clarification… kenapa lah derang charge sampai 6k++ walhal tiap tahun bulan buat caruman melalui potongan gaji…. bila dah cek tu rupanya ada tambahan2 yg kat bawah borang J tu yg kita x perasan…. hishhhh!!!!! derang ni satu sen pun x nak waive tp duit kita dia guna pada benda2 yg rasanya macam nonsense! so sekarang ni dah settle… terbang 6.5k …. Busu kata ma, boleh beli moto busu dah ni!... nnti la nak oi, mama settel yg ni dulu…

banyaknya merapu…. asal nak wat homework tp dah lencong jauh lak… ya lah homework lambat siap kena bagi reason kat cikgu la kan….harap cikgu x marah...... sambil melayan sakit gg lagi…. he he he… nak citer apa ek ttg kak rose yg kawan2 x tau lg….

seorang SAHM --- stay at home mother…. punyai seorang anak yg dah bujang tp he will always be my baby…. dan disayangi oleh suami yg sangat sporting…..tiap pagi sebelum g keja mesti kis2 dulu…. silalah muntah ya tp itulah kenyataannya…

berasal dari Batu Pahat, Johor dan hubby pulak berasal dari Kelantan…. kalau hari raya sllunya kami akan beraya di BP dulu pas tu barulah ke Kelantan pulak…. tp x semestinya kan…. mana2 pun sama gak sbb yg penting nak jumpa mak bapak kan… x baik nak gaduh2….

dulu penah kerja bank selama berbelas tahun, pas tu dah berenti keja plk ngan construction company yang listed kat mainboard KLSE, office ni depan rumah jer, so kak rose lenggang kangkong g keja 5 minits to the time…. tp bila derang pindahkan pejabat jauh dari rumah kak rose mintak berenti dan tukar ke company yg lain…. construction jugak dan kak rose buat purchasing…. mengendalikan projcet menyiapkan 3812 unit rumah untuk kakitangan kerajaan di Putrajaya…. dari sekecil2 bolt n nut hinggalah kren dan segala macam bahan binaan…. paling banyak order ialah steel bar, concrete, timber, scaffolding n cements… masa tu semua harga barang2 ni dah dalam ingatan jer…tp bila hubby kena pindah ke Langkawi terpaksalah berenti… dan sampai sekarang ----SAHM! tp ngadap komputer ngalahkan orang yg keja pejabat…. pagi sampai malam! x jemu2!

masa duk di Langkawi dan punyai banyak masa terluang barulah berjinak2 dengan blog setelah berbulan2 menjadi pengikut jer…. nak buat blog sendiri x pandai, hubby lak memanjang sibuk so pandai2 lah godek sendiri dan akhirnya sampailah sekarang dan harap akan rajin mengupdate sampai bila2 selagi terdaya! tu yg blog kak rose ni jarang2 nak ubah apa sbb x pandai pun…nak tuko langsir pun malas! terima kasih pada kengkawan2 dialam maya ni yg banyak memberikan tips dan dari situlah kak rose belajar sikit2…. maklumlah buta IT!

setelah ada blog ni barulah rajin mencuba segala menu yg terjumpa…. dulu masa sekolah menengah duk ngan arwah nenek, x de peluang nak masak, makan aje taunya… takat jerang air dan buat kopi itam tu kak rose tau la…. kopi kegemaran arwah. sayang sangat arwah nenek.. Al-Fatihah buat nya…. tugas utama masa duk dengan nenek ni ialah setiap petang sebelum maghrib mesti kena amik daun sirih untuk dia makan waktu malam…. jangan lah sampai terlupa… yalah duk kat kg, walaupun pokok sireh tu depan pintu jer tp punyalah takut nak kuor malam2…. takutkan gelap malam…. penakut dari dulu sampai sekarang!

selingan jap.... hantu naik beskal... takuttttt!

dulu2 rajin ikut arwah g petik kopi kat kebun…. tp yg banyaknya panjat pokok dan duk atas tu sambil nyanyi2 dengan sepupu ala2 bawang putih bawang merah…. aku nak kawin dengan anak raja! sampailah waktu nak balik…. bawak turun baldi kosong jer… mulalah pot pet arwah dengan perangai kami….manis sungguh kenangan itu….bila kak rose dah duk KL kami masih sangat rapat… sehingga semasa arwah nazak kak rose ngan hubby je lah cucu yg ada disampingnya sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya…. arwah meninggal sama dengan birthday hubby! tarikh yang sangat menjadi kenangan.

masa pergi sekolah naik basikal reramai…. Maklumlah sekolah kg, mana ada bas sekolah kan… kalau hujan siap pakai baju lain dan baju dan kasut sekolah bungkus dalam beg yang dibalut plastik…beg dulu2 yg cam kotak tu… tp masa tu happy je naik basikal ramai2… x de rasa penat pun…. suka adalah…

apalah punya merapu kan…. kak rose ni seorang yg sangat pentingkan waktu…. kalau janji mesti accurate… janganlah nak janji2 melayu bagai. memang kak rose x suka…. satu lagi kak rose cukup x suka dengan orang yg suka buang sampah merata2 dan jump q walhal orang lain elok je berbaris…. camner nak educate orang2 yg camni?

sekian saja kak rose nyer merapu meraban malam2 nih.... harap2 Madiha dan ct norarizah x jemu baca kak rose yg banyak merapu nih!

Friday, June 10, 2011

Tahniah n terima kasih


salam dan selamat pagi..... balik dari briskwalk td terus ngadap pc n nampak jambangan munger yang cantik dari Ummi sempena meraikan 3000 follower kat blog Home Sweet Home... apa lagi kak rose pun terus amik n tayang kat rumah ni. cantik kan...

tahniah dan sekali lagi terima kasih pada Ummi bagi bunga yg sweet ni... kak rose sllu sekodeng dapur Ummi cari resepi yg semua melotop2 tu... semuga HSH terus sweet n maju selamanya!

Saturday, April 16, 2011

Hari gantung kad

salam semua...... hari x masak, tp hari menggantung kad yg kak rose terima dari kawan2 yang baik ati.... terima kasih kerana ingat kat kak rose dan sangat hargai pemberian ini.... wah dah macam ucapan masa terima award lak kan.... dan dengan besar hati kak rose gantung kad ni kat rumah ya...

jambangan bunga yg cantik dari noorsafone.... terima kasih

dan kad salam kasih sayang dari kak Jee yg glamer.... mekasih jugak!

Tuesday, April 12, 2011

Gantung kad dari Mas & Nieza

doves in the meeting.... harap satu hari nnti kita semua dapat jumpa spt dove ni kan....

salam dan selamat petang semua..... hari menggantung kad dari kawan2 yang menyambut 1st anniversary blog. terima kasih pada Mas Duniaku dan juga Nieza Our Journey Begins yang menyambut bloggersary pada hari yg hampir sama kerana member kad ini.... tahniah, sekejapan je dah setahun kan, semuga persahabatan yang terjalin dialam maya ini kan terus berkekalan selama-lamanya. Insyaallah. tidak seperti burung diatas tu yang sedang menghadiri perjumpaan, kita punya meeting cuma dialam cyber saja, namun kita seperti berada dalam kelompok yang sama... masak2, pot pet dan bertukar2 pendapat....

kad yg cantik dari Mas Duniaku. tahniah Mas

kad yg terbang dari jauh, Finland. tahniah dan terimakasih Nieza.

untuk Mas dan Nieza, semuga dengan 1st anniversary ni akan ada nnti 2nd, 3rd anni dan seterusnya...hingga bila2. teruskan berblogging dan sharekan apa saja yang dapat kita kongsikan disini.... tahniah sekali lagi.

Wednesday, April 6, 2011

Award dari Kjee & Eiza

ni kali kedua terima award ni.... dulu dapat dari Love dan yg ni dari Kjee dan Eiza.... terima kasih pada anda berdua yg sudi memberikan award ni, tp lovely lovely ke blog kak rose ni?.... apa pun terima kasih ya dan kak rose dengan bangganya gantung kat sini....tp tang homework tu yg x brapa rajin nak wat la.... sori ek.... anak murid yg malas sangat nak buat kerja rumah! harap perkenalan kita dialam maya ni akan berterusan.... jee yg kak rose kenal melalui tulisan diakhbar tempatan satu waktu dulu.... terima kasih sekali lagi.

Friday, February 18, 2011

Award n Red pitaya

dapat award lagi.... tapi macam malu je nak terima sbb dah memang2 blog ni x de style apa lagi tuan tanahnya... mmg hancus! blog pun asik merapu meraban dan kopi resepi dari sifu2 masak yang tera2 tu..... dari blog2 mereka ni lah kak rose belajar memasak bermacam resepi yg dulunya x pernah berani nak cuba..... menjadi ke tidak bukan satu masaalah, yg penting kita cuba kan..... itulah cooobaan namanya! anyway, terima kasih bebanyak pada niezza yang nun jauh merantau dibumi Finland yang menghadiahkan stylish award ni dan dengan banggannya gantung kat dapur kak rose yg berserebaut nih. tq sekali lagi niezza sbb ingat kat kak rose ya.

so.... dah dapat award tu kak rose nak ajak niezza makan buah red dragon fruit ni, kat finland mahal kan?... yg ni kak rose bagi percuma taw .... gambar jer hi hi hi... jangan mare nnti cepat tue!
buah yg asal nya dari Mexico dan Amerika Tengah dan Selatan ni ada bermacam nama... pitaya, pitahaya, dragon fruit juga ada yg kata strawberry pear (ade ke ropa dia mcm strawberry?) as per yg cik google ni kata.... eaten raw, mildly sweet and low in calories. the flavour is sometimes likened to kiwifruit. (tp bagi kak rose ropa dan kaler dia semacam beet root.... merah merata semua benda yg tersentuh dengannya...) the red flesh is believed to be rich in antioxidants and has exceptionally high content of soluble fiber. It is considered a good source of vitamin C.

sllu bli yg isi putih tu, kali ni try yg merah lak.... x manis dan kaler merah pepel tu nampak sangat menggoda...

Sunday, January 30, 2011

Tahniah buat Yatiememories

salam dan selamat pagi semua..... terima kasih dan tahniah buat yatiememories...... ni nak kongsi kegembiraan dengan rakan maya yang telah berjaya mengumpul follower yang begitu ramai dalam masa setahun saja dalam dunia blogging.... sungguh hebat kan dunia masak2 ni..... kagum dengan yatie yang begitu sinonim dengan berbagai kuih talam yang menyelerakan.... bila la agaknya kak rose nak pandai buat kuih2 talam cam yatie ni kan? sekali lagi tahniah buat Yatiememories... semuga akan lebih berjaya dengan resepi2 yang superb! biar nanti kak rose akan dapat belajar dari yatie. sekali lagi tahniah!

Monday, January 17, 2011

Mari berkenalan dan award




Apakah status anda??
dah bergelar isteri dan punya seorang anak bujang dah!

Ceritakan tentang diri anda...
seorang yang sangat simple, dulu penah keja tp dah 5 tahun jadi SAHM.... jadi pejabat kat dapur je la, dengan jawatan manager dapur!

Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)
x de yg apa istimewanya blog masak2 dan cerita merapu meraban kak rose ni.... buat blog ni pun suka2 jer untuk isi masa lapang sebab SAHM kan banyak masa terluang.... eh betul ke ni? dan yg bestnya dapat ramai kawan maya dalam masa yg sama... sangat best!

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
memudahkan bertukar2 info tentang apa saja... segala info dihujung jari jer... kalau rajin mencari le!

Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
x pandai lak nak nasihat, sbb kita pun baru.... tp sendiri punya blog sendiri mau ingat le.... berhati2 dengan apa yang dicoretkan agar tidak mengguris hati mana2 pihak!

Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
x de apa yg uniknya.... blog masak2 yg semua resepinya cnp dari sifu2 masak diluar sana... terima kasih pada blog guru2 masak ni!

Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
sekaran ni pun kekadang dah malas sangat nak update, jadi x tau le sampai bila boleh menulis diblog ni.... impian? muga nnti blog seripayaku ni akan jadi tatapan anak cucu.... cam ramai anak jer kan?

Akhir sekali, kena tag org yg anda nak kenal sgt :
yg ni kak rose serahkan pada sapa2 yang rajin nak buat homework tu sila la amik, jangan malu2 ya




dan award keratip ni juga dari hana, macih ya. tp keratip ke kak rose ni? malu lak nak terima...sbb kita tau kita tak keratip!


:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCILyang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

Tugasan seterusnye....kena tag 5 orang... jika sudi la yer... tak buat takpe... tiada paksaan.. yang penting semuanya mmg kretipp...

kepada yang rajin nak buat homework ni.... sila la terima Creative Blogger Award ni.... dipersilakan ya.

Thursday, January 6, 2011

Tq Eyriqazz...

RM30 Haven Restaurant Cash Voucher

Alhamdullilah, pagi ni bukak je blog n tengok kat comments ada... jeng jeng jeng....

tahniah,anda salah seorang pemenang giveaway...

http://www.eyriqazz.com/2011/01/pemenang-give-away-haven-restaurant.html

sebenarnya kak rose menyertai GA ni untuk nak sama meramaikan tp Alhamdillilah sangat dapat jugak hadiah ni wpun bukan grand prize... tp syukur sangat.... dapat lah nnti g jenjalan cari makan kat restaurat yg glamer ni.... teima kasih bebanyak2 kepada blog Great Teacher Onizuka yg menganjurkan GA ni... Tq again!

Tuesday, December 21, 2010

Awards n tag, terima kasih kawan

dah lama cpllect tp sori sbb lambat nak gantung kat sini.... tag dari intan@jariintanku.... terimakasih ya... sangat bermakna wordingnya... semuga persahabatan yang terjalin dialam maya ni akan berpanjangan.....

yang ni dari Izah muffin lover.... terimakasih juga ya sbb ingat kat kak rose dan bagi award ni... tp rasa malu lak sbb blog ni cuma sekadarnya saja... x de apa yang menariknya untuk di anugerahkan award ini.... malu u.... apa pun terimaksih sekali lagi...

Ummi dan Izah, layak ke kak rose nak terima Awesome Chef Award ni? tp untuk dapur sendiri kira sangatlah patutkan.... sapa lak nak puji kalau bukan sendiri kan dan patut dapat award ni. dan ward ni come with tag....

1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda...
sejak bila ya?.... rasanya lewat sangat baru belajar masak sbb duduk ngan nenek.... manja gitu.... agak2 dalam tingkatan 3 baru nak belajar pegang piok! tu puas belajo nak masak nasik jer... masa tu mmg x suke kedapur... tp keja lain ok je kak rose buat... ikut nenek g kebun petik kopi, yg bestnya panjat pokok n duduk lama2 atas tu... kopi x terpetik pun.... bising nenek masa tu... (Al-Fatihah untuk arwah nenek kesayangan yang meninggal dihadapan mak, kak rose n hubby) kenangan indah yg tak kan berulang kan... la ni kebun tu dah x de pun pokok kopi....

2. Sapa yang menggalakkan anda masak...


sekarang ni datang sendiri nak rajin masak sbb x de keja lain nak buat... dan yg pastinya nak makan! anak n hubby yg suka makan juga jadi penggalak nak masak nih...

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda....

sebagai orang Johor kak rose suka makan lontong, anak n hubby juga suka.... walaupun penyediaannya sedikit renyah, tapi seronok memasak kalau ada orang tukang abeskan makanan kan?

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda..

kak rose x pandai nak mengetag kawan2 semua.... ramai yang berkunjung dan kak rose persilakan kawan2 yang sudi dan rajin nak buat homework ni supaya datang ambil award n jawap tag ni.... dipersilakan semua ya, jangan malu2....

Wednesday, December 8, 2010

GA from Eyriqazz.com

GA - Haven Restaurant Cash Voucher from Eyriqazz.com


GiveAway Haven Restaurant Cash Voucher From Eyriqazz.com (Worth RM100)
Wonderful experience at Haven Restaurant [ Klik Here and Here]
Haven Restaurant Official Website

salam semua... dapat invitation tuk join GA dari Suhailas crvmin.... best gak ni.... makan free sapa x suker kan.... lagi pulak dengan tempat dan suasana yang sangat nyaman tu.... x pernah pun g sini, tp apa susah Cik Google maps kan boleh tolong carikan jalan camner nak g!

baru nak join dah berangan2 kalau lah dapat leh lah nak suprisekan hubby... ye la his birthday is coming soon, so leh la celebrate ala2 candle light dinner kat situ dengan percuma kan... romantik gitu, jamu selera n romantik2 diawan...... tengok menu pun semua...... uhhhh sangat menjejehkan air liur. mudah2an ada lah rezeki dengan GA ni...

so dengan GA yang sangat bes ni kak rose nak ajak kawan2 diluar sana join gak... kepada yang sudi nak join dipersilakan.... lagi ramai lagi bagus kan dan tuan punya bolg pun sangat bermurah hati dengan berbagai hadiah sampingan.... n mystery gift pun ada! so come lets join this GA... berbaloi2.

Wednesday, November 24, 2010

Kuih bakar lemak manis n Love's award

kuih bakar lemak manis versi hangus!

lepas masak gulai cendawan weird tu ada banyak santan lagi.... sayang kalau terbuang begitu sajakan.... hu hu hu..... camner nak kurangkan kolesterol kalau asik masak yang bersantan2 ni kan..... k lah pas ni masak rebus2 jer..... leh caya ke ni? entahlah.... so dah siap semua terus mulakan misi pencarian resepi kuih yang guna santan..... nasib baik Myresipi ari ni elok je boleh bukak dengan lajunya..... berulang kali jugak membrowse nak dapatkan resepi yang berkenan dihati..... akhirnya kuih bakar lemak manis ni yang jadi pilihan..... mmg lemak n manis..... tapi a bit too sweet for me so maybe next time boleh kurangkan sikit gula tu.....(just for my reference)

resepi dari fida di Myresipi..... terimakasih ya, kak rose nak share kat sini pulak...

Bahan-bahan ( Loyang 8x8 inc. )

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula (a bit too sweet for me, maybe next time kena kurangkan sikit)
  • 3 biji telur
  • 3 cawan santan - (200ml sntan KARA + air)
  • 3 sb susu manis
  • garam secukup rasa
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
  • bijan - utk tabur (opt)

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam blender kecuali bijan dan kisar hingga sebati.
  2. Masak adunan hingga pekat.
  3. Tuang ke dalam loyang yang di sapu majerin,ratakan adunan dan tabur bijan jika suka dan bakar selama 40 min atau sehingga kelihatan garing.
kak rose bakar 1 jam dengan api atas bawah dan lima minit terakhir guna api atas jer..... lihat lah hasilnya...... sebelum tu nampak kuning rata cantik je masaknya tp bila dah bunyi toing..... mak ai.... gulapnya kuih bakar kak rose! hitam pun hitamlah asalkan sedap.... x sabar2 masih hangat lagi dah kena potong. pada kak rose kuih ni sedap dimakan masa masih hangat2 gitu....

last sekali nak gantung One Lovely Blog Award dari Love ni..... mekasih banyak2 ya Love ingat kat kak rose! Lovely ke blog kak rose ni?..... malu lak ai

Award dari Izah

salam dan selamat pagi semua..... wah! pagi hari yang ceria ni dah dapat award blog SO CANTIK.... hmmmm malu lak nak terima award cenggini......, maklumlah blog suker2 jer... untuk penuhi masa lapang yang saaaaangat banyak... tapi kekadang tu bz gak... tp bz of doing nothing! caya ke? apa pun terima kasih pada Izah Muffin Lover kerana bagi kak rose award ni yang datang dengan a few questionnaires.... nasib baik sikit jer... kalau panjang macam yg dari TTM semalam tu mau nya sempat tido n bagun semula nak nyambung jawap soklan tu.....

