Siapa Siti Nurhaliza? masih tak kenal ker? mustahil tak kenal...kalau ada yang masih tak kenal Siti jom kita kenali siti dengan lebih dekat lagi, nak kenal kat mana? ha jom baca artikel kat bawah ni...
Buka pekung di dada? Jangan risau, penyanyi nombor satu negara ini akan terus mekar mengharumkan nama negara, tetap terpahat di hati sekalian rakyat Malaysia dan sudah pasti jauh dari sebarang kontroversi liar.
Apa yang hendak diceritakan disini adalah mengenai pendedahan eksklusif Siti Nurhaliza yang mungkin tiada siapa tahu waima peminat fanatiknya sendiri.
Bukan hanya bercerita mengenai kisah seorang gadis kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang ketika kecilnya menjual kuih muih berpendidikan hanya lepasan SPM, menaruh masa depan sebagai anak seni lalu tersohor di segenap pelusuk tanah air dan gah di seluruh nusantara sebagai penyanyi berprolifik tinggi.
Bukan itu saja yang akan dikongsikan Siti menerusi dokumentari khas bertajuk ‘Siti Nurhaliza’ yang bakal disiarkan di saluran History (ASTRO 555) pada 11 Januari 2012, jam 10 malam, sama tarikh dengan tarikh lahir Siti.
Diterbitkan oleh Red Communications Sdn. Bhd, dokumentari selama 1 jam itu bakal membawa penonton engimbau perjalanan karier Siti sekaligus memperlihatkan sisi penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagu ‘Jerat Percintaan’ pada tahun 90-an.
Menurut Siti, dokumentari tersebut akan menceritakan kisah kehidupannya sedari zaman kanak-kanak sehinggalah dia dikenali ramai sebagai penyanyi nombor satu Malaysia seterusnya sukses sebagai usahawanita tersohor.
Antara yang menarik, personaliti televisyen terkemuka, Najip Ali turut mendedahkan bahawa Siti pernah menyertai ujibakat untuk program Asia Bagus di Singapura sewaktu berusia 14 tahun.
Diterbitkan oleh penerbit filem ‘Pisau Cukur’, Lina Tan dan Bernanrd Chauly selaku penerbit eksekutif dan pengarah dokumentari,antara individu yang diwawancara dan berkongsi kisah mengenai Siti adalah pengurus juga kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, Jennifer Thompson (penerbit malam AIM), Zainal Alam Kadir (wartawan), Adnan Abu Hassan (komposer), Nurul Shukor (jurusolek) dan pereka fesyen kegemaran Siti, Michael ong.
Disamping, antara individu lain yang diwawancara termasuk Rozi Abdul Razak yang juga pengurus dan kakak ipar kepada penyanyi itu, Jennifer Thompson (penerbit malam AIM), Zainal Alam Kadir (wartawan), Adnan Abu Hassan (komposer), Nurul Shukor (jurusolek) dan Michael Ong (pereka fesyen terkenal).
Penerbit filem Pisau Cukur iaitu Lina Tan dan pengarah filem tersebut, Bernard Chauly turut bertindak selaku penerbit eksekutif dan pengarah dokumentari itu.
oh bulan..