Showing posts with label Cara Latih Anak. Show all posts
Showing posts with label Cara Latih Anak. Show all posts

Thursday, 14 February 2013

Salah Mama Sebab tak Belajar Cakap German...

Siapa pandai cakap German kat sini? walaupun dah 3 tahun bersama dengan anak dara kedua tu tapi mama masih tak fasih cakap bahasa german... kena gi belajar dengan anak ponakan lah Mohd Hanif Osman.. dia kan baru balik dari German sah-sah terrrer... tapi haritu balik kampung suruh dia cakap dengan Dania dia pun tak paham.... hahaha geleng kepala dia....habis tu camno?

Al kisahnya si Dania ni nak belajar kencing kat bilik air..... satu hari si anak ni bagitau kat mama..
"mama nak cikelat", mama pun dengan pantas jawaplah, ha pergi ambil kat peti ais ( mama paham si anak ni nak cokelat)... tanpa hiraukan dia.. coz sibuk ber watssap.. hehehe 
Si anak ni pun pergilah dapur pastu patah balik tiba2 dia kata " mama Ania kencing".. eh alamak... mama pun tanya balik kenapa tak cakap?...so kenalah mengemop bagai... 

Lepas 2 hari.. mama dengar lagi ayat macam tu, tapi hari ni mama macam faham sikit ayat dia, so mama pun cepat-cepat bawak dia pergi toilet... pastu barulah teringat balik... rupanya haritu yang terkencing dalam seluar tu rupa-rupanya nak "kencing kat toilet" emm mama pun bagitau abah, abah emm senyum jelah... haha  terkenalah mama ni...

sebenarnya mama selalu pesan kat Dania kalau nak kencing kena pi Toilet...So anak mama ni memang dah taat ikut perintah... memang dia dah cakap nak pi toilet.. cuma mama ni yang tak faham bahasa german dia.. huhu...


apapun tahniah kat Dania... alhamdulillah dah mau kencing kat toilet.. walaupun agak terlambat dari Kakak Dina... 

p/s : nak jugak tempek gambar... walupun tidak ada kena mengena... hehehe cayang anak mama..

Friday, 8 February 2013

Parenting Skills

Alhamdulillah walaupun sehari sahaja namun Ilmu dapat semalam amat berguna untuk saya dan kawan-kawan ambil sebagai panduan untuk mendidik anak-anak dan juga menjaga keharmonian rumah tangga.
Seronok sangat dapat join seminar ni dengan konsultan yang tak asing lagi Anice Training Centre.. dulu pernah jugak join kursus dengan Anice ni masa tu kat Pantai Merdeka.. 2 tahun lepas.. memang tak kering gusi bila dapat join kursus ni lagi dengan CR Abu Bakar Hj Shafie.

Sedikit mukhadimah yang selalu kita dengar :

Maksud Hadis: " Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan didiklah mereka dengan penuh kasih sayang "

Mendidik anak-anak ada 3 Fasa

1. Umur 0-7 Tahun - Sayang-sayangkan anak

  • Layan anak seperti raja.
  • ikut keendak dia.
  • Jangan menghukum dan lebihkan nasihat.
  • Didikkan agama.
  • Biar dia berkembang secara semulajadi.
  • Jangan takutkan dia dengan hantu dan sebagainya.

2. Umur 7-15 Tahun- Tangan-tangankan anak\

  • Kena sabar dengan karenah anak pada usia ini.
  • Fasa ini pembentukkan sahsiah diri.
  • Kena lebihkan pendidikkan agama. ajar anak solat.
  • waktu ini dah boleh beza baik buruk,
  •  kalau salah pukul ( dengan kain di bahagian belakang dari pinggang kebawah)
  • Selepas marah jangan biarkan sahaja sebaikknya kita terangkan semula kenapa, sebab apa,
  • Kalau buat baik beri ganjaran ( mereka akan seronok)
  • *Kalau hukuman kena ikut peredaran zaman, zaman la ni anak 4-5 tahun dah bijak pandai, dah tahu mana baik dan buruk ( so kena ikut perkembangan anak2 itu sendiri)

3. Umur 15-Remaja (dalam tangunggan) - Berkawanlah dengan anak.

  • Dah mula gatal/bercinta
  • Suka ikut kawan.
  • Suka dan minat tersendiri.
  • Kena lebihkan terap dengan agama beri pendidikan yang secukupnya.
  • Berkongsilah hobi dan minat yang sama.


 Sedikit Ilmu yang didapati nak bagi anak-anak dapat 10A atau 20A kita kena ajar anak kita dulu mendapat 5A,

1. Akidah
2. Akhlak
3. Adab
4. Amalan
5. Akademik

Bagi anak-anak makan makanan yang elok-elok, sebelum ke sekolah diwajibkan memberi anak sarapan pagi. ia amat berkesan dalam pembelajaran dia nanti.  Baik Akidah baiklah akhlak, ada akhlak baguslah adabnya, ada adab baguslah amalannya, ada 4A ni maka baiklah akademiknya.

Teknik Komunikasi yang berkesan

  • Jangan perlekeh si anak  membandingkan mereka dengan orang lain.
  • Elakkan perkataan negatif terhadap anak-anak. ( memaki hamun didepan anak2 dengan perkataan negatif)
  • Wujudkan kemesraan dengan anak-anak. ( sentiasa bersama anak-anak)
  • Padam rekod lama ( kalau ada kesalahan anak dimasa lampau lebih baik maafkan)
  • Banyakkan belaian positif
  • Dengar dengan teliti dan aktif.
  • Sentuhan ( nak tunjukkan kasih sayang mesti dengan sentuhan)
  • Selesai masalah bersama.
  • Nasihat dan tauladan.
Antara Kesilapan Mendidik Anak

  • Membanding-bandingkan anak.
  • Merendahkan kebolehan anak.
  • Marah tidak bertempat
  • Terlalu manjakan anak.
  • Suka membebel dan mengkritik.
  • Tidak menjadi pendengar yang baik
  • Tidak menwujudkan kemesraan.
  • tidak menjadi model yang baik.
Mudahan mendapat sedikit tips dan ilmu.. Kat mana pun kita kalau cukup Ilmu agama nescaya anak itu akan menjadi anak yang baik/ soleh dan solehah. apa yang kurang tu hanyalah dari saya..

P/s : Mudahan anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh beriman dan mentaati ibu bapa. amin..
anak adalah harta yang paling berharga, apabila kita mati dengan doa anaklah, kita akan berbahagia disana.
 "Dina , Dania dan Rayyan Mama dan abah mengharapkan anak-anak mama menjadi insan yang berguna bahagia dunia akhirat, ingatlah susah payah mama dan abah menjaga dan mendidik kamu bertiga dengan penuh kasing sayang yang tiada bandingan". 3 Penawar di Hati Mama dan Abah



Tuesday, 25 September 2012

Review Buku Kanak-Kanak Koleksi Cerita Moral

Semalam pergi Giant singgah Hassani Book Store, abah beli buku ni tuk Dina, untuk anak apa salahnya kan.... dulu mama asyik beli buku melukis dan buku tulis ABC, 123, buku mewarna, sekarang sejak dak boleh mengeja ni, inilah buku cerita Dina yang pertama, seronok dia bukan main lagi, tapi bila nampak buku mewarna tetap mintak mama belikan jugak, mama kata kali ni Dina kena beli buku membaca pulak, Dina kan nak jadi budak pandai, maknanya kena beli buku ceritalah, kena rajin membaca pulak.
emm barulah dia letak balik buku mewarna tu...

Best pulak mama tengok buku ni, ada lapan cerita didalamnya, dan mempunyai 129 muka surat... 
RM 29.00 penuh dengan warna2 ceria setiap watak didalamnya...
emmm mama pun teruja nak membaca sama....

Selain berbentuk buku Koleksi cerita moral ini juga terdapat dalam bentuk DVD, 
kiranya dua dalam satulah ni...kalau dah habis membaca anak2 kita bolehlah menonton cerita pulak... emm Dina dan Dania tak sabar nak menonton tu.... semalam balik terus tidur... 
emm petang ni TV itu mereka yang punyalah....
apapun selamat membaca dan menonton untuk anak2 mama.. mudahan cepat belajar yer.... 





 sebenarnya bukan abah beli satu.. tapi ada lagi 5 buku ha..ha.. yang ni yang nipis jer.. cerita pendek...RM 2 satu buku.. 

Friday, 13 July 2012

Cara Nak Latih Anak ke Toilet

Em macam mana yer? Nak terang pun tak reti, ni Puan Mimie kita lah yang bertanya . Sory kalau ada yang tak berapa nak paham.
Pada pengalaman kak zie sendiri dengan anak2. Tak tahu cara kawan2 yang lain macam mana.


Masa Irdina dulu, dia dah pandai cakap, umur 2 tahun cakap macam orang umur 4 tahun, senang sikit bila nak berkomunikasi, zie pesan kat dia kalau nak buang air kena pi bilik air. dia faham tapi susah nak biasakan diri, masa tu memang agak sukar, sebab depa tak biasa. Letih jugak nak bercakap.


Nasib baik dia ketaska, masa kat taska cikgu dia ajar supaya ke toilet, so seminggu dia kat taska dah tak pakai pampers dah. Alhamdulillah rasa senang sangat. Ni Dania agak rumit, coz cakap jerman.


Masa tidur memang pakailah, waktu bangun tidur tu ajak dia pi toilet cepat2 sebelum dia buang kat pampers, ajar dia duduk atas toilet seat tu, (zie belikan pelapik toilet yg budak macam kat gambar dibawah) apa yek orang panggil? so bila kita letakkan atas toilet seat tu kiranya lubang tu taklah besar sangat tuk mereka. So tak payahlah kita pegang depa, coz budak2 akan rasa macam nak jatuh dalam lubang toilet tu. bila beli pelapik tu mereka berani sikit. 


