Showing posts with label Review Movie. Show all posts
Showing posts with label Review Movie. Show all posts

Thursday, 19 March 2020

REVIEW MOVIE: 10 Things I Hate About You (1999)

Assalamualaikum,
dah lama aku tak melakukan apa apa dekat blog aku ni wahahah sebab biasala aku baru masuk degree pastu macam baru nak adapt dengan U yang baru kan, so makan masa sikit lah. Aku dapat sambung dekat UiTM Puncak Alam, and aku minta tukar UiTM Merbok and alhamdulillah aku berjaya tukar. Hoho

Btw please stay safe everyone, duduk ja dekat rumah diam diam. Paling kuat pun kalau bosan hang menangis ja sebab bosan sangat kan taktau nak buat apa. :')

Aku takda modal nak update apa apa dekat blog, tapi disebabkan aku ni kira macammm, suka jugaklah tengok movie, mehla aku review sikit demi sikit movie yang aku pernah tengok.

10 Things I Hate About You ni movie lama, tapi bagi aku dia masih relevan untuk ditonton. 

Genre: romance


Mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Cameron yang baru pindah masuk satu sekolah ni, and which dia jatuh cinta dengan sorang perempuan yang kira hot dekat sekolah tu sebab cantik named Bianca. Bianca ni pulak ada kakak satu sekolah dengan depajugak named Kat. Tapi kakak si Bianca ni which is Kat ni pelik sikit perangai dia. Kira macam... tak ramai suka dia kat sekolah sebab ikut kepala sendiri ja.  

Si mamat Cameron ni pulak nak sangat couple dengan Bianca. TAPI TAK BOLEH ye sebab ayah Bianca sangatlah tegas. Bianca ni tak boleh bercinta selagi kakak dia si Kat tak bercinta. So bapak dia sejenis yang:

"Hang tak boleh bercinta kalau kakak hang tak bercinta!"

So kalau Bianca nak bercinta, kakak dia kena ada pakwe. Annoying kan. Apalah nasib jadi adik. Kahkah. So mulalah si Cameron & Bianca rancang nak carikan pakwe untuk kakak dia which depa upah sorang lelaki dekat sekolah depa yang macam weirdo dan bad boy gila named Patrick untuk try bagi Kat jatuh hati dekat si Patrick ni lalu menge-date si Kat supaya Bianca dan Cameron boleh jugak bercinta.

Adakah rancangan Bianca dan Cameron berjaya?
 Tengoklah sendiri =P yang penting cerita ni tak mengecewakan ye kerana Patrick handsome dan si Kat cantik! Hahaha tapi adik dia si Bianca lagi cute la sebab mata bulat.

Rating aku: 9/10 sebab adaptasi dari buku Shakespeare kot takkan tak seronok plus hero handsome hoho.

Lepasni inshaaAllah aku rajin dan aku review lagi movie banyak banyak :D

Salam sayang, syadiya xoxo.

p/s: lets pray that this corona virus akan cepat habis. Amin ya Allah

Sunday, 16 February 2020

REVIEW MOVIE: To All the Boys: P.S. I Still Love You

Assalamualaikum,
aku banyak gilaaa tengok movie masa cuti semester ni. Tapi aku maleh nak review sebab aku adalah sejenis person yang "maleh aku" untuk semua benda. Tapi, sebab movie To All the Boys PS I Still Love You ni tengah syok trending dekat twitter, mehlah aku review sikit. Dan untuk movie lain yang aku dah tengok, tengoklah camna nanti kalau aku rajin aku review jugak okeh.


To All the Boys: P.S. I Still Love You adalah movie yang kedua. Mean hampa kena tengok movie yang first dulu (To All the Boys I've Loved Beforeuntuk faham macammana dia boleh couple dengan Peter. Btw, movie ni adaptasi daripada novel. Tapi aku tak baca novel berkenaan ye and aku baca dekat twitter yang novel lagi best daripada this movie. Obviously lah kan, kebanyakkan novel lagi fun dari movie.

Hero: Peter Kavinsky
Heroin: Lara Jean
Orang ketiga: John Ambrose

Mehlah aku start! Hehe. Okay so first movie cerita pasal Lara Jean ni dia buat surat untuk 5 orang lelaki yang dia pernah suka. Mean lelaki yang dia suka masa kecik and etc. Tapi surat tu dia tak pernah pun pos dekat kelima lima lelaki tu. But badly, adik dia (Kitty) gatal tangan ye pergi bagi dekat kelima lima lelaki tu.

Fast forward, Lara ni bercinta dengan one of the boys yang dia pernah suka masa dia kecik which is Peter Kavinsky.

And dulu, masa Lara bagi surat dekat kelima lima lelaki ni, semua lelaki jumpa dia untuk tanya pasal surat tu except for one boy which is John Ambrose. And masa Lara & Peter dah couple, tiba tiba Lara dapat surat daripada John Ambrose yang balas balik surat Lara yang lama tu😩 EEE bencinyaaa Lara dah couple kot John you're so late T^T Hahaha

Kebetulan jugak masatu, Lara buat charity work dekat rumah orang orang tua & John pun buat charity work dekat situ. Kiranya macam only 2 of them buat charity work kat situ . Likee.. i hate coincidence sis. Hahaha

They talk so much about their life tapi Lara tak pernah cerita yang dia dengan Peter bercinta which i hate sebab janganla bagi John Ambrose tu harapan :( Like you should told him yang hang tu dah berpunya la Lara :( :( Last last, Peter sendiri yang bagitahu John, Lara tu girlfriend dia.

So adakah Lara still bercinta with Peter? Watch okay this movie. Not going to be the spoiler here hehe plus aku just cerita sedikit plot =)

So my conclusion is: 
 Sekuat mana pun we try to tak gaduh dengan partner kita and protect our relationship, THERE WILL ALWAYS BE PERGADUHAN. Mean, you cannot avoid gaduh dengan partner when it comes to relationship. So that was what happened to hubungan Lara & Si mamat Peter ni.

And, I really love how politely Lara & Peter communicate bila depa ada salah faham. Takda terjerit jerit sana sini. Like, really healthy.

Plus, Lara should not be a gatal girl nak flirt dengan John!! Dia sepatutnya bagitahu yang dia dah ada bf. Urgh. 

Rating aku: 7/10 sebab cerita To All the Boys: P.S. I Still Love You ni sebenarnya slow.

Salam sayang, syadiya xoxo.



Tuesday, 23 July 2019

REVIEW MOVIE: Dilan 1991

Assalamualaikum,
hai semua orangggg! Aku dah habis final exam seminggu yang lepas tapi disebabkan aku ni pemalas so aku abaikanlah blog aku ni ibarat seorang stranger. 

Masa aku tengah sibuk sibuk final exam, kawan kawan aku plan ajak keluar pergi tengok wayang + makan steamboat. Depa cadang nak tengok cerita Dilan 1991 sebab geng aku ni memang semua minat dengan Dilan.

Sebelum meneruskan bacaan hampa, aku nak bagitau yang Dilan 1991 ni sambungan movie sebelumni which is Dilan 1990. Filem Dilan ni adaptasi daripada Novel from Pidi Baiq. Pidi Baiq ni pulak hasilkan novel ni sebab seorang perempuan (named Milea) yang cerita dekat dia. 

Btw, Dilan 1991 ni cerita Indonesia tau. Yang penting, cerita ni takda lupa lupa ingatan macam Sinetron TV3 okeh!  

Jumla aku start:
Disebabkan aku dah tengok filem pertama iaitu Dilan 1990, aku taktau la apa rasanya kalau terus main terjah Dilan 1991. Better tengok dulu kot filem yang first? (Banyak kat telegram. Sila download dan tonton) 

Okay sapa Dilan ni ? Adakah Dilan ni jenama keropok? Oh tidaklahhhh.
Dilan ni seorang lelaki umur lingkungan 16 tahun. Dia bagus gila dalam mengorat perempuan. I mean, ayat ayat dia bagi dekat perempuan tu sumpah punchline padu! Dan perempuan yang bertuah tu, namanya Milea. So movie previous ni(Dilan 1990), cerita pasal Dilan & Milea dah declared bercinta.

 And dalam Dilan 1991 ni pulak, banyak cerita pasal Dilan & Milea gaduh. Sebab perangai Milea tu sendiri. Milea ni bagi aku, jenis mengongkong. Dilan nak lepak dengan geng geng motor pun dia tak bagi. Tapi Milea ni ada sebab dia tersendiri, which is dia takut apa apa jadi dekat Dilan sebab kawan Dilan sebelumni (named Akew) meninggal sebab kena belasah dengan budak budak motor padahal tu rumors and Milea percaya.

Milea marah gila dekat Dilan sampai mintak putus.

So, adakah Dilan and Milea putus? JENG JENG JENG SILA TENGOK MOVIE INI! hahahaha

Don't worries guys, sebab dalam Dilan 1991 still ada romantik momen dan ke-cringe-an tersebut ye.

Scene yang aku paling suka dalam Dilan 1991 masa Milea bonceng motor dengan Dilan sebab this one conversation

Dilan: Lia, cita cita kamu apa?

Milea: Pilot. Kamu?

Dilan: cita cita aku menikah denganmu!


Ya, it's somehow cringe bagi aku tapi aku suka xD hahaha


Rating aku : 9.5/10 sebab ending dia.. :(

Siapa yang belum tengoktu bawak bawakla tengok. Tapi amaran keras pada yang taksuka cringey-things supaya elakkan tengok movie ini sebab nanti hampa balik ayaq kat screen tv. 

Salam sayang, syadiya xoxo.



Saturday, 25 August 2018

REVIEW MOVIE: Pulang & Hantu Kak Limah

Assalamualaikum,
Aku sebenarnya tak berniat nak review tapi disebabkan dua movie melayu ini sering diperkatakan oleh manusia maka aku pun mulalah nak review.

1.PULANG
Kakak aku la ajak aku sangat tengok cerita ni. Aku baru ja tengok padahal dah keluar cerita ni lama sebab aku macam wad iz diz dohhh.TAPII CERITA NI AMATLAH SERONOK DAN SEDIH.

Menceritakan tentang Thom si isteri yang setia tunggu suami dia Othman untuk pulang ke pangkuan dia.Macam biasa,jatuh cinta dan kahwin and dapat pulak anak nama Omar.Tapi Othman ni nak ubah hidup family dia sebab miskin kan. So dia mintak izin Thom nak berlayar ikut kapal .Ayat yang aku ingat dalam cerita ni adalah "Aku janji aku pulang Thom" nangis sis.Tapi, Othman ni tak balik balik sampaikan isteri dia sanggup pergi HongKong cari dia tapi dia dah berlayar ke lain. 

Rating: 9.5/10 sebab cerita ni bagus and remy ishak hensem. Boleh kot noh? HAHAHA

2.HANTU KAK LIMAH
Okay,siapa je kan yang tak tengok HKL (Hantu Kak Limah) ni? Dah 27.5 juta kot depa duk kutip!
Cerita ni ada sikit macam pee mak but the truth yang cerita ni nak sampaikan adalah kita ni start guna sungai sebagai jalan pengangkutan.
Aku suka HKL yang first lagi berbanding HKL 2. HKL2 ni menceritakan adakah benar kak limah dah meninggal atau tak. Disebabkan kak limah cantik,dia telah pun berkahwin dengan seorang lelaki bernama Khuda. 

Rating: 5/10 sebab aku taksuka part merapu dalam cerita ni macam hantu jepun & bab bunian tu takpayah pun takpa buang cost ja ajak uqasha senrose berlakon.

p/s: Tak sabar nak tunggu Munafik 2!

Thanks for reading <3 ! salam sayang,syadiya xoxo

Friday, 10 March 2017

REVIEW MOVIE: LOGAN

Assalamualaikum,
Dah tengok Logan belum tu?Hehe.Al kisah kawan aku yang aku tipu nama dia Maggi padahal Umi tu ajak aku tengok wayang lagi cerita Logan.Aku macam taknak ah sebab nama cerita ni tak sedap💀.
Padahal bang Logan ni punya famous dalam cerita X-Men.Aku taktau pun nama dia Logan.Aku panggil dia abang Wolverine.Lol bongok.Hhahaha
Seronok aku sebut nama dia "LO-GAN",pastu kawan aku perbetul suruh sebut "Lo-GERN"repeat 100kali aku sebut salah.Ah kisah.

From instagram story.Do follow @syadiyakhairul (tak follow siap!)
Pergi bertiga je;Aku,Umi,and Pikah.
Aku rasa cerita ni paling lama sampai terasa panas punggungku!Hahaha.Oh ya btw im not a big fan of X-Men so jalan cerita yang aku bakal cakap nanti agak serabut sikit tauu.

So here:
Wolverine ni jadi abang uber pulak dah dekat bandar untuk sara Canibal and Charles.Charles ni agak nyanyok dah tua 90-an.Cakap pun merapu raban kadang.Pastu ada seorang lelaki(ntah dari mana)datang naik uber Logan(wolverine)and tanya pasal Mutan.

Si Charles pulak tak habis2 bagitau Logan yang ada mutan baru after a long time takda mutan.Tapi Logan tak percaya sebab pikir Charles ni takleh dipercayai.Tengok-tengok ada perempuan mintak tolong Logan hantar dia and anak dia pergi satu tempat selamat.Padahal anak perempuan tu bukan anak betul dia pun.Dia cuma nurse yang bawak lari budak tu(Laura).And sebenarnya Laura tu anaknya Logan.Benih gitew.

Overall ceritani bagi aku banyak pasal sacrifice la.Takleh cerita banyak.Kena tengok sendiri.Bahahaha kuajo akuni.

Jangan keliru tau,HAHAHAHAHA👇👇👇


Rating:9/10 sebab ending dia buat aku nak teriak.

Salam sayang,syadiya xx

Thursday, 2 March 2017

REVIEW MOVIE :Syurga Yang Tak Dirindukan 2

Assalamualaikum,
Ada satu malamni,astro oasis ada pasang cerita Syurga yang tak dirindukan 1.But ya,i refused to watch sebab pikiran aku kata "cerita indon sama,lupa ingatan plus tertukaq anak" majornya kan?Semorang tau aku rasa.Hahaha.Jadi aku bekeras takmau tengok.Mak dengan abah punya asyikk banget sih nontonnya.Aku pulak spesies chipsmore.Jarang ada kat ruang tamu nak join tengok TV.Kalau keluar pun nak ambik barang apa apa.

Pastu, kawan aku nama dia maggi.Ah bukan aku tipu.Nama dia Umi=) Hahaha.Dia ajak aku nengok wayang cerita Syurga yang tak dirindukan 2.Aku pun macam..

"this story"

"yang aku taknak tengok dkt TV haritu"

"sambungan dia?!!"

Pastu gelabah bewak bagitau aku tak tengok SYTD first.Umi kata jangan risau sebab dia ada share full cerita SYTD 1 dekat facebook dia.Maka secara tewasnya aku tengok SYTD 1 dengan so mix feeling.Nak nangis mak aku ada pulak masa aku tengok.Dan dan acah acah gelak part lawak.Hahaha!Sesiapa yang nak tengok SYTD PART 1,cari je kat fesbuk:) Berlambak bagi free.

Aku pun dah taktau mana satu hero heroin dia.Senang cakap ada dua hero,dua heroin.
First hero (oh my love!) :Fedi Nuril as Mas Pras
First Heroin:Laudya Chynthia Bella as Citra Arini
Second Hero(I love him too!):Reza Rahadian as Sharif
Second Heroin:Raline Shah as Meirose

This is the most conflict story.Im going to cry but aku malula nak nangis bagai ni ah plizzzz.Hahaha.Okay sambungan dalam SYTD 2;

Arini and her daughter,Nadia going to Budapest,Hungary sebab terima undangan untuk promosikan buku yang dia sendiri tulis.And badly (or you want me to say goodly T^T) Arini bumped with anaknya Meirose;Akbar Muhammad,and it was the starting to everything.Masa ni jugak Arini terima untuk buat sesi temu bual and tandatangan dari peminat buku dia and one  of her fans is Doc Sharif(Reza Rahadian).

Sharif requested Arini untuk datang jumpak anak anak murid Doc Sharif which are from a leukimia children and etc.

Okaylah aku pendekkan lagi sebab aku macam nak cerita semua .Huwa help me help me im sink! Hahaha.Okay,masa Arini and Nadia(her daughter) pergi shopping,Arini have fainted.And when they arrived at the hospital,the doctor was Doc Sharif.A miracle and ya...just a story.Kebetulan itu satu dalam sejuta aku rasa.Ok aku sambung,Doc Sharif bagitau Arini yang she is suffering brain cancer stage 4.Sebab sebelum ni,Arini memang ada cancer rahim tak silap tapi doktor Arini bagitau dah pulih.Yang tahu keadaan Arini masatu cuma Doc Sharif and her daughter ,Nadia yang pasang telinga dari toilet.Hep,tak baik tau jadi telinga kuali!

Dari situ Arini dah start rancang nak jodohkan balik her husband and second wife,Meirose.But at the same time,Meirose nak failkan cerai dekat Mas Pras sebab Doc Sharif is her love one.KEBETULAN APAKAH LAGIII?! After 2 days at Budapest,Mas Pras pun datang menyusul Arini.Masani Arini dekat rumah Meirose.Pelagi tekezut la Mas Pras jumpa Meirose.Btw aku rasa Pras ni memang suka Meirose pun.

Day by day,Arini always look pale,rawatan semua dia taknak.And dia pengsan.Ha,kalini rahsia semua dah terabur semua tahu termasuk laki dia T^T

Okaylah cukup bagus bin baikla aku cerita teruk teruk sampai sini.Nak tengok ending?Pila tempah astro first .Hihi.

Ha lupa nak bagitau,Nora Danish pun berlakon tau dalam SYTD 2:) Pelakon tambahan as PA Arini.

RATING: 10/10

Salam sayang,syadiya.xx

DO LIKE