L.O.V.E

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Tuesday, June 2, 2020

Kek Marble yang mudah dan sangat sedap dengan sukatan cawan sahaja

Sejak PKP ini dilaksanakan, kebanyakan ibu mengambil peluang untuk memasak sendiri/ belajar memasak dan mencuba resipi-resipi baru untuk keluarga. Saya adalah antara penggemar kek marble ni dan selalu beli sahaja sebelum ini. Sehingga pada suatu hari, anak sulung saya, Wafiy menunjukkan gambar kek marble di ipad; katanya dia teringin nak makan sebab kek batik dan kek cheesekut sudah biasa. Saya google beberapa resipi dan sepanjang PKP ini saya telah buat hampir 6 kali- ada yang tak masak kat tengah, ada kurang rasa tapi akhirnya ini resipi yang saya rasa agak baik setakat ini dengan hanya menggunakan sukatan cawan!

Bahan-bahan :

1/2 buku mentega
1 cawan gula kaster
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
Pewarna/ serbuk koko/ Milo

Cara-caranya :

  1. Pukul mentega bersama gula dan esen vanila sehingga kembang. Kemudian dalam bekas yang lain ayak tepung gandum bersama baking powder.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam bekas mentega dan masukkan tepung pula. Kacau sebati.
  3. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada beberapa bekas untuk dimasukkan pewarna / serbuk koko/ Milo
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. Adunan tersebut dituang secara berselang seli mengikut warna dan lorekkan menggunakan chopstik.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak.

Taraaaa!

Thursday, November 17, 2011

Resipi Puding Roti



Bahan-bahan :

  • 4 keping roti (tak kisah roti apa, tapi saya guna Gardenia)
  • Sedikit kismis
  • Satu tin susu cair
  • 1 sudu besar butter (butter apa pun takpe, tapi saya guna buttercup)
  • Satu sudu kecil esen vanilla
  • Setengah cawan gula (kalau tak nak manis, boleh letak ¼ cawan je)
  • 2 biji telur

Cara penyediaan:

  1. Toast kan roti sampai garing.Lepas tu carik-carikkan dia dan letak dalam mangkuk/ bekas acuan
  2. Taburkan kismis ke dalam bekas tadi
  3. Dalam masa yang sama panaskan butter dan selepas cair masukkan dalam bekas acuan
  4. Dalam bekas yang lain, campurkan telur, gula, susu cair dan esen vanilla dan pukul sehingga sebati
  5. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas acuan roti tadi untuk dibakar.
  6. Sementara menunggu telur tadi menyerap sepenuhnya ke dalam acuan roti, boleh taburkan lagi kismis di atasnya.
  7. Panaskan oven dalam suhu 180C dan bakar dalam lebih kurang 30 minit.
nota kaki :
kalau nak lagi sedap, boleh dimakan bersama sos kastad :)

SELAMAT MENCUBA!

Friday, April 8, 2011

Resipi Puding Jagung

Salam kawan-kawan ;)

Harini saya nak share satu resipi mudah, cepat dan sangat sedaPP..ermm yummmyy!

Resepi membuat puding jagung berkastard..

Bahan2 :

1 cawan tepong kastard
1 cawan jagung manis ( yang dalam tin tu)
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara :

1. Campurkan tepung kastard,gula, jagung, susu, air dan esen vanila

2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana sehingga sebati

3. Angkat san sejukkan di dalam loyang atau acuan atau bekas kaca dan bolehlah dihias dengan buah ceri/ strawberry..

Senang kan?


Nota kaki:
Tq zente for the recipe :)



------------------------------------
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.