Syukur sangat2 kerana 2 hari telah berpuasa dan Zie dapat rasa bersemangat macam orang lain, bukan apa selalu kita rasa bila menyusu badan kita akan cepat dahaga, Alhamdulillah, rasa tak membebankan pun, baby menyusu macam biasa, dan zie pulak masih boleh bertahan dan masih mampu untuk berpuasa.
Hari ini Baby Rayyan dah berusia 57 hari, kalau menyusu emm memang kuat, maklumlah sebelum ni menyusukan anak perempuan kali ni baby boy memang ada perbezaannya.
Memang sebelum ni pernah menyusu Dina dan Dania di waktu bulan puasa, emm masa Dina dulu mama memang tak tahan berpuasa sebab memang masih dalam pantang, dan waktu tu memang rasa dahaga yang amat sangat so tertinggal jugak dalam beberapa hari. Mungkin belum serasi lagi nak menyusu dengan berpuasa.
Waktu Dania pulak Zie masa tu bekerja memang tak menyusu sepenuhnya, balik kerja baru dapat menyusu, 2 kali (tahun) jugak menyusu dania sewaktu bulan puasa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Kali ni dengan baby Rayyan mudahan dapatlah penuh, mungkin dah biasa dah menyusu badan sebab tu dah rasa biasa saja, semoga haid tak datang yer, bagi peluang Zie berpuasa penuh. Seronok nanti tak payah ganti. Apapun kuasa Allah kita hanya meminta, Allah yang tentukan.
Saya tak amalkan pemakan tambahan lain pun waktu berbuka, saya berbuka macam biasa kurma, air milo dan makan nasi, waktu sahur pun macam tu juga, alhamdulillah, Allah sentiasa permudahkan untuk kita beribadah kepadanya.
Syukur sangat2.
Mudahan kawan2 kat sana pun dapat menyusukan bayi dan berpuasa dengan jayanya.