Showing posts with label Kisah Dina. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dina. Show all posts

Monday, 21 April 2014

Dr Mama Cabut Gigi

Menjadi Dr Gigi lagi... kali ni kat kedai makan.. orang sedap2 menjamu selera.. 
dia kalut suh mama cabut gigi dia... Alkisah gigi dia tu longgar sikit2 ja... 
sekali terkena troli kat pasaraya.. masatu tengah beratur nak bayar barang... sekali berdarah lah gusi tu dan gigi dia longgar banyak... nak cabut masatu dia masih terkejut dan sakit... so biar dulu... sekali Masa nak makan  dia cakap tak boleh makan  sebab gigi tu kacau... apa lagi mama pun cabut lah... 
dengan keberanian dina juga... so lerailah gigi  Dina ni... Yang ke 5. 
Lepas tu boleh makan laju ja...
Baru 2 hari lepas gigi keempat gigi bawah  Dr mama cabut jugak... 
Cuma yg ke 3 Dr kat spital yang cabut masatu dia terkejut menangis sikit...
 dr mama cabut ok ja.. tak sakit dan tak menanangis... 


Gigi dah tak ada... kena ejek oleh abah 'Senyuman Menawan'
Hehehe emm gigi tak ada dah macam toknek lah...
Kata fdna malu sebab kawan2 ejek.. emm kawan pun tak dak gigi juga... seloroh mama... hehehe... 
Tak pe kejap ja.. lepas gigi dah tumbuh nanti mesti anak mama makin cantik..

Si Adik Pulak sampuk Gigi Dania Tak goyang cantik Je...

Monday, 20 January 2014

Kemalangan Kecil di Rumah



Cemas seketika... sambil dok relek2 main dgn adik... tah macam mana si Rayyan ambil frame kaca terbaling kena kepala kakak... betul2 tgh hidung... darah keluaq meramu2... cpt ambik ais letak kat luka... tgk2 dalamnya luka... letak ais dlm 2 minit baru kurang sikit2... Allahukakbar berderau sat darah mama tadi ...alhamdulillah tak kena mata... ... kalau pi spital mau kena 2 3 jarum....
Kejadian berlaku Sabtu malam Ahad
Ala kesian... hari ni Dania pulak kena seterika... emmm camno leh teringin pi pegang tah... adohai... anak2... tu merenget sakit... suh mama tiup... tetiba dia cakap eh tak payah pastu dia letak tangan kat econ kereta.. hehehe sampai sekolah baru dia alihkan.. huhu sian sakit sgtlah tu... siap ajak mama jom pi spital... hehehe

Kejadian berlaku pagi tadi...

Pss : entry copi paste dari FB.. dah maleh nak menaip... bz tahapgaban huhu

Monday, 5 August 2013

Happy Birthday Nur Irdina Zahra

Alhmdulillah...hari ni genap sudah umur Nur Irdina Zahra 6 tahun 5 Ogos 2007 adalah tarikh yg penuh erti... buat pertama kalinya aku bergelar mama... mama untuk seorang bayi yg comel....

sekejap rasanya... tengok2 dah enam tahun.... semoga anak mama menjadi anak yg solehah, mudah belajar, pandai mengaji, elok pekerti, baik budi, kenang jasa orang tua... dan berjaya didunia dan akhirat...
In Syaa Allah doa mama sentiasa mengiringi mu ... walau dimana berada...

Mama sayang anak mama. 
NUR irdina Zahra...
 6 tahun


Tuesday, 16 July 2013

Niat Nak Panjangkan Rambut Irdina

Kenapa pulak ni... kenapa yer.. sebenarnya saya memang suka rambut anak2 panjang... tapi oleh kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan so terpaksalah saya memotong rambut anak2...
kalini berharap dapat selamatkan rambut Kakak Irdina.. sekarang nampaknya dah semakin panjang setelah mama potong tuk kali terakhir dulu setahun lepas.. masa saya dalam pantang... dan satu lagi niat tak mau bagi ada rambut depan tu pun dah berjaya dipanjangkan... see sekarang ni bila nak ikat semua rambut akan ke belakang dan diikat kemas... dan tak adalah rambut jurai-jurai kat depan tu...

Macam si Adik Dania ni pulak  adoi rimas saya dibuatnya dengan rambut depan... tapi tak potong mencucuk2 biji mata... Dania ok lagilah sebab dia kecik lagi... macam Kakak Irdina dulu lah kecik2 mesti kena potong depan jugak... bila dah besar ni baru boleh panjangkan depan dan belakang... emm tak sabar nak bagi panjang lagi... harap boleh sampai paras pinggang pun jadilah...

Tapi sekarang ni tengah bersabar setiap pagi kena sikatkan dan ikatkan rambut dia... tengah menguji kesabaran diri sendiri... kena stanby getah rambut banyak2.. tapi getah tu selalu habis dan hilang huhu ni yang akan menguji lagi kesabaran mama.. huhu.. sabarlah duhai mama..




Ni Rambut sekarang baru panjang paras bahu... harap lebih panjang... cantik beralun... 

Saturday, 11 May 2013

Dah Boleh Harap Basuh Kasut Sekolah Sendiri

Alhamdulillah.. Anak mama makin hari makin rajin... Sejak pi Pra Sekolah ni... Mama ajar dia basuh kasut sekolah... Mula mula mama basuh lepas dia tengok dia nak buat sendiri... Lepas tu dia nak cuba ...bila dah cuba terus pandai.. Lepas tu setiap minggu dia akan basuh sendiri... Tapi kena peringatkanlah... Kalau tak dia lupa... Tadi masa dia tengah basuh kasut mama tengok emm memang dah lulus seratus peratus... Bersih... Pastu dia kata dia basuh lagi bersih dari mama.. Aik kesitu pulak... Hehehe bertuah lah anak mama ni... Sayang anak mama ni makin besar semakin boleh diharap... Tapi penyakit nangis tu masih ada... Huhu

Friday, 10 May 2013

Rambut Berikat ke Sekolah

Rambut dah panjang nak potong mama sayang so kena ikatlah... mama teringin nak tengok Dina berambut panjang... harap kali ni mama dapat bersabar dengan rambut dia. . kalau tak sabar, memang mama akan potong... pastu nyesal.. haha... harap tu dapat simpan paras pinggang pun jadilah.... hehehe


Tuesday, 26 March 2013

Model Cilik Bergedik Santai

Selamat hari Selasa... ha hari mood nak buat kerja semalam cuti, so petang abah balik kerja terus pi hantar Dina ke rumah tok dia kat Taman Seri Astana SP... sebab tok dia nak bawa Dina pergi majlis kenduri adik ipar nak kahwin.. kami tak pergi pun, wakilkan Dina sahaja.. hehehe apapun sunyilah rumah tanpa Kakak Dina... tak dengarlah abah dok bebel kat Dina.. hehehe
Abah tau yang bebel bukan Mama kan.. jangan pelik...

Masa duk kat sini lama jugak, pastu mama suruh dia posing adui.. macam2 aksi pulak.. mam apa lagi snap lah.. cuma Dania ja masih dngan hal dia. disuruh posing dia buat derk ja.. huhu













Lepas tu tak dengarlah sudah suara Dania menjerit.. sebab kakak dia kacau.. 



Lokasi Masjid Kristal Terengganu

Wednesday, 31 October 2012

Friday, 14 September 2012

3 Sifat Kepujian Dina

Sekarang sejak mula bekerja, memang rasa masa amat2 terhad, jadual hidup berubah serta merta, hehehe, memang tak menyempat nak buat apa, masa yang ada hanya untuk anak2, nak BW memang tak menyempat hanya membalas jejak kawan2 yang datang singgah, itu pun belum berbalas walaupun yang datang 2 3 orang jer, baru je nak bukak blog baby Rayyan panggil mama, waktu tidurkan dia sambil menyusu kita pun lelap sama, heheh tu yang aktiviti membelog amat2 kurang. Harap maaf yer, kalau dah lama tak jenguk kawan2....dan terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi singgah di blog ni yer..

Berbalik pada tajuk...
Sekarang Dina ada 3 sifat terpuji wah hahahaha  Alhamdulillah, nampaknya sekarang Dina kuat makan dan kurang minum susu hanya minum pagi dan malam.

Sebut pasal makan tadi, semalam abah dah beli sate dan young tau fu untuk makan malam, mama cadang nak masak malam tu untuk esok, nak masak pagi memang tak harap bangun awal, so bila dah masak ni (sambal sotong), dan bau menusuk hidung Cik Dina ni, apa lagi mintak nasi lah, mama kata mana mama masak nasi, mama cuma masak lauk ja, dia nak jugak makan nasi, so terpaksalah masak nasi malam2. Huhu menambah lagi ketiadaan masa mama. emm tak palah tuk anak, bila anak minta apa-apa ni, risau jugak kalau tak tunaikan. Bukan main lagi pesan kat mama, mama masak sikit sudahlah... emm yelah, So mama pun ajarlah dia basuh beras dan letak nasi... wah dah pandai masak nasi pulak dia..
Malam sebelum tu mama masak nasi goreng, siap pesan lagi "mama Dina nak makan banyak sikit tau" memang lepas dia habiskan satu pinggan dia mintak tambah lagi, siap jeling kat abah yang tambah ni takut abah habiskan nasi goreng tu hehe.

Kalau dah kuat makan kena rajin masaklah kan, sekarang ni kalau mama masak apa2 dia  pasti akan menjenguk di dapur, kali ni bukan tengok saja,dia nak tolong mama masak, bila mama petik je api dapur, terus dia cakap mama nak tolong mama, emmm kalau kita nak cepat memang rasa bantuan anak tak diperlukan, memandangkan dia amat2 bersungguh2, mama pun bagilah dia tolong sikit, contohnya tolong masukkan sayur ker, atau masukkan sotong, atau letak garam, gula.. dan kacau masakan dalam kuali.. emm satu lagi dia rajin basuh pinggan, tapi satu jer yang tak berkenan dia akan tumpahkan buih air sabun dalam bekas... habislah air sabun mama...

Satu kuat makan, dua rajin tolong mama masak dan ketiga............................ suka nyakat Dania lah.....
huhu penat mulut berleter.........  suka sangat bagi Dania nangesssss.. huhu sakit telinga mama ni...

So makanlah dia nasi pukul 9.30  malam... joom layannnnnnnnnnnnn


 
Dania pun tumpang sekaki..

Wednesday, 8 August 2012

Luka Jatuh ditolak Kawan

Aduh dah nak dekat raya mcam2 pulak jadinya, 
Balik tengahari kelmarin, tiba2 abah ajak pi hospital, hairan mama kenapa pulak, Dina jatuh kat sekolah, kepala berdarah, masa mama tengok tu tak nampak berlubang macam gambar ni, dalam hati sikit je kot, tapi abah sungguh2 ajak jugak, mama tanpa membantah turut jugak, Dania dengan Rayyan tinggal dengan tok kejap.

Dah sampai hospital waktu nak cuci tu, barulah nampak luka yang berlubang tu, waktu cuci tu, darah keluar semula, baru mama rasa gabra, emm doktor kata kena jahit ataupun bubuh gam, mama mintak letak gam dah lah, dia kata ok tapi kena jaga2 lah takut terbuka, oo ye ke, tak palah, buh gam lah (kalau jahit mau meraung sakan Dina)
Itupun waktu buh gam tu, menangis bagai...

Pastu tiba2 doktor suruh pi xray plak takut kepala mengalami retak atau apa2. Alhamdulillah tak ada apa berlaku.

Kecederaan berlaku kat sekolah, main dengan kawan naik bola besar, lompat2 tu, tah macam mana, kawan tolak dia jatuh berlaga bucu meja... aduh...

Kalau kejadian macam ni berlaku, susah nak salahkan sesiapa, hanya mengharap takkan ada kejadian serius, mustahil kita akan marahkan kawan yang tolak tu, nak salahkan cikgu? tak jugak, dia pun tak jangka nak jadi macam ni, 
Nak serang ibu bapa budak tu? mana mungkin,  
Sebagai manusia biasa, kita hanya berdoa moga anak2 dilindungi dari sebara
ng kecelakaan, bila dah jadi macam ni itu semua adalah kuasa Tuhan dia yang aturkan setiap kejadian, guru mungkin telah melarang tapi anak2 kan masa bermain mana nak ingat jatuh ke, sakit ke, bila dah begini... baru nak melalak bagai......

Harap esok anak mama boleh ke sekolah macam biasa, nampak macam dah tak sakit.. hanya tunggu luka tu sembuh ja... emm hadiah hari jadi ni
Sabar yer anak mama, nanti baiklah tu.

Dina berlajar sesuatu pasal xray...
Masa buat xray tu dan bila doktor pasangkan xray tu mama tunjuk kat dina ha tu lah tengkorak dina, pastu dia macam blurr ye ker?
ya lah kan tadi kita pi ambil gambar kepala dina, 
Mama kenapa macam hantu? haha 
sukar nak terang lagi, dan yang pasti dia akan soal mama untuk kesekian kali.. mudahan suatu hari bila dia paham dia akan ingat balik detik dan peristiwa ini.


Tgh lakukan ujian x-ray


Sunday, 5 August 2012

Heppy Birthday Nur Irdina Zahra Yg ke 5

Alhamdulillah Hari ni 5 Ogos 2012 genap usia anak mama 

 5 tahun, pantasnya masa berlalu kan, mudahan anak mama membesar sebagai insan yang paling mulia disisi Allah. 
Xcely haritu masa birthday mama dah buat kek dan sambut seklai dengan Dina, so tu yang ada kek dan majlis sedikit tu.. hehehe buat awal2 coz birthday Dina jatuh di bulan puasa... nanti mama belanja Dina makan kat luar pulak yer..
jom layan sedikit gambar haritu.. heppy jew anak mama ni..

Dina dan Dania
Red Velvet Angry Bird yg Menangis huhu







Pose istimewa mama dan Dina.. luve u sayang

Pesanan mama moga menjadi anak yang solehah, 
rajin belajar, dan hormati ibu bapa.. 
semoga sukses yer anak mama, mama sayang Dina ketat-ketat.. luve u 4 ever..

p/s : kami sekeluarga balik kampun.. nanti kita jejak jer..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers