L.O.V.E

Saturday, November 21, 2009

~DEMI MATAHARI~


Demi matahari
dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari
bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah…
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah…

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...
Subhanallah...

[LAGU TEMA : KURSUS TAQWA 2009]

cONgRaTSSSS!!!

-syafik (adek)& zeti-

Syukur sekali lagi!!!
2 Hari lepas masa tgh kursus, papa hantar msg "adek dapat 5A".
syukur tak terhingga.
Terima kaseh Allah.

Dan tahniah juga pada sekolah papa selaku GB.*bangga la tu* hehe..



nota kaki:

walaupon sekarang rasa macam berat sangat kepala.
sarat dengan berbagai-bagai perasaan.
ujian ni.
semoga Allah mempermudahkan.


I Love you adek ;)


Friday, November 13, 2009

perihal cincin berbatu satu


[cincin idaman saya]

tinggal beberapa hari lagi, pening gue memikirkan pasal benda ni.
semoga semuanya berjalan lancar ;)


nak beli cincin pon kdg2 boleh menimbulkan masalah, yelah setiap org punyai pendapat yang berbeza:


1) emas kuning - beli la cincin mas kuning - ada nilai nanti harga emas naek leh gadai - Ya Allah, belom kawen lagi dah fikir pasal nak gadai cincin - tp betollah kalo terdesak, tp pas kawen takkan xnak beli brg emas laen? so yg tu la yg boleh dijadikan aset nak gadai ke nak ape, tp harap2 jgnla cincin tunang / kawen.

2) Emas puteh - Jangan beli emas puteh, takder value - tak laku - hush, pada aku takpela tak laku ke tak der value so penjenayah tak de la dop aim kite nak amek brg kemas - dan kalo boleh cincin tu xnak jual/gadai pon sbb itula tanda ikatan penyatuan dua hati.

3) Jangan beli yang ada berlian - pulak dah! macam2 betol. dah kalo xder berlian nak bubuh batu ape? memang la berlian takder nilai tp kita kan pakai brg kemas utk berhias bukan utk nak buat melabur kalo nak buat melabur baek beli mas Kijang tu dan invest kat property ke saham ke? tp actually cincin berlian tu kan utk sepanjang zaman - abadi selamanya dan bukan utk dijual beli (^_^)

utk kawan-kawan yg turut mengalami masalah mcm saya- usah turutkan sangat cakap org sebab tak semua org sama mcm kita. setiap kita pastinya punyai pandangan yang berbeza mengikut sisi masing-masing. dan yang penting hati kita dan diri kita.

dan yang terpaling penting

mengikut kadar kemampuan dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kerna takot timbul riak

tak pasal-pasal plak dari nak buat ibadah jadi dosa.

less is more ;)

okeh.wasalam

Thursday, November 5, 2009

dikir barat 5S

Dikir Barat 5S
Sempena Mini Konvesyen 5S & Hari Inovasi 2009