Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Thursday, 24 December 2015

Bahaya Kutu Babi atau Sengkenit dan Kesannya


Sebelum ni tak pernah jadi kena gigit sengkenit atau kutu babi ni kat luaran. Sebelum kena kat Dania.. Dina dahulu masa kecil kena gigit kat dalam telinga kesan dia mana lah kita nampak kan... sebab kat dalam.. tapi kalau nak pegang telinga dia memng tak dapat lah... berminggu mingu makan bulan gak lah nak dapat korek taik telinga dia... macam tu jugak terjadi kat Rayyan.. ken gigit sengkenit ni kat dalam telinga.. menjerit bila bawa gi jumpa doktor.. dr cuci bagai.. Tu semua kisah tahun tahun yang sudah... dan kali ni musim cuti sekolah ni terjadi pulak kat si Dania zahira.. Memula mama hairan kenapa dia tak bagi sentuh mata dia.. lepas tu kalau mandi tak boleh kena air.. menangis2 dia.. mama nak tengok dia tak bagi langsung.. Sekali mama nak bawa ke klinik mama try tengok kat mata tu... sekli binatang ni yang singgah.. sengkenit atau lebih dikenali sabagai kutu babi... Ya Allah kesian Dania.. mama apa lagi tok pun sapu minyak dulu lepas tu baru cabut.. Alhamdulillah selesai dah 2 hari berlalu tengok elok ja... ingat dah ok rupa rupanya masuk hari ketiga mata dia bengkak.
Makin hari makin teruk dah 4 hari berlalu pun masih bengkak ubat makan dah habis.. sambung ubat baru pun masih tak reda... adoi bahaya betullah sengkenit ni kan... baru kutahu... siksanya kesan gigitan sengkenit ni.. Ya Allah semoga anak aku kembali sihat seperti sediakala... 
Tak sanggup dah nak tengok dia dengan mata dia macam ni..
Kesianlah dah lah sekolah nak buka lagi seminggu.  Ya Allah sabar jelah. Semoga anak mama kembali sihat dan ceria seperti selalu...

Kesian Dania masa mula2 mata bengkak dia cakap... mama Dania dah jadi raksasa ke... alahai siannya...
Nak kata dia sakit sangt tak jugak sebb dia tak merenget pun.. cuma dia rimas sebb bengkak tu menutupi mata dia... mata dia masih terbuka tapi sedikit shaja.

Gambar hari ke 5
Lain sangat muka dia ...sebelah anak cina sebelah anak melayu kan heheheh.
Ni hari ke 4 

Ni gambar hari kedua dan ketiga..

Hari ni pulak adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran Dania Zahira.. semoga Dania beroleh kejayaan kebahagiaan dan dilindungi Allah didunia dan Akhirat..semoga anak mama tabah hadapi ujian di Dunia ni.. mama sayang Dania selalu. 

Amiin

Tuesday, 18 February 2014

Musim Demam @ Tonsil Yang Amat Perit @

Hari ni saya cuti... MC lah sebab sebab demam dan sakit tonsil.... ya Allah sakit rupanya kalau tonsil menyerang kan?.. saya tak pernah Merasa sakit ni ... sebelum ni 5 tahun sudah hanya suami saya yg selalu diserang tonsil ni... bila sakit tekak je... dia selalu demam... lepas je pantang dekat si Dania... abah pun masuk ward dan buat operation ... 5 hari juga kat spital... main tarik tali juga abah ni... sebab takut yang terlampau.... akhirnya abah beranikan diri sebab dah tak mau tersiksa dengan kerab batuk dan demam...

Alhamdulillah dia pulih sepenuhnya selepas operation tu..

Tah macam mana kali ni saya pula dijangkiti tonsil ni... kata orang penyakit ni keturunan... mungkin sebab cuaca sama kot... apapun  redho... moga tidak berlarutan macam suami...

Sekarang ni tengah berehat kat rumah..nak telan air liur pun terasa perit sangat... demam tu dah kurang... cuma kerongkong tu masih terasa sakit... Kebetulan mama demam adik Rayyan pun demam... so ambil kesempatan jaga dia sama... Sabtu lepas Kakak Dina demam isnin dah ok dah boleh pi sekolah macam biasa...

Harap tak berjangkit dengan Dania pulak...
Agak3 esok tonsil ni dah kurang ka brlom ye....

Monday, 9 December 2013

Kenapa Anakku Demam tak Kebah-kebah

Seminggu menyepi... sibuk + sibuk + tak sempat ... kenapa? ada sebabnya... kerana buah hatiku yg kecil lebih perlukan perhatian...Hari ni Isnin Genap 8 hari Rayyan demam, dan pagi tadi Alhamdulillah baru baik .

Ahad petang yg lepas Rayyan main macam biasa... punya syok tgk dia main gelak sakan....
Malam tu tetiba rasa badan dia panas...esok tu baru bagi ubat... tak ke klinik lagi sebab habiskan ubat lama.... 2 hari berlalu... Rayyan masih demam...yg paling tetkejut mama sumbat ubat bontot pun panas dia still tak turun... gi klinik dr sekali lg ltk ubt punggung... suhu masatu 40dc memang panas Rayyan plak asyik merap... memang merenget ja dia .
Hari Kedua Demam Ke klinik Dr Jammy


Dok lusa hari rabu... rayyan masih macamtu.... mama dan abah bawak pulak dia gi klinik kesihatan... check darah... ok je .. pastu bagi ubt demam lg... mlm tu masih panas badan dia.... umpama makan ubat tapi tiada tindakbalas...ubat punggung tu memang spare kalau panas. tapi macam tak berfungsi... apa masalah nya pun tak tau..
Hari Ketiga Ke klinik Kesihatan

Petang tu kak ida cakap nk bawa rayyan ke hospital. .. sebab tgk rayyan lemah semacam (mama kat tempat kerja apa lagi keriaulah... suruh abah pi tengok kejap).. tapi kereta kak ida rosak..tak jadi gi spital. so kami bawa rayyan balik gi pulak klinik Lim... sekali lg ubat bontot diberi.. panas sangat dr pun risau kena tarik... lala tu dia suh staf dia jelomkan rayyan dgn ais batu... kejap ja badan dia dah kurang... lepas balik tu masih panas...kami jelom lagi...
Abah pulak pi amik ayaq tawar... memang ustaz tu bagitau Rayyan demam panans dalam...
Bila demam dia asyik tidor sahaja


emm bab nak bagi makan ubat ni yg menduga mama... makan sikit dia akan muntah.... sampailah ubat habis demam tak kebah2... itulah yg menjadi punca demam anak tak kebah sebab makan ubat tetapi tak sampai.... asyik muntah... dah tu camno...
Alahai kalau tengok real memang kecian...

Sabtu ahad mama tak kerja memang mama menjaga dia sepenuhnya...siang malam panas je datang malam tu dia batuk... kalau tengok Rayyan masa ni rasa cam nak nangis... memang nampak dia macam tenat... dengan cara ia bernyawa...

Pagi ahad nampak macam dah nak ok.. tetiba petang tu dia panas balik... aduh terus ajak abah pi klinik kali ni mama ingat nak suruh dr drip air masuk je lah... tiba di klinik dr dah nak drip dah tetiba cari urat yg nak masukkan wayer tu tak jumpa... sekali lagi dia sakit menangis... 3 tempat dr cucuk tapi sia-sia... memang tak dapat... so dr amik keputusan cucuk ubat kat peha dia...

Balik rumah panas lagi jelom2 lagi.. bagi makan ubat (kali ni dah tak muntah..) malam tu Alhamdulillah baru peluh dia keluar... dan pagi esoknya dah tak panas... mama pi kerja macam biasa dan mengharap Rayyan dah pulih... dalam jam 10 mama call kak ida tanya Rayyan.. Alhamdulillah kak ida kata Rayyan dah bangun berjalan dan main...lega... sangat2 lega... syukur Alhamdulillah
Gambar ptg ni... selepas mama balik kerja ptg tadi.. sangat seroh... huhu

Syukur Alhamdulillah.. korang kalau anak demam bawalah ke spital... jangan jadi macam saya.. yg malas nak ke hospital... tapi kenalah berjaga dekat rumah jangan sampai tarik... kalau tak menyesal lah ..
yang sebenarnya mama amat meindui suara dan senyuman Khalish Rayyan...

So punca kenapa Rayyan demam tak kebah adalah sebab dia tak menikmati ubat sepenuhnya... huhu kalau ubat tu masuk perut dengan selamat pasti dia dah sembuh dah lama..Rayyan ni memang susah nak makan ubat... kesian pulak mama tgk bila dia dipaksa makan ubat...

Memang kami risau ada jangkitan dalam badan dia.. tapi ujian darah dah buat.. keputusan dia ok.. tu yg mama berani tidak dibawa kehospital..

Tuesday, 5 March 2013

D e m a m

Huhu demam lagi... Panas sungguh2... 
kadang2 buat hati kecil mana terusik.. Bimbang...
 Kalau2 T a r i k... 
Cepat2 badannya di jelom.. Diberi ubat.... 
Nampak sungguh dia tak bermaya... 
Asyik merap.. Mata berair.. Susu tak nak... Hanya air masak dan moi dijamah... 
Emm tidur malam sedikit meronta.. Menangis manja... Hari ini(isnin) dah tiga hari... 
Harap bangun pagi esok.. Baiklah dia... Sangat risau.. 
Nak pi kerja pun hati tak senang nak cuti bagai dikatalah awal2 bulan ni nak siapkan laporan

Alhamdulillah diberi mak pengasuh yang baik... 
Anakku diulik bagai anak sendiri... Tak dibiarkan dia keseorangan... 
Sedikit lega bila nak bekerja...

Dulu masa ada pertama bila anak demam kita susah hati dan menangis, orang akan kata biasalah anak pertama... dulu2 kami pun macam tu bila anak ramai ni kerisauan akan kurang...
Takda maknanya bagi diriku... mai pi lah anak berapa pun hati ibu mana tak tersentuh bila tengok anak2 demam.. tak kira lah anak satu da dua ka tiga ka... kalau bab anak ni memang hati akan terusiklah...
walaupun hanya D E M A M.....
sangat kerisauan sebenarnya, walaupun nak luaran nampak tenang...



P/s : Terima Kasih Ya Allah atas ujian kecil mu ini.. Semoga diri ini lebih tabah....semoga diberi lebih kekuatan iman dalam diri ini..Alhamdulillah pagi ini beransur baik.. tapi masih panas...
semoga anak mama kembali ceria... emmuah..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers