Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, 23 September 2015

Salam Aidul Adha

Alhamdulillah dah nak raya kan... kali ni kat kampung kami tak buat korban mungkin Next year... InsyaAllah..
Saya masih bekerja harini maklumlah kampung halaman dekat je... tak sampai sejam dah sampai...
heheh ada yang jeles tak? mohon jeles ok... hahaha kalau kat group whatsapps dah kena kutuk kaw kaw... ye lah buat ayat sedih kena kerja lagi...
malas nak amik cuti sebenarnya... maklumlah cuti dah berbaki sikit.. so simpan je dulu...
cuma sambung cuti hari jumaat ni je..

Cadangnya kali ni nak balik pada pagi raya tu.. memula pergi rumah mak mertua dulu kat sungai petani sebab mak mertua buat korban kat surau taman Astana tu... so lepas Asar balik rumah mak pulak.. tidur sana. 2 malam.. raya ketiga gi kenduri rumah sedara pastu balik rumah sendiri... 
otak tengah serabut nak exam...

Persiapan Raya... hahaha tak de siap apa2 pun... biskut ingat malam ni nak buat sejenih bawak balik kat mak mertua...
baju raya pakai je yang raya lepas... masih elok... tak terjejas lagi... baju baru tak beli pun.. mama pun pakai je yang mana ada... rasanya semua orang macam ni kan... raya korban ala kadar je kan...

Ahad tu ada korban kat ILKM so ahad tu datang ofis gotong royong lah apa patut masak2 makan-makan. hope semuanya berjalan lancar..

Isnin pulak berangkat ke Langkawi ada mersyuarat pengurusan.. hahah jauh benor kan... sambil-sambil buat Benchmark kat sana..heheh so anak suami kena tinggai ye... 3 hari je mama pi..

Gambar kat bawah tiada kena mengena dengan raya haji...
gambar gi bercuti ke Cameron Highland tahun lepas... 
posing-posing with anak-anak...



















Ps: nak exammmmmmm hope berjalan lancar...



Tuesday, 4 November 2014

Selamat Ulangtahun Pernikahan yg ke 8 tahun

Alhamdulillah hari ni 4 Nov 2014 genap 8 tahun Ulangtahun Pernikahan kami... syukur sangat sebab diberikan suami yang baik.. penyanyang.. dan memahami... terima kasih Ya Allah.. sesungguhnya Jodoh yang kau berikan padaku adalah yang terbaik... kau peliharalah hubungan kami agar kekal ke akhir hayat kami... 

Terima kasih buat suami ku kerana sudi menjadi Suami dan ayah kepada amanah Allah ini...

8 tahun yang penuh bermakna.. 8 tahun yang penuh pancaroba... limpahkanlah kepada kami rezeki yang diberkati...  untuk kami bersama2 membina mahligai yang di penuhi barakah dan penuh kecintaan.


Wednesday, 23 July 2014

Selamat Hari Raya Kepada Semua yang Mengenali

Nampaknya ramai yang dah apply cuti... hari ni dah ada yang bercuti kan... dan munkin dah ada juga kawan2 yang dah bertolak pilang ke kampung masing2...
Alhamdulillah semoga selamat sampai kedestinasi... 
Zie masih belum bercuti... hari jumaat baru cuti..
Tapi tak balik kampung lagi... Sabtu petang baru bertolak balik...
Doakan perjalanan kami juga ye...

Dikesempatan ni juga nak ucapkan selamat hari Raya untuk teman teman semua...
 Maah Zahir Batin... 
ada masa kita berjumpa ye..

Monday, 12 August 2013

Selamat Hari Raya untuk Semua.

Entry melekat sehingga lepas Raya.. entry baru scroll bawah yer... tq..
jom tinggalkan ucapan Raya anda kat sini... tq..

Selamat hari Raya untuk Semua Sahabat Alam Maya.. moga Syawal kali ini memberi seribu makna dan kenangan yang terindah kita ciptakan.. bergembiralah bersama keluarga tersayang, dan yang pasti jangan dilupa pada yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.

Salam Syawal maafkan segala khilaf, terkasar bahasa, terlebih ketawa, mohon diampunkan..

salam sayang dari Zie sekeluarga... love u all.

p/s : saya ucap awai takut nanti ramai yang dah balik kampung.. 
dan saya pulak sibuk takdan nak jengok blog pulak... hehehe salam syawal...

Friday, 2 August 2013

Bookmark Raya dari Intan Berlian


Terima kasih Ina sudi hantar kad dia yang comel bersama anak2 tersayang... sukanya... maklomlah kad pertama... hehehe tapi akak balas kat blog ni je lah... ha kat entry melekat tu... 
untuk semua kenalan sahabat handal.. hehehe..

p/s : sibuk wat akaun nak hantar HQ kalau tak tak bleh cuti raya.. huhu... singgah blog korang kemudian yer.. sorry sangat2..


Tuesday, 21 August 2012

Selamat Hari Raya Untuk Semua Kawan2

STICKY POST


Selamat Hari Raya untuk semua kawan2 yang mengenali diri ini secara langsung ataupun tidak, mohon ampun dan maaf sekiranya, terdapat silap dan salah sepanjang perkenalan kita dialam maya ini moga kita akan bertemu kembali selepas cuti Raya...mungkin hari ni dah ada yang bercutikan, Zie tahun ni cuti raya tak yah aply coz masih diberi cuti... lepas raya baru masuk kerja.. jimat cuti kan.. hehehe
ok kepada yang jauh perjalan semoga selamat tiba ke destinasi yer.. mudahan dapat bersua dengan insan2 yang disayangi.

Kad untuk tahun ni huhu simple jer? nak tengok kad tahun lepas SINI ni gambar tahun lepas, maknanya baby Rayyan belum muncullah, emm tak pa, tahun ni berlima,

Macam tahun2 sebelumnya, raya balik rumah abang, dulu ada mak, sekarang mak duk Parit Panjang so, lepas solat Raya baru gi rumah mak dan ayah. Pastu plan nak balik Air Itam Kedah hari Raya kedua.
( semua ni plan jer, hari raya esok maybe berubah ikut waktu)

So pada kawan2 kalaulah terselisih kat jalan tau kat stesyen minyak ker, kat rumah sedara yang kita singgah ker, jangan lupa tegur yer... maklumlah kenal kat alam maya ni kadang tu tak berapa nak pastikan, dan kalau cam anak2 zie pun jangan lupa cari mama dia.. hehehe..


sELAMAT hARI rAYA dari Khalish Rayyan Jugak
pose istimewa untuk semua.

Saturday, 21 July 2012

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa kepada Semua umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia, mudahan hari ini kita gandakan pahala dalam menjalani ibadah puasa.
Maafkan segala silap dan salah mudahan puasa kita mendapat berkat.

Salam Ramadhan dari Zie Sekeluarga

Sunday, 17 June 2012

Selamat Hari Bapa

Alhamdulillah syukur, berpantang kali ni Zie memang jaga sendiri maksudnya 5 hari je berada dikampung hari keenam dah balik rumah sendiri, makan minum jaga baby sendiri,dan yang paling bermakna mandikan baby di hari kedua kelahirannya... emm memang agak kekok sebab masih bertali pusat.. kalau dulu baby dah berminggu baru berani mandikan, kali ni memang buat sendiri dari a-z, hukhuk... maklumlah anak dah 3 kenalah belajar buat sendiri, takkan nak harapkan mak lagi kan?

Tapi dengan sokongan suami jugakkan siapa lagi, kita cuma uruskan anak dan jaga diri yang lain semua suami yang uruskan, basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah, heheh mop lantai, masak nasi, semua dia buat bestkan kalau selalu macam ni hehehe.. cuma lauk je zie buat sikit2... coz yang ni dia kureng pengetahuan sket...

Memang tabik springg lah... tiada kata nak diucapkan, selain ucapan terima kasih yang tak terhingga...
Sempena Hari Bapa ni kuucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa buat suamiku yang tercinta, dengan 3 orang anak mudahan Abang menjadi ayah yang terbaik buat anak2 kita... jadilah pelindung, idola kepada anak2 kita..sayang abang selamanya..

Hadiah untuk abang tahun ni adalah Baby Khalish Rayyan lah...

Wednesday, 14 March 2012

Lagi 10 Minggu


Emmm bila dah nak dekat ni makin tak sabar pulak rasanya. 
Mudahan semuanya lancar.


p/s : oh ya nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Tahniah kepada Fara 
kerana telah selamat melahirkan baby boy. 