Pertama kali letak dia macam takut, kemudian zie biarkan dia duduk situ lama2 kemudian baru dia berani, Si Dania ni punyalah susah nak buang air, bila kita tanya dah ke belum? Boleh dia jawap emm takdak pun,.. huhuh kena kencing lah barulah ada..


Lepas mandi latih jangan pakai pampers, mesti  tengok jam, kalau dah 2 jam tu tanya dia nak buang air dak? Selalu ingatkan dia nak buang air kat mana? so kita memang kena rajinlah bertanya dia.


Kalau tertumpah jugak, tak sempat nak ke toilet kita kenalah sabar nak cuci pulak, so minggu2 awal tu memang agak rumit sikit, cubalah insyalallah. Semoga dipermudahkan. 

tetiba ja anak mat salleh. hehehe

p/s : Masih lagi dok usaha untuk Dania.. letak dia kata atas Toilet seat tu sebelum mandi, walaupun dia tak buang air pun nak bagi dia biasa dulu. Mudahan Dania cepat belajar yer.


Mimie rahsia anak tembam gebu? huhu tak dak rahsia, anak2 kak tak lah gebus2, suam2 kuku ja, hehehe, mama dgn abah dia pun kelabu jer. hehehe. apapun Allah yg tentukan..

Klik-Klik Sini Dulu TQ

Labels

Ceritaku (70) Kisah Khalish (70) Gelagat Dina (57) Gelagat Dania (53) Aktiviti Pejabat (47) makan-makan (42) Berita (34) ResipiKu Zie (34) WW (34) Birthday (30) Kisah Puasa Raya (30) Dina Taska Sekolah (29) Jalan jalan (26) Aku dan kawan-kawan (23) Hadiah (23) Kisah Dania (21) Tazkirah (21) Kisah Keluarga (19) My Pregnancy (19) kursus (19) Kek (18) Menang Contest (17) Ucapan (17) Kisah anak-anak (16) Rumahku Syurgaku (14) Dania Taska Sekolah (13) Family Day (13) Kisah Dina (13) Rumah Baru (13) Cuti-cuti (12) Majlis (12) Pengantin Popular (12) Segmen (12) perkembangan Rayyan (11) Baju Raya (10) Gambar Raya (10) Hiburan (10) Minatku.. (10) Perkahwinan Artis Malaysia (10) Taman Lagenda (10) Shopping (9) ILKM (8) Info (8) Sarawak (8) top (8) Cameron Highland (7) Kawan Blogger (7) Kelantan (7) Kisah Anakku (7) Perak (7) Video (7) Dina N Sepupu (6) Doa (5) Gelagat Rayyan (5) Iftar (5) Kesihatan (5) PJJ UMCced (5) Penang (5) Penghayatan Bersama (5) Perkembangan Bayi (5) Aniversary (4) Berpantang (4) Cara Latih Anak (4) Demam (4) LAROME (4) Model Mama (4) Nuffnang (4) Renovate Rumah (4) Terengganu (4) biskut (4) petua (4) rumah di kampung (4) Awana Genting Highland (3) Berenang (3) Camera (3) Dinner (3) Hotel (3) Iklan (3) Kedah (3) Kenduri (3) Laksa (3) Malaysia Ria (3) Melaka (3) Rambut (3) Rayyan Taska Sekolah (3) Smartphone (3) Taman Sungai Duri Indah (3) Trip Medan (3) anak buah (3) barang baby (3) koleksi peribadi (3) Air Asia (2) Batik (2) Breastfeeding (2) HP (2) Happy Time (2) Juadah (2) Kejayaan anak-anak (2) Kerja (2) Khasiat Tumbuhan (2) Kisah Dunia (2) Konvo Anak (2) LANGKAWI (2) Lawatan Taska Sekolah (2) MAS (2) Mengundi (2) PANTANG (2) PTM (2) Padang Serai (2) Paintball (2) Pelamin (2) Pendidikan Kanak2 (2) Sukan (2) Temuduga (2) produk pilihan (2) Air Terjun (1) Akaun Simpanan (1) Anak Artis N selebriti (1) Astro (1) Duit Lama (1) Durian (1) GA (1) Hatyai (1) Hobi (1) Intagram (1) Keihatan (1) Kelas Kek (1) Kemalangan (1) Kereta (1) Kuala Lumpur (1) Langsir (1) Lawak hari ini (1) Like Like... (1) Mandi Laut (1) Menabung (1) Minatku (1) Mohon Doa (1) Movie (1) My Business (1) Online (1) Pasar Kemboja (1) Pengalaman Pertama (1) Penginapan (1) Penyampaian Hadiah (1) Perlis (1) Pertunangan (1) Pokok Kurma (1) Riadah (1) Sayangkucake (1) Sihat (1) Siti Nurhaliza (1) Sungai Siput (1) Syful Tamar (1) Teluk Batik (1) Tempahan (1) Tengok Wayang (1) Upin dan Ipin (1) Wang Kelian (1) Wangian (1) kempen (1) panduan berblog (1)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khalish Rayyan

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Dania

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

IRDINA

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers