Translate

Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Wednesday, June 3, 2009

Lawatan Najib Ke Cina. Anwar Melihatnya Dalam Bebola Kaca

DSAI masih sempat mempaparkan dalam blognya mengenai lawatan Najib ke Cina walaupun dia sendiri berangkat ke Paris. Anwar bagai mengikuti setiap pergerakan Najib di Cina melalui "Crystal Ball". Apa Kisah sedihnyanya..?

Dato Seri Anwar Ibrahim meskipun sebok mengatur lawatannya ke Paris hari ini, dia masih tetap memberi perhatian terhadap lawatan Dato Seri Najib ke Cina. Najib, bagaimanapun tidak langsung menyatakan apa-apa komen mengenai lawatan DSAI ke Paris.

Anwar dalam blognya mempaparkan lapuran orang ketiga yang berjudul Jejak Razak Yang Tidak Terpenuhi , satu sindirin sinis bahawa misi Najib ke Cina gagal mengikuti jejak allahyarham ayahndanya. Tidaklah perlu diulas kenapa Anwar masih terus melihat lawatan Najib melalui bebola crystal. Saya telah katakan bahawa .."Dalam evolusi tammadun manusia dan cerita "movie" kita telahpun dipertontonkan bahawa mereka yang menggunakan "crystal ball" hanyalah mereka yang inginkan missi kemanusiaan itu gagal...."

Ikuti sedikit sedutan dari lapuran perkembangan lawatan Najib ke Cina yang dilapurkan pemberita kita dari Malaysia:-

Hubungan 2 negara dipertingkat
Daripada Manja Ismail di Beijing

Lawatan Najib perkukuh kerjasama Malaysia, China tangani krisis ekonomi DATUK Seri Najib Razak tiba di sini petang semalam untuk memulakan lawatan rasmi empat hari ke Republik Rakyat China, kunjungan rasmi pertamanya ke negara luar Asean sejak menjadi Perdana Menteri 3 April lalu. Ketibaan rombongan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang merangkumi 35 delegasi rasmi termasuk enam anggota Kabinet dan 170 ahli perniagaan, dijangka membawa hubungan Malaysia-China - yang dimulakan dengan jabatan tangan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan mendiang Zhou Enlai - 35 tahun lalu, ke satu tahap lagi.

Malah, Najib sendiri, dalam rencana beliau yang disiarkan oleh akhbar Global Times di sini semalam, melahirkan keyakinan lawatannya kali ini dan beberapa kunjungan sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri sebelum ini, memberi kesan besar kepada hubungan dua hala kedua-dua negara. “Hari ini, kedua-dua negara boleh bekerjasama dalam menangani kelembapan ekonomi dunia. Banyak perkara boleh dilakukan untuk memastikan permintaan domestik di kedua-dua negara kekal tinggi. “Peningkatan permintaan domestik China akan merangsang sektor eksport negara lain di rantau ini dan mempercepatkan pemulihan ekonomi mereka,” kata Perdana Menteri.

Perdagangan Malaysia-China tahun lalu bernilai AS$39.06 bilion, meningkat 10.3 peratus dari 2007. Ketika Tun Razak melakukan lawatannya ke China pada 1974, nilai perdagangan kedua-dua negara kurang AS$100 juta. China kini rakan dagang Malaysia keempat terbesar dan juga keempat dari segi pasaran eksport. Tahun lalu, Malaysia pelabur asing ke-19 terbesar di China.

Wednesday, March 25, 2009

Menahkodakan Zaman

Najib, Perdana Menteri Malaysia Ke 6 menjelang minggu pertama April 2009-Adakah yang berani memulas tangannya?

1. 25, Mar, 09 Najib is Set to Continue Mahathir’s Iron Fist Policy. Begitulah lontaran kata-kata "tulang besi" pada saat-saat Dato Seri Najib Tun Razak berada di ambang pintu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6. Andainya janji Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi itu benar, maka Najib akan menggantikan tempatnya. Saya meyakini janji Pak Lah itu akan dikotanya.

2. Nampaknya bagai satu rasa "cemburu yang teramat" bagi pihak dan pihak-pihak tertentu kerana "Perdana Menteri ke 6" bukan pemimpin idola mereka. Teori R.A.H.M.A.N akhirnya menjadi kenyataan. Apakah pula akan timbul theory N.A.M.H.A.R yang akan menyusul selepas ini di mana selepas "N-Najib" akan menyusul "A-Anwar atau Albar" dan disusuli "M-Muyihidin atau Manoharan atau Mukhriz"? Sayang sekali, kalau teori ini ada yang "membangun"nya atau "mengangkat"nya tentu Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng tidak akan tersenarai sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

3. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa Najib akan jadi "kuku besi" dan dibayangi skandal, namun semua tuduhan itu adalah "ciptaan manusia" yang awal-awal lagi meramal malah cuba menafikan keyakin bahawa Najib akan dan bakal jadi Perdana Menteri. Kepimpinan Najib sebagai PM belum dibuktikan dan belum diuji. Namun kepimpinannya sebagai TPM sudah menampakkan bahawa Najib bukanlah pemimpin lembik dan mudah menguap. Dia tidak mudah membiarkan sesiapa memulas tangannya. Najib adalah pemimpin yang sudah menampakkan dan membayangkan bahawa dia memiliki "tangan besi" yang mempunyai ketegasan dan berani mendepani cabaran. Kerana itu Najib digeruni pihak tertentu. Menifistasi dari kegerunan itu, maka Najib awal-awal lagi telah dan sedang dilempari dengan pelbagai cemuhan dan cacian yang lebih jelas bermotifkan nawaitu yang berbaur fitnah dan cemburu yang tidak dikawal dengan minda yang jernih.

4. Apabila Najib mengatakan bahawa azamnya adalah untuk "Menahkodakan Zaman, Melestarikan UMNO" seakan meberikan isyarat bahawa dia akan mengangkat sikap sebagai Nakhoda, "Pahlawan" dan berani melayari lautan politik Malaysia dalam melakukan perubahan. Kenyataan ini sudah cukup untuk "digeruni". Rasanya kecemburuan sudah hampir pasti tidak akan mendapat tempat dan ruang di mana jua dalam era Najib.

Thursday, October 23, 2008

STIMULUS USD700 BILLION-DIAM; STIMULUS MYR5 BILLION -BISING: INCONSISTANCY?

Wang Rasuah atau Stimulus?
(Gambar Hiasan)
Stimulus USD700 billion: Diam
Stimulus MYR5 Billion: Bising.
“inconsistancy”?.


Bila Ahli Parlimen Sg Burong jolok sarang isu exco Kerajaan Perak yang terlibat dengan rasuah, Ahli Parliment Gombak, Anak Emas DSAI, YB. Azmin Ali, mula melenting dan telinganya mula berdiri lalu dengan hujah yang tersusun indah dan dengan wajah serius mengatakan bahawa Exco Kerajaan Perak yang rasuah itu adalah permainan BPR dan dia ada bukti kukuh. Itulah intipati perkataan Azmi di Parliment Malaysia. Seolah-olah bila orang KeAdilan melakukan rasuah ianya “Halal”. Seolah-olah bila orang keadilan menerima “sedekah sex” ianya “diluluskan” dan yang salah ialah BPR. Inconsistancy?

Barangkali bagi Azmin Ali, selaras dengan isu di atas, akan mengatakan bila manusia digoda oleh hawa nafsu dan syaitan dan tewas oleh godaan, yang salah ialah hawa nafsu dan syaitan bukan manusia yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Di manakah kitab rujukan Azmin Ali ini?. Adakah Azmin Ali memperkecilan dan membelakangkan para alim ulama negara dengan penyataan demikian semata-mata kerana membela sahabat seanutan parti politik yang 100% menerima “sedekah sex” seperti yang dia sendiri akui? Demikianlah pendirian seorang “anak emas”. Inconsistancy?

Nah, ini inconsistancy besar. USD700 billion diluluskan oleh kerajaan Amerika untuk meyelamat institusi-institusi kewangannya. Demokrat dan sebahagian Republikan mengutuk langkah itu. Kepimpinan dunia, sebahagian besarnya mengkritik langkah Amerika itu kecuali Presiden Filipina Gloria Macapoagal Aroyo yang memuji dan menyanjung tinggi langkah itu. Fasal duit memang GMA pasti akan puji. Inconsistancy?

Di Malaysia orang pertama yang saya terbaca pandangannya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun kata bahawa suatu waktu dulu US mempersoal tindakan “bail out” Malaysia khasnya oleh Petronas, kini kita lihat USD700 billion diluluskan oleh orang yang menuduh Malaysia suatu waktu dulu, sebagai mengamal “bail out”. Inconsistancy?

Orang pertama yang saya harapkan untuk membuat komen ialah DSAI. Dia adalah orang pilihan pertama Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri British, untuk dijadikan sebagai Menteri Kewangan British kiranya keadaan mengizinkan. Malangnya, dalam kes USA ini, DSAI tidak menonjokan diri. Pakar kewangan dan ekonomi dunia bagi Margaret Thatcher ini sepi seribu bahasa. Seolah-olah dia telah menutup mata dan hatinya mengenai isu bail out Amerika yang berjumlah USD700 billion. Barangkali bila ada berita di dada akhbar mengenai bail out USD 700 billion ini, DSAI skip, “tak nak bace”. Inconsistancy?

Bila Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengemukakan stimulus ekonomi dengan suntikan modal sebanyak MYR5 billion, DSAI, pilihan no.1 Margaret Thatcher ini mula bangkit mengaum dan mengatakan bahawa “kerajaan tidak bertanggungjawab”. Tapi kerajaan US tidak pernah DSAI kata tidak bertanggungjawab. Nampaknya bila stimulus US700 dia diam, Stimulus MYR5 billion dia bising. Nampaknya inilah persamaan “Anak Emas dengan Bapa Emas”. "Bapa Borek Anak Rintik" atau "trademark". Bagi Bapa emas, kalau sahabat, USA, buat stimulus ekonomi USD700 billion dia “thumb up”, Malaysia buat, dia “thumb down. Bagi anak emas, kalau pemimpin PKR melakukan rasuah, belum sempat siasatan dibuat, dia kata yang salah BPR, kalau orang BN, belumpun dibuktikan bersalah dicop sebagai “Pengkhianat Negara”. Inconsistancy?

Wednesday, October 22, 2008

Laporan Polis Terhadap TPM dan Menifestonya: Usaha di Lorong Sempit dan Kesempitan

16 September 2008 telah berakhir tanpa ada “yang tertunai”. Janji Oktober berakhir dengan janji baru, “Janji Sebelum Aidil Adha” . Itulah beberapa siri Janji Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia khasnya para penyokongnya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke enam.

Entah penyair dari dunia mana yang berupaya mindanya menggambarkan bertapa “setianya”mereka yang mendokong janji-janji DSAI yang tiada penghujung itu. Barangkali lebih mudah digambarkan dengan mata pena yang sering diraut dan duduk dimeja bersuluhkan pelita antiq kiranya mereka dan DSAI “menyalahkan rakyat kerana memilih Barisan Nasional”.

Sehingga kini kemenangan BN bagai merupakan satu hakikat yang DSAI dan pengikutnya tidak dapat terima dengan hati terbuka dan murni. Apabila YAB Dato Seri Mohamad Najib Tun Razak akan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri, lorong-lorong sempit terpaksa diharung bagi menghalang “penobatan” itu walau ianya semakin sempit dan menyempitkan.

Menifesto Najib yang tersiar dalam Malaysiakini adalah satu “naked truth” yang menunjukkan sebarang usaha akan dilakukan oleh mereka yang kesempitan fakta bagi memburukkan maruah dan imej bakal Perdana Menteri Malaysia itu. Penulisnya atau penyumbang artikal itu, Wong Choon Mei, dilapurkan meletakkan jawatan dari media itu kerana mengakui kesilapannya. Ini menunjukkan bahawa ianya bertanggungjawab terhadap kesilapannya; tetapi hasil tulisan itu masih terpampang dimedia itu sehingga tulisan ini dibuat. Apakah sikap media itu bertanggungjawab?

Apakah ini cara intelek "Bangsa Malaysia" membuat laporan polis?


Kenapa tidak pernah ada banner sebegini sehingga terpaksa saya guna foto manipulasi.

Dalam keadaan yang “normal” sesebuah laporan polis terhadap kesalahan seseorang individu atau mana-mana kumpulan atau sebagainya dibuat tanpa perarakan. Paling maxima ianya disertai oleh peguam yang membawa fail yang mengandungi rekod yang ingin dilaporkan. Bukalah mata dan hati kita. Renungkanlah cara sebuah laporan polis yang dibuat terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia. laporan itu di buat di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini, 21 Oktober, 2008 oleh kumpulan tertentu pro DSAI yang berselindung di sebalik tabir di ruang terbuka. Kepastian mengenai affiliation dan association mereka 99.99%.

Keganjilan cara dan “style” yang lengkap dengan “banner” ini bagi saya adalah satu budaya ganjil dalam cara membuat laporan polis. Bagi saya inilah “retorik yang asli” ciptaan dan ramuan pembalun. Apakah mereka ini “bersungguh” membuat laporan polis atau lebih kepada menunjuk dan menonjolkan keghairaan yang melampau?. Apakah ini model “Bangsa Malaysia” yang kita inginkan? Apakah ini kaedah para professioal dan para intelek? Atau sekadar Usaha-usaha Di hujung lorong Sempit dan Kesempitan?.

(We should take care not to make the intellect our god; it has, of course, powerful muscles, but no personality.- Albert Einstein)
.......
Read More......
DPM unveils manifesto for top Umno job