Saturday, 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidurasul buat junjungngan kita Nabi Muhammad S.A.W
Jom hayati lirik lagu ni.. memang menyentuh perasaan sanubari..



Hijjaz

Rasulullah 

( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

( ulang korus & 1 )




Saturday, 31 December 2011

Selamat Hari Lahir Nur Dania Zahira ke 2












Mama ambil kesempatan ini nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiranmu yang Ke 2 Tahun... pada 24 2011
lagi 5 hari kamu melangkah ke 3 tahun (kalau ikut tahunlah)

apapun tahun depan nak gi Taska semoga anak mama cepat berlajar yer

Sayang Dania Selalu









Thursday, 29 December 2011

Dapat Baby Kembar Seiras...

Bertuahnya kalau dapat baby kembar seiras macam ni.... 
minggu lepas aku balik kampung ada kenduri kat rumah jiran lama, 
so dah lepas kekenduri singgah pulak kerumah anak tuan rumah kenduri ni iaitu Kak Nani... 
Kak aku cakap dia bersalin anak kembar... aku pun singgah lah kejap, sambil lalu jalan kaki jer... 
Emm sungguh comel dengan bayi kembar dia.... masa aku ziarah tu baru 14 hari... tapi masih kecil aku tak berani nak angkat maklumlah aku kalau baby sendiri 3.6 lebih ni anak orang 2.+ + tak berani lah terasa kecil sangat baby tu.... so aku snap je lah pic diaorang....
Jom layan...


Yang depan tu si kakak... yang belakang tu adik


kakak besar sikit si adik kecil sikit lagilah tak berani


wajah mulus bayi kecil yang chumil





3 pic kat atas ni gambar si adik


yang adik ni baru keluar wad coz "kuning" kulit pun terbakar dek sinaran lampu


Ni pic kakak

P/s : kalau aku dapat baby kembar akibat kelam kabutlah kehidupan harian... komfirm berubah... heheheh apapun memang teringin baby kembar... tapi dah nak 3 orang anak ni pakai harapan jerlah...

Sunday, 11 September 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Salam Lebaran Untuk Semua Sahabat-sahabat yang mengenali Diri Ini.
Semoga raya Tahun Ini membawa seribu Makna untuk kita semua.
Kepada yang sudah bercuti selamat bercuti dan kepada
yang nak balik kampun semoga selamat
sampai kedestinasi.

Zie
macam biasa tahun ni masih balik kampun Kat Padang Serai.. mungkin lepas solat raya pi rumah mak dulu tahun ni mak beraya kat rumah baru.. emm jauhlah sikit perjalanan tu.. em .. nama pun mak kena lah peluk cium dulu baru leh jalan kelain pulak..

Lepas jumpa mak kami sekeluarga akan terus ke Air Hitam Kedah,
kat Changlon gi rumah Tok sebelah suami, kat situ leh jumpa mak mertua sekali.
dan juga saudara-mara yang lain. Em disitu ramai saudara mara.
nak berjalan sehari memang tak sempat selalunya kami balik rumha tok saja. kalau ada yang datang rumah to pada waktu tu lehlah jumpa.
kalau tak tak dapat nak menolong.

Saturday, 27 August 2011

Wah Kreatifnya Mereka ini..

BW kat blog mereka ini dan dapatlah kutip kad yang sangat kiut miut ini...
mintak izin amik kad raya yer...comey sangat
emmm seronokan leh wat kad raya sendiri... jom layan......
Kreatif betul mereka ini... I like...
emm siapa lagi yang ada kad meh hantar link kat sini leh wat koleksi....





Update kad


Ni pulah Ucapan E Card Raya dari Zie
biasa-biasa ja..


Saturday, 30 July 2011

Salam Ramadhan Untuk Semua

www.365greetings.com



Assalamualaikum....Salam Ramadhan... bersua kembali bulan ini bulan yang mulia.... semoga dipenuhi berkat dan di limpahkan rezeki buat kita semua....Alhamdulillah, kita masih sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini, mudahan bertemu lagi kita di ramadhan seterusnya. Mudahan ibadah tahun ni dapat dijalankan tanpa ada halangan....
Kali ni macam biasa berpuasa bersama suami berbuka dan bersahur bersama, anak-anak masih kecil, masih belum tahu puasa tu apa... mungkin tahun akan datang dapatlah berpuasa bersama anak-anak pulak. lagi meriahkan... pastinya masa nak berbuka, tentu tak sabar dibuatnya....

Kali ni tahun ketiga aku dapat berpuasa berbuka dengan suami.... tahun sebelumnya... masing-masing tinggal berjauhan...

Tahun 2007 aku masih dalam pantang bersalin anak pertama... aku dikampung dia di Penang kerja...

Tahun 2008
berjauhan jugak aku di Baling dia Di Penang.. masih jauh gak tu.... berbuka seorang diri... bersahur pun sendiri... uhuks sedihnya tak terkira...

Tahun 2009
masa tu hamil 7 bulan anak kedua... alhamdulillah dah duduk bersama suami....tapi tahun tu paling sedih..coz lagi 4 hari nak raya aku demam panas... dah lah masa tu heboh pasal H1N1 , huhuks... mana tak sedihnya masa tu mengandung, kan kata ibu mengandung mudah dijangkiti demamtu... apa lgi meraunglah time tu.... orang nak raya aku kat ward... dah lah duk wad kena kuarantin, kena lak pakai mask du puluh empat jam.. rimasnya....masa tu rindu lah kat Dina, kanak-kanak lak dilarang masuk wd tu. lagilah sedih...sib baik sehari sebelum raya demam dah baik aku pun boleh balik.... hu hu hu aku pun heppy lah... + sedih...

Tahun 2010
alhamdulillah masih bersama,,, mudahan tak tak tukar kemana dah... hehehehe harap je lah.

Tahun 2011..
mudahan berjalan dengan sempurna, disamping menjalan ibadah puasa bersama insan tersayang. Dan anak anak tercinta.

Wednesday, 27 July 2011

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum....Salam Ramadhan... bersua kembali bulan ini bulan yang mulia.... semoga dipenuhi berkat dan di limpahkan rezeki buat kita semua....Alhamdulillah, kita masih sempat bertemu dengan Ramadhan kali ini, mudahan bertemu lagi kita di ramadhan seterusnya. Mudahan ibadah tahun ni dapat dijalankan tanpa ada halangan....
Kali ni macam biasa berpuasa bersama suami berbuka dan bersahur bersama, anak-anak masih kecil, masih belum tahu puasa tu apa... mungkin tahun akan datang dapatlah berpuasa bersama anak-anak pulak. lagi meriahkan... pastinya masa nak berbuka, tentu tak sabar dibuatnya....

Kali ni tahun ketiga aku dapat berpuasa berbuka dengan suami.... tahun sebelumnya... masing-masing tinggal berjauhan... tahun 2007 aku masih dalam pantang bersalin anak pertama... aku dikampung dia di Penang kerja... tahun 2008 berjauhan jugak aku di Baling dia Di Penang.. masih jauh gak tu.... berbuka seorang diri... bersahur pun sendiri... uhuks sedihnya tak terkira... tahun 2009 masa tu hamil 7 bulan anak kedua... alhamdulillah dah duduk bersama suami....tapi tahun tu paling sedih..coz lagi 4 hari nak raya aku demam panas... dah lah masa tu heboh pasal H1N1, huhuks... mana tak sedihnya masa tu mengandung, kan kata ibu mengandung mudah dijangkiti demamtu... apa lgi meraunglah time tu.... orang nak raya aku kat ward... dah lah duk wad kena kuarantin, kena lak pakai mask du puluh empat jam.. rimasnya....masa tu rindu lah kat Dina, kanak-kanak lak dilarang masuk wd tu. lagilah sedih...sib baik sehari sebelum raya demam dah baik aku pun boleh balik.... hu hu hu aku pun heppy lah... + sedih

Saturday, 7 May 2011

Selamat Hari Ibu.


Selamat Hari ibu kepada semua Mama, mummy, Ummi, Ibu, Emak, apa jua gelarannya. tetap ibu-ibu terbaik di dunia... Wah chewahh.. terbaik tu... mudahan kita semua lebih menghargai diri, serta anak-anak. Mudahan kita menjadi ibu yan paling bestlah kat dunia ni...

Tak lupa Juga Ucapan ini untuk Mak aku yang berada di kampung... I love U mak,,, selamat hari Ibu, segala pengorbanan mu tidak dapat kubalas. Love u 4 ever...


Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers