Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts
Showing posts with label Rumahku Syurgaku. Show all posts

Monday, 19 September 2016

Rasmi Rumah Baru

 Alhamdulillah raya haji baru ni iaitu 12 September 2016 kami dah siap rasmi rumah baru, walaupun banyak kelengkapan belum ada, yang penting elektrik dan air .(kos TNB pemasangan baru rm 477  + 170)  Dan barang-barang keperluan lain termasuk dapur masak dan gas mak bagi, petii ais amik yang rumah la ada dua so bawak mai sini satu, walaupun dah uzur boleh guna lagi. pastu pinggan mangkok bawak mai dari rumah la ada mak mertua bagi sikit, oven pun ada dapat masa cabutan bertuah tempohari. Periuk nasi mak mertua bagi. Katil dan tilam satu set amik kat rumah abang sebab yang tu ak tinggai kan kat sana dulu, bantal toto yang mak punya so amik je hehehe ...
Tirai pintu bilik mak mertua bagi guna semula.

semua barang2 keperluan ni kami dah isi minggu2 lepas sikit-sikit bawak balik. Tikar getah pun dah pasang minggu lalu (tak buh tile lagi bajet lari) cat rumah pun tak bersalut lagi baru cat kapur. 

Tirai guna yang lama, cuma kat bilik  buat baru beli kain yang murah2 ja balik jahit sendiri siap dan ruang tamu dah beli lama kat Nilai, hehehe semangat. Pastu langsir siang beli kat PS ikea punya. hehehe. 

So tiba minggu raya haji kami balik hari Sabtu tengahari, sampai2 aku tak sabar nak pasang wall paper, hehehe aku pulun yang tu dulu le,,,

tara dah siap,, hehehe tq en husben tolong panjat tangga. Dan ukur bagi sama.
perasan tak wall paper kami terbalik opss abaikan huhu
Gambar sebelum pasang wall paper

Dok esok pagi mak bersiap sedia nak buat ketupat, hehehe den pun apa lagi sibuk menolong sama mesinkan nyok, dan tolong balut sikit... hehehe

anak-anak layan movie katon kat laptop ja.
Tv rosak hehehe. laptop penghibur anak-anak




Ha ni dia langsir Dari Bilai ak beli sekeping ja, RM120 balik ak belah bagi jadi 2 keping hahah bijak dak... hehehe dan yang sebelah tu langsir siang tu pun langsir ikea. 
karpet dan tikar buluh kat ruang tamu ni dari nilai jugak.. heheh beli dah lama simpan untuk rumah ni... 

Tibalah raya... Cadangnya hari ni nak buat masak2 daging mak masak sebahagian.
panggil anak cuc mak mai sini makan2. so dah tertunai hajat mak.

tuan rumah nak posing jap, anak lagi dua orang pi rumah paklong so takdan nak bergambaq.

Daging sampai terus kalut proses nak masak..

Sikembar Atif dan Akif pun ado


So dalam jam 11 daging sampai, depa dah mai apa lagi kalut masak... le..




melangut dulu sebelum nasi daging siap.. sib baik ada periuk presure cooker cepatlah sikit empuk daging tu. So menu haritu air asam, daging rebus, dan daging goreng kunyit. yum yum sedap haih..

Alhamdulillah dah boleh makan..

Keesokan harinya en Puan Fida datang berkunjung tetamu ku yang pertama mai rasmi rumah ni.. hehehe tq dear my lovely friend

Monday, 6 June 2016

Progress Terkini Rumah bajet kami di Kampung

Progress terkini... alamak macam tak sempat nak masuk raya ni je... huhu... cadangnya raya ni bolehlah rasmi rumah baru... tapi tgklah dulu macam tak je... tapi tukang rumah cakap sempat.. so kita tunggu dan lihat jew... 
Sebelum

Selepas
Kawasan sempadan memang berpagar ye... senang nak bercucuk tanam sebab maklumlah dok kampung banyak le kambing lembu dtg menyinggah... kalau tak berpagar senang le tanaman diragut... 

Sebelum

Selepas

Tanah dah dekat 10 lori... untuk tambun tanah bagi tinggi dan sama rata.

Sebelum

Selepas
Pandangan rumah kecil kami setakat la... kat depan ni memng sengaja tak buat tingkap sebab sikit masa lagi nak tambah lago kat depan ni...


Ni bahagian belakang... masih ada tanah lapang so bolehlah habuan nak extend dapoq sket lagi... hehehe ni dah lari dari plan asal  ... hahaha ... plan asal nak tambah kat depan ja... 
Bajet untuk rumah ni sekali pagar adalah dalam 60k. Kalau rumah saja 55k.. 
Ni h plan penuh... konon depan tu akan ditambah ruang tamu dan bilik utama ... entah bila tak tahu...

Haishyyy berkenan plak porch macam ni... 

Sebelum buat porch nak buat balkoni macam ni. 

Atau macam ni... huhu 
Verangan dulu ok... 


Friday, 6 May 2016

Rumah Sesebuah

Alhamdulillah proses kerja seminggu dah siap sampai sini.. sabtu lepas 23 April 2016.. hingga hari ni 30 April 2016. Projek rumah sesebuah dah siap sampai sini.... sebenarnya sebelum ninnak buat rumah 3 bilik kan.. tapi tak jadi hanya 2 bilik sahaja. Sebab bajet ciput... so nilah hasilnya...
tak plan pun nak buat secepat ni... tapi perancangan Allah itu pasti.
Rumah dah nak siap aku belum tentu ni nak kemana.. semoga Allah permudahkan urusan kami. Tak kira apa jua urusan.
Samada perpindahan tempat kerja... ataupun semasa proses pembinaan rumah ini. Esok kalau dah konfirm pindah tempat kerja.. walaupun dah ada rumah kat kg.. berhampiran tempat kerja.. sekolah anak2 pulak yang jauh.. harap juga Allah permudahkan urusa  kami semua. Dan rakan2 seperjuangan yang lain. InSya Allah amiin. Tahun ni tahun kenyataan.

Saturday, 9 April 2016

Rumah kecil kami di kampung InSyaAllah

Sejak raya tahun lepas kami cadang nak buat rumah kat kampung... asalnya tanah ni kakak ku yang punya tetiba dia kata nak jual so aku dengan suami apa lagi setuju nak belilah. So kami plan nak bina rumah sendiri di sini.. pada mulanya kami tak ada modal nak buat rumah ni.. alhamdulillah tahun ni aku adalah sedikit modal untuk buat loan. Cuba pi tanya bank dan aku layak buat loan 79k. Tapi aku nak amik 70k sahaja. Dan bajet untuk rumah aku adalah 65k sahaja. 
Mulanya aku nak buat rumah dua bilik sahaja.. plan en goggle ja dicari sana sini semuanya tidak berkenan dihati.. pastu aku terjumpa plan ni.. yg boleh tahan cun dgn keluasan tanah aku... so aku dgn kepakaran yg ada aku cuba ubah suai plan ni jadi rumah 2 bilik.. maklumlah bajet ciput.. so jadilah plan rumah 2 bilik bila dibincang dgn kontraktor dia kata rumah kami cecah 70k .. huhu sedih nya awat mahai sgt... wa wa.. apa nak buat nampak gaya terpaksa gadai porch sat dulu... bila ada modai nanti baru pk balik pasal porch.
Rumh ni memang rumah yg save bajet.. tile rasanya tak buh lagi..
Dan ada bnyak benda yang akan dikurangkan.
Plan bukaan rumah ni adalah 28x37 kaki. Depa kata besaq. Aku rasa tak besaq mana... apapun pi ukuq kat tanah dulu baru tau besaq ka dak kan... 
So minggu lepas kerja-kerja pembersihan pokok2 telah dijalankan... 6 pokok nyok telah tumbang... harap maklum tidak dibenarkan pokok2 tinggi berhampiran rumah ye... pastu minggu ni kerja-kerja merata tanah telah juga dijalankan.. 
Dan pastinya kerja2 seterusnya bakal menyusur... 
Permisi dulu nanti sambung untuk cerita seterusnya... 
Sebab2 kenapa aku nak buat rumah kat kampung ni.
Plan asal 3 bilik... 2 bilik blakang tu aku ingat nak hold dulu... buat yg dari dapur ja.


Plan yang diubah suai. 2 bilik ja

Tetiba nak ubah plan jadi macam ni plak... 3 bilik tanpa porch ataupun porch simple2 dah.
Plan macam ni ja yang aku reti.. plan pandangan hadapan bagai sorry... huhu
Teringin nak buat tingkap macam ni.. berangan macam duit berkepok kepok
Bumbung nak simple macam ni
Nilah kawasan tanah tu... minggu tu kami tebang pokok

Minggu ni en suami ja yg balik kg pantau... depa dah rata tanah.. nampak luaslah plak... yg nampak bumbung biru tu rumah abang aku. So berjiran lah kami... 

Tuesday, 26 August 2014

Dah Rasmi Rumah Baru

Dah mai rasmi rumah baru ku... Alhamdulillah... dah dua kali mai tidor sini... bawa bekal, masak2... best jugak. Hehehe... masak dalam periuk nasi.... idea masa duk study dulu2....skunk diguna pakai lagi....habuan terdesak...

Cadangnya nak bagi org sewa... tapi sebelom ada org nak duduk....  nak jugak rasmi rumah sendiri...tu yang gigih datang tidur semalam dua... sempatlah jugak siapkan grill dan uruskan apa yang belom selesai....
 
Bawa barang macam2.. penuh..
Siap pasang langsir... hehehe mak mertua yang bagi...

Yang paling syok budak2 ni.... luas tanpa sempadan... boleh mai  bola sepak...riuh setaman.... sib baik jiran2 belum ada... kalau tak.. mesti gerun... heheheh


Abang hanif (anak buah) pun mai rasmi.... siap belanja Dominos Pizza lagi... tq
Malam kedua tu kami ajak mak mai tidur sini... mak pun mau walaupun serba kekurangan... tidur atas toto je... bawa bantal sorang satu...dah... malamnya tidur lena....
Minggu ni ingat malas dah nak balik... tapi en suami ajak lagi... emm tgk lah macam mana.... letih pulak rasanya.......
In Sya Allah kalau tak ada org nak sewa lagi kami akan sentiasa balik sini... untuk bercuti....hehehehe





Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers