Showing posts with label toddler. Show all posts
Showing posts with label toddler. Show all posts

Thursday, March 6, 2014

Haikal’s 4th Birthday Celebration…

Dah 4 tahun dah Haikal.. He seems taller than his age.. Ramai yang cakap macam tu.. Tinggi tak apa, jangan obes, mama susah nanti hehe..

Kitorang celebrate bertiga di rumah sahaja.. 2 hari awal, iaitu hari Sabtu.. Sebabnya, nak bagi dia buka hadiah cepat.. So on the weekend, dia boleh main.. Bila dah sekolah, timing kena cun, tak boleh kacau time dia nak tido..

1832

1885
Happy Birthday, sayang mama…

1875

Seminggu sebelum tu, we went for present hunting kat The Curve dan Midvalley.. Sorok-sorok beli dan wrap hadiah.. Haikal tanya, siapa punya, dia jealous bila kitorang bagitau, hadiah tu kawan mama dan papa punya.. Dia dapat kereta Tomica kecik aje.. hehe.

1859
Hadiah untuk Haikal, setelah seminggu disorok..

1841
Happy boy.. Tapi, papa dia lagi excited kot.. haha.. Yang set belakang tu, last year beli masa birthday dia.. This set memang tahan lasak, Haikal pun pandai jaga, itu yang beli another sets, boleh extend jadi besar.. My hubbylah bercita-cita nak buat big city.. Engineer, kan.. LOL..

On the Monday, 24th February, Haikal celebrate dengan kawan-kawan kat sekolah..

1888
Cake dia..

1891
Tengok anak aku, malu-malu kucing.. Smile with tongue out

1889
Kira dah lepaslah hajat dia nak bawak kek pergi sekolah.. Sebelum tu, lorat aje, boleh kata setiap hari merengek.. Sabar jelah..

1847
Tengah syok bermain..

Monday, December 30, 2013

Haikal Is Going To School Soon…

Next year, Haikal masuk 4 tahun.. Kitorang decide untuk hantar Haikal pergi sekolah, bolehlah dia biasakan diri dengan environment sekolah, ramai kawan-kawan, berdikari dan berdisiplin sikit.. hehe..

Selama dari baby, duduk rumah babysitter, takde belajar secara formal, jadi rasanya memang waktu yang sesuai untuk dia belajar secara proper kat sekolah.. Mama ajar, tak jalan sangat, sekejap2 dah distracted buat benda lain..

IMG_2700
Big boy…

Since we will be away for 2 weeks+, Haikal akan start sekolah pada 20th January 2014.. Berdebar-debar jugak ni.. Masa amik baju sekolah hari tu, dia masuk tengok sekolah dia, suka betul.. Nampak dia excited.. Keadaan sekolah pun okay, sebab baru je bukak, so everything is new..

Masa mula-mula ronda cari sekolah dulu, pernah jugak bawak dia survey sekolah kat area rumah kitorang.. Bila tanya, “Haikal nak sekolah sini tak?”.. Dia jawab “Tak nak. Sini ada ulat”.. huhu.. Budak ni dah pandai memilih.. Tengok kotor-kotor sikit, dia tak mahu..

Harapnya okaylah Haikal nak pergi sekolah hari-hari, senang bangun pagi.. Hubby will send him in the morning and time balik, aku amik kat sekolah.. Sebabnya pagi-pagi, aku pergi awal sikit, too early for him, sekolah pun tak bukak lagi..

IMG_2692

Full day Haikal kat sana, 7am hingga 7pm.. Buat masa ni, itulah planning-nya.. Kalau dah pindah nanti, maybe fikir lain pulak, sama ada pindah sekolah atau stay, itu later baru decide..

Tuesday, November 5, 2013

Thomas & Friends My First Roller Skates..

One of my blogger friends jual this preloved roller skates set dalam Instagram..  Terus aku berminat nak beli untuk Haikal.. Haikal suka sangat, tapi mama lah jadi mangsa, kena tolong tolak dia sambil dia mencangkung haha..

IMG_1575

IMG_1570
Time bersemangat, tengah-tengah malam pun ajak main benda ni.. :P

Monday, September 23, 2013

Outfit Of The Day…

Kalau kat instagram, please search for the hashtag #ootd, mesti berjuta gambar keluar. haha. Anyway, it is not about me pun, tak kuasa.. hehe..

