L.O.V.E

Monday, September 15, 2008

Malam 15 Ramadhan...





Sedar tak sedar, kita sudah melalui separuh Ramadhan. Ada yang sudah sedar dan ada yang masih terleka. Sesungguhnya masa 15 hari yang berlalu tidak akan kembali lagi walau kita menangis darah sekalipun tetapi sekurang-kurangnya kita masih ada separuh hari lagi untuk dipenuhi dengan segala amalan-amalan yang difardhukan dan disunatkan di dalam bulan ini.

Kedatangan Ramadhan pada tahun ini pada diriku amat berlainan sekali dengan tahun-tahun yang lain. Lebih banyak improvement; dan aku sendiri telah berazam semoga Ramadhan pada kali ini adalah jauh lebih baik dari yang sebelumnya. bimbang tidak akan berjumpa lagi dengannya pada tahun hadapan. Yelah, ajal maut bukan di tangan kita. Dan inilah sebaik-baik peluang untuk merebut pahala. Para ulamak mengibaratkan bulan Ramadhan ini sebagai Pesta Ibadah kerana di dalamnya terdapat bermacam macam ganjaran yang telah Allah janjikan yang tidak terdapat di dalam bulan yang lain. Istimewanya Ramadhan! Mungkin ramai yang mengetahui bahawa bulan Ramadan itu istimewa untuk orang yang berpuasa; tidurnya merupakan ibadat, berdirinya merupakan tasbih, doanya mustajab, dan amalannya diganjarkan berlipat kali ganda. Kesemua ganjaran itu adalah kerana orang yang berpuasa itu menahan diri dan nafsunya serta meninggalkan segala kelazatan dan kesedapannya.



Bulan ini banyak menguji diriku, lahirian dan batiniah. Kereta break down - overheating, Assignment dan presentation yang perlu diprepare dan pengawalan emosi yang tenang dalam mengawal pergaulan dan perkataan. Hanya ketabahan dan kesabaran yang menjadi tali pengikat kepada hatiku. Ya, Allah berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini... Ada lebih kurang 2 minggu lagi Hari Raya, tetapi aku tidak mengerti kenapa aku tidak merasa apa-apa, aku terlalu sayangkan Ramadhan!!!! Inilah bulan rahmat, bulan barakah, bulan maghfirah, bulan Al-Quran, bulan jihad, bulan tarbiyyah serta bulan Lailatul Qadar!!







nota kaki :-)

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : " Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan.Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"







Thursday, September 4, 2008

Harapan Ramadhan


Harapan Ramadhan by Raihan


Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dengan sempurna

selangkah demi selangkah
setahun pun sudah berlalu
masa yg pantas berlalu
hingga tak terasa kuberada di bulan ramadhan

puasa satu amalan sebagaimana yg diperintah-Nya
moga dapat kulenturkan nafsu
yang selalu membelenggu diri
tiada henti2

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna

Tak ingin kubiarkan ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpin lah daku
yg lemah mengarungi segalanya dg sabar

Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dg sempurna

Kumemohon pd Tuhan diberi kekuatan
Kumerayu pd Tuhan diterima amalan

selangkah demi selangkah
dengan rahmat-Mu
Oh Tuhanhu kutempuh jua







Nota kaki :

Selamat datang Wahai Ramadhan, bulan yang agung, bulan yang penuh berkah, bulan yang menghapuskan dosa dan mengabulkan doa bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya.

Ya Ilahi, Engkaulah tujuan kami dan KeridhoanMulah dambaan kami.

Marhaban Ya Ramadhan


Hari ketiga...

Semalam masuklah hari ketiga kita menunaikan kewajipan rukun ketiga dan alhamdulilah aku masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama-sama umat islam yang lain melaksanakan solat sunat tarawikh. Ada satu cerita menarik yang ingin aku kongsikan bersama. Semasa sessi tazkirah (Selepas selesai 4 rakaat), pihak AJK masjid menjemput seorang ustaz dari Terengganu...pada mulanya aku tak berapa perasan, tapi apabila keluar slang seakan2 dengung sedikit, aku dah agak erm, mesti orang Terengganu ni...tapi apa yang menariknya ustaz ni, dia bercakap dengan suara yang kuat dan lantang; menyebabkan orang menjadi lebih khusyuk dan fokus. Agak best tazkirah yang disampaikan ustaz ni di mana beliau menghuraikan sifat2 orang bertakwa yang memang jelas terkandung dalam Surah Al- Baqarah.

"Alif Lam Miim."[1] Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. [2] (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib,melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka[3] "

*taqwa iaitu menurut segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya

Dan ini antara huraian yang ana boleh kongsikan bersama-sama...

[1] Setiap orang mukmin perlu percaya kepada kitab suci Al-Quran dan tidak boleh ada sedikit pun perasaan ragu-ragu...Currently, ada segelintir umat islam berpendapat Al-quran sudah tidak relevan lagi dengan keadaan zaman sekarang, tak up to date...sedangkan jelas bahawa al-Quran adalah sesuai sepanjang zaman dan seharusnya menjadi pegangan dan panduan orang mukmin.

[2] Sifat orang bertakwa:

1. Percaya kepada perkara ghaib - percaya kepada hari akhirat, percaya kepda hari kiamat, percaya kepada syurga & neraka, percaya kepada azab kubur dan percaya kepada malaikat.

2.Menginfakkan sebahagian daripada rezeki kepada jalan Allah. Duit dan harta yang banyak tidak dapat menjamin kita apabila mati kelak.Beliau memberikan contoh; sekiranya kita yang tinggal di Malaysia pergi ke negara Amerika dan ingin membeli barang dari Amerika dengan Ringgit Malaysia, sudah tentu tidak laku dan mereka tidak mahu menerimanya,kerana tidak ada nilainya..Sama juga apabila kita berjumpa dengan Allah nanti, duit dan harta yang banyak yang kita ada di dunia ini tidak ada nilainya di sisi Allah, nilainya adalah pahala dan harta yang kita infakkan ke jalan Allah. Beliau juga ada berpesan, sesungguhnya perjalanan kita ke akhirat ini sangat jauh, jadi bekalan yang kita bawa juga mestilah banyak. Sama sahaja sekiranya kita di Terengganu ingin pergi ke Kuala Lumpur, mesti menyediakan bekal & duit.kalau hanya berbekalkan RM10, tidak cukup. Seperti juga kita di Kuala Lumpur ingin ke Singapura juga mestilah membawa bekal yang lagi banyak kerana perjalanannya lagi jauh, apatah lagi ke dunia akhirat!..

3. Bertakwa itu tidak semestinya di dalam masjid sahaja, apabila di luar masjid, kita mula melupakan Allah. tidak boleh begitu! Bertakwa perlu disetiap masa di setiap lapangan. Ada orang pergi ke masjid sembahyang berjemaah 5kali sehari tetapi pada waktu malamnya selepas habis solat tarawikh, balik ke rumah dengan selipar (kes kecurian selipar la ni---yang kerap berlaku kat masjid apabila ramai jemaah berkumpul). Selipar itu katanya dipinjam, walaupun tanpa izin ia dipinjam untuk selama-lamanya.....Seharusnya sifat takwa itu patut konsisten walaupun sudah selesai menunaikan ibadah....
selingan: jadi moral of the story pakai selipar biasa jerk apabila ke masjid...bimbang balik dengan berkaki ayam :)






Nota kaki :

Sama-samalah kita menginsafi dan menganggap inilah Ramadhan terakhir yang kita lalui dan hari ini adalah puasa yang terakhir kerana kita takut kita tidak dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang.