Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Talcum Powder Party…

Seronoknya Haikal bila dapat main bedak secara besar-besaran tanpa ada jeritan dari orang sekeliling.. hehe..

Saja je biar dia main, lagipun tu bedak lama.. Biar dia main puas-puas..


Apr 21, 2013 | Midnight Project.. #toddler by sayahappyslalu on Keek.com

IMG_9541

IMG_9544

IMG_9545

IMG_9556
Yang jadi mangsa ialah kasut atok.. Open-mouthed smile

Satu kali ni jelah ye.. Next time, no more!

Monday, April 2, 2012

Ronaldo In The Making..

Haikal got a pair of new jersey.. Atuk belikan.. Tengoklah tu, terus keluarkan bola dia.. :) Kalau dah anak lelaki tu, memanglah lasak semacam.. hehe..

Bila ada orang ramai, mulalah tunjuk skill.. Macam-macam dia tunjuk.. :P

Monday, March 26, 2012

Haikal Berdialog Upin & Ipin..

Banyak-banyak episod Upin & Ipin, Haikal suka tengok episod Kuih Untuk Opah (bahagian 3) dan Berkat..

Few days lepas balik dari outstation, Haikal tengok Upin & Ipin kat iPad.. Terkejut bila tengok dia boleh hafal dialog dan aksi dalam cerita tu…

Beberapa kali aku try rekod video, tapi bila Haikal nampak dia akan stop dan tarik camera.. huhu.. Ni cubaan record dari belakang.. Dapatlah rekod sikit... Kalau dari depan, tengok mimik muka dia skali, mesti lagi kelakar.. hihi..

Sunday, March 18, 2012

Shop Till You Drop..

Penat sangat melayan mama dia round shopping complex, sampai tertidur dibuatnya dalam trolley.. haha..

Let’s watch the video.. :P

Oh, by the way, aku sudah proceed with Gymboree purchase.. Sorry ye yang tak dapat join sekali.. Order more than USD525, harga shipping dia melampau, USD210.. Memang tak mampulah nak bayar mahal2.. huhu.. Lucky this time ada discount voucher, so shipping from the US is FREE.. So, yang rasa nak beli tu, maybe next time.. err, next month kot.. Kite tengok dulu apa yang best nanti.. hehe.. Sometimes aku ingat nak tolong kawan2 beli je.. Tapi memang tak boleh janji yg aku tak akan beli langsung.. hihi..

Thursday, February 16, 2012

Playing Alone..

Sometimes rasa kesian tengok anak aku ni main sorang-sorang.. huhu.. Tapi takdelah most of the time, aku biarkan dia sorang.. Memang selalu “melekat” kat aku je, budak bujang ni.. Tak nampak aku sikit, mesti melalak walaupun dia dah semakin besar.. hihi..

Sebab selalu main sorang, mainan pun takde orang kacau, tu yang bila main kat tempat orang ramai, he tends to conquer things.. Macam hak dia seorang.. Adohai, siap anak orang puteh pun dia sepuk.. huhu.. Aku yg risau takut mak ayah budak tu datang marah..

Enough about that, ni nak share video Haikal main his Lion.. Seronok main Lion dia.. Siap topi dan stokin sekali.. Kira habis bergayalah tu.. :)

Wednesday, February 1, 2012

Pedas..

Haikal sebut “dash”.. hehe..

Aku tak tahulah Haikal ni ikut siapa.. Suka makan sos.. Papa dia kata, ikut aku.. Makan apa2, mesti ada sos..

Masalahnya, kalau bagi sos kat dia, makanan tak berkurang.. Sos tu yang kurang.. hehe.. Ni semalam sempat amik video dia makan keropok cicah sos.. Pedas cili tu tapi dia tetap tahan sampai meleleh air liur dan hidung.. hihi..

Sometimes aku sorok sos.. Tak elok untuk perut comel dia..:)

Wednesday, December 7, 2011

Haikal Knows How To Cycle…

You feel that your son is a big boy now when he knows to do lot of things by himself :) That’s is what I feel!

Semalam, dia tutup pintu kat dapur then press the lock.. Then, masa main-main dalam bilik, dia kunci pintu dari dalam.. He was alone at that time.. Beria atuk dia ketuk-ketuk dari luar suruh bukak pintu.. Aku pun cuak jugak tinggalkan dia sorang-sorang.. So, aku amik kunci bilik dan nak buka dari luar.. At the same time, Haikal buka pintu dari dalam.. Bertuah betul budak kecik ni.. hehe..

And semalam jugak, I witnessed him cycling by himself.. Memanglah slow but he is showing us progress.. He know the steps.. Bila pedal kat atas, kaki mesti tekan pedal so that the bicycle will move forward..

Seronok main sampai taknak masuk rumah.. huhu..

This video explains betapa “kedekut”nya anak aku ni.. Tak boleh orang share barang dia.. Naik basikal sekali pun tak boleh.. Kesian adik Hasief.. Abang Haikal kedekut, apatah lagi nak bagi main mainan dia.. huhu..

Dah penat mengayuh agaknya, tak laju2, anak aku mula merengek.. Last-last, papa dia amik kayu, tolak dari belakang.. kehkeh.. Barulah laju je basikal tu jalan.. hehe..

Tuesday, May 3, 2011

Baby On The Move: Walking…

Nak duduk diam-diam, jangan haraplah.. Bila dah pandai berjalan ni, sekejap2 dia round dapur, lepas tu jalan ke ruang tamu pulak.. Time makan pun camtu jugak.. Makan sesuap, kemudian ronda-ronda dulu sambil kunyah makanan, pastu datang balik makan lagi sesuap.. Yang tak tahan, dia kesat kat sofa tu.. huhu.. bila makan kat restaurant pun tak reti duduk diam dah.. Mesti nak rayau-rayau jalan ke meja orang lain.. Penat mengejar.. hehe.. Tulah, dulu time belum berjalan, tak sabar nak tengok anak berjalan.. Sekarang dah berjalan, kenalah rasa sendiri macam mana penatnya.. hihi..

Ni video berjalan nak kejar mama.. Masih senget-senget lagi jalannya, tapi dah agak tegap..

Sunday, April 17, 2011

He Loves Durian, Just Like Mama!

At first, saja je nak bagi Haikal rasa sikit durian ni.. Sekali tu, dia suka lah pulak dan tak nak berhenti makan.. huhu.. Bila aku cakap dah abis, mulalah nak melalak.. Smile with tongue out

Tengoklah budak comot ni makan durian!

IMG_1895

IMG_1899 Tertinjau2 tengok papa bukak durian.. Dia yang paling tak sabar sekali.. hehe.. Gambar terpaksa dikaburkan kerana terlalu seksi.. Auw… haha..

Ni sempat record satu video aje.. Yelah, aku ni kalau dah dapat durian, benda lain semua tak ingat dah.. Dah nak abis makan, baru ingat.. hihi.. Tengoklah betapa rakusnya anak aku makan durian.. Kiri kanan nak orang suap.. huhu

Last night, my hubby beli lagi durian.. Bila bawak masuk je rumah, Haikal dah tak tentu arah.. Merengek ajak aku ke dapur… Excited dia tengok durian.. Bertiga kitorang duduk di dapur, menghadap durian sampai licin.. Sebiji je pun, tapi kali ni banyak ulas dan puas makan.. This time, aku cakap “dah abis”, Haikal relax aje.. Dah puas dan kenyanglah tu..

Okay, nanti kite makan lagi ye, Haikal ;P

Sunday, April 10, 2011

Funny..

Aku tak pernah lagi tengok Haikal tertidur terlentok2 masa dia tengah duduk macam ni.. Biasanya mesti tidur atas stroller atau atas bahu papa dia.. Dah mengantuk sangatlah ni, sampai kat atas highchair pun jadi.. Padahal, sebelum tu, baru aje makan karipap dan ice cream Ikea.. Smile

Lagi satu video ni, time tengok ABPBH hari tu.. Anak aku ni kan pantang dengar lagu.. Memang semua badan nak goyang2.. hehe.. Inilah aksi dia menari lagu favourite Ana Raffali, Kalau Berpacaran.. :P Jom layannnn….