Siapa cakap baju budak lelaki tak variety? Asyik sama balik-balik jeans, t-shirt.. I don’t agree.. It is actually up to you how to dress-up your son..

IMG_1847
Haikal dah besar, so aku sukalah nak try macam-macam colour. Sampaikan dia cakap “Eee Baju pink, sakit mata” LOL.. bukan pink yang ini, ada lagi satu baju striking pink aku beli.. hehe.. Baju pink Ninja ni, one of his favourite..

IMG_1574
With the same stripe pant, tukarkan pakai baju pink lain..

IMG_1563

IMG_1852
Yellow pant with Green/Aqua T-shirt..

IMG_1598
Yellow pant with Blue T-shirt.. Kasut pulak merah..  Tapi banyak-banyak kasut yang ada, dia tetap pilh Crocs dia… Grrr... Senang nak pakai dan cabut, boleh terus berlari-lari kot..

The coordination of his clothes, memang aku main belasah je.. hehe..  Bila dah pakaikan, aku tanya hubby okay ke tak.. Kalau dia kata tak okay, aku tukarkan and matching with other pants or t-shirts.. Itu saja, just mix and match..

IMG_1625

IMG_2020

IMG_1512

IMG_2306
Baju yang sama, matching kan dengan seluar hijau..

IMG_1686

IMG_2136
Seluar askar, katanya..

IMG_1643
During normal days, bila keluar groceries shopping ke, makan-makan ke, just pakaikan jeans aje.. Haikal suka jeans.. Bila dah besar ni, dah pandai pilih-pilih sendiri nak pakai baju dan seluar apa..

By the way, aku tak spend banyak pun (ye ke??) untuk beli baju-baju Haikal.. Beli online memang jimat.. Senang je, bila setiap kali beli, aku buat conversion, kalau satu baju dalam RM30, kira sangat okaylah, sebab kat sini baju kat butik pun memang akan lebih dari harga tu..

IMG_1393
Bought this GAP t-shirts at $7 each.. Berbaloi.. Bila buat pilihan warna, aku pilih warna yang tak ada lagi.. Then, dia punya gambar/print tu pun kena make sure Haikal akan suka..

IMG_1220
Ini salah satu brand yg aku suka.. Nextdirect.com Bought 6 items at only RM200+, dalam RM30 lebih satu item, kira sangat okay kan? Kat shopping mall, seluar sahaja dah RM49 and above.. Jeans, kalau tak cecah RM50 memang tak sah.. Pandai aku mengajar, kan? LOL.

Raya kali ni, memang aku tak beli langsung kat shopping complex.. Semua beli online aje.. Brand yang biasa beli, I already knew the quality, so memang tak risau.. Jadi, teruskan online shopping.. haha.

Monday, August 19, 2013

Toilet Training…

Haikal sekarang dah 3 tahun 6 bulan.. Dan dia masih ber”diaper” hehe.. Salahkan kitorang, lambat start! kehkeh..

Actually our first trial dalam beberapa bulan lepas, for 3-4 hours.. Okay lah, setiap setengah jam bawak pergi toilet dan buang air kecil.. Lepas tu, tak teruskan, maybe aku terlupa haha..

So, bulan puasa lepas, try lagi untuk 2 hari.. Hari pertama, try dari pagi sampai pukul 4.00pm+, “accident” 1 kali..  Hari kedua, “accident” 2 kali.. Haikal sendiri yang surrender, dia mintak pakai pampers sampailah ke hari ni.. LOL.. Dia fed up kot sebab asyik kena bukak seluar dan masuk bilik air.. Kacaulah aktiviti dia tengok youtube kat PC.. huhu..

Takpelah, tunggu dia ready, baru start balik.. Sekarang, bila nak pakaikan dia seluar, aku tanya “tak payah pakai pampers ye?”.. He insists to wear it.. Tak naklah paksa-paksa.. Nanti dia buat2 terkencing merata, lagilah stress, kan? Just go with the flow..

Kalau ada tips nak ajar anak toilet training, share ye.. :)

Tuesday, July 30, 2013

Grown Up Boy…

Sudah nak masuk 3 tahun setengah Haikal ni.. The most favourite question yg aku selalu dapat “Bila Haikal nak ada adik?”.. But, the answer is not in my hand.. Kalau boleh, esok jugak nak ada baby baru.. hehe..

Lama tak cerita fasal anak bujangku :)

IMG_1284
Tunjuk gigi yang malas gosok.. Dia cakap, nanti muntah.. Banyak betul alasan sekarang ni.. hehe

IMG_1293
At Petronas Solaris Serdang.. Tak sabar nak tunggu aku amik duit di ATM, dia nak pergi bayar sendiri.. Orang kat kaunter dah tersenyum-senyum sambil cari mana mak budak ni.. :P

Percakapan - At this age, Haikal still lagi pelat sikit-sikit.. Tapi bila dia cakap tu, dia cakap penuh 1 ayat, tapi masih pelat here and there.. Paham-paham sendiri. Kalau tak faham, aku cakap “okay.. okay.. iye” padahal tak faham apa dia cakap.. haha.. Kalau cakap tak faham nanti, dia marah.. Dan dia masih panggil kitorang “Amma, Appa”.. haha apa-apa jelah, janji maksud sampai…

Potty Train – baru mula 2 kali.. haha.. Bila teringat dan rajin nak layan, baru buat.. Dua-dua pun dalam 2 jam aje.. He was doing good.. Asyik-asyik aku tanya, “Haikal nak kencing tak?”.. Selang 30 minit, tanya lagi dan suruh pergi buang air kat bilik air.. Buang air besar je tak pernah lagi.. I am a little bit nervous.. haha.. Takpe nnti kite belajar lagi..

Loves – to watch Youtube.. Hari-hari nak tengok “Eggs Car”.. You try to search Eggs Car kat Youtube seach bar tu, tengok apa yang keluar.. Benda tulah yang dia tengok hari-hari tanpa rasa jemu.. Kadang-kadang, aku tipu.. Disable internet, pastu try search tak dapat.. So aku cakaplah, komputer rosak.. huhu.. Then dia nak tengok kat handphone pulak.. *____* anak-anak zaman sekarang, memang pandai fikir jalan penyelesaian…

iPad – iPad aku dah macam tak wujud dah.. bayar bill internet buta-buta je, tapi iPad dah kena sorok.. Sebabnya bila main iPad, dia lagi banyak melalak dari duduk senyap-senyap.. huhu.. Nak tidur pun payah.. Nak main iPad je.. Kesudahannya, baguslah disorok..

Belajar – Selalu mengelat.. Belajar sikit je “MA.. MI.. MU” lepas tu terus tak nak.. Colouring dia suka, tapi lepas tu, aku pulak kena colour.. By 4 years, I think sudah tiba masa untuk hantar dia ke sekolah/playschool.. Maybe boleh belajar lagi banyak kat sana termasuk belajar mengaji..

Al-Fatihah – Dah pandai dah ikut kite baca.. Pelat, sudah semestinya.. hehe.. Setiap kali lepas solat, dia suka duduk atas riba, tadah tangan dan baca al-Fatihah.. Abis baca Amin tu, terus bangun, sambung main..

Itu je dulu. Dah 4.30pm, nak balik dah.. hehe.

Monday, June 24, 2013

His Current Favourite – Oreo Donuts…

Haikal boleh makan 2 biji donuts in a row.. But, only Oreo Donuts lah… 

IMG_9598
Krispy Creme .. tak best lah donut dia.. Too sweet to our liking.. Yang best tetap JCo dan Big Apple Donuts..

IMG_0616
Whenever he refuse to eat, give him donuts, sure makan punya! huhu..

IMG_0620
Bermisai dah.. ^____*

Monday, June 10, 2013

Monster Popsicles Mold…

It was hard to resist cute stuffs! huhu..

Terjumpa baru-baru ni masa jalan kat Parkson Ipoh Parade.. Sebab teringatkan Haikal suka mintak aiskrim bila keluar pergi kedai dengan papa dia, maka aku belilah benda ni.. Alasan sungguh! hehe.. Mula-mula pergi Parkson, aku belek-belek aje, tak beli sebab duit tak cukup.. Then, sebelum balik KL, aku pergi lagi Parkson.. Must buy, must buy!! Tak pernah jumpa kat KL pun.. Takut kalau tak beli nanti, terus tak jumpa lagi.. haha.. Saiko..

IMG_0407

I have tried making Ribena, Soya, Mango, Milo flavoured ice cream.. Haikal loves them all except Mango.. Dia cakap “tak sedap”.. haha.. Mango tu, my hubby buat juice from scratch.. Maybe rasa dia payau sikit.. :P

IMG_0409

IMG_0543
Ice Cream Time Is A Fun Time..

Everytime anak aku ni merengek, we will distract him with something else.. ICE CREAM! haha.. Jimat duit papa tak payah beli Paddle Pop lagi..

Tuesday, May 28, 2013

Anniversary Dinner…

Disebabkan aku berada di Ipoh sekarang, dan rindukan cik abang berdua di rumah, aku nak cerita sesuatu yang relate dengan mereka berdua.. kehkeh.. Nak dekat sebulan dan berlalu dari tarikh Anniversary ke-4 kami..

We had dinner at Chinoz On The Park.. Keletihan jalan-jalan KLCC hari tu for HOMEDEC, so we settled with these..

IMG_9790
Cili Padi Seafood Olio.. Sedap.. Tapi aku selalu payah nak abis makan pasta2 macam ni.. Cepat muak..

IMG_9789
Hubby order apa entah.. Aku tak ingat..

4 years together, this is the greatest gift from Allah… Alhamdulillah :)

IMG_9954
Budak ini banyak akal sekarang.. hehe.. Be a good boy, okay!

Soalan yang confirm ditanya kat kitorang sekarang, “bila nak tambah anak?” hihi.. The time will come, InsyaAllah.. Kalau boleh, esok aku nak beranak.. Open-mouthed smile Only Allah can answer this..

Wednesday, May 15, 2013

Junior Masterchef…

Jumaat lepas kitorang berjalan di Batu Feringghi.. Di sepanjang jalan tu, banyak gerai-gerai jual baju-baju, beg tangan, accessories.. Yang paling menarik perhatian Haikal tentulah TOYS aje..

IMG_9990
Belek-belek pastu dia tanya sendiri kat orang jual “Ni berapa?” haha.. Macam ada duit nak bayar..

And I bought for him this cooking set.. hehe.. Ni gara-gara tengok Masterchef lah ni.. Haikal cakap “share, share”.. Ingatkan apa, rupanya “Masterchef” kihkih.. I don’t mind belikan mainan masak-masak ni.. Tak semestinya girl aje boleh main, kan? :)

IMG_9995

650
Ni few months ago, beli susu and dapat free mainan.. Dari sini nampak dia minat main masak-masak dan potong-potong.. hehe.. Selalulah bila dia main tu, dia hidang kat aku suruh minum susu yg dia buat, fish yg dia masak.. hehe.. A lot of fun!

IMG_0117

The next day tu, time kitorang keluar berjalan dia nak bawak mainan masak-masak ni.. Setiap kali masuk kedai, setiap kali dia bukak dapur dia tu.. huhu.. Sabar ajelah…

IMG_0015

IMG_0017

Tunggu mama balik nanti kita main sama-sama, okay!

Wednesday, April 24, 2013

Crocs Family…

Tahu tak bila birthday, boleh dapat 30% diskaun for Crocs shoes? Limited for 2 pairs only.. Can’t resist with the discount.. Tapi malangnya masa birthday aku dan birthday Haikal, kasut yang dicari tak ditemui..

We’ve been looking for this model for Haikal for quite some times.. Tapi tak jumpa saiz.. Nak sama macam papa dia pakai..

14001-485
Crocs Retro Clog Kids (Navy/Red).. Satu hari jumpa kat Aeon Cheras Selatan.. Saiz 10-11.. Terus nak beli.. And aku teringat birthday adik aku baru je lepas beberapa hari.. Asked the sales assistant, boleh tak beli guna IC adik.. She said OK, aku mintak adik aku whatsapp gambar IC dia.. hehe..  

IMG_9375
Bought as belated birthday present for Haikal.. Sedikit besar.. It doesn’t matter.. Boleh pakai lama sikit.. Prinsip aku senang aje, biar besar jangan terkecik.. Sooner or later boleh pakai jugak.. :P

Bila dah dapat diskaun 30%, rugilah beli 1 kasut aje.. Aku pun tak nak ketinggalan jugak! haha.. Entah kasut yang ke berapa entah ni huhu..

14261-26L
Beach Line Boat Shoe Women (Espresso/Stucco) for me.. My first ever Crocs.. Pernah beli lama dulu, cokia punya, tak best.. Huhu..

Tara..

IMG_9505
Us in our Crocs shoes… Red heart