Nick name tuan empunya Blog:
seripayaku.... nama kg kak rose.... tempat asal jangan dilupakan! he he he....

Ucapan untuk pemberi award:
Izah!!!! mekasih banyak2 bagi kak rose award ni... wpun malu2 nak ngaku blog is so cantik. dan yang penting, ajar kak rose camner nak buat muffin yang cantik2 gebus tu!!!!

6 fav artist / singer / group
P Ramlee - yg ni ttp no satu sampai bila2....
morning musume
maher zain
ga in
secret garden
marc anthony

Tag 10 bloggers:
ha... yg ni kak rose x pandai nak tag sapa..... sbb semua adalah top bagi kak rose, suma jadi sifu2 yang mengajar selama ini, jadi pada sapa yang rajin nak jawap tag ni sila la ambil ya, jangan malu2... dipersilakan... muga dengan ini tali persahabatan kita di alam maya ini akan berpanjangan....

Izah, sekian jawapan dari kak rose... he he he macam jawap soklan pepereksaan SPM tahun 1995 lagi kan!.... dua hari berturut2 jawap kertas bahasa SPM ni! harap lulus dengan jayanya!
k, nak g masak cendawan weird semalam nih.... bye.

Tuesday, November 23, 2010

Nak jawap ke tak tag dari TTM ni?

Adoi...... murid tua ni tak reti le nak buat jawapan pada soklan SPM tahun 1995 nih.... otak suma dah berkarat! .... taraf kelas dewasa punya jawapan ok tak? korang tau ke, dulu2 kat kg ada kelas dewasa tau.... orang dewasa belajar a b c dan alif ba ta macam citer P Ramlee tu! cikgu2 disana sila lah beri markah yang sepatutnya ya....... ini dia soklan tag dari TTM....

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
soklan senang nak jawap ni.... mestilah makanan kan... suma jenis tolak batu ngan kayu jer.... eh eh tak tak.... ada benda yg x makan.... belacan, cencalok, budu, petai dan yg sewaktu dengan nya!
dan akhirnya bila semalam dapat keputusan ujian darah ari tu.... mak ai! kolesterol tinggi.... camner ni? ada petua nak kasi hilang kolesterol?

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
dah lama sangat x guna duit sendirik.... x ingat dah. maklumlah dah 5 taun dok menggangur... no income..... x kan nak guna duit simpanan sendiri kan? x aci la!

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
dah langsung lama dulu dan x de tema pun nak kena jawap ke soklan ni?

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
mestilah. tinggal pun berdua jer... kang kalau gaduh x de kawan lak kan!

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi hayat dikandung badan.... Insyaallah!

6. dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
dimana ya? cinta jarak jauh.... penang - kl... tepon n snail mail je. masa tu mana ada e-mail, fb bagai kan?

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Do they hear you when you cry.... sangat sedih baca kisah dia ni.... dah lama beli tp asik baca berulang kali..... majalah Her World bulan August.... Revamp your life! be the best you can be.

8. apakan nama penuh korang?
sebab tanya dah separuh jalan, jadi kak rose bagi nama setengah je ek!

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
eh... x baik pilih kasih kan... dua2 pun mesra. tp duit tap2 bulan masuk dlm akaun mak jer... nnti derang share la kan.... x pilih kasih kan?

10. namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?
Tun Dr. Mahathir Mohamad.... dapat jumpa secara kebetulan di jetty kuah langkawi... siap mintak nak bergambar lagi.... sempat kabo kat dia that I do read his Che Det blog. Oh yea jawapnya.... best! tp bila tengok gambo tu malu lak... kak rose lebih beso dari Tun M! ha ha ha

11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
Oh sudah tentu..... cik panasonic tu kita kena operate baru dia jalan kan....tu bukan ke basuh sendiri namanya!

huh.... banyaknya soklan..... bila nak abes ni? ada time frame ke nak pass-up kertas jawapan ni.... masa dah habis?.... ttm, cikgu kata letak pen segala x leh nak jawap lagi dah. aci tak cam ni? x pe ni kan sekolah dewasa.... pk pun lambat jadi cikgu bagi peluang lagi tuk teruskan......

12. manakan tempat yang betul2 korang nak pergi?
masa ni betul2 nak kedapur....nak minum dah!

13. pilih salah satu, peluk atau cium
nak dua2. boleh?


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
mak goges kepada Adnan, Akmal dan Amjah
punya bayang2 badan macam penari ballet
geng kawasang lapang?

15. lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
banyak.... kalau tulis suma kang x larat nak baca kang!

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
ga in.... irrevesible

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut?
setiap pagi... atas katil jer... Syukur Alhamdullilah dipanjangkan usia.

18. lima rakan blogger yang korang nak tag?
ada sapa2 rajin nak jawap soklan ni sila lah ambil.... jangan malu2 ya....

at last.... abes jugak jawap soklan SPM kertas bahasa tahun 1995 ni.... setelah berkali2 g toilet n dapur...... tp perlu diingatkan bahawa ini adalah standard jawapan kelas dewasa ya, cikgu2. harap maklum!

Thursday, September 9, 2010

Kad Raya, terima kasih kawan

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
antara himpunan kad raya pemberian kawan-kawan cyber, terima kasih banyak2 ya.... dan jika ada kesudian dan kelapangan silalah bawa balik kad kak rose yang seadanya ni untuk gantung di dapur masing....tanda persahabatan kita di cyber world....

kad cantik dari nor67 secubit garam

dari azatie

dari Dr. Inahar Ali

dari Leen cetusan selera

another greeting card from cyber friend... Love

kad munge yang cantik dari AlongRoz

terima kasih sekali lagi.....

Friday, August 13, 2010

Award n tag dari faradean

Salam semua.... wah hari ni kak rose nak angkut award Anugerah Terhormat Top Blogger 2010 yang diberi oleh faradean, eat little, sleep sound tu. tima kasih ya.... layak ke kak rose nak terima anugerah yang sebegini..... malu ai taw!.... apa pun terima kasih tanda ingatan ni..... tapi kena buat homework tu yang x berapa rajin.... dan x pandai, maklumlah cikgu didapur sendiri jer.... tu pun sentiasa terjah dapur orang nak cari resepi..... harap kawan2 x marah ya. dan untuk fara ni kak rose cuba buat homework ni...... kalau x betul mintak maaf ya cikgu.....

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..? Jawapan : memang hot sbb cuaca sekarang sangat panas.... tambah asik duk kat dapo jer........tambah hot sbb hari ni PC lembab siput.... shout mix x leh bukak..... hot jer (jawapan poyo....)

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?

Jawapan :

ni dia..... wall paper kak rose guna sejak dari Langkawi lagi.... x rajin nak tuko2 dan sebenarnya malas n x pandai..... Buta IT he he he.... ada cikgu2 nak tolong ajar?

Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?
Jawapan : suka munga2.... banyak donlod gambar munga n nature.... suker sangat!

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?

Jawapan : bila ya..... lama dah kot masa g Alor star ari tu... nak makan sllu teringat kat anak.... tunggu dia balik nanti baru makan lagi.... pizza cutter beli dah nak buat nya entah bila pulak!
boleh guna untuk lain tak?

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?

Jawapan :
Secret Garden.... song for a stormy night.... sayu jer....

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?

Jawapan : main game bodoh2.... sampai sakit tangan pegang mouse tuh! huh.... x de keja kan!

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawapan : Rose, mama rose, nama lain x de....


Soalan 8: Tag lagi 5 orang...