Wednesday, March 30, 2011

Haikal’s New Videos..

Looking at my baby, he really has grows beyond my eyes.. I always said he act like a big boy.. I’m so amazed to see what he have done and showed us.. He can open bottle cap by himself, so beware we need to cap the bottle tightly to prevent he spill all the water out.. huhu.. He also knows how to climb down from our bed.. To my surprise, he woke up from sleep and silently he crawled towards us in the living hall.. No crying and all.. Good boy! He always want to hold his toothbrush himself and brush his 6 tiny teeth.. He like the taste of strawberry toothpaste, actually.. Smile with tongue out

These are videos of my baby.. One is driving a taxi like a pro at Carrefour.. haha.. And the other one, a trial to be a cute mat rempit with his lion.. hehehe..

Saturday, March 19, 2011

Step By Step, Ooo Baby…

Haikal baru nak belajar berjalan.. Sebelum ni, kalau aku nak pimpin tangan, dia akan lembikkan badan tak mahu.. Sekarang dah okay sikit.. Bolehlah jalan setapak2 bila pegang tangan dia.. Itu pun, ikut mood jugak.. huhu..

Perasan tak seluar terbalik? hehe.. Susah sangat nak pakaikan seluar, main sarung ajelah.. :P

Hari tu, kat rumah adik aku, Haikal dah jalan setapak dua tanpa pegang apa2.. Sebab apa? sebab rumah adik aku ada carpet.. Maybe rasa confident sikit berjalan atas carpet.. Kalau jatuh tak sakit.. hehe.. Bijak bijak.. Kalau duduk kat rumah nenek pun, tak nak duduk atas lantai.. Dia mesti naik atas riba sesiapa atau duduk atas rocker.. Entah apa pesen anak aku ni.. Nak golek2, lagilah sangat.. Tunggu bentang toto baru dia golek2..

Monday, February 28, 2011

He Loves Steering So Much!

Bila masuk kereta, tempat pertama Haikal tuju ialah steering kereta.. Nak lepaskan tangan dia dari steering punyalah susah sebab dia genggam kuat sangat.. Baru2 ni, pandai dah main signal kiri kanan, high beam dan main viper.. Sampai terpancut air viper tu.. Bunyi hon, jangan cakaplah.. Berkali-kali, sampai orang yang lalu pun terkejut.. :P

Biasanya, kalau papa Haikal yang drive, kitorang duduk kat sebelah.. Bila aje kereta berhenti kat traffic light, cepat2 Haikal pergi kat papa dia nak berdiri kat steering.. huhu, tak reti diam betul..

Setiap kali nak keluar, aku dan Haikal akan naik kereta dulu sementara tunggu my hubby kunci pintu.. So, time ni aku bagilah Haikal main puas2 kat steering.. Tengoklah budak kecik ni, main steering sambil layan lagu jiwang.. Terlentok-lentok kepala, you.. haha..

Hari tu pergi Jusco, trylah naikkan dia mainan kereta music yang masuk duit tu.. Memang purposely pilih yang ada steering.. Suka Haikal duduk dalam tu, tapi mata pandang ke sebelah.. Sebab ada awek.. haha.. Bila music stop, dia melalak.. hehe.. Nasib baik bila papa dia nak keluarkan dari situ dia okay aje..

IMG_0997 Alamak, garangnya.. hehe..

IMG_0999

IMG_1000 Dah boring duduk kat seat, duduk mencangkung pulak.. hehe..

Entah tak tahu kenapa Haikal suka steering sangat2.. Firstly, dia boy.. Budak lelaki suka ciri-ciri yang lasak macam ni.. Atau, yang kedua, maybe dulu masa aku pregnant kan Haikal, hari-hari drive ulang-alik Senawang.. Tu yang dia asyik rasa perut aku kena steering tu.. haha…

Suka sangat steering sampai rasa nak makan.. Nyam nyam!

IMG_1002

Thursday, February 17, 2011

This Is The Reason My Handphone Went Kaput..

Kalau tak rosak, nescaya aku tak tukar handphone lagi sekarang ni.. huhu.. Tengoklah apa yang dibuat oleh anak bujang aku terhadap handphone lama aku..

Bila pulak joget jadi gojet.. lantaklah, malas nak tukar.. haha..

Bijak, memang bijak Haikal ni.. Lepas guna untuk bersuka ria dengar lagu, dia buang pulak handphone.. Dah buang, pandai pulak amik balik.. Hari-hari kena buang ke bawah, manalah tak jahanam.. hehe.. Same goes to the remote control.. Memang sentiasa sorok tak bagi dia amik.. huhu..

Monday, January 17, 2011

Naik, Turun & Gigi…

Apa yang naik, turun dan gigi tu? Kalau nak tau, please watch the video.. hehe.. Bila teringat baru aku amik video Haikal.. Lucky this time boleh capture his new milestones.. Kadang2, dia tak nak bagi kerjasama, tu yang tak jadi amik video.. :)

Tengok tu, sampai tergolek dia.. Nasib, tak menangis.. hehe..

Yes, Haikal dah pandai panjat dan turun sofa sendiri.. :) Turun katil pun dah pandai jugak.. Tapi, katil tinggi sikit, so, kena perhatikan dan pegang sikit takut tergolek pulak.. huhu.. Mesti Haikal takut jatuh katil.. Tahu tak Haikal jatuh katil lagi masa hari pertama kitorang pindah dan tidur rumah baru.. Kesian dia.. huhu.. Sekarang ni, kitorang bentang toto aje dan tidur bawah.. Baru aku yakin selamat.. huhu..

At this age, I guess Haikal dah mula faham apa yang kitorang cakap dan suruh dia buat.. Bila tanya “Siapa nama Ahmad Haikal Zikry, angkat tangan?” dia akan lambai2 tangan dia.. Tanya “Mana gigi?” dia ketap2 gigi dia dan kalau tanya “Mana fan?”, dia akan tengok siling and tengok kipas.. Tapi, janganlah larang dia dari buat apa-apa dengan cakap “Jangan” atau “No”, tentu dia buat tak layan dan terus buat benda yang kite tak bagi tu.. Aku pernah dengar orang cakap, elak guna perkataan negatif seperti “Jangan panjat” sebab budak2 akan abaikan perkataan “Jangan” tu dan terus memanjat.. Contohnyalah.. Tapi, memang pun, benda yang kite tegah tu lah yang dia buat, kan?.. hehehe.. Maybe we can try something else to attract his attention.. Aku selalu cakap, “Babai, mama nak pergi jalan…” so, dia berpalinglah dan datang kat aku.. hehe.. Tak tahulah taktik ni akan bertahan sampai bila.. :P

Monday, December 13, 2010

Get Me Out Of Here…

Part I:

Can you guess what is inside the box?

IMG_0001Kehkehkeh.. Kejam sungguh mama dia ni, masukkan baby dalam kotak.. :P Mula2 excited aku tolak kotak tu.. Bila start tutup, mulalah cuak dan nak melalak.. haha.. Banyak sangat kotak kat rumah aku ni, sepah2, malas betul nak kemas.. huhu..

IMG_0003 Kesian.. Budak botak dalam kotak… hihi.. Haikal mintak tolong keluarkan dari kotak..

Part II:

Dah pandai dah keluar sendiri dari Bumbo Seat.. Kalau dulu, jerit2 jugaklah mintak tolong.. Sekarang, dengan rilex nya dia tunjuk skill.. hehe.. So, dah patut simpan dah sebab Haikal tak nak duduk dah.. Simpan untuk next next and next.. berapa banyak next da? haha..

I will not let go this item.. Sebab aku rasa inilah barang yang best skali dan puas Haikal pakai.. Since 3 and half month dah start duduk dalam tu.. Tu yang Haikal cepat duduk.. To mommies out there, yang masih terfikir2 nak beli, beli aje.. Tak payah tunggu baby besar baru nak beli.. Tak pun, mintak orang sebagai hadiah masa baby lahir.. hehe.. Good idea, rite?

Friday, December 10, 2010

Tepuk Amai-amai…

Haikal dah pandai tepuk-tepuk tangan sambil aku nyanyi lagu Tepuk Amai-amai.. Pap pap bunyinya.. hehe.. Dah pandai menepuk tangan ni, bila-bila aje dia suka dia tepuk.. Yang kelakar, bangun2 tidur terus tepuk tangan.. haha.. He want to practice, I know :) Lagi satu, dah pandai buat macam aksi bertumbuk using his fists.. Aku pun apalagi, tunjuklah cara taekwondo kat dia.. yah yah yah.. haha..

IMG_9791

IMG_9790

Ni video masa baru pandai tepuk tangan.. Ada banyak video lain, later I share.. :)

Thursday, December 9, 2010

Imam Muda…

InsyaAllah.. :)

Atuk dan nenek Haikal baru balik dari tanah suci Mekah.. Diorang belikan 3 pasang jubah dan 2 kopiah untuk si kecik ni.. Malam tu, terus cuba pakaikan kat Haikal.. Comel sangat! Kat dahi tu, bertanda bukan sebab kuat bersujud.. Tapi, kena gigit dek nyamuk.. haha..

Haikal dah taknak pakai apa-apa kat kepala.. Asal pakaikan topi, kopiah, songkok, semua dia cabut… Dah pandai rasa rimas.. Masa kecik2 dulu, ikut aje apa yang mama pakaikan, sekarang tidak lagi.. Tak payahlah mama nak beli topi2 lagi lepas ni.. hehe..

IMG_9822 Jubah putih… Haikal pakai masa kenduri.. Nicely fit on him, cuma bahagian leher cekak musang tu, Haikal agak rimas.. So, aku lipatkan bahagian leher supaya tak terjerut..

Jubah yang kedua ni, aku suka sangat.. sebab comfort aje baby pakai.. Boleh buat baju tidur :P

IMG_9839

IMG_9842 Pak Arab yang lasak dan aktif.. haha..

IMG_9847 Tak padan dengan berjubah.. Walaupun pergerakan terbatas, ada hati lagi main kejar2 dengan abang Danish… Ni video diorang terkedek2 main kejar2... hehe.. Suka tengok, macam-macam perangai budak2 kecik ni.. :P

Wednesday, November 10, 2010

He Loves Gadgets!

Pantang nampak sesiapa bukak laptop, mesti si kecik ni datang.. Sejak pandai merangkak, memang cepat aje dia pergi ke laptop kalau nampak ada orang bukak.. huhu..

Ni video masa Haikal baru start merangkak laju..

Best kot mainan barang-barang orang besar.. He like to play with handphone as well.. Jari-jari comel tu, mulalah mengutil keypad handphone.. Keyboard kat laptop pun dia kutil sampai terkeluar huruf.. huhu.. Yang ini, papa dia memang bising, sebab laptop papa yang jadi mangsa.. hehe..

IMG_8889 “Bestnya dapat handphone cap ayam mama.. Tapi, lagi best kalau dapat iPhone 4G” :P

IMG_9164 “I come, I conquer! yeay”.. See how excited he was..

Last week, kat rumah Epit, ada Vtech baby’s laptop.. Bukan main suka dia tekan-tekan keyboard.. Tambah lagi ada bunyi2 yang keluar bila tekan.. Pandai pulak dia flip monitor laptop tu..

IMG_9305A B C.. Marissa tunggu aje kat tepi, tak bagi main.. :)

IMG_9307"Papa, belikanlah untuk Haikal satu… Boleh, kan?”

Agaknya, kalau belikan Haikal satu laptop ni, Haikal datang kacau mama lagi tak time mama tengah surf internet? hehe.. Kadang-kadang tu, bila Haikal asyik kacau aje, memang tension sekejap.. huhu.. Sebab tangan penat nak stop him daripada tarik WIFI dongle atau korek2 keyboard dan kena asyik angkat baby letak kat tempat lain.. Lepas tu, dia pergi kat tv pulak.. Takpun, main kat extension plug, etc.. Haish, mencabar sungguh.. Last2, aku bawak masuk bilik, menyusukan dia dan sama-sama tidur.. :P