L.O.V.E

Wednesday, October 29, 2008

Tuesday, October 28, 2008

A New Purse

I just bought a new purse last Sunday... I just had to replace my old purse (My Esprit's already broken). Cantek and very nice! I'd really like this purse with 14 cards slot to locate all my cards =)







nota kaki:

shopping adalah terapi untuk meredakan tekanan atau menambahkan tekanan?
Boleh jadi kedua-duanya ;p

Thursday, October 23, 2008

Maafkan mama, Comey

Aku tunggu dari pukul 11, skrg dah pukul 3, memang sah si macha 2 tipu aku..aku dah kena tipu!!! aku buntu, nak gi buat report polis ke? dah lebih 24hours ni....Erm, tak taula..biar jerla..Kesian si Comey, mama rasa tak boleh baiki lagi la...gaji lambat lagi..duit yg tinggal pun cukup2 ada sampai hujung bulan..ntah2 xsampai...sampai ati si macha tu tipu orang yang lurus dan baek mcm aku ni..xper, nanti dia akan dapat balasan..What you give you get back! Then, aku decided utk biar jerk comey aku tu kemek kat depan, yerla,si Comey tu kalo tak kemek, orang tak pandang, tapi kalo kemek, orang pandang..kan dah glemer tu...hikhik..satu lagi, nanti *cebok ada la kawan temankan dia malam - malam kat bawah rumah tu...taklah dia kesunyian lagi..huhu



nota kaki :

aku betul-betul tak boleh buat kerja hari ni..tak fokus! nape ni noreen? wake up!!! ntah.. fikiran aku melayang...semangat aku terbang...kemana-mana..


comey = nama panggilan untuk keter aku
cebok = nama manja untuk keter eta


Berpusing

kepala saya pening....

Banyak lagi perkara yang masih tertangguh

  • Kerja sekolah
  1. Take home test utk subjek SISP - should be submit on this Saturday before 1100am
  2. Slide presentation & documentation utk Advanced Web & Programming - kena present hari Sabtu ni pon xcari lagi...SSL & Cryptography..Any idea?
  3. Mini Project utk IT Ethics - in progress
  • Kerja Pejabat
  1. Demo and P.O.C kat Registry Department UPM..becoming soon, so kena prepare awal2, takut nanti data tak accurate lagi..naya plak
  2. Customize Caidmark's website -- erm, dah almost siap cuma tunggu nak upload kat server. Our prinsipal dari India nak tgk coz of dia nak link ke website dia
  3. Follow up UPM's prospect - update kat Mr.Anand -- nanti ada webex session lagi dgn dia..
  4. En.Azman suh kitaorang double up kerja sebab ekonomi skrg sounds very bad, so kena la tingkatkan prestasi dan mengurangkan kos operasi ---operation efficiency ;)
  5. dan banyak lagi.....
  • Hal-hal lain
  1. Comey xsembuh lagi..tghari ni patutnya dah ke bengkel tapi aku masih lagi tunggu macha tu, sebab dia kata dia on da way, kalau dia mungkir janji lagi..siap la, aku tak kan teragak-agak mengambil tindakan polis..ceh, aku buat2 berani jerk, sebenarnya aku lebih prefer settle kat luar jerk, malas nak libatkan polis nanti jadi hal lain plak dahla keter aku ada saman parking..erm..takperla, kita tunggu dan lihat...
  2. Kepala rasa macam pening dan berpinar..tak tahu kenapa? kurang minum air kot? atau aku sebenarnya dalam tekanan?TIDAK!! aku sebenarnya ok..aku dah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan stress supaya kesihatan aku terjaga...aku dah perit merasai kesakitan...sebut pasal kesihatan ni, alhamdulilah, my best fren, Xente dah recover dari demam dia, dalam 5 hari juga la beliau sakit...sekarang boleh dikatakan 99.9% dah sembuh..YES! dah ada geng kat rumah...hehe




nota kaki :

Setiap ujian ada hikmah-hikmah kebaikan dari Allah.....itu yang aku pegang selalu :-)
Ya Allah, berilah ketabahan dan kekuatan kepada hati ini untuk terus sujud dan taat kepada segala perintahMu, aku tidak mampu melaluinya keseorangan..Aku perlukan Engkau Ya Allah, di setiap relung nafasku, di setiap degupan jantungku, di setiap saat darahku mengalir, dan di setiap helai nadiku, Ya Allah, berikanlah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti kepadaku yang lebih baik daripadanya"....

Wednesday, October 22, 2008

Suka Dalam Duka

Arini, ada sales untuk JClub kat OU. Aku, Kak Jue and Hudha bersungguh-sungguhla nak gi sane, yelah sales up to 70%, walaupun dah tahu sure ramai orang nyer..Then, masa lunch hour kitaorang kuar g sane...Masya Allah, jalan jem gilerrr...Pastu keter sume parking kat luar, sebab parking dalam sumer dah full.. So, aku decided untuk patah balek..Masa belok lorong ke office.. DUMMM!!! adoi, Comey kena langgar dari arah depan dengan sebuah motor EX5 Dream. Comey kemek kat depan, naseb baek kami sumer xape2...Motor budak India tu pun rosak gak..Aku terus keluar kereta, Bumper depan Comey kemek! Aku minta ganti rugi ngan budak tu sebab memang dia yang salah, itu jalan one way, dahlah dia laju..langgar plaks aku..Aku minta Ic and no phone dak tu..sebab dia kata xder duit nak bayar lagi..Pastu aku ckp nak gi buat report polis, mungkin dia akan kena lagi terok, saman lagi..pastu dia kata ok...then aku balek ke office...masa kat office dia kal aku minta kurang rm50..Hello, rm50 nak buat ape kat KL ni? ketok dah brape? cat lagi....hush, tension aku...Pastu aku ckp nanti aku discuss ngan member aku, aku kal dia jap lagi...Abg kata minta RM200, pastu aku kal dia, kali ni dia kata dia xnak bayar plak..kalau kena saman pun biarlah..motor tu company yang punya..Bos dia nak bayar..Buatla report polis...amboi..sedapnyer bercakap...dahlah salah pastu xnak bayar plak..pastu dia letak telefon...Then...aku blurrr...

Mungkin petang ni aku kena gi wat report polis, buat jerkla...At least motor tu kenala saman..aku kena gi awal within 24hours kat Balai Polis Old Town, PJ... Sabar jerla..





Nota kaki:

aku tak salahkan budak tu, i blame myself. Mungkin ada dosa yang aku dah buat tanpa aku sedari, sehingga Allah memberi ujian ini dan menarik rezekiku... Tentu hikmah Allah cukup banyak menimpakan kemalangan ini kepadaku =)

*comey - nama manja kereta ku

Tuesday, October 21, 2008

Ya Allah, aku memohon petunjukMu....




Ya Allah, aku bersujud merasa hina seluruh jiwa raga, mengharap sekelumit belas kasihan dariMu, ampunilah segala dosaku, kuatkanlah seluruh imanku, tabahkahlah hatiku yang terbelah-belah dan tenangkanlah jiwaku yang hampir hancur ini.

Ya Allah, apakah sebenarnya yang terjadi? Aku sangat keliru Ya Allah. Sangat-sangat keliru. Hendak sahaja ku berpaling darinya, namun ia bagaikan menderhakai kurniaMu dan menanti-nanti azab siksaMu yang maha dahsyat. Aku sangat takut Ya Allah, lantaran itu aku tak sanggup untuk berpaling lagi.

Juga bagaimana hendak kuteruskan pula? Apakah lagi ketermampuan yang tinggal dengan sekadar kudratku ini. Telahku laksana semua apa yang terdaya olehku, hanya yang tinggal bibit-bibit yang melampaui syariah dan sunnahMu sahaja. Manakah mungkin aku lakukan semuanya itu. Aku tidak akan mengulangi lagi dosa-dosaku yang lalu, Ya Allah...

Ya Allah, kini aku sangat-sangat memohon petunjukMu..berikanlah daku jalan keluar. Sesungguhnya sangat hebat perit yang ku rasa kini. Namun Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana sampai ketika ini, jika bukan kerana rahmatMu itu, sudah pasti aku termasuk dalam golongan-golongan manusia yang menzalimi diri sendiri

Ya Allah, keranaMu lah aku hidup dan kepadaMu lah seluruh keyakinanku sandarkan, namun pada ketika ini aku sangat-sangat memerlukan petunjukMu.

Ya Allah, Terserahlah kepadaMu, ini lah doaku sekadar yang terdayaku ungkapkan walau pedih yang kurasa, namun aku masih terus mengharapkan rahmatMu yang Maha Agung.

Ya Allah, janganlah kau tinggalkan daku, walaupun sedetik mahupun lebih kecil bilangan dari itu. Jika kau tinggalkan aku, maka apalah gunanya lagi hidup hambaMu ini. Dan kepadaMu ku serahkan segala-galanya dan kepadaMu lah aku pasti kembali. Amin.




Nota kaki :

Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yang harus kita tempuhi dan sesusah mana pun hidup yang harus kita lalui, janganlah sesekali BERHENTI BERDOA KEPADA ALLAH kerana harapan adalah masa hadapan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah PINTU KEBAIKAN dan DOA adalah SENJATA ORANG BERIMAN.



>> Ya Allah, kiranya tiada cinta insani untukku.. cukuplah cinta Mu sebagai penyuluh hidupku. Moga kelak akan ada CINTA untukku daripada insan yang mencintaiMU sebagaimana cinta ku terhadapMu...Amin!

Monday, October 20, 2008

Jom Cutiii

Kawan-kawan, mari kiter pergi bercuti sempena menghabeskan cuti hujung tahun ni start dari 25Dec 08 untill 4Jan 09...public holiday (Krismas, Awal Muharram, New Year) + 3 hari annual leave = 11days..yuhuuuu..Bestnyer!!!

Lets check it out tempat ape yang menarik untuk ditravel =)


Langkawi



Erm, pada sape2 yang belom pernah pergi ke this island, bolehla mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke sini. Agak menarik dan sesuai untuk mereleasekan segala kekabutan dan kekusutan kerja.. Tiket flight airasia dalam rate less than 200



Bandung



Satu destinasi yang sangat heavennnn!! Syurga untuk shopping barang2 kahwin dan dengar khabarnya barang-barang branded dijual dengan harga yg sangat murah...Macam best jerk..Aku dah survey tiket ke Bandung, kalo tempah skrg pon harga flight AirAsia dlm lebih kurang RM500..erm, tapi pada sesape yang ada extra money bolehla travel ke sini...Bestnyer!Ada sape2 nak gi? leh kirim barang ;p


Bukit Tinggi


Destinasi ke3 ialah Bukit Tinggi, Bentong Pahang. Kalau dari KL hanya 45minutes jerk.. amat best untuk berbulan madu kerana udaranya nyaman dan sangat sejok...grrr.





Nota kaki:

Kalo ada cuti yang banyak pon, xbest jugak dop umah saje...Go Travel!!




Friday, October 10, 2008

kembali ke Rahmatullah




Semalam aku tido awal sebab kenyang lepas berbuka...Dlm kol 1015 aku dapat 1 sms dari adek aku " yin, chek dah takder.....", [chek adalah nama panggilan kami kepada atuk tiri sebelah bapak aku] aku terus bangun, aku kal adek aku..Then ayah aku plak sms; tak perlu balek sebab jenazah dah selamat dikebumikan...Al Fatihah untuk Arwah Hussein bin Senik. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Dan akhirnya beliau pergi jua pada tanggal 9hb Syawal 1429H, malam Jumaat setelah bertahun-tahun menderita penyakit Strok. Yang paling terok menangis adek aku yang ke5 sebab masa dia kecik dia mmg tinggal dengan atok aku tu.. so, aku just nasihatkan dia yang tak baek menangis melampau-lampau sebab yang pergi tetap pergi..Redhalah kerana Allah lebih menyanyangi dirinya. Sedekahkan Yassin dan banyakkan berdoa.




nota kaki :-



Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ‘Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh dan berdoa untuknya’.

Wednesday, October 8, 2008

Aku dan Syawal...





Eid Mubarak =)

Tema color raya tahun ni : MERAH!!! A big Hepi Family :-)



merahnyer mak ngah :p





baru nak bertolak raya ke umah atok..





Red Gurlss!!




the Gedikss..hehe



Senyuman di hari rayer...apesal gamba aku xder?






Salam buat semua kawan-kawan...Selamat menyambut Lebaran yang genap hari ke 8 harini...semoga kita dapat sama-sama meneruskan ibadah yang telah dijalani pada bulan Ramadhan secara konsisten.... [pesanan ini adalah khas buat diriku yang selalu lupa dan alpa]

Syawal pada tahun ini begitu bermakna buat diri ku...kegembiraan dirai bersama keluarga tercinta dan orang tersayang...semoga kebahagiaan ini berkekalan selamanya dan dirahmati yang Maha Esa.. tetapi aku juga tidak sunyi dari dugaan dan cabaran... kadang2 terbekas juga di hati..melayan karenah manusia..kerna aku hanya insan biasa...nampak kuat di luar tp ampuhnya di dalam....semoga Allah terus memberikan kekuatan...Andai ada salah dan silap pohon diampunkan segala dosa sempena bulan Syawal yang penuh dengan keberkatan ini...






nota kaki :-

Dah start bekerja...cuma momentum agak kurang sket..masih dalam mood raya agaknya...hehe