Showing posts with label warning. Show all posts
Showing posts with label warning. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Bahaya Rokok Seawal Bangun Dari Tidur

assalamualaikum

untuk d kongsi bersama
moga org2 yg kita sayangi akan menjauhinya
sayangilah diri sendiri | ingatlah org tersayang
Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru. 
“Kami mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur 
mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah 
lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok 
sebaik bangun tidur,” 
kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter, dari Universiti Pennsylvania State.



Mengapa saya harus berhenti merokok?
keburukan :
  • Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
  • Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
  • Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh: Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
  • Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
  • Mendapat asma

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

  1. Melengah-lengahkan : Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
  2. Menarik nafas panjang : Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
  3. Minum air : Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
  4. Menyibukkan diri : Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
  5. Menjauhkan diri : Daripada orang yang merokok
  6. Mengelakkan diri : Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
  7. Mengunyah sesuatu : Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
  8. Membasuh tangan selalu
  9. Mandi dengan kerap
  10. Meregangkan otot : Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
  11. Meditasi
  12. Memohon doa : Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
ingatlah insan tersayang

__________________________________________________________________________________________________
jom singgah

COCONUT SHAKE KLEBANG, MELAKA

assalamualaikum.....  moga ada rezqi lagi..  bye... _________________________________________________________________________________ ...