SEMERAH TINTA®

SEMERAH TINTA®
"Merah" membawa maksud sesuatu yang masih baru dan perlu melalui jangka waktu dan proses tertentu untuk matang.Pen merah amat sinonim dengan profesion perguruan.Tinta merah atau dakwat merah pula selalu dikaitkan dengan pembetulan, amaran ataupun catatan pelaporan yang biasanya dikaitkan dengan kegagalan di dalam ujian atau peperiksaan seseorang pelajar.Apapun, tinta merah bukanlah bertujuan untuk menunjukkan sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai satu motivasi agar sentiasa memperbaiki kelemahan dan sentiasa mahu berubah sehingga kejayaan dapat dikecapi."Semerah Tinta" dibina sebagai medan catatan dan maklumat berkaitan Pembelajaran dan Pengajaran.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog lain. Segala paparan atau catatan adalah atas pandangan penulis sendiri dan boleh diperbaiki dari masa ke masa tertakluk kepada pandangan intlek dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia. Maklumat,teguran,pandangan dan perhatian daripada intelektual, warga pendidik serta rakan blog berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran amat saya harapkan dan sangat-sangat dihargai.Semerahtinta juga lahir selepas puakajoran.blogspot.com,agrohias.blogspot.com,golokkraf.blogspot.com dan skb3.blogspot.com .Semoga kehadiran semerahtinta.blogspot ini dapat diterima dalam satu rangkaian.Terima kasih!- Tintamerah®.

SUMPAH SEMERAH TINTA:

SUMPAH SEMERAH TINTA:
MENGHAYATI BAHASA SYURGA,MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS,MEMPERTAHANKAN BAHASA IBUNDA,DAN MEMPERKAYAKAN BANGSA DENGAN SEMUA BAHASA.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ. اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ .اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ .الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم .عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.Read in the name of your Lord,Who created.Created man, out of a (mere) clot of congealed blood.Proclaim! And thy Lord is Most Bountiful.He Who taught (the use of) the pen.Taught man that which he knew not.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pen/tinta).Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahui manusia.

Sahabat Maya - Tinggalkan Link Anda Supaya Senang Saya Follow Kembali - Terima kasih atas sokongan

Terima kasih atas sokongan.Tinggalkan Link supaya senang di "follow" kembali.
Showing posts with label Golongan Kata. Show all posts
Showing posts with label Golongan Kata. Show all posts

Thursday, 20 October 2011

Peribahasa

Peribahasa ialah susunan kata yang pendek indah dan menarik dengan makna yang luas dan tersirat, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.Simpulan bahasa dan perumpamaan juga tergolong dalam kumpulan peribahasa.

Contoh peribahasa:
1.Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya.
   Maksudnya:Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
2.Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
   Maksudnya:Jika sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripada perbuatan tersebut.
3.Ada air, adalah ikan.
   Maksudnya:Ada negeri tentulah ada rakyatnya.

Simpulan bahasa.
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang hanya terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya.

Contoh simpulan bahasa dan maksudnya:
1.Ringan tulang - Rajin.
2.Kaki bangku - Orang yang tidak tahu bermain bola.
3. Mulut murai - Orang yang rajin bercakap dan bising.
4. Kecil hati - Terkilan.
5. Tangkai jering - Orang yang sangat kedekut.
6. Hidung tinggi - Orang yang sombong.
7. Telinga lintah - Orang yang peka dan cepat mendengar.
8. Pasang telinga - Mendengar dengan teliti.

Perumpamaan.
Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain.Perumpamaan ini biasanya didahului dengan kata bandingan iaitu:seperti,bak,bagai dan macam.Juga mempunyai maksud tersirat.

Contoh perumpamaan dan maksudnya:
1.Bagai telur di hujung tanduk - Satu keadaan yang amat genting.
2.Seperti kaca terhempas ke batu - Sesuatu yang musnah dan tidak boleh elok kembali.
3.Bak cacing kepanasan - Orang yang berada dalam kegelisahan.
4.Macam murai tercabut ekor - Orang yang terlalu banyak bercakap dan bising.

Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata yang lain dalam sesuatu ayat:

Contoh kata sendi nama:
di,ke,dari,kepada,daripada,pada,untuk,bagi,demi,tentang,dengan,sejak,semenjak,oleh,akan,hingga,sampai,seperti,bagai,bak,umpama,laksana.

Penerangan dan perincian:

di - Menunjukkan tempat.
     Contoh:di sekolah,di Kuala Lumpur.
     * hendaklah dijarakkan sewaktu menulis.
     Menunjukan perbuatan.
      Contoh:dibeli,dimakan.
       * hendaklah dirapatkan sewaktu menulis.

ke  - Menunjukkan tempat atau arah.
       Contoh:ke tepi padang,ke Kuala Lumpur.
       * hendaklah dijarakkan sewaktu menulis.
       Menunjukkan waktu 
       Contoh:dari pagi hingga ke petang

dari - Menunjukkan tempat atu arah datang.
        Contoh:Saya datang dari sana. 
        Menunjukkan waktu atau masa.
        Contoh:Mesyuarat berlangsung dari pagi hingga ke malam.

kepada - Menunjukkan sasaran atau ditujukan.
            Contoh:Berikan surat ini kepada Abu. 
            Menunjukkan bahagian sesuatu.
            Contoh:Tukarkan duit kertas ini kepada wang syiling.
            Menunjukkan perubahan keadaan.
            Contoh:Cuaca telah bertukar dari mendung kepada cerah.

daripada - Menunjukkan punca.
              Contoh:Projek tersebut adalah cadangan daripada Cikgu Ali.
              Menunjukkan sumber,asal sesuatu atau asal usul.
              Koponen kereta itu diperbuat daripada plastik.
              Menunjukkan perbandingan.
              Contoh:Aisyah mendapat markah lebih tinggi 
              daripada kakaknya.

pada - Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan.
         Contoh:Layang-layang itu tersangut pada pokok.
         Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu.
         Contoh:Buku itu ada pada Abas.
         Menunjukkan keterangan waktu 
         Contoh:Pertandingan itu bermula pada pukul 12.00 tengah hari.

untuk - Menunjukkan kegunaan sesuatu.
           Contoh:Kunci ini digunakan untuk membuka pintu itu.
           Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan.
           Contoh:Kerusi kuning itu dikhaskan untuk tetamu kenamaan.

bagi  - Menunjukkan kegunaan sesuatu.
          Contoh:1.Jentera besar itu, kegunaannya bagi mengangkat
                       batu yang besar itu.
                     2.Sejumlah wang dikumpul bagi membina surau baharu.

demi  -  menunjukkan tujuan.
           Contoh:Rakyat perlu bekorban demi mempertahankan tanah air. 
           menunjukkan urutan.
           Contoh: Satu demi satu, batu itu dilontarkannya 
                       ke dalam sungai.
 
tentang - Menunjukkan rujukan.
                  Contoh:Buku itu menceritakan tentang keturunan keluarganya. 

dengan -  Menunjukkan turut serta.
               Contoh: Ali pergi ke pasar dengan menaiki kereta.
               Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakukan.
               Contoh:Pintu itu dibuka dengan menggunakan kuasa elektrik.
               Menunjukkan benda yang digunakan.
               Contoh:Penjenayah itu ditempak dengan sepucuk pistol.
               Menunjukkan persamaan.
               Contoh:Wajahnya tidak ubah sama dengan wajah ibunya.

sejak, semenjak  - Menjadi penanda waktu atau masa terhadap.
                                   Contoh:Sejak pagi,adik tidak mahu tidur. 
                            Menunjukkan rujukan yang tentu.
                                   Contoh:Ilmu mempertahankan diri itu dipraktikkan 
                                       keluarganya sejak datuknya lagi.

oleh - Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif.
         Contoh: Buah durian belanda itu dimakan oleh musang. 
         Menunjukkan sebab.
         Contoh: Jambatan yang baru dibina itu telah dihanyutkan
                     oleh arus deras.

akanMenunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif.
          - Contoh:Roslan terpegun akan kecantikan gadis bertudung labuh itu.
 
hingga, sampai  - Menunjukkan had masa atau peringkat.
                          Contoh:Dari pagi sampai malam mereka 
                                     asyik berhibur.

seperti, bagai, umpama, laksana, bak  - Menunjukkan perbandingan.
Contoh:Keuda-dua mempelai itu sama padan bagai pinang dibelah dua.

Perkataan Sinonim dan Antonim

Perkataan Sinonim/seerti:
Perkataan sinonim ialah perkataan yang memberikan makna yang sama erti dengan perkataan yang diberikan.

Contoh perkataan seerti:
1.Sukar – susah – payah.
2. Cerdik – bijak –bergeliga.
3. Senang – mudah - enteng.
4. Awal – mula .

Perkataan Antonim/berlawanan:
Perkataan antonim ialah perkataan yang memberikan makna berlawanan daripada perkataan yang diberikan.

Contoh perkataan berlawan:
1. Adil –zalim
2. Maju – mundur.
3. Susah – senang.
4. Baik – jahat.
5. Tinggi – rendah.
6. Dara – teruna.

Wednesday, 19 October 2011

Penjodoh Bilangan

Kata penjodoh bilangan digunakan bersama-sama kata bilangan untuk menyebut tempat,benda,manusia dan haiwan.Penjodoh bilangan biasanya diletakkan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama yang mengikutinya.

Contoh kata penjodoh bilangan:
orang,biji,butir,batang,helai,buku,ruas,das,buah,tongkol,ulas,titik,pucuk,bilah,patah,kaki dan sebagainya.

Contoh ayat:
1. Ahmad membeli sekaki payung di kedai Pak Cik Zull.
    *Penjodoh bilangan kaki sesuai digunakan untuk tongkat dan
     cendawan mengikut jenisnya.
     - tongkat - yang mempunyai pemegang yang lazimnya diperbuat daripada
       rotan atau semambu.
     - cendawan pula mestilah cendawan yang bertangkai
       seolah-olah payung.

Kata Hampir Sama Makna

Kata hampir sama makna ialah perkataan yang mempunyai makna hampir-hampir sama namun berbeza dan dapat dikesan melaui struktur ayat.Kadang kala perbezaan ini dapat dibezakan melalui sebutan ketika membacanya.

Contoh perkataan yang hampir sama tetapi mempunyai maksud berlainan ialah:
1.menggilap,mengesat,menyapu dan mengelap.
2.menggosok,menyental.
3.bertaburan,berserakan,berselerakan.
4.mahir,petah,fasih,lancar.

*penggunaan perkataan tersebut perlulah dilihat pada struktur dan fungsi ayat.
Contoh perkataan: menyapu
Ayat: 1.Aminah sedang menyapu sampah di hadapan rumahnya.
         2.Rukun wuduk yang keempat ialah menyapu sedikit air di kepala.
         3.Amran menyapu licin makanan yang dihidangkan kepadanya.
         4.Pada temasya sukan tahunan sekolah, pasukan rumah Merah
            menyapu bersih kesemua acara yang dipetandingkan.

Thursday, 13 October 2011

Imbuhan

Imbuhan ialah penambahan yang dicantumkan pada bahagian awal tengah atau akhir kata dasar.

Contoh Kata Imbuhan Awalan:
beribu,penjahat,memanjat,memasak,ketua.

Contoh Kata Imbuhan Akhiran:
minuman,terjunan,masakan,tarikan,sakiti,akhiri,lepasi.

Contoh Kata Imbuhan Apitan:
dilakukan,berjatuhan,berjauhan,menjatuhi,dinasihati,membelikan.

Contoh Kata Imbuhan Sisipan:
gemuruh,gemilang,jerebu,seruling,selerak,menggeletar,kelopak.

Contoh Kata Imbuhan Pinjaman:
pramugari,mahasiswa,dwibahasa,tatasusila,sasterawan,jelitawan,seniwati.

Kata Bilangan

Kata bilangan digunakan untuk mengira,menghitung atau menyebut sesuatu jumlah.

Contoh kata bilangan:kedua,kedua-dua,seribu,semua,tiap-tiap,berjuta-juta,ratusan,para,sekelompok,sepertiga,sebahagian,separuh,beberapa.

Contoh ayat:
1. Kedua-dua orang guru itu baru sahaja bersara beberapa hari yang lalu.

Kata Ganda

Kata Ganda terdiri daripada kata ganda penuh,kata ganda separa,kata ganda berirama atau berima,kata ganda semua,kata ganda sisipan,kata ganda berimbuhan.

KATA GANDA PENUH
Kata ganda penuh ialah kata dasar yang diulang atau digandakan berdasarkan rentak bunyi yang tertentu.Penggunaan kata sempang diperlukan.

Contoh: besar-besar,manis-manis,cantik-cantik,rendah-rendah.

KATA GANDA SEPARA ATAU SEPARUH
Kata ganda separa atau separuh ialah kata dasar yang digandakan separuh dan berlaku pada kata nama tunggal.

Contoh:bebawang,kekacang,bebola,tetikus,jejari,lelaki,kekuda,kekisi,bebudak.

KATA GANDA BERIRAMA/BERIMA
Digandakan secara seluruh akan kata nama tersebut tetapi mempunyai sebutan yang berirama.Ada 4 jenis kata ganda berirama.
1. Digandakan suku kata awal.
Contoh:Kayu-kayan,batu-batan,desas-desus,teka-teki.
2. Digandakan suku akhir kata.
Contoh:hiruk-pikuk,lintang-pukang,kuih-muih,pindah-randah.
3.Gandaan konsonan.
Contoh:dolak-dalik,bolak-balik,suku-sakat,gunung-ganang,huru-hara.
4.Gandaan bebas.
Contoh:bukit-bukau,ulang-alik,simpang-siur,porak-peranda.

KATA GANDA SEMUA
Kata ganda semua ialah kata yang digandakan secara keseluruhan sama seperti gandaan penuh tetapi membawa satu maksud sahaja atau tunggal.
Contoh:rama-rama,kura-kura,labah-labah,labi-labi,anai-anai,kupu-kupu.

KATA GANDA SISIPAN
Kata ganda sisipan ialah kata ganda yang digandakan secara mengulang kata dasar tetapi ditambah dengan sisipan seperti em,el,dan er.
Contoh: gilang = gilang-gemilang (em),jebu = jebu-jerebu (er), serak = serak-selerak, tali-temali (em),turun-temurun (em), kilau-kemilau(em).

KATA GANDA BERIMBUHAN
Digandakan sama ada di awal,di tengah,dan di akhir kata dasar.
Contoh: beribu-ribu,buah-buahan,adik-beradik,melambat-lambatkan,terkapai-kapai.

Kata Bantu Ragam

Kata bantu ragam digunakan untuk menerangkan sama ada perbuatan seseorang itu hendak,mesti,atau mungkin berlaku.

Contoh kata bantu ragam:
boleh,dapat,hendak.mahu,mesti,harus,patut.

Contoh ayat:
Kita mesti mengakui kesilapan dan kelemahan diri.

Kata Bantu Aspek

Kata bantu aspek digunakan untuk menerangkan perbuatan dari segi masa atau waktu sama ada sebelum,sedang,telah dan akan berlaku.

Contoh kata bantu aspek:
sedang,pernah,belum,masih,akan,telah,sudah.

Contoh ayat:
1. Mazidah sedang menggoreng nasi di dapur.
2. Afifa Zuhairah masih belajar di Sekolah Kebangsaan Besout 3.

Kata Pemeri

Kata pemeri ialah kata yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket yang terdiri daripada kata nama,kata adjektif dan kata sendi nama.

Contoh kata pemeri: adalah,ialah,merupakan.

ialah - digunakan dan diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
Contoh ayat :
1.Samad ialah guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Besout 3.
2. Abang Ali ialah Ahmad.

adalah - digunakan diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh ayat :
1. Warna rasmi baju sekolah adalah putih.
2. Program hari kantin diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membiayai program kecemerlangan sekolah.
 

Wednesday, 12 October 2011

Kata Nafi

Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafi atau menidakkan sesuatu cerita atau predikat.

Contoh kata nafi:

Tidak/tak/tiada - digunakan untuk manafikan sesuatu kata kerja dan adjektif (sifat)
Contoh ayat:
1. Selepas bertengkar dengan ayah, abang tidak banyak bercakap.
2. Nampaknya tiada seorangpun dalam kelas ini yang ambil tahu akan perkembang sukan terkini .

Bukan - digunakan untuk menafikan sesuatu kata nama atau kata sendi.
Contoh ayat:
1. Lelaki bersongkok putih itu bukan ayah Salim.
2.Basikal itu bukan lagi kepunyaan Ali sebaliknya telah dijualnya kepada Nazri.

Entah - digunakan untuk manafikan dua perkara yang bertentangan.
1. Jangan diharap kasihnya orang,entahkan sudi entahkan tidak.

Kata Penegas

Kata penegas digunakan untuk menegaskan sesuatu kenyataan dalam pelbagai keadaan atau situasi.Kata penegas dibahagi kepada dua jenis iaitu kata penegas frasa predikat sahaja atau bahagian-bahagian dalam predikat dan kata penegas frasa subjek atau frasa predikat.

Contoh kata penegas frasa predekat:
 kah,lah,tah,

Contoh ayat:
1.Alangkah bertuahnya orang itu, dia mendapat isteri yang manis dan rajin pula.

Contoh kata penegas frasa subjek atau frasa predikat:
 pun,juga,hanya,cuma,sahaja,lagi,memang.



Contoh ayat:
1. Cikgu Nik memuji Alauddin kerana hanya dia sahaja yang dapat menyelesaikan masalah Matematik itu.

Kata Arah

Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah atau hala.Kebiasaannya kata arah terletak di hadapan atau sebelum kata nama atau selepas kata sendi.

Contoh kata arah :
tepi,atas,pojok,sudut,kanan,kiri,bawah,hadapan,belakang,utara,barat, sisi,luar,antara,situ,sini,seberang,sebelah,tengah.

Contoh ayat:
1. Encik Ali berdiri di hadapan rumahnya.
2. Pak Badrul pergi ke seberang sungai menggunakan sampan.

Tuesday, 11 October 2011

Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk mengambar atau meluahkan sesuatu perasaan seperti perasaan marah,terkejut,hairan,sangat suka,sakit,benci dan sedih.

Contoh kata seru:

Amboi,Cis,Wah,Oh,Alamak,Eh,Eh.Tahniah,Ceh,Syabas,Aduhai,Nah,Aduh.

Kebiasaan kata seru digunakan diawal ayat dan di penghujung ayat diletakkan tanda seruan !.

Contoh ayat:
1.Amboi, cantiknya gadis berkebaya merah itu!
2. Wah, tingginya pokok kelapa itu!

Kata Hubung

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubung dua ayat tunggal bagi menjadikan ayat majmuk.

Contoh kata hubung:

lalu,sementara,seandainya,dan,atau,serta,kemudian,tetapi,semasa,apabila,ketika,seraya,lantas,kerana,supaya,
walaupun,hingga,meskipun,agar,untuk.

Contoh ayat:

1. Samad menanam jagung sementara menanti padi masak
2. Ikan kelah sangat sedap rasanya walaupun tulang ikan tersebut banyak.

Kata Keterangan

Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja,kata adjektif, dan kata keterangan lain.

Contoh kata keterangan:

begini,mungkin,begitu,sentiasa,seketika,barangkali,agak,sekarang,sebentar.

Contoh ayat:

1. Julia tiada di rumahnya, mungkin dia sudah pergi memancing dengan cikgu Badrul.
2. Cara yang betul untuk mengikat mata pancing adalah begini.

Monday, 10 October 2011

Kata Adjektif

Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan keadaan sifat sesuatu kata nama.Dikenali juga sebagai kata sifat.Kata adjektif boleh digabungkan dengan kata penguat.

Contoh Kata Adjektif:
dekat,jauh,cantik,panjang,pendek,murah,mahal,luas,tinggi,besar.

Contoh ayat:
1. Air sungai itu sangat jernih dan dingin.
2. Julia tidak terhabis kek itu kerana rasanya sangat manis.

Kata Kerja Tak Transitif

Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut,objek ataupun keterangan.

Contoh: berbual-bual,tidur,bercakap,pulang,bercerita.

Contoh ayat:
1. Adik sedang menangis.
2. Ibu sedang ketawa.

Saturday, 1 October 2011

Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek sebagai penyambut.

Contoh kata kerja transitif:

melaksanakan,memasak,menasihati,memandu,memperingati,mendayung,mengebom,menangkap,menolak,menarik,mencuci,melukis.

Contoh ayat:

1. Hobi ayah saya mendenak burung di hutan.
2. Pagi-pagi lagi nenek sudah mencuci baju.

Catatan Lain Yang Mungkin Anda Cari

Kumpulan Blog Kendalian Saya

Blog List Ilmu Keguruan

Pautan Bersama