Jawapan :
ni yang x pandai ni... jadi pada kengkawan yang ada kelapangan tu, sudi2kan lah buat homework ni.... kalau salah cikgu x marah kan? jadi jangan takut ler.... cikgu x rotan nyer!

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Jawapan : orang yang rajin nak buat homework ni
.... sayang kamu!.

Soalan 10: Katakan sesuatu pada orang no. 5...?

Jawapan : Rajin awak buat homework ni ya..... tq

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Jawapan : :Keng
kawan di cyberworld.....

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?

Jawapan : juga kengkawan di alam maya

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
Jawapan : Cinta? sapalah orang no 4 yg sudi buat homework nih?....


Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..

Jawapan :

1- mengenali di alam cyber jer...
2- borak2 di shoutmix chat box... macam kenal dah lama2 gitu
3- tahu sebab diorang x sombong dan rajin bertegur sapa
4- semuanya baik2 belaka - x kedekut ilmu masak2
5- rajin mengupdate blog memasing dengan segala neka cerita.... kak rose suker baca semuanya!

K, cikgu fara, homework dah siap..... walaupun x memenuhi piawaian..... kalau peksa ni sure fail sbb lain soklan lain jawapan yang kak rose bagi... he he he.... maklumlah cikgu dapur yang x pandai2 nih.... k dah nak senduk tuk bukak posa nih.... selamat berbuka posa untuk fara ..... n jangan lupa g terawih no....


Monday, August 9, 2010

Kad Ramadhan dari AlongRoz

Salam semua.... sempena Ramadhan yang akan menjelang esok hari.... terima kad yang cantik ni dari AlongRoz.... terima kasih bebanyak ya long dan kak rose gantung kat rumah ni buat penyeri bulan mulia ni..... semuga ibadah kita semua akan diberkati oleh Nya.

Dan dikesempatan ini juga kak rose sekeluarga mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang sudi berkunjung kat rumah maya kak rose ni....marilah sama2 kita mempertingkatkan ibadah dibulan mulai ini dan berharap agar kita sama2 mendapat keberkatan dari yang maha Esa. Amin

Friday, June 4, 2010

Thank You card from Love

Selamat pagi suma.... dipagi hari yang mendung ni kak rose nak gantung Thank You kad dari Love sempena her 1 year in blogworld... wah kejap je dah setahun ya.... dulu kak rose ni cuma your silent reader je.... Yours and kawan2 diluar sana punya blog betul2 membuat kak rose nak join dunia maya ni..... and after that barulah nak berjinak2 dengan dunia blog ni.....terima kasih bebanyak kerana bagi kad ni kat kak rose ya.... Thanks and keep on blogging.... and hope there will be more and more new recipe in years to come. Happy blogging.

Tuesday, May 25, 2010

Lagi.... Award dari Love

terima this lovely The Circle of Friends Award dari Love

dan yang ini jugak, tapikan kak rose rasa tak tercapaikan impian nak jadi supermom ni.... maklumlah dengan serba kekurangan.... jadi supermom to my tiny family je la kan.....apapun tq sooooo much love. Muga persahabatan kita dialam maya ni berpanjangan.....

Thursday, May 13, 2010

Lagi kad hari ibu

salam dan selamat malam..... ni lagi koleksi kad ucapan hari ibu dari kawan2 cyber.... terima kasih semua kerana sudi bagi kak rose bunga dan kad yang cantik ni.... tapi sayang nya dan kak rose mintak maaf banyak2 sebab lambat nak collect ..... kebetulan pada hari ibu tu kami bertolak ke Pendang, Kedah kerana menghantar busu untuk pendaftaran ke Kolej Matrikulasi.....dan lepas tu terus ke Langkawi pula..... dan kedua2 tempat penginapan di Pendang dan Langkawi tu x de internet connection!....apalah malangnya...anyway terima kasih sekali lagi ya biarpun lambat nak collect....

a beautiful pink roses bouquet dari azatie

another bouquet yang cantik dari yatie yang jauh

tq love, for the lovely card