L.O.V.E

Sunday, June 13, 2010

Cerita Kawen Part I

Tarikh kenduri Akad Nikah tinggal lagi 19 hari..Uuh sungguh mendebarkan!
Dari 24 Julai kepada 10 Julai dan finally 3 Julai.. ni semua gara-gara Kursus Induksi Umum..
takpela.
mungkin akan ada orang berkata, mungkin akan ada orang mengata, dan mungkin benar kata-kata
pedulikan..

saya punya pandangan sendiri
kadang-kala bila membuat pilihan; tak semestinya kita hanya perlu pilih satu. we can have both of them.. are you agree with me? and again, it all depends on you.

okey, jom kite cerita tentang hari bersejarah neh ;)

untuk kawan-kawan yang belom mengetahui,Majlis Akad Nikah saya 3 Julai (Sabtu) ni tapi majlis yang sebenarnya (I mean, majlis yang bersanding dan meraikan tu) ialah pada Hari Raya Haji nanti..sila datang ramai-ramai ya...

tapi utk majlis akad nikah, seriusly sangat simple dan kecil sbb kami (saya dan abg) mengejar date sebelom puasa dengan harapan, nanti puasa kami ingin berpuasa dan bertarawih bersama-sama dan yang paling didambakan ialah menjadi pasangan suami isteri pada hari raya, wah tak sabar tunggu saat tu! cium tangan suami pastu minta maaf dan ampun (berangan).

untuk majlis kali ni, saya rasa dah cukup kot persediaan dari segi material..
Makanan dan majlis di rumah my papa dan mama yang uruskan. Pakaian dah siap tempah dan amek hujung bulan ni. Ujian HIV kami dah lepas dan Insyaallah minggu depan balek kampung kejap untuk uruskan borang-borang nikah dan tengok persiapan kat rumah, hopefully everything is fine and good.Untuk photographer, I choose my cousin; dan semalam dah settle doorgift untuk tetamu, just tinggal nak masukkan barang-barang dan tampal tag.


Make up dah booked kat KB Mall cuma satu je nak minta pendapat kawan-kawan sumer, mini pelamin nak amek ke tak? macam nak ambil tapi rasa membazir sebab nanti majlis bersanding kan nak amek lagi? ke camne? lagipon majlis akad nikah selalunya kejap je pas akad, amek gambar, makan dan habes.. I need ur opinion ;) please please...

Thursday, June 10, 2010

KURSUS INDUKSI KHUSUS

Kali ni saya akan update dan cerita mengenai Kursus Induksi Modul Khusus anjuran kementerian NRE. kursus kali ni mmg betol2 best sbb combine NRE,JTLM,NAHRIM dan INSTUN..so takdela boring sangat..lebih2 lagi boleh jmpe kawan2 lama dr another department ;)

untuk yang belum mengetahui, Kursus Induksi Khusus merupakan salah satu syarat wajib untuk disahkan perjawatan dalam kerajaan dan biasanya memakan masa selama lebih kuran g 4-5 hari. depens on organisasi tersebut.

Antara syarat-syarat lain untuk disahkan jawatan ialah :

1. lulus ujian temuduga tapisan halus (dah pergi dan sekarang tunggu result)
2.lulus ujian undang-undang (pun dah pergi dan menunggu keputusan harap2 la lepas ;)
3. menghadiri dan lulus dengan jayanya Kursus Induksi Khusus (yeay! dh dapat sijil )
4. dan yang terakhir ialah Kursus Induksi Umum (insyaallah 7-11 Julai 2010 ni di INTENGAH, Jalan Elmu, KL - Induksi Umum ni, saya daftar under JPA)

**Izwan, aku tau ko baca neh, jgn jeles ya kitaorang pergi dulu..ko boleh join under NRE ;)

Sekiranya semua berjalan lancar, insyaAllah dalam tahun ni saya akan confirm jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat, kawan-kawan tolong doakan sekali ya ;)

dan ini juga bermakna dalam masa tak sampai setahun setengah dah confirm! yeayyy.. tp itu hanyalah jangkaan kasar. tetapi saya suka menyuntik sedikit emosi positif supaya energy yang mengalir akan membenarkan fikiran kita.. Law of Attraction..




cuba cari saya?
tu kat depan sekali, selaku AJK Kebajikan ;)

@ Kuala Gandah


me and normala..
bakal pengantin nih ;p


dalam kelas kena fokus okeh..
tapi kalo nampak kamera kenala senyum ;)



nota kaki :
saya bersyukur sangat.